27 December, 2011

Akhawat means a lot to me.



Alhamdulillah, it's comes again!
What?
>Study week. Semangat2! Muslim kena semangat dalam segala hal! Tapi jangan sampai pecah kepala macam gambar kat atas.

Semester ini semester paling sibuk sejak masuk ke universiti ini sebab kena buat preparation untuk bakery, halal audit termasuk reportnya, assignment biostatistic yang sampai sekarang masih tak siap, seminar Halal bersama JAKIM dan sehingga minggu akhir kuliah pula 4 hari berprogram dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tak termasuk lagi kelas Talaqqi dan Iqro' yang memerlukan saya untuk menghafaz surah-surah Al-Quran. I enjoyed all these. Seriously said. Semua ini sibuk yang membahagiakan, alhamdulillah. Berkat kesibukan ini, pelbagai benda lagho yang dapat dielakkan. Dulu mengeluh tapi sekarang nampak hikmahnya.

Subhanallah..subhanallah..

Semester depan sudah start practical di Tasneem Chocolate, Ipoh. Allah swt sangat baik dengan memberikan saya tempat praktikal yang sudah tersedia rumah dan tak memerlukan transport untuk ke kilang. Besar sangat nikmat ini.

Permulaan study week ini sangat indah. Dikelilingi akhawat yang selalu membahagiakan diri. Rasa sayang mahu tinggalkan akhawat dan medan di sini. Bahagia melihat mereka sama-sama mahu islah diri ke arah yang lebih baik. Lebih-lebih lagi after program 'Bond of Love', jalan-jalan ke syahbandar, jumpa Kak Amie Sofea, dan merempit nak distribute bubur asyura (walaupun lesen motor dah mati).

Allah..sangat bahagia. Concernnya akhawat time kehilangan handphone minggu lepas. Murobbi kasi pinjam handphone, mutarobbi pula kasi pinjam sim card, akhawat lain pula teman pergi renew sim. Naik basikal, tiba-tiba pancit pula tayar. Terpaksalah tarik saja basikal sampai blok asrama. Masa ziarah akhawat yang tak sihat, tayar motor pula bocor. Teman pula akhawat pergi bengkel. Sehari sebelum itu, ziarah akhawat yang rumahnya dipecah masuk dan kehilangan 5 buah laptop! Pulaknya, rata-rata akhawat final year students, jadi habis hilang sekali FYP dan tesis. Tapi mereka cool akhirnya walau pada mulanya terkejut dan sedih. At the end, dapat juga satu conclusion: akhawat ini gila-gila juga otaknya.


Berkasih sayang dengan akhawat kadangkala rasa macam bercouple pula bahkan rasa rindu, cinta, sayang dan cemburu itu lebih hebat. Doa rabithoh menjadi pengikat hati walau tidak bersua. Membaca mesej kadang-kadang boleh sengih sorang-sorang, hati pun rasa tenang dan berbunga-bunga .

Moment yang terukir ini sangat membahagiakan. Macam agaknya ya perasaan bila nak berpisah masa sem akhir nanti? Mesti sedih. Syukur Allah beri nikmat tarbiyah ini kerana dari sini baru kenal apa itu ukhuwahfillah. Semoga hati-hati ini Allah pelihara dan istiqomahkan hingga ke akhir hayat. Akhir kata, mau share kata-kata seorang ukhti: akhawat means a lot to me! Dan saya mengangguk tanda mengiyakan.

p/s: credit to my sis for the pictures. Dia memang suka gambar-gambar deviantarts. Saya pun sudah terjangkit.

15 December, 2011

Sahabat yang kita cari



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Yang benar-benar sibuk Dengan urusan baiki diri nya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia.
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat.
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang menjela.
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa.
Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana.
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka.
Yang hidupnya lebih berat dari berat
Ibadah dan amal terasa amat berat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan.
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada.
Bersahabat untuk mendapat laba.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui.
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.
Yang menghidupkan ilmu yang ada.
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.
Yang menghidupkan sunnah barat.
Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan.
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan.
Yang ada hanya yang menjadikan kompleks tempat membuang umur.
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui.
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan.
Menjadikan nasyid nyayian harian.
Menjadikan selawat ucapan kelaziman.
Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan.
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan.
Dianggap moden dan berketrampilan.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir.
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.
Menangis cemas mengenangkan saat kematian.
Merintih sayu mengenangkan persediaan.
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan.
Mengumpul dunia kerja seharian.
Seolah kematian itu sangat jauh.
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh....

