29 October, 2011

Zulhijjah: Amalan dan pengorbanan kita

Alhamdulillahi robbil 'alamin..selawat dan salam sejahtera buat murobbi teragung, Muhammad saw serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke akhirnya.

Bulan Zulhijjah

Maghrib khamis yang lalu, mula sudah bulan yang mulia, bulan Zulhijjah. Mulanya tak perasan Zulhijjah kian menghampiri. Tetapi sedar bila membaca status seorang akhawat.

Bulan Zulhijjah sangat mulia dan sangat sinonim dengan ibadah korban. Semester ini belajar sikit-sikit mengenai sembelihan. Rupanya semua orang boleh menyembelih asalkan dia Islam dan dapat membezakan perkara yang baik dan buruk (mumayiz). Still, sampai sekarang masih tak berkesempatan lihat dengan mata sendiri proses penyembelihan tu. Bukan saja Ramadan, Hopefully, Zulhijjah kali ini juga akan lebih bermakna buat kita. Berikut antara perkara-perkara yang sunat dilakukan di bulan Zulhijjah.(sumber)


a) Berpuasa di hari Arafah/9 Zulhijjah:

عَن بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ "

Beberapa isteri nabi s.a.w berkata: Nabi s.a.w sering berpuasa pada sembilan Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan, Isnin awal setiap bulan dan hari Khamis [Sunan Abi Daud: 2085, Shaikh al-Albani mensahihkannya]


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ….، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ…..

Rasulullah s.a.w bersabda: Puasa Arafah, aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya [Sahih Muslim:1983]

b) Menyembelih korban

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا "

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempunyai keluasan (harta) tetapi tidak menyembelih korban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami. [Sunan ibn Majah:3122, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan]

c) Membanyakkan amal ibadah pada sepuluh hari pertama Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ " فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ "

Ibn ‘Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada hari yang mana amal soleh pada hari itu lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari (awal Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah? Baginda s.a.w menjawab: Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan jika seorang lelaki itu keluar dengan nyawa dan hartanya, dan dia tidak pulah (terbunuh). [Sunan at-Tirmizi: 687, Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih Gharib]

d) Melakukan solat hari raya di Musolla/tanah lapang

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : " خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ إِلَى الْمُصَلَّى

Daripada Abu Sa;id al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w keluar ke musolla/tanah lapang pada hari raya Aidiladha dan Aidilfitri [Sahih al-Bukhari: 296]

e) Membanyakkan takbir bermula pada satu Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، وَالأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا . وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ .

Ibnu ‘Abbas berkata, “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah shalat sunnah. [Dikeluarkan oleh Bukhari tanpa sanad (mu’allaq), pada Bab “Keutamaan beramal di hari tasyriq”]

Takbir terbahagi kepada dua. Takbir Mutlaq-bermula pada awal Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Dalilnya di atas

Takbir Muqayyad- takbir yang dilaungkan selepas solat fardhu. Ia dilakukan bermula pada Subuh 9 Zulhijjah, dan berakhir pada selepas Asar 13 Zulhijjah. Dalilnya ialah: Daripada Ali bin Abi Thalib radiallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat Subuh pada 9 Zulhijjah sampai Asar 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah Asar. [Musannaf Ibn Abi Syaibah & Al-Baihaqi. Shaikh al-Albani mensahihkannya]

f) Tidak Makan Sebelum Solat Raya

عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كَانَ لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ ، وَكَانَ لَا يَأْكُلُ يَوْمَ النَّحْرِ حَتَّى يَرْجِعَ "

Daripada Ibn Buraidah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w kebiasaannya tidak akan keluar daripada rumah (untuk pergi mendirikan solat raya) kecuali sehingga telah makan, dan baginda s.a.w tidak makan pada hari raya haji melainkan selepas pulang (daripada solat raya). [Sunan Ibn Majah: 1746, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis sahih]

Pengorbanan kita.

Saya tersangat sedar akan erti pengorbanan bila membaca buku batu-bata kehidupan tulisan Hilal Asyraf di bawah tajuk, 'Kita dan mereka'.

Ya, siapa mereka itu?

Merekalah Rasulullah saw dan para sahabat. Pengorbanan kita tak seberapa andai dibandingkan dengan mereka. Kita claim pengorbanan kita sudah besar bila kita join usrah, pergi dengar pengisian, penat bermukhayam, memberi usrah dan pening kepala nak set up program. Bagi mereka yang awam, andai diajak pergi ke majlis-majlis ilmu, ibaratnya macam nak pergi berperang.

Hakikatnya, kita masih sangat jauh dengan mereka.

Bagaimana mereka? Allahuakhbar. Malu rasanya. Itupun, kadang-kadang kita selalu beralasan.

beruntung sangat bagi mereka yang sanggup berkorban melakukan kebaikan.

'Sorry, I'm busy'
"Too many assignment to be submitted'
"Er, I need time for myself. Really. Sorry dear."

Sedangkan, Allah menjanjikan kebaikan buat mereka yang menolong agamaNya dan menginfakkan harta dan jiwa mereka di jalanNya.

"Wahai orang-orang beriman, Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan kamu" (47:7)


In my humble opinion, kalau banyak assignment, boleh saja siapkan sikit-sikit di tempat program. Rancang time table betul-betul. Program pasti sudah dimaklumkan terlebih awal. begitu juga dengan report dan assignment. Bukankah salah kita yang tak pandai menguruskan masa? Allahu rabbi.

Pengalaman sendiri. Minggu depan, ada satu test, two reports to be submitted, hafaz surah ad-dukhan plus al-mutoffifin, tazkirah mus'ab bin umair dan presentation packaging. Dan pada masa yang sama, minggu ini ada program.

Memang pack sangat tu. Tapi kuatkan juga untuk pergi sana agar iman dan ilmu di'refresh' kembali. Balik saja program, dapat tahu kelas food packaging dibatalkan. (gara-gara perlawanan bola sepak). Alhamdulillah, soalan biostatistic pula Allah sangat-sangat mudahkan untuk siapkan. Tasmi' surah ad-dukhan dan al-mutoffifin juga lancar. Forever we thank you, Allah.

Apa-apa pun, berbalik kepada keyakinan (iman) kita. Kalau beribu kali baca ayat dalam surah Muhammad di atas tu tapi still tak yakin, nothing will happen. Kita kena yakin juga Allah akan mudahkan urusan hamba-hamba yang menolong urusanNya.

InsyaAllah, mungkin masa ini, kitalah yang paling semangat untuk berkorban. Tetapi bagaimana esok hari, dan seterusnya. Justeru, jangan lupa doa agar ditetapkan hati di jalan yang diredhaiNya.

Allahu'alam.

p/s: Moga sahabat sematrik saya sabar dan thabat di jalan juang dengan cara beliau yang tersendiri.
: Raya Haji 2009, kali terakhir kami sekeluarga raya bersama. Ingat lagi memori itu? Sure, I do.

1 comment:

Rasydan Nazri said...

dalam berdakwah ni memang benar banyak cubaan dan dugaan. sama juga dalam proses mentarbiyah diri menjadi insan yang lebih baik perlu menempuh tingkatan-tingkatan ujian agar dinilai oleh yang Maha Pencipta.
So, yang mampu memberikan kekuatan kepada kita untuk terus berusaha dalam mengejar redhoNya hanya dengan niat yang ikhlas keranaNya.