Akhawati, syukran kerana memberi semangat kepada diri.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung" (5:35)
20 April, 2012
Semangat keakhawatan
Akhawati, syukran kerana memberi semangat kepada diri.
09 July, 2011
Strieve for Ramadan
Entah sempat atau tidak menemuinya.
Semoga sempat ya Allah.
Rejab yang lepas dibiarkan berlalu sepi.
Sedang diri tak berbuat apa-apa sangat sebagai warming up menyambut Ramadan.
Maka, syaaban kini tiba, mahu dilepaskan juga syaaban ini dengan angan-angan kosong?.
Syukur, Allah kurniakan diri kesempatan untuk membaca entri di blog brohamzah.
Tersedar bila membaca entri beliau.
Alhamdulillah, itu teguran dari Allah sebenarnya.
Buat diri yang hina, tak kuat..
Sungguh, persediaan menyambut Ramadan sangat hambar buat diri.
Terasa cuti yang penuh dengan masa terluang tak dimanfaatkan sebaik mungkin.
Tapi bak kata brohamzah, MASIH ADA HARAPAN.
Saya kongsikan kata-kata beliau di bawah:
(1) Marilah dengan waktu yang berbaki – satu bulan ini – kita melakukan persiapan dan persediaan yang benar, bersungguh-sungguh dan berfokus untuk menghadapi Ramadhan.
(2) Persiapan adalah kata kunci bagi meraih kejayaan yang sebenarnya di bulan Ramadhan. Jiwa, nurani dan hati yang dibersihkan dengan tarbiyah ruhiyah yang sebenarnya akan membawa suatu pengembaraan rohani yang luar biasa di dalam pengembaraan nurani di sepanjang bulan Ramadhan.
(3) Sedarlah wahai diri, bulan Syaaban ini Allah SWT berikan dirimu peluang dan harapan yang tinggi untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Peliharalah dirimu daripada segala bentuk maksiat dan dosa. Semoga Allah SWT memandangmu dengan pandangan cinta, kasih dan rahmah.
“ Masih ada harapan buatmu, Syaaban ini persiapkanlah segalanya. Mudahan-mudahan Allah SWT membuka pintu harapan buatmu”
Sekadar berkongsi kata-kata daripada mereka yang berkisar tentang bulan rejab. Tapi still boleh ambil ibrahnya:
"Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?
Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya." – abcdefg of iluvislam.com.
"kita seharusnya memeriksa diri kita terlebih dahulu, sejauh mana kita memberi respons terhadap tawaran ukhrawiah? dan sejauh mana pula kita memberi respons terhadap tawaran keduniaan? Bandingkan kecenderungan atau kemahuan diri kita apabila berhadapan dengan kedua-dua tawaran ini. Yang mana lebih menggiur atau menyelerakan? Dari sini barulah kita tahu pendirian dan sikap kita. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Hanya diri sendiri yang mengetahui rahsia peribadi. Bertolak dari sini, barulah kita dapat memperbetulkan halatuju yang perlu diambil untuk keselamatan diri kita di dunia dan akhirat.
Harapan kita biarlah kita untung dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-samalah kita berusaha ke arah memperbaiki hidup sepanjang Rejab ini supaya Allah menambahkan ketakwaan dan kekuatan kita untuk melakukan amal iibadat dalam bulan Sya'aban dan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita berpeluang berada dalam bulan yang paling mulia - Ramadhan dan akhirnya semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. AMIN!"- afdhal87 of iluvislam.com.
InsyaAllah.
Moga Allah perkuatkan langkah dan meredhai amal ibadah.
semoga kita disampaikan ke bulan ramadhan
p/s: terimbas seketika backpacking Fend dan Chad for Ramadan di Masjid Punchbowl. Mahu jadi seperti mereka.
19 April, 2011
Ada jalan pulang menujuNya

Saya ada baca satu artikel yang sangat bagus untuk kita semua ambil iktibar. Dikarang oleh Ustaz Pahrol Muhamad Juoi dan dipublish di iLuvislam. Moga Allah beri kita kefahaman. Amiin.
Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.
Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan... tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk 'maju' setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi si berdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan.
Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa... tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya!
16 March, 2011
Masa zaman kanak-kanak
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sangat dekat di hati kami sekeluarga.In the name of Allah, the most Graceful and the most almighty
Saya dulu lahir di klang dan zaman kanak-kanak saya memang dihabiskan di situ. Tambahan, ayah saya seorang guru dan mengajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang. Tapi sekarang kami sudah berpindah. Dulu masa zaman kanak-kanak, selalu main dengan adik beradik yang lain. Dengan abang, kakak dan adik yang di bawah saya. Rindu zaman kecik2 dulu..
