wanita, dirimu istimewa"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung" (5:35)
27 April, 2011
Ibu yang lebih kuat daripada seribu lelaki
wanita, dirimu istimewa05 April, 2011
Dalam diam
jangan sampai kita menjadi pencuri iman 'dia' tanpa kita sedari 06 July, 2010
menjemput bidadari
Menjemput Bidadari
Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...
Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna
Adam: keraskan pencarian dirimu, agar lebih bersedia menjemput bidadari dalam perjalanan menuju Ilahi.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Hawa: persiapkan dirimu juga untuk dijemput menjadi bidadari. lantaran perempuan yang baik, juga untuk lelaki yang baik.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
~kasi.kuat.itu.hati~
Syifaaiqramah: jazakillah khair
Hlovate, versus.
p/s: cerpen bersiri is coming!
17 May, 2010
peristiwa itu mengingatkanku tentang seni mempertahankan diri
Hari ini, hari yang mengajar banyak perkara.
1) Allah swt itu maha pengampun dan Pemurah. Malunya..Biar banyak manapun dosa yang tanganku buat, hakikatnya, taubat Allah masih terbentang terbuka. Masih memberi diri ini peluang untuk bertaubat. Alangkah keji diri ini. Masih tak sedar akan kemurahanNya. Malah kadangkala, ambil kesempatan atas kemurahanNya.
2) Sebagai muslimah, pentingnya kena ada seni mempertahankan diri. Kenapa tiba-tiba hal ini diperkatakan? Sebabnya, atas kuasaNya, dalam perjalanan ke pasar bersama umi yang dikasihi, dengan mata kepala sendiri, saya menjadi saksi satu kejadian ragut. masyaAllah, saya sangat kasihan akan mangsa ragut tersebut. Beliau hanya menaiki beca sambil membawa maknya yang tua. Sampai hati peragut itu..terjerit-jerit mangsa itu. Namun, apakan daya, saya agak berada jauh dari tempat kejadian. Hanya mampu memandang saja dengan perasaan yang sangat terkejut, dan kasihan.
Spontan teringat kejadian yang sama menimpa adikku hanya di depan rumah. Sedangkan kami semua masa itu sedang mengangkut (mengangkut ke mangangkat?) barang ke kereta untuk balik kampung. Saya yang sedang bancuh susu untuk adik bongsu, terus menerpa ke arah adik yang menjadi mangsa tersebut dengan botol susu yang masih di tangan apabila tiba-tiba adikku menjerit macam ayam.
Seperti biasa, adikku menangis kerana ujian yang menimpa dirinya itu. Sambil berkata:
“coklat aku dalam beg...”
Alangkah mengarutnya..
Instead of said:
“ya Allah, beg dompet aku..dalam tu ada ic dan segala bagai..”
Alangkah mengarutnya adikku itu..
Tak mengapalah, mungkin masa itu adikku tak waras fikirannya. Pagi tadi, terfikir bagaimana jika hal demikian terjadi pada diriku? Berserah atau melawan?
Some people said:
“biarlah harta hilang, jangan sampai nyawa tu hilang..”
Betul juga..
Tapi bagi mereka yang sudah ada seni pertahanan diri, adakah anda juga mahu meyerah begitu saja?
Some people said:
“ kalau menyerah, dah tu buat apa belajar taekwando, silat..”
Others said:
“tak berani aku..tak mantap lagi, tak practice betul-betul lagi..”
Tak mengapa, setiap orang ada kekuatan masing-masing. Andainya berasa diri mampu untuk melawan, buat yang terbaik dan niatlah ikhlas kerana Allah swt untuk melawan. Bukannya untuk orang kata kita ini berani. (teringat Laksamana Sunan dalam novel Cinta Sufi, Asid dan Irfan dalam novel Sinergi bertempur)
Banyak sebenarnya persatuan-persatuan seni mempertahankan diri di Malaysia ini. Dalam jangan dilupakan, dalam belajar apa jua seni mempertahankan diri, ikhtilat antara lelaki dan perempuan jangan dilupakan. Kalau di universiti saya sendiri, ramai kawan-kawan saya yang masuk Persatuan Silat.
Dalam kelas itu, lelaki dan perempuan dijarakkan. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Tenaga pengajar perempuan yang pun ada. Semuanya mengambil jurusan agama. Makanya, insyaAllah, mereka faham akan batas-batas pergaulan. Dan diakhir kelas juga, tenaga-tenaga pengajar akan memberi sedikit tazkirah ringkas untuk peringatan bagi semua yang sememangnya seringkali alpa.