Sabda rasul;
"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya kerana kamu akan dikenali melaluinya..

09 December, 2011

10/12/2009

Bismillahirohmanirrohim..

Hari ini datang lagi..maknanya sudah 2 tahun berlalu.
2 tahun pemergian arwah abang. Bukan meratapi, sekadar peringatan pada diri tentang MATI.
Dunia ini memang dunia kan? Takkan pernah kekal. Walau orang yang kita sayang.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya. Tempatkan arwah bersama hamba-hambaMu yang soleh.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)

Para sahabat ra pun sayang sangat kepada Rasulullah saw. Tetap juga Allah swt menarik Rasulullah saw pergi. Bukan? Ingat lagikah ketika peristiwa kewafatan Nabi saw? Apa kata Saidina Umar? Beliau hampir tidak percaya bahawa Nabi telah wafat dan berkata, 'Siapa-siapa yang mengata Muhammad saw telah wafat, akan ku penggal lehernya'.

Lalu Saidina Abu Bakar memberi teguran dengan membaca:

"Siapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat, dan siapa yang menyembah Allah, maka Allah sentiasa hidup tidak mati."
Beliau telah membaca semula ayat:

"Dan tidaklah Muhammad itu melainkan seorang Rasul yang telah berlalu sebelumnya rasul-rasul. Adakah apabila dia wafat atau terbunuh, kamu akan berpaling ke belakang?..." (Al-Imran: 144).
yang pergi tetap pergi


Allah knows the best. Seringkali bila teringat arwah, rasa syukur sangat di hati kerana Dia menarik arwah dalam keadaan umi dan abah redha akan arwah, dalam keadaan kami sekeluarga selalu makan bersama di hujung minggu dan ketika saya di rumah (cuti semester sem 1). Beberapa ketika sebelum perginya arwah menghadap Ilahi, kalau umi suruh buat sesuatu, arwah akan buat walau masa itu arwah tengah tidur.

Kita sedia maklum syurga itu di bawah tapak kaki ibu, bukan? Apatah lagi bagi seorang lelaki. Jujurnya bila dah tiada, baru sungguh-sungguh mahu menghargai kehadirannya. Manusia memang selalu begitu kan? Yang masih hidup, kita baiki hubungan sesama kita. Hidup untuk banyak memberi itu bukan senang.

Sukar dipercayai namun, bukan mainan dusta,
Benarlah bagai dikata,
Tuhan yang Maha Tahu apa ketentuan takdir
Kita hanya lah hamba berserah kepada Dia
Sukar dicari ganti
Tak mungkin dilupakan.
Wahai Tuhan Dikau ampunkanlah
Hulurkan keampunanMu
Agar dia sentosa di alam sana.

Semoga Allah swt menempatkan arwah di kalangan hambaNya yang soleh dan solehah. Ya Allah, jadikanlah kuburnya seperti taman-taman syurga bukannya lubang-lubang neraka.

"If you died right now, at this moment, would you be ready for the grave and then judgement? Are you content and pleased with your Islam, Quran recitation, manners , hijab and deeds?

I'm not! May Allah make us better and more serious about getting better! Ameen.

The real question is what we going to do to improve? Reading this and feeling bad is not the way to fix it. We have to take some serious steps!.

May Allh make it easy for us to read His book, read, memorize, practice & act on it" -IloveAllaah.com

Hari ini kita mendoakan mereka yang mati, entah esok lusa, kita pula dijemput Ilahi. Moga Allah redha pada kita dunia dan akhirat.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (Az-Zariyat:55)

07 December, 2011

Pressure Makes Diamonds

Assalamualaikum wbt..
Semoga sentiasa dalam redha Allah swt semuanya.
Busy?
Malu sebenarnya nak mengaku saya busy even memang betul pun jadual kuliah sangat padat sem ini. Jadual mentarbiyah dan ditarbiyah juga padat.

