09 December, 2011

10/12/2009

Bismillahirohmanirrohim..

Hari ini datang lagi..maknanya sudah 2 tahun berlalu.
2 tahun pemergian arwah abang. Bukan meratapi, sekadar peringatan pada diri tentang MATI.
Dunia ini memang dunia kan? Takkan pernah kekal. Walau orang yang kita sayang.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya. Tempatkan arwah bersama hamba-hambaMu yang soleh.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)

Para sahabat ra pun sayang sangat kepada Rasulullah saw. Tetap juga Allah swt menarik Rasulullah saw pergi. Bukan? Ingat lagikah ketika peristiwa kewafatan Nabi saw? Apa kata Saidina Umar? Beliau hampir tidak percaya bahawa Nabi telah wafat dan berkata, 'Siapa-siapa yang mengata Muhammad saw telah wafat, akan ku penggal lehernya'.

Lalu Saidina Abu Bakar memberi teguran dengan membaca:

"Siapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat, dan siapa yang menyembah Allah, maka Allah sentiasa hidup tidak mati."
Beliau telah membaca semula ayat:

"Dan tidaklah Muhammad itu melainkan seorang Rasul yang telah berlalu sebelumnya rasul-rasul. Adakah apabila dia wafat atau terbunuh, kamu akan berpaling ke belakang?..." (Al-Imran: 144).
yang pergi tetap pergi


Allah knows the best. Seringkali bila teringat arwah, rasa syukur sangat di hati kerana Dia menarik arwah dalam keadaan umi dan abah redha akan arwah, dalam keadaan kami sekeluarga selalu makan bersama di hujung minggu dan ketika saya di rumah (cuti semester sem 1). Beberapa ketika sebelum perginya arwah menghadap Ilahi, kalau umi suruh buat sesuatu, arwah akan buat walau masa itu arwah tengah tidur.

Kita sedia maklum syurga itu di bawah tapak kaki ibu, bukan? Apatah lagi bagi seorang lelaki. Jujurnya bila dah tiada, baru sungguh-sungguh mahu menghargai kehadirannya. Manusia memang selalu begitu kan? Yang masih hidup, kita baiki hubungan sesama kita. Hidup untuk banyak memberi itu bukan senang.

Sukar dipercayai namun, bukan mainan dusta,
Benarlah bagai dikata,
Tuhan yang Maha Tahu apa ketentuan takdir
Kita hanya lah hamba berserah kepada Dia
Sukar dicari ganti
Tak mungkin dilupakan.
Wahai Tuhan Dikau ampunkanlah
Hulurkan keampunanMu
Agar dia sentosa di alam sana.

Semoga Allah swt menempatkan arwah di kalangan hambaNya yang soleh dan solehah. Ya Allah, jadikanlah kuburnya seperti taman-taman syurga bukannya lubang-lubang neraka.

"If you died right now, at this moment, would you be ready for the grave and then judgement? Are you content and pleased with your Islam, Quran recitation, manners , hijab and deeds?

I'm not! May Allah make us better and more serious about getting better! Ameen.

The real question is what we going to do to improve? Reading this and feeling bad is not the way to fix it. We have to take some serious steps!.

May Allh make it easy for us to read His book, read, memorize, practice & act on it" -IloveAllaah.com

Hari ini kita mendoakan mereka yang mati, entah esok lusa, kita pula dijemput Ilahi. Moga Allah redha pada kita dunia dan akhirat.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (Az-Zariyat:55)

1 comment:

matahari said...

Salam ukhti, afwan sbb ana terpaksa bls cmment enti d sini.. button cmment di blog ana error..

ayat ana yang last tu bermaksud:
Jom mula berfikir untuk menjadi mnusia y lebih baik umumnya dan muslim yg lebih baik khususnya..

hrp dpt mmbntu..^^
ana USIM..=)