Main masak2... kejar2..panjat katil sampai patah tangan..main basikal, badminton sampai bola selalu terpelanting atas bumbung rumah..kalau cuti sekolah, tengok tv sama2..dan banyak lagi. Ada yang manis, ada yang pahit.
Mungkin ada yang cakap saya ni nostalgic tapi bagi saya, bila mengimbas kembali kenangan dulu-dulu, ia mengajar saya banyak perkara sebenarnya. Mengajar saya untuk lebih menghargai mereka sementara mereka masih bernafas. Siapa lagi yang lebih memahami kita melainkan keluarga kita (instead of Allah). Kalau kita mati nanti, sahabat-sahabat kita punyai ramai lagi sahabat lain. Lab partner kita boleh cari lab partner yang lain. Usrahmate kita boleh cari orang lain. Tapi keluarga kita tak begitu. Kita tak sama dengan orang lain dan mereka tak akan dapat cari ganti saudara kandung seperti kita.
Gaduh itu perkara biasa sebab masa zaman kanak-kanak dulu semuanya tak matang lagi. Tolong, jangan sampai bila adik-beradik kita dah tak bernafas lagi, baru kita ikhlas nak memaafkan kesalahannya. Cuba cari titik-titik persamaan kita dengan mereka dan lapangkan hati untuk menerima kekurangan mereka. Adik saya pernah cakap:
"Manusia ni berbeza-beza sebab tu dunia ni banyak bunyi"
Masa zaman kanak-kanak dulu, akak, abang, saya dan adik saya satu sekolah. Kadang-kadang saya dan kakak rehat sama-sama. Rehat, beli ayam seketul, lepas itu makan sama-sama. Masa itu adik saya sekolah kebangsaan sebelah petang.
Masa zaman kanak-kanak, saya dan adik saya sangat rapat sebab kami berbeza umur cuma setahun. Sejak dari tadika sampai sekolah menengah, kami satu sekolah. Kami terpisah tempat belajar bila saya masuk matrik dan akhirnya sambung di universiti. Bagi saya, memang kami rapat sejak kecil.(tak tahu pula adik saya)..Dia berani mencuba, pandai bawa diri dan dialah adik beradik kami yang pertama pakai cermin mata.
Dulu, saya suka warna merah, adik saya suka warna biru. Bila apply nak masuk matrik, saya pilih yang dekat-dekat saja tapi adik saya pilih matrik di utara, selatan dan ada yang di sabah dan Sarawak. Adik saya lebih cenderung membaca buku-buku English sedang saya suka baca buku agama. Buku Harry Potter yang tebal sekejap saja dia boleh habiskan. Sebab itu, English beliau agak fluent.
Kami berdua punyai banyak gambar berdua dan kebanyakkan gambar-gambar itu saya bawa ke universiti. Bila masing-masing masuk universiti, kami boleh berjumpa waktu cuti saja. Alhamdulillah, saya pernah ziarah adik saya di universitinya, pernah makan bersama, solat jemaah sama, tengok cerita sama-sama, saling tukar-tukar buku dan gelak sama-sama. Ya Allah, saya rindu saat itu.
Jujurnya, saya sayang adik saya. Walau jauh mana, walau diam mana, walau lama mana tak bercakap dengan dia, doa saya untuk dia tak pernah saya lupa. Masakan tidak, masa kecik saya lebih saya habiskan dengan beliau. Akhir sekali, suka untuk saya promote blog adik saya: heartdomancy-the hardest battle is when you're against yourself.
p/s: dekat sini sudah beberapa hari hujan. sungguh, hujan itu satu nikmat yang sangat best.
03 March, 2011
Adalah kisah seorang hamba Allah ni.
...aauuummmmm!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.
Hamba Allah ni berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek saja.
Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir macam mana nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... macam mana ni.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...
24 January, 2011
Pemergian Sahabat Sematrik
tadi saya sedang googling mencari maklumat untuk membuat report food processing: Pineapple Glazed. saya saja taip nama dan batch matrik saya dan Allah telah menemukan saya dengan sebuah blog ini. dari situ, saya baca berita yang sangat mengejutkan.
masyaAllah, seorang sahabat matrik say, Ahmad Nordinnie bin Yunus telah meninggal dunia pada mei 2010. setelah tamat pengajian di matrik, arwah telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang penerbangan di Kedah. walaupun saya tak pernah bercakap dengan arwah, tapi sebagai kawan yang pernah sama-sama belajar di satu medan yang sama, saya cukup terasa dengan kehiangan arwah.
di univerisiti saya sekarang, ada dua orang sahabat sekelas saya yang sekuliah hatta sepracticum dengan arwah. saya kira mungkin mereka berdua lebih terasa dengan kehilangan ini. ikuti beberapa cerita tentang arwah yang sempat saya copy dari blog tersebut.