Kenapa malu nak mengaku busy?
Sebab orang-orang yang berjaya macam Dr.Yusuf Qardhai, Ustaz Zahazan Mohamed dan Dr.Muhaya tak cakap pun mereka busy. Mereka bagi talk di merata-rata tempat, menghasilkan buku dalam kuantiti yang banyak.
Kalau saya kata saya busy, maka, berapa banyak talk yang sudah saya berikan? Berapa banyak buku yang telah saya tulis? Tulis report pun berapa helai saja, Allah..



Pernah dengar pressure makes diamonds?
Ya, kadang-kadang pressure akan push kita untuk buat kerja tanpa ingat dunia dek kerana nak kejar due date.
Ada yang tahap dewa punya khusyuk nak siapkan kerja.
Ada yang sembam mata macam kena tumbuk sebab bersengkang mata nak siapkan kerja.

Moga semuanya lillah (kerana Allah) agar keletihan menjadi saksi pengorbanan kita di akhirat kelak.

Pressure/busy ada kebaikannya.
Contoh:

Pressure: Will make us busy.
Makes diamonds: Will make us to use our time in a manner. That's the diamond!

"Jika kita tak isi masa dengan perkara baik, maka ianya akan terisi dengan perkara yang lagho"

Bukankah begitu?



29 October, 2011

I Believe


My sister introduced me this songs. And that was the first time..

My ukhti introduced me this song at the last mukhayyam. And that was the second time..

That second time make me fallen in love with its melody and not yet the lyrics..

From that moment, I keep listening this song..

And this morning, with God's will, I managed to search for the lyrics and..

Subhanallah, it's touched my heart.

Really.

So, let's together enjoy this song as our wasilah to be close to Allah and His messenger, insyaAllah.


IRFAN MAKKI

When you’re searching for the light

And you see no hope in sight

Be sure and have no doubt

He’s always close to you

He’s the one who knows you best

He knows what’s in your heart

You’ll find your peace at last

If you just have faith in Him


You’re always in our hearts and minds

Your name is mentioned every day

I’ll follow you no matter what

My biggest wish is to see you one day


Chorus:

I Believe

Do you believe, oh do you believe?


Maher Zain

Coz I believe

In a man who used to be

So full of love and harmony

He fought for peace and liberty

And never would he hurt anything

He was a mercy to mankind

A teacher till the end of time

No creature could be compared to him

So full of light and blessings


You're always in our heart and minds

Your name is mentioned every day

I'll follow you no matter what

If God will we'll meet one day

Chorus

If you lose your way

Believe in an better day

Trials will come

But surely they will fade away

If you just believe

What is plain to see

Just open your heart

And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe

And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe


Zulhijjah: Amalan dan pengorbanan kita

Alhamdulillahi robbil 'alamin..selawat dan salam sejahtera buat murobbi teragung, Muhammad saw serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke akhirnya.

Bulan Zulhijjah

Maghrib khamis yang lalu, mula sudah bulan yang mulia, bulan Zulhijjah. Mulanya tak perasan Zulhijjah kian menghampiri. Tetapi sedar bila membaca status seorang akhawat.

Bulan Zulhijjah sangat mulia dan sangat sinonim dengan ibadah korban. Semester ini belajar sikit-sikit mengenai sembelihan. Rupanya semua orang boleh menyembelih asalkan dia Islam dan dapat membezakan perkara yang baik dan buruk (mumayiz). Still, sampai sekarang masih tak berkesempatan lihat dengan mata sendiri proses penyembelihan tu. Bukan saja Ramadan, Hopefully, Zulhijjah kali ini juga akan lebih bermakna buat kita. Berikut antara perkara-perkara yang sunat dilakukan di bulan Zulhijjah.(sumber)


a) Berpuasa di hari Arafah/9 Zulhijjah:

عَن بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ "

Beberapa isteri nabi s.a.w berkata: Nabi s.a.w sering berpuasa pada sembilan Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan, Isnin awal setiap bulan dan hari Khamis [Sunan Abi Daud: 2085, Shaikh al-Albani mensahihkannya]


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ….، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ…..

Rasulullah s.a.w bersabda: Puasa Arafah, aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya [Sahih Muslim:1983]

b) Menyembelih korban

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا "

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempunyai keluasan (harta) tetapi tidak menyembelih korban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami. [Sunan ibn Majah:3122, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan]

c) Membanyakkan amal ibadah pada sepuluh hari pertama Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ " فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ "

Ibn ‘Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada hari yang mana amal soleh pada hari itu lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari (awal Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah? Baginda s.a.w menjawab: Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan jika seorang lelaki itu keluar dengan nyawa dan hartanya, dan dia tidak pulah (terbunuh). [Sunan at-Tirmizi: 687, Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih Gharib]

d) Melakukan solat hari raya di Musolla/tanah lapang

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : " خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ إِلَى الْمُصَلَّى

Daripada Abu Sa;id al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w keluar ke musolla/tanah lapang pada hari raya Aidiladha dan Aidilfitri [Sahih al-Bukhari: 296]

e) Membanyakkan takbir bermula pada satu Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، وَالأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا . وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ .

Ibnu ‘Abbas berkata, “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah shalat sunnah. [Dikeluarkan oleh Bukhari tanpa sanad (mu’allaq), pada Bab “Keutamaan beramal di hari tasyriq”]

Takbir terbahagi kepada dua. Takbir Mutlaq-bermula pada awal Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Dalilnya di atas

Takbir Muqayyad- takbir yang dilaungkan selepas solat fardhu. Ia dilakukan bermula pada Subuh 9 Zulhijjah, dan berakhir pada selepas Asar 13 Zulhijjah. Dalilnya ialah: Daripada Ali bin Abi Thalib radiallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat Subuh pada 9 Zulhijjah sampai Asar 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah Asar. [Musannaf Ibn Abi Syaibah & Al-Baihaqi. Shaikh al-Albani mensahihkannya]

f) Tidak Makan Sebelum Solat Raya

عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كَانَ لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ ، وَكَانَ لَا يَأْكُلُ يَوْمَ النَّحْرِ حَتَّى يَرْجِعَ "

Daripada Ibn Buraidah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w kebiasaannya tidak akan keluar daripada rumah (untuk pergi mendirikan solat raya) kecuali sehingga telah makan, dan baginda s.a.w tidak makan pada hari raya haji melainkan selepas pulang (daripada solat raya). [Sunan Ibn Majah: 1746, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis sahih]

Pengorbanan kita.

Saya tersangat sedar akan erti pengorbanan bila membaca buku batu-bata kehidupan tulisan Hilal Asyraf di bawah tajuk, 'Kita dan mereka'.

Ya, siapa mereka itu?

Merekalah Rasulullah saw dan para sahabat. Pengorbanan kita tak seberapa andai dibandingkan dengan mereka. Kita claim pengorbanan kita sudah besar bila kita join usrah, pergi dengar pengisian, penat bermukhayam, memberi usrah dan pening kepala nak set up program. Bagi mereka yang awam, andai diajak pergi ke majlis-majlis ilmu, ibaratnya macam nak pergi berperang.

Hakikatnya, kita masih sangat jauh dengan mereka.

Bagaimana mereka? Allahuakhbar. Malu rasanya. Itupun, kadang-kadang kita selalu beralasan.

beruntung sangat bagi mereka yang sanggup berkorban melakukan kebaikan.

'Sorry, I'm busy'
"Too many assignment to be submitted'
"Er, I need time for myself. Really. Sorry dear."

Sedangkan, Allah menjanjikan kebaikan buat mereka yang menolong agamaNya dan menginfakkan harta dan jiwa mereka di jalanNya.

"Wahai orang-orang beriman, Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan kamu" (47:7)


In my humble opinion, kalau banyak assignment, boleh saja siapkan sikit-sikit di tempat program. Rancang time table betul-betul. Program pasti sudah dimaklumkan terlebih awal. begitu juga dengan report dan assignment. Bukankah salah kita yang tak pandai menguruskan masa? Allahu rabbi.

Pengalaman sendiri. Minggu depan, ada satu test, two reports to be submitted, hafaz surah ad-dukhan plus al-mutoffifin, tazkirah mus'ab bin umair dan presentation packaging. Dan pada masa yang sama, minggu ini ada program.

Memang pack sangat tu. Tapi kuatkan juga untuk pergi sana agar iman dan ilmu di'refresh' kembali. Balik saja program, dapat tahu kelas food packaging dibatalkan. (gara-gara perlawanan bola sepak). Alhamdulillah, soalan biostatistic pula Allah sangat-sangat mudahkan untuk siapkan. Tasmi' surah ad-dukhan dan al-mutoffifin juga lancar. Forever we thank you, Allah.

Apa-apa pun, berbalik kepada keyakinan (iman) kita. Kalau beribu kali baca ayat dalam surah Muhammad di atas tu tapi still tak yakin, nothing will happen. Kita kena yakin juga Allah akan mudahkan urusan hamba-hamba yang menolong urusanNya.

InsyaAllah, mungkin masa ini, kitalah yang paling semangat untuk berkorban. Tetapi bagaimana esok hari, dan seterusnya. Justeru, jangan lupa doa agar ditetapkan hati di jalan yang diredhaiNya.

Allahu'alam.

p/s: Moga sahabat sematrik saya sabar dan thabat di jalan juang dengan cara beliau yang tersendiri.
: Raya Haji 2009, kali terakhir kami sekeluarga raya bersama. Ingat lagi memori itu? Sure, I do.

20 October, 2011

Memandang alam, membina iman

alhamdulillahi robbil 'alamin,
semalam rasa kelegaan yang tersangat lepas submit report biostatistic. rasa satu tanggungjawab yang besar sudah terlepas.

sesi kuliah minggu ini sangat best sebab penuh dengan kesibukan. kenapa suka sibuk? sebab tak suka waktu lapang yang risau tak tahu nak buat apa. at least, bila sibuk, sudah tak fikir nak buat benda lagho. alhamdulillah.

sebagai seorang dai'e, masa kita tak sama dengan masa orang awam. orang awam masa rehatnya adalah tengok movie, qadho' tidur dan sebagainya. tapi insyaAllah kita sebagai orang yang ditarbiyah, masa rehat kita adalah baca Al-Quran, menambah thaqafah dengan membaca buku ilmiah, mengulang hafazan, attending program dan sebagainya.

Pengalaman: mencegah mungkar.

dua hari lepas, sempat keluar ke bandar untuk beli tiket bas sempena raya haji nanti sebelum submit report bakery. alhamdulillah, Allah bagi ilham untuk tadabbur alam sepanjang perjalanan. masa itu hujan pula. jadi payung warna kelabu-hijau jadi peneman. saya tak pergi seorang tetapi ditemani k.aisyah dan faizah selaku classmate yang baik.

sementara tunggu depa pergi mydin, saya sambung buat kerja di KFC. sedang duduk2, datang 2 orang lelaki. seorang cina dan seorang lagi omputih (orang putih)..sekilas memandang akak pekerja kat kaunter KFC yang memakai lengan pendek.

aduhai, mengapa sanggup membuka mahkotamu? free2 mat saleh tu memandang auratmu..

teringat tazkirah selepas magrib oleh ukhti Zulaikha, mengenai hadits amar ma'ruf nahi mungkar. memang menidakkan maksiat dalam hati adalah selemah-lemah iman. tetapi sampai bila kita ini nak lemah saja iman even after ditarbiyah. masih mahu terus kekal sebagai freshie?

tersentap hati.

semalam masa mahu dengar kuliah di surau farabi, ada nampak a couples ni duduk dalam gelap. plus, lampu nak ke surau pula rosak, lagilah bertambah-tambah gelap kawasan itu. nak tegur, alhmdulillah lelaki itu bangun..Allah tahu kut iman saya lemah?

Pengalaman: tadabbur alam.

after k.aisyah dan faizzah balik dari mydin, kami ke kampus kota menaiki bas bandar. lama tak naik. last time naik masa tahun satu dengan ukhti Raz.

alhamdulillah, dalam bas tu, ramai warga veteran. paling suka tengok ialah seorang pak cik tua yang masih kuat qudratnya. saya perasan satu benda di Terengganu ramai warga tuanya yang masih kuat. siap yang kayuh basikal pun ada.

lepas itu ada seorang mak cik duduk di seat depan saya. setelah belek-belek barang yang dibeli, beliau tanya apa nama barang-barang itu sebab mak cik tu tak pandai baca. seronok apabila dapat tolong orang, alhamdulillah. itu juga satu sedekah.

kami sama-sama turun di depan Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ). sebelum turun, mak cik itu beritahu yang anaknya accident dan keadaany teruk. besar sungguh hajat mak cik ni untuk ziarah anaknya even dengan menaiki bas.

mak cik yang baik. moga Allah sembuhkan anaknya.

tiket naik bas bandar/ cas ligas.

pak cik tua yang kuat. sempat senyum pada saya semasa saya turun di HSNZ

sungguh, tadabbur alam itu menunjukkan sejuta kebesaranNya.