~mendambacinta.dan.kekuatan.daripadaNya~
27 October, 2009
solehahnya wanita


Gerak langkahmu mengingatkan daku akan kematian
Dunia penuh dengan kepura-puraan
Kau harungi bersama sabar dan takwa
Kerana iman dan amal memenuhi hatimu
Di sebalik hijabmu
Kesabaran dan ketakwaan dipertahankan
Kerana dirimu penuh dengan nur iman dan islam
Untuk menegakkan hijab di akhir zaman
Al-Quran sebagai hiburan
As-Sunnah sebagai ikutan
Rumah tempat perteduhan
Dari dunia yang penuh dengan kepura-puraan
Di sebalik wajahmu
Terpancar nur jernih
Yang sentiasa mengingati mati
Yang mencintai Allah dan Rasul
Yang takut azab Allah
Yang taat perintah ibu dan bapa
Gerak gerimu ku perhatikan
Akhlakmu kau pelihara
Maruahmu kau jaga
Tutur katamu
Melambangkan sifat keibuan yang sejati
Bila bertembung dengan bukan muhrimmu
Kau tunduk memandang bumi
Kau ibarat permata berharga
Digilap, dibalut dan disimpan di tempat yang selamat
Kau juga ibarat gagak putih
Yang dikelilingi gagak-gagak hitam
Siangnya sibuk dengan urusan duniawi
Malam sibuk dengan urusan duniawi
Malam sibuk beribadat, berzikir, mentelaah Al-Quran
Tahajjud, witir, puasa, dhuha dan lain-lain amalan
Istiqamahmu..imanmu..akhlakmu..takwamu..amalanmu..hijabmu..
Dan perjuangan menengakkan kalimah Allah swt
Kekalkanlah imanmu hingga ke akhir hayat..
Segala puji dan puja setinggi-tingginya dipanjatkan kepada Tuhan sekalian alam , yakni Allah swt. Tak terhingga sungguh nikmat iman dan islam yang dikurniakan kepada kita.
Tak lupa, salam rindu dan selawat ke atas murobbi teragung kita, Rasulullah saw yang mana, jika baginda letih dalam memperjuangkan Islam lebih kurang 1430 tahun yang lampau, sudah tentu kita tak dapat kecapi nikmat Islam itu sendiri. Sebab tu kita kena perbanyakkan selawat dan bersungguh-sungguh (yang mampu) menengakkan sunnah baginda sebagai tanda betapa kita tersangat menghargai pengorbanan baginda.
Juga kepada ahlulbait baginda, para sahabat wa sahabiyah, para mujahid, mujahidah, ikhwah wa akhwat dan seluruh muslimin dan muslimat yang hingga kini masih tegar memperjuangkan islam ila yaumul qiyamah. insyaAllah.
Posting kali ini lebih untuk memberi peringatan kepada diri ana dan juga semua muslimah di luar sana. Dan syukur kepada Allah yg telah memberi ana ilham. Sebenarnya, banyak je ciri-ciri wanita solehah yg kita sendiri sudah sedia maklum. Tapi hanya beberapa kerat je yang ana dapat kongsikan di sini.
Moga2 kita semua dapat ikhtibar dengan posting kali ni. Memang kadang2 kita lupa sebab tu kita kena minta dekat Allah supaya memgingatkan kita apa yang kita lupa. Nak kongsi kat sini, bila ana dapat je artikel mengenai wanita solehah ni, ana terfikir ya Allah betapa istimewanya seseorang wanita tu..
Sangat istimewa..pelengkap kepada adam..paling suka ayat ana highlight kan tu..memang ana tak nafikan, nk tundukn pandangan sgt susah..tp insyaAllah kita buat sekadar yg kita mampu..sama2lah kita mendoakan agar wanita2 di akhir zaman tak menjadi fitnah kepada kaum Adam.
Ana sangat sayang kat shbt2 ana yg tak tutup aurat dengan sempurna..ana terfikir bagaimana pula dengan lelaki yang tengok wanita yg kurang sempurna auratnya?
Mesti lagi susah nak jaga pandangan. lagi2 lelaki yg betul2 menjaga. Jd disini, muslimat di luar sana, kita kena tolong la lelaki ni. Tolong tegur kawan2 kita agar menutup aurat dengan sempurna.
insyaAllah kalau kita betul2 nak perbetulkan apa yg benar, Allah swt akan bantu dan meneguhkan kedudukan kita. Firman Allah swt: (antum mesti dah biasa dgn ayat ni)
“Wahai org2 yang beriman,Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (47:7)
Sebenarnya byk je ana nk ckp ni, tp hold on dulu..insyaAllah..