Arwah merupakan seorang yang periang dan aktif dan merupakan ahli praktikum H7P4. Kehadiran Dini atau nama jolokannya Pisang merupakan satu kebahagiaan kepada setiap ahli H7P4. Beliau sangat menggemari buah pisang, buah pisang menjadi sarapan pagi setiap kali sebelum masuk kelas pagi, tu pun kalau masuk kelas.
JITRA, 11 Mei (Bernama) -- Mayat Pegawai Kadet Kolej Tentera Udara (KTU) akibat lemas semasa menjalani latihan River Crossing di Tasik Paya Pahlawan, Mukim Binjal, dekat sini telah ditemui malam Selasa. Ahmad Nordinnie Yunus, 19, ditemui pada pukul 8.12 malam tadi oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) TUDM.Mayat pelatih itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mej Kamarulzaman Ali dalam kenyataan media berkata ketika kejadian Ahmad Nordinnie sedang menjalani latihan di bawah pengawasan jurulatih-jurulatih Pusat Latihan Pegawai Kadet (PLP), KTU, Kepala Batas.Semasa latihan sedang berjalan, Allahyarham dipercayai menghadapi masalah menyebabkan beliau tidak dapat mengapungkan diri."
Jurulatih-jurulatih yang menyedari menghadapi masalah, telah bertindak dengan segera untuk membantu tetapi tidak berhasil kerana kejadian berkenaan berlaku dengan pantas," katanya.Kamarulzaman berkata jenazah Allahyarham dijangka tiba di Pangkalan Udara Subang pada pukul 10 pagi esok dengan pesawat CH130 TUDM sebelum dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Ladang RISDA Inas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
Allahyarham berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah anak keempat daripada enam adik beradik, sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Pegawai KTU, dalam tahun pertama kelas Diploma 2012 sejak 8 Jun tahun lepas dan dijangka tamat latihan pada Jun 2012.Sementara itu, Panglima Tentera Udara Datuk Seri Rodzali Daud turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Nordinnie dan bersimpati dengan kejadian yang menimpa Allahyarham.Satu Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian itu.-- BERNAMA
jujurnya apabila membaca berita ini, saya sangat terkejut dan sedih. Sungguh, perancangan Allah itu sangat teliti. perginya arwah pada usia yang muda. semoga berita ini menjadi peringtan buat kita yang masih hidup.
mari, sedekahkan doa buat arwah Ahmad Nordinnie bin Yunus.
link blog tersebut: sini
14 January, 2011
Biarlah keranaNya
Buatlah segalanya hanya untuk dipandang Allah swt
Kerana jika amalan dibuat untuk untuk tatapan manusia
Dia akan menjadikan amalan itu untuk tatapan manusia
Percayalah pada yang pasti
Bukannya pada khayalan
Yang tak menjanjikan apa-apa
"(Setan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka. Mereka (yang tertipu) itu tempatnya di neraka Jahanam dan mereka tidak akan mendapat tempat (lain untuk) lari darinya" (2:120-121).
Tanggungjawab bertambah
Moga kesungguhan untuk merubah dan berubah juga bertambah
Bukan senang
Tapi ingatlah janji Yang Maha Esa:
"Wahai orang –orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (47:7)
"Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barang siapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah Yang Maha-Kaya, dan kamulah yang membutuhkan (karuniaNya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu." (47:38).
Jangan gopoh
Kelak membinasa diri.
Betulkan niat
Bukan pangkat dan nama yang dicari
Semoga Allah redha atas usaha yang tidak seberapa.
24 November, 2010
final exam
14 November, 2010
Dia dibius..
Nur menapaki keluar dari bilik rawatan 1.
"Allah..sengalnya rasa.." kesan lignocaine yang di 'inject' ke gusinya mula terasa.
Dia mencari tempat duduk berdepan dengan kaunter pendaftaran pesakit. Usai duduk fikirannya menerawang teringatkan sahabatnya yang mengalami nasib yang sama sebelum Ramadan lalu. Lantas, mesej dihantar kepada sahabatnya itu.