"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13)

"Katakanlah Muhammad, 'Berjalanlah kamu di bumi, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa" (27:69).

ps: setelah cerita tentang pak cik tua itu, k.da berkata: "Saya bangga jadi rakyat Terengganu". semangat Chendering~

05 October, 2011

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)


Artikel ini dibuat selepas sidang media HIMPUN.

Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang.

HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian, menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam Thanksgiving melibatkan umat Islam dan pelbagai lagi bentuk percubaan mengkristiankan umat Islam.

Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuk dari kalangan sebahagian umat Islam disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen politik dan puak. Ini mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.
Menyedari hakikat ini, HIMPUN dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.

HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga di adakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita.

Ia juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Inilah di antara asas dan latar belakang di sebalik penganjuran HIMPUN.

Dari segi perlaksanaannya, sebagai suatu inisiatif umat, sebuah Sekretariat HIMPUN yang dianggotai oleh organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang telah dibentuk. Sekretariat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Manakala Sdr. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya.

HIMPUN adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak akan wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.

Di antara agenda utama HIMPUN adalah ucapan-ucapan wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad, ucapan tokoh-tokoh antarabangsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan serta deklamasi sajak, lagu, doa munajat serta di akhiri dengan pembacaan resolusi HIMPUN.

Resolusi ini kemudiannya dirancang untuk dipersembahkan kepada ke bawah Duli Raja-raja Melayu serta pihak berwajib yang lain. Perhimpunan tersebut mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.

Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, kami menyeru kepada seluruh warga umat Islam untuk bersama-sama menyahut panggilan mulia untuk menjayakan HIMPUN. Inilah peluang keemasan untuk setiap individu muslim yang sayangkan akidahnya dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan murni ini.
Kebersamaan dan kesatuan kita akan mengundang rahmat, tawfiq dan inayah Ilahi. Maka akan terhasillah dengan sebabnya suatu benteng yang kukuh dalam mempertahankan akidah umat.
Yang benar,

Tuan Haji Mohd. Azmi bin Abdul Hamid & Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad Pengerusi Bersama HIMPUN 2011

Sumber : Sekretariat HIMPUN

29 September, 2011

Borak-borak kedai kopi di bangunan LPP

28/9/2011:

"oh, esok ada visit ke Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).."

29/9/2011

semalam melalui announcement, saya diberitahu kami semua akan naik bas ke LPP pukul 8.00pagi. saya turun pukul 7.30, baru 3 orang di tempat bas. alhamdulillah dapat duduk di tempat paling belakang. lama sudah tak duduk belakang sekali. memang best.

tiba-tiba..

"keropok..keropok..sapa nak beli keropok..satu 1.30 sen" Nabilah masih setia menjual keropok ikan Mak Mah yang sedap. serious, memang sedap lagi-lagi bila cicah dengan sos sambil mengadap laptop + baca nota.

kami tiba di bangunan LPP lebih kurang pukul 8.30pagi. ceramah start pukul 9.30pagi. Ada lagi sejam, nak buat apa ni?

"kamu semua sarapan dululah kalau gitu" Cik Yati beri arahan sambil menunjuk kedai di hujung bangunan.

Akhirnya tutor kami bersuara bila lihat kami umpama anak ayam kehilangan ibunya.

"Jom sarapan.." kak Ernie mengajak adik-adik beliau- saya,Zulaikha dan kak Nini. dapat cari tempat, geng yang lain join sekali- Azaira, Nabilah dan Raz.

Sementara mereka semua mengambil sarapan, saya menjaga beg memandangkan saya sudah sarapan terlebih dahulu. Tak sanggup rasanya memenuhi perut yang sememangnya sudah penuh. Kadangkala, perlu juga kuatkan diri agar menolak pelawaan makan bila perut sudah kenyang.