-mendambacintaAgung_
19 June, 2009
wanita vs lelaki..
sedkit perkonsian drpd artikel yg diberikan kpd ana..
wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. ( lelaki x ph pakai tudung..)
wanita saksinya kurang berbanding lelaki
wanita menerima pusaka kurang drpd lelaki
wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
wanita perlu meminta izin drpd suaminya bila mahu keluar rumah, ttp suami tdk perlu
wanita wajib taat kpd suaminya ttp suami tak perlu taat pd isterinya.
talak terletk dlm tangan suami dan bkn isteri
wanita kurang dlm beribadat krn maslah haid n nifas yg tdk ada pd lelaki.
tapi....
pernah x kita tengok di sebalik semuanye nih?
ni ana nk bg tau antum..
check dis out!..
bak kata penulis novel Tautan HAti-Fatimah Syarha, benda yg mahal akan dijaga + disimpan + dijaga di tempat yg elok dan tersorok..
sudah pasti intan + permata + emas dll tdk akn dibiar brsepah2 bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
wanita perlu taat kpd suami ttp suami wajib taat kpd ibunya 3 kali lbih utma drpd bapanya..-bkankah ibu adalah seorg wanita?
wanita menerima pusaka kurang drpd lelaki sbbnya, lelki perlu menguruskan nafkah isterinya + anak2nya. sedangkan wanita, hanya menggunakan wang pusaka itu untk diriya shj dan tdk perlu diserahkn kpd suaminya. (unless kalau isteri secara suka rela nk bg)..
wanita perlu bersusah payah mengandung + bersalin + menyusukan ank, ttp setiap saat wanita ini didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah swt di muka bumi ini dan matinya jika krn melahirkan ank, adalh syahid kecil dan dosanya kecilnya juga diampunkan Allah swt.
seorang wanita tggungjwb terhdpnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu:
-ayahnya
-suaminya
-Ank lelakinya
-saudara lelkinya
seorg wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana2 pintu syurga yg disukainya dgn 3 syrt:
> puasa di bulan ramadan
>taat pd suaminya
>solat 5 waktu
sedangkan seorg lelaki, perlu pergi berjihad fisabilillah ttp wanita jika taat pd suaminya seta menunaikan taggungjwb kpd Allah swt, wanita itu akan dipandang mulia dan turut menerima pahala seperti org yg pergi berjihad fisbilillah tanpa perlu mengangkat senjata..
MASYALLAH!!
sayangnya Allah pd wanita kan?
tp kebykkan wanita skrg ini ( mgkin termasuk ana..) byk complain itu dan ini sedangkan pangkat wanita itu sgtlah tinggi di sisi Allah azzaja wa jalla..
jd muslimat di luar sana, (including me..) jagalah dirimu seelok mungkin.
engkau boleh menjadi sayap kiri pada suami yg sejati
atau..
peruntuh iman seorang lelaki..(apatah lg seorang mujahid..)
kerap kali ana dengar cerita drpd senior2 ana.
serg lelaki yg bersekolah agama and even drpd maahad, boleh berubah hanya kerana seorang wanita..iyalah, kat sekolah dulu ikhtlat dijaga, ttp bla didedahkan dgn dunia luar, bercampur dgn org yg tak fhm soal ikhtilat + pergaulan bebas + tak ada yg menegur, maka terjadi la perkara2 yg kita bleh tengok dgn mata kita sendiri..
yg dulunya anti-couple, skrg dah berani membonceng wanita..
yg dulunya sekolah maahad, skrg couple. dgn non-muslim pulak tuh..
lihat..
betapa besarnya pengaruh wanita dalam diri seorang lelaki.
jadinya di sini wahai ukhtiku,
sama2 kita menjaga diri kita agar tdk menjadi fitnah bg kaum adam
bingkisan di bwh ini ana copy dr iLuvislam..
hayati....
kalu boleh, jgn tinggal walaupn sebaris..
MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.
MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.
MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi.
MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerna dirimu telah rosak dibinasakan.
MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan
akhirul kalam,
segala kebaikan itu datang drpd Allah swt
dan segala kelemahan juga dtg drpd Allah swt ttp disandarkan pd diri ana yg lemah ini
wallahu'alam
syukran krn sudi membca..
-mendambacintaAgung-
12 June, 2009
nasiHat bUat MuslimaT
Secebebis nasihat untuk wanita.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Untuk membentuk bibir yang menawan,
Ucapkan kata2 kebaikan
Untuk mendapatkan mata yg indah,
Carilah kebaikan pada setiap orang yg anda jumpai
Untuk medapatkan bentuk badan yg langsing,
Berkongsilah makanan dengan orang yg kelaparan
Untuk mendapatkan rambut indah,
Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirkannya dgn jemarinya setiap hari
Untuk mendapatkan susuk tunuh yg indah,
Berjalanlah dgn segala ilmu pengetahuan,
Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian
Manusia jauh melebih segala ciptaan yang lain,
Perlu sentiasa berubah, diperbaharui , dibentuk kembali dan diampuni.
Jadi, jgn pernah ketepikan seseorang di hati anda.
Apabila anda sudah melakukan semuanya itu,
Ingatlah sentiasa
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,
Akan sentiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri
Telah diberi dua tangan,
Satu untuk menolong diri anda sendiri,
Dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yg dikenakannya,
Bukan pada bentuk tubuhny,
Atau cara di menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya,
Cara dia memandang dunia
Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di persada cinta dapat berkembang.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kecantikan wanita,
Bukan pada kehalusan wajahnya,
Tetapi kecantikan yg murni terpancar pd jiwanya,
Yg dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yg dia berikan
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini