"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung" (5:35)
Alhamdulillah, last Saturday, I managed to join KL Children Book Fair, KLCBF with my two younger sisters. Thank Allah, all praises are due to Allah swt.
Main intentions : Seeking His bless : Strengthen the ukhuwah with my sisters : Hlovate and Hilal Asyraf’s new novels
I meet with Datuk A.Samad Said at PTS booth. So, let us spends our remaining holiday by read all those books. Here some books that we bought..
From all those books, I really enjoyed reading Remaja Harapan. It’s all about the 'hamasah' (spirit) and the understanding of Islam. Well, talking about hamasah, sometimes I wonder how to keep it up for a long period.
I noticed something, if akhwat being by my side, I will force myself to maintain my mutabaah. But its not happen when akhwat is not being by my side even I know Allah seeing what I do every single moment. That’s my problem.
Let us imagine how many young men that have lost their hamasah, and how many shuyukh who manage to maintain their hamasah. Just look at the companions of the Prophet. Look at Abu Ayyub al-Ansari. If it's not because of his hamasah, he won’t be able to spend his late life participating in the mission to conquer Constantinople.
We need hamasah for da'wah. We also need patience and hikmah (wisdom) from the shuyukh. And those are two elements which are complimentary in a successful da'wah. I'm just wondering how to keep this hamasah going. So, by muhasabah and reads some religious book for example, we can at least boost our hamasah. Remember, people who read, will conquer the world.
Dengan namaNya yang Maha Kaya, tiadalah saya dapat peluang ,menulis lagi melainkan dengan belas daripadaNya, alhamdulillah.
Baru beberapa masa yang lepas, seorang sahabat saya menghadapi masalah dan meminta saya beri pendapat tentang masalahnya. Memang tak dinafikan, dalam kita berukhwah, kita akan diuji tentang persahabatan kita. Dan dengan mehnah itulah, persahabatan kita akan jadi lebih matang, insyaAllah.
Saya rasa sangat dihargai kerana dalam banyak-banyak kawan, saya yang diberi kepercayaan.Jazakillah kepada ukhti Hajar. Pada mulanya, saya rasa keberatankerana ada kepentingan lain yang perlu diuruskan. Tapi memikirkan kesusahan ukhti Hajar dan tanggungjawab saya sebgai sahabat, maka saya cuba sedaya mungkin.
Bercerita mengenai sahabat, saya mahu berkongsi mengenai satu novel ini yang bertemakan ukhwah antara sahabat dan iman.
Jika kamu semua perasan , saya ada cakap teringin sangat beli novel Sinergi-Hilal Asyraf pada post saya yang lepas.(tak ingat post yang ke berapa). Dan Alhamdulillah, adik kesayangan, ukhti Amirah sempat beli buku itu di MPH. Allah jualah yang dapat membalas jasa beliau yang berpenat lelah cari buku ini. Segala puji baginya, sempat juga habiskan buku ini dalam masa...beberapa hari. (lama ke? adik saya kalau baca novel, only takes a few hours!)
Secara kasarnya, buku ini mengisahkan ukhwah yang amat mendalam antara dua sahabat, Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan yang sama-sama menuntut di Jordan. Rasanya ukhwah dan persahbatan mereka berdua dalam novel Sinergi ini kesinambungan daripada novel Remaja Mulia-Hilal Asyraf. Ukhwah dan persahabatan mereka berdua yang berpaksikan iman menjadikan mereka sangat rapat dan bersama menyebarkan ‘aura’ harmoni kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar Melayu.
InsyaAllah, ukhwah fillah tetap kekal selamanya biarpun apa jua mehnah yang mendatang. Kehadiran Disaster Five yang bekas pelajar Henry Gurney selalu menimbulkan kacau bilau yang menguji kelangsungan ukhwah antara Irfan Hakimi, Rasyid Zakwan dan masyarakat Jordan. Memang banyak suspennya novel ini. Lagi-lagi bila hal Sara Nasuha dan pertunagan Irfan Hakimi dibangkitkan.
