23 January, 2010

studi sebagai ibadah

perkongsian daripada En.Ilyasak

pensyarah akaun UDM

Syarat-syarat menjadikan sesuatu perbuatan/pekerjaan sebagai ibadah

1. Amalan/kerja hendaklah dikerjakan dengan niat yang baik.
2. Amalan/kerja yang dilakukan hendaklah selaras dengan hukum syara’ (Islam).
3. Amalan/kerja hendaklah dibuat dengan sebaik-baiknya.
4. Amalan/kerja hendaklah sentiasa dilakukan mengikut hukum-hukum syariat Islam dan batasnya.
5. Amalan/kerja yang dibuat tidak mengabaikan/melalaikan ibadah-ibadah khusus yang asas seperti solat, puasa, zakat dan haji.

rujukan:
Ibadah Dalam Islam,
Dr Yusof AlQardhawi

13 January, 2010

cerna minda di IKIM.fm

bismillahirrohmanirrahim

Assalamualaiku wbt..

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Zat yang menciptakan, Allah swt. Selawat dan salam buat murobbi teragung yang bersusah payah menyebarkan din Islam hinggi kita semua dapat rasa nikmat iman itu. Moga Allah mencucuri setinggi rahmat ke atas Baginda, ahlul bait, para sahabat, mujahid, mujahidah, abang ana, dan juga sluruh muslimin dan muslimat termasuklah diri ana yang fakir ini.

insyaAllah, beberapa hari yang lepas ana ada dengar ulangan slot cerna minda kat radio Ikim.fm. Suka untuk ana berkongsi dengan antum semua dan rasa rugi pula kalau ilmu itu dibiarkan macam tu saja... Pengisinya adalah pengarang IKIM sendiri, Ir. Ahmad Jais yang mengulas surah al-Maidah ayat 54-55. Memang sesuai untuk dikongsikan masa ta’lim dan sebagainya.

Maksud firman allah swt:

“Wahai orang2 yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah-lembut terhadap orang2 beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang2 kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (penberiannya), Maha mengetahui” (5:54-55)

Bila ana tadabbur dan dengar ulasan Ir.Ahmad Jais, ada beberapa golongn yang Allah sebut menerusi ayat di atas:

~golongan yng Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya.

masyaAllah, kalau lah kita dapat rasa nikmatnya bercinta dengan Allah, mesti kita happy sangat. Jiwa pun akan rasa tenang

Then Ir.Ahmad Jais cakap lagi, golongan ini mencintai apa yang Allah cintai. Contohnya Allah cintakan Rasulullah saw, orang2 yang bersabar, orang2 yang berbuat kebaikan, orang2 yang beriman dan mencintai benda2 yang bersih, baik dan indah. Dats why agama Islam tu agama yang menitik beratkan kebersihan dan mencintai ketenteraman.

So sebagai Muslim, perhiasilah diri kita dengan akhlak yang indah, perbanyakkan senyuman dan ketenangan, tempat belajar + rumah kita bersih..kerana apa? Sebab Allah mencintai perkara2 yang indah. Bila kita dapat pupuk cinta kepada Allah dan pencintaNya, akan menyebabkan kita jadi orang yang mempertahankan agama Allah. Contohnya pasal isu yang panas sekarang; kebenaran menggunakan perkataan Allah dalam majalah yang nak diterbitkan oleh gereja.

Rata2 pendengar ikim tak setuju dengan isu ini..bagi antum pula macam mana?

~golongan yang bersikap lembut sesame orang2 mukmin tetapi bersikap keras terhadap golongan kafir

Maksudnya, dengan sesame Muslim, we must behave politely.. Barulah orang berebut2 nak kawan dengan kita. Kan mukmin tu saudara kepada mukmin yang lain. (49:10). Boleh refer buku virus-virus ukhwah untuk mendapatkan lebih banyak info tentang macam mana nak pelihara ukhwah dengan sahabat2 kita.

Kalau kita dapat pupuk sikap ni dalam diri kita, insyaAllah perselisihan dapat diselesaikan, orang suka bersahabat dengan kita walaupun adakalanya kita tak dilayan dengan baik. And for sure kita happy dan senang hati. Bak kata ustaz hasrizal, kita akan lebih bahagia dengan memberi daripada menerima.

~berjihad di jalan Allah

Berjihad tak semestinya berperang menentang golongan musyrikin, tetapi jihad tu ada bermacam2 jenis. Contoh paling senang kat sini belajar sebab ana sendiri pun masih seorang pelajar. Keutamaan ilmu dan orang yang berilmu dalam Al-Quran sangatlah banyak, antara maksud firman Allah:

“Allah akan meninggikan orang2 yang beriman di antaramu dan orang2 yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat” (58:11)

Dan mungkin ada lagi beberapa contoh berjihad yang anda semua lebih tahu daripada ana. Namun, berjihad di jalan Allah itu menjadi fardu apabila dituntut.

~tak takut terhadap celaan orang yang suka mencela

Contoh yang Ir.Ahmad Jais bagi macam kalau ada seorang ni bagi nasihat kat kawan dia, orang kata dia berlagak alim, ustaz ke, ustazah lah..

Sesungguhnya celaan pasti ada sepanjang jalan perjuangan kita. Dan buatlah kebaikan itu selagi mana kita yakin akan kebenarannya.

Ana bukanlah seorang yang tahan akan celaan dan berani menegur orang secara spontan, tapi insyaAllah ana sedang cuba untuk berfikiran positif. Sebabnya, bila kita buat baik, kita kena ejek, bila buat jahat pulak kena marah, so baik kita buat baik..

Teringat ana mujahid2 selepas keruntuhan Khalifah Turki Uthmaniyah seperti As-Syahid Hasan al-Banna, Syeikh Qutb dan lain2 lagi mempertahankan Islam ketika itu. Mesti cinta mereka yang dalam kepada Islam menyebabkan mereka tak kisag akan celaan pihak kuffar.

Dan sesungguhnya hanya pada Allah tempat kita bergantung walaupun ana sendiri susah nak meletakan setinggi2 pergantungan padaNya. Wallahu’alam..moga2 posting kali ini memberi ana dan anda yang membaca, sedikit kesedaran/muhasabah atau apa2 saja terhadap Islam.

~mendambacintaIllahi~