"Salam Raz, awak kat mana? Kat universiti lagi ke? Saya kat klinik gigi ni..awak tau tak, doktor nak cabut gigi saya..tadi, da kena inject. Kejap lagi tibalah masanya gigi saya akan pergi. =(" gaya sedih saja bunyinya.
Butang send ditekan. Sambil menunggu balasan mesej sahabatnya, dia mengeluarkan terjemahan Al-Quran. Mengaji sebentar sementara menunggu masa untuk ubat bius tadi menjalankan tugasnya.
Ya allahu ya rabbi
Ya allahu ya rabbi
Lagu Ya Allah daripada kumpulan Indonesia, Wali Band sebagai message ringtone handphone Nur berbunyi.
"Ye ke Nur, takpelah, awak kuat ea..cabut gigi ni tak sakit pun sebab ada bius. Tapi cabut nyawa memang sakit sebab tak ada bius..syafakillah ye sahabatku.."
Erk..! kematian!
Tiba-tiba jururawat memanggil namanya. Nampaknya tak sempat Nur membalas mesej Raz. Dia menanda Al-Quran sebelum menutupnya dan bergegas masuk semula ke bilik rawatan 1.
Dengan bismillah yang diucapkan oleh doktor wanita itu, Nur berasa sedikit tenang. Sedaya upaya ditenangkan lagi hati dengan zikrullah dalam hati. Mata dipejam serapat mungkin apabila peralatan mencabut gigi mula dimasukkan ke dalam mulutnya..
20 minit kemudian..
Nur melangkah ke kereta kancil berwarna biru yang dipandu oleh Kak Wan. Seorang saudara seislamnya yang mengambil ijazah sarjana muda bioperubatan di Management and Science University, MSU.
"Macam mana Nur, okey tak semuanya?" Kak Wan bertanya sambil tangannya menukar gear dan memandu kereta keluar dari Klinik Pergigian Bangsar. Nota yang dibaca sementara menunggu Nur tadi disimpan.
"Alhamdulillah kak. Doktor terus cabut gigi tadi. So, tak payah buat appointment." Nur menjawab sambil membuka beg sandang untuk membalas mesej Raz tadi.
"Allahuakhbar, jazakillah sangat-sangat Raz atas peringatannya. Moga Allah melimpahi awak dengan sebanyak-banyak rahmat dan kasih sayangnya..da cabut da gigi saya beberapa minit yang lepas. Alhamdulillah..=)"
"Ameen ya rabb..wailaiki aidhan..ye ke, Alhamdulillah..xsakit kan...awak mesti tengah gigit kapas kan..Chumelnya ^_^"
Eh, macam tahu-tahu je Raz ni. Nur menggeleng kepala sambil tersenyum. Memang dia kini sedang mengigit kapas.
"A'ah..sengal je rasa gusi saya ni. Alhamdulillah segalanya lancar..ok la Raz, nanti kirim salam saya pada sahabat-sahabat yang lain ye. Uhibbukifillah. =)"
"Okey, uhibbukifillah Nur..take care~"
Alhamdulillah, banyak ibroh yang saya dapat daripada cerita ini. Betul juga kata-kata Raz kepada Nur. Cabut gigi ini memang tak berapa sakit sebabnya kita dibius dengan lignocaine terlebih dahulu. Tetapi, saat Malaikat Izrail mencabut nyawa nanti, pasti dijanjikan dengan kesakitan kerana tiada ubat satu bius pun untuk kita. Cuba bayangkan, Nur yang sudah dibius oleh Doktor gigi itu pun masih rasa sengal walaupun sudah di 'inject' dengan ubat bius, apatah lagi sakit sakaratul maut yang tiada langsung bius.
Dan untuk itu, saya teringat bagaimana saatnya Rasulullah saw yang sakit saat tibanya sakaratul maut. Memang sakit wahai diriku yang menulis dan kalian yang membaca..sampaikan malaikat pencabut nyawa memalingkan mukanya apabila melihat penderitaan Rasulullah saw. Dalam kesakitan itu, Baginda saw masih lagi mengingati kita, umatnya yang bertuah ini.
"Jika beginilah rasa sakaratul maut itu, timpakan saja semua kesakitan ini padaku, bukan pada umatku."
Allahuakhbar..
Mulianya engkau wahai pesuruh Allah!
Bila muhasabah kembali, bagaimana cinta kita kepada Baginda saw?
Apa yang kita sudah buat sebagai tanda penghargaan cinta Baginda saw kepada kita?
Berapa banyak selawat yang kita ucapkan dari bibir kita dalam sehari-hari?