Tak boleh nak cerita lebih-lebih tentang konflik bila munculnya Sara Nasuha ini. Nanti tak best pulak kepada siapa-siapa yang tak baca novel ini lagi. Apa-apa pun yang berlaku antara dua sahabat ini termasuklah dituduh gay, mereka tetap bersama. Kerana apa? Kerana ukhwah mereka didasari dengan keimanan.
Iman..
Iman..
Iman..
Saya person satu perkara, novel ini sedikit sebanyak mengajar macam mana nak berdepan dan berdakwah dengan orang seperti Disaster Five, Amir Hudzaifah dan Secret. Saya yang baca pun kadang-kadang geram bangat dengan kacau-bilau yang mereka timbulkan.
Tetapi dengan semangat, kesatuan hati dan kefahaman tentang dakwah itu sendiri, Ifran Hakimi, Rasyid Zakwan dan ahli-ahli Permai berjaya menundukkan Disaster Five yang kemudiannya bersatu dengan mereka dalam menyebarkan syiar Islam. Ya, secara tak langsung, novel ini menceritakn bagaimana mana mahu berdakwah dengan manusi yang pelbagai ragam.
Konklusinya, novel ini sangat baik untuk dibaca. Jujurnya, saya sangat cemburu dengan ukhwah mereka. Jadinya, saya cuba untuk menjadi sahabat yang baik pula, insyaAllah. Apa-apa pun, keimanan adalah paksi. Jika semuanya didasari kerana Allah swt, maka, tak sia-sia apa yang kita usahakan. Bersyukur sangat dapat baca buku ini. At least, cuti setakat ini terisi. Alhamdulillah..
Segala puji dan puja dipanjatkan kepada Allah swt yang hingga kini masih lagi memberi kita semua peluang untuk teruskan hidup. Tak terhitung nikmatnya kepada kita. Dia tak putus-putus memberi kita nikmat dan rezeki meskipun kita jarang-jarang mensyukuri.
Firman allah swt dalam surah Al-mulk, ayat 23,
“Katakanlah, “Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, pelihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur”
Dan pada 8 rabiul akhir 1431H atau bersamaan 24/3/2010 atau bersamaan juga hari rabu yang lepas, ana sekali lagi diberi nikmat yang tak terhingga iaitu dapat membeli dua buah buku. Sedikit sebanyak kehadiran buku ini mengubat hati ana disebabkan tak dapat pergi pesta buku PWTC...
DENYUT KASIH MEDIK- DR FARHAN HADI
Mula-mula nampak buku ini excited sangat sebab dah lama tak baca buku Fatimah Syarha yang juga editor untuk novel denyut Kasih medik ni. Al-maklumlah, suaminya sendiri (Dr. Farhan Hadi) yang jadi penulis novel ni. Istimewanya buku ini hinggakan Ust. Zahazan sendiri promote buku ini semasa kuliah subuhnya di IKIM.fm. Intisari buku ini lebih kepada bagaimana Dr.Muslih merawat pesakitnya disamping menerapkan nilai-nilai Islam.
Synopsis:
DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doctor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doctor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
LANGIT ILAHI 2: KEMBARA HAMBA MENCARI CAHAYA- HILAL ASYRAF
Buku ini mengumpulkan 60 buah artikel daripada blog penulis: www.langitilahi.com. Ayat yang simple, ringan dan mudah difahami. Insyaallah, banyak input yang ana dapat untuk pengislahan diri.
Ana mula mengenali buku-buku Hilal asyraf sejak ana beli buku VT semasa pesta buku PWTC tahun lalu lepas habis matrik. Mulanya, ana beli sebagai hadiah untuk sedara tapi bila dapati isinya mantap untuk pentarbiyahan diri, makanya ana simpan untuk diri sendiri.
Buku itu kini ana passkan kepada kawan-kawan agar mereka juga rasai pentarbiyahan yang ana rasai. Rata-rata semua kata best sampaikan ada yang sanggup ulang sampai dua tiga kali. Dahsyat2..then, ana terus follow-up website beliau. Kalau antum perasan, beliau sangat menitikneratkan ukhwah dengan sahabat beliau.
Melalui itu juga, ana kini, insyaAllah sedang cuba untuk menghargai ukhwah dengan sahabat-sahabat ana. Ana sangat tak sabar untuk beli novel beliau: SINERGI yang juga dijual di pesta buku PWTC tahun ini. Novel ini bertemakan ukhwah Hilal Asyraf bersama sahabat-sahabatnya di Jordan. (konklusi setelah baca cerpen mingguan Sinergi di website langitilahi.com)
Bila tahu yang muslimin pun sangat menhargai ukhwah, sangat mencintai sahabat seperjuangan, apatah lagi bagi muslimat yang semulajadinya, sangat penyayang. Jadinya, jom praktikkan rasa ithar kepada sahabat kita.
Mungkin antum dah selalu dengar firman Allah swt dalam surah Al-hujurat, ayat 10:
“ sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”
KMNS..
Bumi yang mengajar diriku erti ukhwah fillah..
Saat diri sama-sama ditarbiyah..
Sama-sama memikul beban dakwah..
Sama-sama juga merangka aktiviti surau..
Terutamanya di surau Zahratul Raihan..
Surau yang menjadi tempat untuk berkumpul masa study week..
Juga tempat berkongsi cerita setelah seharian ke kuliah..
Surau yang melatih diriku menjadi pemimpin..
Paling tak lupa, aktiviti last di surau Zahratul Raihan- Khatam Al-Quran
Dapat pekena pulut kuning dan kari ayam..aiseh..
Semua itu tak mungkin ku lupa..
AJK-AJK surau yang sporting masa malam Khatam Al-Quran itu..
Yang banyak memberi support dan komitmen selama ini..
alhamdulillah, we meet again. juz want 2 share da novel dat I bought at pesta bku last month..
erm baru nak share walaupun dah lama habis.. memang best dan menepati citerasa ana... V.T...
tu tajuk buku tu... cite memang best..pasal bola tampar.. tapi ape yang paling ana ske..cara Saiful untuk berdakwah dan membina semangat serta ukhuwah dalam diri pemain2 bola tampar tu sendiri... secara tak langsung, bg idea kat kita semua mcm mana nak mengajak orang lain ke arah kebaikan.. memang watak utama novel ni- coach Husam, betul2 sabar terhadap ank2 buah dia. at last, MATRI jadi juara bola tampar untuk tahun 2008.
novel ni pun ada diselitkan ayat2 ALQURAN, kata2 semangat untuk para dai'e dan sangat2 la suspen novel ni. lg2 masa tengah lawan dgn SSNP. ana tak pandai nak ulas buku ni..tapi kalu nak bagi bintang..tak de lansung..ana bagi matahari terus. =) ni antara phrase yg ana suka dalam novel ni
tapi ni yang paling ana suka...
"Kita berusaha sahaja,Allah swt yang akan memberi natijah. Selepas kita berusaha, apa sahaja natijah yang Allah berikan itu adalah yang terbaik untuk kita" -Saiful-
Ni nasyid Avant Grade..
Berjuang menempuh susah Menanggung derita menongkah fitnah itulah gelombang hidup samudera duka Seorang mujahid memburu syahid Dibuang dia berkelana Dipenjara dia diuzlah dibunuh syahid Namun jiwa tetap mara menuju cita Membara demi Allah dan Rasul-Nya Berjuang tidak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenag tegang silih berganti Inilah sunnah orang berjuang Malamnya bagai rahib merintis sayu Dihiris dosa air mata Siangnya bagai singa di rimba Memerah keringat meluah tenaga Berjuang memang pahit Kerana syurga itu manis Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar Bukan sedikit pedih yang ditagih Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerana kebenaran Antara dua pasti terjadi Tunggulah syahid atau menang....
harap novel dapat meningkatkn cinta serta semangat kita untuk berjuang.