"Kalau tak nak sarapan, ambil roti ni" Azaira keluarkan bekal roti yang disapu majerin daisy.
"Tak mengapa ukhti" saya tolak dengan baik agar tiada siapa yang terasa hati.

Berhampiran kami ada sebuah televisyen yang masa tu tengah rancangan MHI. Maka mulalah perbualan diselang-selikan dengan sarapan.

Azaira: Isteri Fedtri tu seorang guru fizik, orang kelantan..bagus isterinya. seorang muslimah yang solehah. Tahu tak sebenarnya Fedtri tu pertama kali jumpa dengan isterinya masa di masjid.

Kak Nini: o yeke..

Zulaikha: betuilah ukhti. isteri dia memang baguih. untunglah Fedtri tu..

Nabilah: mula-mula dulu ana tak berapa perasan Fedtri memang macam tu. lama-lama baru perasan. bukan senang nak jumpa personaliti tv yang macam ni. at least dia sebarkan akhlak seorang muslim kan.

Kak Erni: Sape kat sini tengok cerita Tahajud?

Semua buat muka bosan except kak nini la..

Saya: boringlah cerita tu kak.

Kak Ernie: akak tengok episod pertama je. cis, akak sentaplah dengan cerita tu. even berpurdah pun, pergaulan antara lelaki perempuan still bebas. macam mana tu?

Semangat kak Ernie tapi masih setia menyuap mihun goreng. makan, makan juga. borak, borak juga.

Saya: saya pun tak paham le. cerita ni nak tunjuk yang seorang ustaz mesti ada isteri empat ke. (merujuk kepada Ustaz shauqi)

Zulaikha: Betuilah..depa ni tunjuk akhlak Islam ke apa dengan tunjukkan cerita macam tu? haih..

Kak Ernie: Tau tak pe. Ramai je yang suruh cerita tu di stopkan.

Lepas itu, buka cerita mengenai iklan pula. Dahsyat sungguh iklan sekarang ni.

Zulaikha: Sungguhlah..memang kadang-kadang ada cerita-cerita Islamik macam Halaqah Sentuhan Qalbu..tapi bila part iklan, terus dah tak tersentuh dah qalbu tu."

Semua gelak.

Nabilah: Ada iklan yang tak sepatutnya ada, ditayang juga. contoh iklan rambut la, iklan losyen la..astaghfirullah..

Realitinya kini, manusia seakan kurang rasa malunya. (nasihat pada diri sendiri terutamanya). Lihat saja iklan di TV. Yang jadi model perempuan majoriti perempuan Islam. Justeru kita yang memahami, teruskan doa agar muslimah kini tebal sifat malunya.

p/s: tapi malu biar bertempat.
: visit kali ini lebih bermakna daripada minggu lepas.

24 September, 2011

Muslim Hero

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah swt kerana masih memberi kita semua ruang dan peluang untuk terus meneruskan hidup. Pertamanya, untuk second weeks sejak bermulanya semester baru ini, masa sudah mula dipenuhi dengan lectures tak seperti minggu lepas- banyak kelas yang cancel.

Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan kesibukan ini, masa dapat digunakan dengan baik dan bermanfaat. Teringat kata-kata dari sebuah buku yang bertajuk ‘beginilah dakwah mengajar kami’:

“Kalau kamu tidak mengisi mahu kamu dengan perkara yang berfaedah, maka ianya akan terisi dengan perkara yang lalai”

Minggu ketiga akan mula buat roti untuk subjek bakery. Senior beritahu masuk lab bakery memang akan penat. Mana taknya, hampir 4 jam berdiri. Tapi tak mengapa, sudah adat menuntut ilmu.

Alhamdulillah seklai lagi kerana sempat juga dengar pengisian daripada Dr.Nujaimin dalam program Zero to Hero anjuran PEMBINA KT hari jumaat yang lepas. Beliau adalah seorang pakar neurosurgeon (pakar bedah otak dan saraf) di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan satu-satunya pakar otak di Terengganu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Syeikh Malek, graduan degree MBBS dari Universiti Kaherah dan Master neurology dari USM. Umur beliau masih muda dalam lingkungan 37tahun. Dan pengarah urusan TBB Aurum Enterprise, sebuah syarikat emas dan perak milik isterinya. Memiliki 3 orang anak, Nusaibah, Naufal dan Nafisah.