Berapa darjah ketulusan kita dalam menegakkan sunnah Baginda dalam hidup kita?
Kita sebagai umatnya, bukan hanya ketika Maulidur Rasul saja baru mahu menangis mengingati Baginda saw dan memperbanyakkan selawat ke Rasulullah saw yang mulia itu. Sepatutnya setiap hari!
Saudaraku, melihat umat Rasulullah saw pada zaman sekarang ini, tidakkah terdetik pada diri kalian untuk berbuat sesuatu membaiki ummah ini? Pada saat baginda mula menyebarkan dakwah Islam, Nabi Muhammad saw diseksa dengan dahsyatnya. Tahukah kalian bagaimana teruknya Baginda saw dicemuh dan dibaling batu oleh kaum bani Taif?
Teruknya wahai saudaraku!
Sehingga darah suci Baginda saw mengalir memenuhi kasut Baginda. Dan saat Rasulullah saw menapaki meninggalkan kota Taif itu, kedengaran bunyi darah yang memenuhi kasut Baginda. Ibarat kita berjalan dengan selipar yang basah..
Padahal masa itu, Baginda saw yang mulia sedang berada dalam kesedihan kerana isteri kesayangan Baginda, Saidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda, Abu Thalib baru saja meninggal dunia. Dengan harapan mendapat ketenangan di Bandar Taif, Baginda berkelana ke sana. Tetapi cemuhan, hinaan dan keperitan yang 'dihadiahkan' oleh penduduk Taif.
Satu lagi bukti kesayangan Baginda saw kepada umatnya adalah ketika Baginda menolak pelawaan malaikat Jibril untuk menghukum penduduk Taif.
"Mereka tidak tahu.."
Begitulah jawapan Baginda.
Wahai diriku dan kalian yang membaca, moga sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu kita mencintai Nabi Muhammad saw setiap masa. Bukan bila Maulidur Rasul saja. Dengan kepenatan dan keperihan Baginda saw dan para sahabat r.a ketika awal penyebaran Islam, barulah kita mendapat nikmat iman dan Islam pada hari ini. Makan, gunakanlah dua nikmat teragung itu dengan sebaiknya. Telusuri siroh-siroh Baginda saw dan para sahabat ra..
~moga artikel ini sampai ke dalam hati setiap insan yang membaca. Barakallahufikum!
p/s: setinggi penghargaan buat Dr. Nur Najwa Hanim yang tolong carikan nama bius di atas.
28 October, 2010
menghargai masa saat kelapangan
Setelah berlalunya era kesibukan sepanjang minggu kuliah, kini rasa diri punya banyak masa lapang. Minggu ini kami sekelas di'torture' untuk menyiapkan beratus soalan biochemistry yang perlu disiapkan dalam masa 72 jam. Allahuakhbar..tapi yang bagusnya, kebanyakkan kami buat discussion untuk menyiapkan assignment tersebut. Natijahnya, ukhwah kami bertambah erat. alhamdulillah.
Sepanjang study week ini, saya akan pulang ke desa tercinta. Berjihad untuk final exam di sana, juga tempat saya struggle masa SPM dulu. Jujurnya, saya lebih suka belajar di rumah walaupun peratus untuk diganggu adik-adik yang masih kecil sangatlah tinggi. Melihat raut wajah umi dan abah, saya lebih bersemangat untuk belajar. Lagipun dengan kehadiran kakak yang kini menyambung pengajian dalam master, insyaAllah dapat mencipta suasana belajar di rumah.
Kami boleh belajar sama-sama sebab subjek yang saya ambil sekarang, pernah dan masih dipelajari oleh kakak. Buku-buku rujukan kepunyaan kakak semasa degreenya dulu,masih boleh saya gunakan untuk dijadikan refrence book. alhamdulillah tk perlu bawak buka yang tebal ke rumah..lagi meriah dengan kehadiran adik saya nanti yang sekarang menyambung degree nya di UPM. Moga jadi librarylah kot rumah kami itu.
Setelah berlalunya era kesibukan sepanjang minggu kuliah, kini saya punya banyak masa lapang. Malam tadi, selamat sudah khatam satu buku, alhamdulillah. Penat menelaah buku pelajaran, buku-buku ilmiah di buka dan online sebentar. Baca dan baca, surf dan surf, then barulah kembali menelaah pelajaran.
Hargai masa
'andainya kita tidak mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah, maka masa kita akan terisi dengan kelalaian.'
Kadangkala, saya suka diri sya sibuk. Sekurang-kurangnya masa itu TERISI. Tapi, kadangkala masa itu berlalu macam itu saja. Sangatlah sedih. Dalam kitab suci Al-Quran, Allah swt banyak kali menceritakan perihal masa..
"Demi masa.."
"Demi Dhuha.."
"Demi fajar.."
Amatlah rugi andainya masa itu tak digunakan semaksimum mungkin. Tapi mahu maintain kan kegunaan masa dengan sebaiknya, sangatlah perlukan mujahadah. Moga kita ini tergolong dalam golongan yang sokmo mujahadah, insyaAllah.
~hujan kembali di sini~
03 October, 2010
Nasyid- Bebaskan Palestin

bismillahirrahmanirrohim.
pernah sekali mahu mendengar pengisian bersama akhwat, buka radio IKIM.fm dan terdengar lagu bebaskan palestin, yang munsyidnya gabungan antara inteam, rabbani dan saujana.
rasa bersemangat..apatah lagi langkah kaki ketika itu mahu meningkat tsaqafah, insyaAllah. dan harapnya saya dan anda semua juga bersemangat dalam berbuat apa-apa kebaikan.
apatah lagi sebagai student yang semestinya menghadapi jadual seharian yang padat. andai tak disematkan niat yang baik, hanya penat semata-mata yang akan kita dapat.
hayati lagu di bawah~
Bebaskan Palestin
La ilaha illaLlah
Muhammadur RasuluLlah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabiliLlah
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya
ps:berjaya download lagu ini akhirnya.
moga.semangat.sentiasa.
27 August, 2010
Kutiplah Buah Durian itu
Namun, agak mengejutkan bila mana Dol mampu hidup mewah. Satu perbualan dengan Dol merungkai segala persoalan..
1) Soalan: Cukup ke dengan jualan durian hari-hari nak hidup mewah macam ni? Berapa banyak je jual durian 1 hari?
Dol: Memang tak cukup, dusun saya ada 10 pokok je, mana nak kaya..biasa paling banyak 1 hari dapat kutip 3 biji..itu pun kadang-kadang ada yang dah ditebuk tupai, busuk dan rosak
2) Soalan: Habis, macam mana boleh hidup mewah macam ni? Cakap kerja full time jual durian...
Dol: Tiap-tiap buah ada musim, durian pun ada musim. Ada satu bulan buah-buah durian ni banyak gugur. Kena la kerja keras sebab time tu la untung banyak.
Bulan ni special dik, tupai pun tak nampak time ni, so, takde la kes durian kene tebuk kat dusun tu.. That's why la pakcik time bulan ni banyak keje malam, buat OT sikit..
3) Soalan: Eh, kutip durian pun ada over time? Kalau bukan musim, pakcik memang tidak bekerja malam kah?
Dol: Kadang-kadang kerja lah, tapi musim ni lagi gigih pakcik kerja. malam pulak dik, kalau buah tu gugur, terus kutip, dapat la buah-buah fresh. Lagi sedap, lagi tinggi market price. Dah la banyak buah jatuh, kualiti pulak tinggi sebab takde tupai..just kene doa buah tu tak busuk je.
4) Soalan: Biasa nya musim ni, pakcik dapat kutip berapa banyak durian?
Dol: Berganda-ganda dik kalau work hard. Tapi ada 1 malam yang paling banyak durian jatuh dalam musim ni. Sekali gugur, macam seribu bulan punye buah gugur. Malam tu la yang pakcik tunggu-tunggu dalam musim ni. Sape taknak beb =)
5) Soalan: Wau! Pakcik boleh buat smiley dalam perbualan kita ek? Bila hari tu pakcik? Macam ni saya pun nak kutip durian jugak la hari tu.
Dol: Biase nye 10 malam last, tapi secara specific, honestly, I don't know when. Bukan senang macam tu je nak kutip buah malam tu dik. Kalau senang, ramai dah yang kaye, takde buat rancangan Bersamamu tu.
Kalau takde stamina, sangkut dik nak kutip durian malam tu..cousin pakcik, ade je niat nak kutip, tapi sebab malam-malam lain die tido je, mase malam banyak buah gugur tu, die mamai. Dengan teknik kutip durian pun tunggang langgang, so tak banyak la dia dapat kutip..stay la dia dalam kemiskinan..
6) Soalan: Maka nya, saya kenalah bekerja keras selama setahun sehingga habis musim itu, kemudian saya bolehlah berfoya-foya.