Dr.Nujaimin, neurosurgeon.

Pada saya, Dr. Nujaimin sangat berjaya pada usinya yang masih belia. Katanya, kita perlu independent kerana ianya antara 10 ciri peribadi muslim yang berjaya. Sebab itu tertubuhnya syarikat emas dan perak yang kini didominasi oleh non-muslim. InsyaAllah, kita pun boleh.

Mendayakan kesabaran dalam menuntut ilmu.


sabar..sabar..

Bak kata Dr.Nujaimin, we have to give in order to get.

Hari itu, sempat beri sedikit pengisian kepada sahabat-sahabat di surau yang isinya saya rujuk dalam buku ‘prophetic learning’ mengenai kesabaran dalam menuntut ilmu. Sungguh, salafus saleh di zaman kegemilangan ilmu suatu ketika dahulu sangat menjadikan kesabaran sebagai bekal untuk mencari ilmu dan tetap istiqamah dalam belajar.

Justeru, tak hairan mengapa Imam Bukhari sanggup mengembara beratus-ratus batu hanya untuk belajar hadits. Berkata Ibnu Jauzi rahimahullah,

“ketika menuntut ilmu, segala penderitaan yang aku lalui lebih manis daripada madu”.

Berkata pula Imam Syafi’e rahimahullah:

“Seorang penuntut ilmu yang ingin banyak ilmunya, ia wajib mengerahkan segenap jerih payahnya, sabar menghadapi segala kesulitan yang mendatang, ikhlas kerana Allah dalam mencari ilmuNya dan sering memohon pertolongan Allah”

Kadangkala kita lupa, bahawa segalanya milik Allah swt. Mana milik kita?

Tiada.

Termasuklah ilmu dan kesabaran. Jadi, kepada Dia harusnya kita meminta diterangkan hati dan mudah untuk belajar, insyaAllah.

Kesabaran dalam memahami matapelajaran.

Memang menjadi tradisi salafus soleh tentang sikap mereka yang tidak berasa puas hati selagi tidak memahami sesuatu ilmu itu dengan baik. Rasanya terlalu jauh cara belajar kita dan mereka. Antara kata-kata dalam buku tersebut:

‘Lihatlah bahawa setiap ada waktu bertanya yang diberikan guru, sebahagian pelajar kita lebih memilih untuk diam seribu bahasa; kadang sambil pura-pura membuat aktiviti- entah menulis, membaca buku catatan atau mengerut dahi sebagai tanda sedang berfikir.

Rasa malu pada diri sendiri.

Tidur itu bukan tanda kemalasan jika betul caranya.


Ustaz Zahazan pernah berkata dalam ceramahnya di MHI semasa bulan Ramadan yang lepas bahawa para alim ulama khatam Al-Quran sampai berkali-kali dalm sehari di bulan Ramadan. Bagaimana agaknya mereka atur masa mereka? Tak rehatkah?

Jawapannya sebab masa mereka diberkati Allah swt. Even tidur sekejap pun dah rasa macam tidur lama.

Tidur sebenarnya salah satu cara untuk menstruktur kembali otak kita, memberi ketenangan dan memulihkan fungsi otak. Tapi perlu diingat, kualiti tidur bukan terletak pada panjangnya waktu tidur itu.

Antara tips untuk mendapat tidur yang nyaman/berkualiti:
Berwudhuk sebelum tidur, rebahkan badan ke sebelah kanan dan jangan lupa baca doa.
Bila dah rasa cukup, segeralah bangun, baca doa bangun tidur dan mulakan aktiviti kita. Jangan terlalu banyak tidur lebih-lebih lagi selepas subuh kerana kita akan jadi lebih mengantuk.

Ibnu Abbas pernah menegur anaknya yang tidur selepas subuh dengan berkata;

“bangun! apakah kamu akan tidur sedangkan rezeki sedang dibahagi-bahagi?”

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi kebaikan kepada kita semua terutamanya diri saya sendiri, insyaAllah. Diharap, semester ini akan lebih baik daripada semester yang sebelum2nya.

Wallahu’alam.