Dol: Mana boleh macam tu dik! Kau takkan tahu berapa banyak duit yang kau akan bazirkan. So, lepas musim buah pakcik da pasang gear nak tunggu musim akan datang..baru jadi lagi energetic untuk malam tu. Sampai tertunggu-tunggu the arrival of the musim..sampai sebulan dua before musim buah itu pakcik doa:" Ya Allah, berkati lah aku di bulan ini dan sampai kan aku kepada bulan musim itu"
Penyoal: Terkesima..
ulasan cerita:
cerita ini adalah analogi kepada 10 malam al-qadr yang semua orang beriman merindui dan menunggu-menunggunya. sangat beruntung andai kita ini seperti pak cik Dol yang menjual durian itu.
kalau kita perhatikan, pak cik Dol awal-awal lagi sudah buat persiapan untuk menyambut musim buah durian bukannya dah tiba musim buah durian, baru nak buat persiapan.
cerita ni lebih fokus pada seluruh Ramadhan sebenarnya, not only for the last 10 days. apa yg cuba dismpaikan dalam cerita ni adalah:
1) cukup ke dengan umur yang pendek ini nak dapat syurga Allah? Kan setiap amal kita ada pengaruh syaitan dan ada yang "busuk"
2) perlunya kita berusaha keras dalam Ramadhan agar kita dapat 'untung' yang banyak.
3) tak bermaksud usaha semasa Ramadhan sahaja
4) cerita mengenai lailatul Qadr
5) bersedialah untnk malam al Qadr
6) fikir2kan lah
artikel ini dicopy dari sini
25 August, 2010
tajamkan kurniaan Allah itu.
23 August, 2010
cerpen 3

Insyirah menapak perlahan menuju ke perpustakaan. Beg sandangnya diletakkan di dalam loker. Dikeluarkan pensel box, mp3, buku manual microbiology dan test pad.
‘ngantuk tak ngantuk, penat tak penat, mesti siapkan jugak lab report mikrob ni.’
Saat kaki melepasi scanner buku di hadapan kaunter pinjaman buku, dia membelok ke kiri. Ikutkan hati, mahu membuatkan kerjanya di bahagian kiri perpustakaan itu. Lebih dekat dengan computer. Maka, lebih senang untuk memcari maklumat tambahan untuk lab reportnya. Namun, baru beberapa langkah, dia berpatah ke belakang dan menuju ke sebelah kanan perpustakaan.
‘Allah..ada pulak dia kat situ’ insyirah bermonolog apabila matanya terlihat si dia yang sedang duduk di salah satu meja di sebelah kiri perpustakaan tersebut.
Mak cik yang menjaga kaunter memandangnya dengan kening terangkat. Tapi dia teruskan langkah dengan muka tak bersalah tapi tetap senyum sebagai tanda hormat diberikan kepada mak cik tersebut. Puan Laila namanya.
Insyirah memilih ruang paling tepi. Betul –betul bersebelahan tingkap. Usai meletakkan barang-barangnya di atas meja dia memandang jam di tangan kirinya.
‘pukul 2.30 dah ni. Cepatnya masa berlalu.’
Tanpa sempat duduk, dia pergi ke rak-rak buku. Mencari buku rujukan. Microbiology: An Introduction, Eighth Edition, by Tortora, Funke, and Case..introduction to micbiology, A.S. RAO
Kemudian dia kembali ke mejanya. Letak buku-buku yang dicari tadi. Lalu, dia melabuhnya diri. Earphone dilekatkan ditelinga dan mp3 dihidupkan. Folder nasyid dipilih dan seketika kemudian lagu Kembara Ilmu-Suhaimi kedengaran.

Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis
Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi
Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun
Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman
Akhirnya karam dalam kegagalan
Tangannya pula kini membuka manual lab microbiology mencari tajuk yang kelima- Detection of Stephylococcus aureus in food. Seketika, dia membaca sedikit introduction dalam buku itu dan mencari key point di buku-buku rujukan. Semua buku dibuka untuk membedakan point mana yang lebih baik untuk dipilih.
Biarpun carry mark untuk lab report sedikit cuma, tapi itu bukan masalah kerana apa yang dicarinya adalah ilmu. Bila meneroka lebih banyak buku, maka, lebih banyak ilmu yang dia akan dapat. Selepas mendengar tazkirah maghrib di surau semalam, dia sedar yang selama ini, dia belajar kerana exam bukan untuk mencari redha Ilahi.
Time exam, sanggup minum kafein semata-mata untuk stay-up. Sepatutnya sebagai muslim, biar tak ada kerja yang pensyarah bagi atau bukan masa peperiksaan, sesuatu ilmu harus dipelajari semata-mata kerana Allah swt.

Isyirah menghela nafas.Biasanya petang-petang begini jarang pelajar yang berada di perpustakaan.
Ramai yang memilih untuk pulang ke hostel. Insyirah lebih suka duduk di perpustakaan untuk mengelakkan dia tidur apabila berada di bilik. Adat belajar, bila kepala dah pusing, ditambah lagi dengan mata yang dah start memberat dan tiba-tiba ada katil depan mata. Alamatnya..
“Assalamualaikum Syira. Buat apa tu” Insyirah ditegur.
Kepala diangkat memandang tuan punya suara. Syifa’ duduk di hadapannya dengan senyuman.
“Waalaikumussalam warahmatullah. Tengah siapkan lab report mikrob. Syifa’ daripada mana ni?” lagu spring time-yiruma pula ditelinganya kini. Diperlahankan volume mp3nya supaya butir bicara Syifa’ dapat didengar dengan jelas.
“Dari bilik Miss Ila tadi. tanya pasal lab report ni la. Tadi masa penerangan eksperiment tak berapa dengar macam mana nak lukis mikrob.”senyuman Syifa’ masih tak lekang.
“oh..kenapa tak tanya Syira je.”
“nak tanya macam mana, lepas lab tadi, Syira terus hilang.”
“sori, tadi nak cepat.”
‘tak apa. Ni, Miss Ila minta tolong Syifa’ sampaikan hajat. Besar hajat ni Syira.”
“La Miss Ila ni, dengan orang pun nak berhajat-hajat juga. Apa dia?”
Syifa’ tersenyum sakan sebelum menyambung bicara.
“Bagi tazkirah sebelum kuliah start besok”
"Hah?!"
p/s: really busy nowadays. but Ramadan taught me many things. never be a last-minute-person on doing anything.
:cerpen 1 and 2 here.
13 August, 2010
Tundukanlah Pandanganmu
Orang-orang yang sengaja mengalihkan pandangannya terhadap hal-hal yang tidak haq bagi dirinya, tidak usah heran jika hatinya lambat laun akan semakin keras membatu dan nikmat imanpun akan semakin hilang manisnya.
tersentak seketika..diri mula terfikir sejauh mana sudah diri ini kuat menjaga pandangan. benar, lama sudah tidak medengar penekanan mengenai hal ini. bila ditugaskan untuk memberi tazkirah, maka tajuk ini dipilih agar diri mengambil iktibar betapa memelihara pandangan itu sangat penting dan manis. Dan tiadalah diri ini memberi melainkan untuk peringatan diri jua.
Dan pernah tak kita melihat, orang yang buta matanya mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan kuat. sebabnya mereka terpelihara daripada melihat benda-benda maksiat. Bagaimanakah mungkin hati yang penuh dengan noda ma'siat hasil daripada pandangan haram dapat menerima ayat Al-Quran, apatah lagi untuk menjaganya dengan baik dalam ingatan? Begitu juga dengan keadaan kita yang masih belajar ini. Jika hati kotor, maka, susah untuk ilmu itu menembusi hati.
"Pandangan mata itu adalah sebuah anak panah daripada panah-panah Iblis. Maka barangsiapa meninggalkannya (mengelakkannya daripada melihat wanita) kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku ganti dengan iman yang dirasakan lazat dan manis dalam hatinya."
Riwayat Thabrani dan Hakim daripada Ibnu Mas'ud.
Tidak dinafikan bahawa memang bukan mudah untuk sentiasa menjaga pandangan mata, menghindarkannya dari hal-hal yang dilarang dan akan mengotori hati. Namun, tahukah kita, bahwa kemanisan beribadah serta rasa kedekatan dengan Sang Kholiq akan senantiasa melingkupi jika kita sungguh-sungguh berusaha melakukannya?
Sebagaimana disebutkan oleh seorang ulama terdahulu, bahwa memelihara pandangan akan menjamin kebahagiaan seorang hamba di dunia dan akhirat, memberikan nuansa kedekatan seorang hamba kepada Allah, menguatkan hati, serta membuat seseorang merasa lebih bahagia.
Dalam bulan penuh mulia ini, inilah masa untuk kita kenal potensi diri dalam mengekang nafsu kerna syaitan sudah ditambat dari menganggu kita. Jadikanlah bulan Ramadan ini sebagai satu titik permulaan untuk melakukan kebaikan. Andai kita sanggup tinggalkan waktu rehat kita semata-mata untuk solat terawih di surau, teruskan juga pergi ke surau walaupun selepas bulan Ramadan.

