"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung" (5:35)
15 April, 2012
24 January, 2012
Cerpen: MengIMANi tarbiyah bersama akhawat Terengganu
Afiqah membuka pintu musolla farabi. Kelihatan di dalamnya, Sherasan sedang mengemas barang-barang untuk pulang ke Selangor malam ini. Sebentar lagi Kak Baiti akan mengambil mereka berdua di hadapan blok L, UniSZA untuk ke UMT. Menumpang bas UMT untuk ke MBKT. Padahal mereka student UniSZA dan Kak Baiti student IPGKDRI.
‘Bantai saja ukhti. Takda nya orang perasan yang antunna ni bukan student UMT’. Syafiqah (akhawat UMT) memujuk.
‘Bereh bos!’
Malam ini Afiqah, Sherasan, Kak Baiti dan akhawat UMT yang lain akan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti sem. Baru pagi tadi mereka panjat bukit besar sama-sama dengan akhawat lain dalam program ‘Kembara de Bukit Besar’ yang dianjurkan oleh akhawat diploma UniSZA walaupun akhawat degree UniSZA jadi AJK bidang terjun di saat-saat akhir.
Afiqah mendekati Sherasan.
“Sudah siapkah ukhti?”
Sherasan meng’zip’ beg baju. “Alhamdulillah sudah. Jom gerak tapi satgi ana nak amik keropok lekor kat cafe Pak Hase”. Semalam Sherasan bawa kereta pergi pasar payang dengan Kak Mas dan Hanan untuk beli keropok lekor. Balik ke UniSZA, Sherasan tumpang cafe Pak Hase untuk freezekan keropok tu sementara nak tunggu petang ini.
Sherasan menaip mesej pada Hanan untuk inform yang dia dan Afiqah sudah mahu pulang.
‘Ukhti, kami sudah mahu gerak’.
Sending message.
Namun Hanan tak juga datang-datang walau beberapa minit sudah berlalu.
‘Aik manalah budak busuk sorang ni..’ Sherasan bermonolog.
Dia dan Afiqah sudah menapak keluar dari musolla Farabi. Tak datang-datang juga Hanan ni..call sajalah beliau.
Setelah berjanggut tunggu, baru Hanan datang. Kang bila dia dan Afiqah pergi tanpa khabar, mahu merajuk tak berlagu Hanan ni.
Sherasan dan Afiqah bergerak ke kafe Pak Hase selepas Hanan memberi salam hormat kepada kakak-kakaknya itu. Unfortunately, sesuatu yang Sherasan tak duga berlaku!.
Kafe Pak Hase tutup! Allah, guane nak ambil keropok lekor!.
“Alamak enti..cafe tutup!” Sherasan berkata kepada Afiqah.
“Hah? Sure ka?” Afiqah terkejut.
“Adeh..” Sherasan mengaru kepala yang tidak gatal.
“Enti tunggu sini jaga barang jap. Biar ana round cafe ni cari mana-mana pintu yang tak kunci”. Sherasan menyambung bicara. Namun setelah habis tawaf satu cafe tersebut, tiada pintu cafe yang terbuka. Sedih. Sherasan memandang peti askrim tempat dia tumpang letak keropok lekor dari luar cafe.
‘Keropok lekor aku! Abah nak sangat makan keropok lekor. Dah janji dengan abah nak bawa balik sikit’ berkerut seribu dahi Sherasan. Dengan kaki longlai dicampur dengan terik mentari asar jumaat itu, dia kembali semula ke Afiqah.
Melihat wajah sedih Sherasan, Afiqah terkilan juga.
“Ukhti, sabar ye..nak buat macam mana. Bukan rezeki enti. Nanti suruh Hanan atau akhawat lain saja makan keropok tu dengan kawan-kawannya. Kalo tak membazir saja” Afiqah cuba memujuk.
‘Haih, akhawat aku yang sorang ni..tak sampai hajatnya. Kesian-kesian.’ Afiqah berkata di dalam hati.
“Baik.” Sepatah Sherasan menjawab. Terus, dihantar mesej ke Hanan.
Sherasan: Ukhti, cafe Pak Hase tutup. Tak dapat nak ambil keropok lekor..:(. Nanti enti saja yang makan ye.
Lalu dia dan Afiqah bergerak ke blok L, menunggu Kak Baiti.
Beberapa minit kemudian, Hanan membalas mesejnya.
Hanan: Haa? Really? Selalunya buka hari ini. Sempat lagi nak ke Seberang Takir beli keropok lekor.
Sherasan: Tak mengapa ukhti. Macam dah tak sempat. Kejap lagi Kak Baiti nak datang dah. Plus, takut bas UMT tinggalkan kami if lambat nanti.
Setelah Kak Baiti sampai, Sherasan bertanya:
“Akak, boleh tak kita tanya pak guard, area sini ada tak jual keropok lekor?”
“Boleh2..kesiannya enti. Tapi bagitahu syafiqah kita datang UMT lambat sikit ye” kata Kak Baiti sambil menukar gear kereta Wira merahnya.
Pak guard UniSZa kata:
“Ada satu kedai jual keropok lekor kat belakang UniSZA ni dik. Sebelah kedai pengantin”
Hati Sherasan sudah berbunga-bunga. Minta-mintaklah ada keropok lekor tu ya Allah!
Allah nak uji lagi, bila mereka samapi, kedai itu tutup pula. Baru ingat, hari ini hari jumaat. Orang Terengganu memang kebanyakkannya tutup kedai hari jumaat. Adeh sekali lagi.
Dengan penuh rasa redha, Sherasan pun merelakan pemergian ke UMT tanpa kehadiran keropok lekor di sisi. Sampai di tempat menunggu bas UMT, Syafiqah sedia menunggu dengan wajah manis berseri di tepi tiang lampu.
“Akhawat lain mana ukhti?” Sherasan bertanya Syafiqah apabila akhawat UMT lain tidak kelihatan.
“Sudah ada di dalam bas, tengah copkan tempat untuk antunna”
“Wah, baiknya akhawat UMT.”
“Biasaqlah kami, hehe. Jumpa tak keropok lekor tadi?” Syafiqah bertanya sambil berjalan menuju ke tempat penyimpanan beg di dalam bas. Sherasan dan Kak Baiti meletakkan beg baju mereka di situ. Afiqah pula hanya membawa beg galas saja.
“Tak jumpalah ukhti. Kedai itu tutup pula.” Seposen Sherasan menjwab.
“Allah, kesiannya enti. Takpe2, ana ada beli keropok lekor 20 batang. Nanti kita pecah dua ye.”
“Hah? Yeka, Alhamdulillah!”
Tiba-tiba Hanan bagi mesej pada Sherasan.
Hanan: Mahu ana belikan keropok lekor di Seberang takir? Nanti ana hantar ke mbkt.
Wah, baiknya akhawat!
Terus disua handphone ke Syafiqah untuk menunjukkan mesej Hanan itu. Syafiqah dan Sherasan gelak-gelak selepas membaca mesej Hanan itu. Dalam bas UMT sepanjang perjalanan ke MBKT pun mereka gelak-gelak juga.
Kenapa mereka gelak?
Rahsia.
Malam itu, di dalam bas. Sherasan duduk bersebelahan dengan Afiqah. Mereka duduk betul-betul sebelah pak cik drebar. Best, dapat tengok jalan raya.
“Senang hati ka dapat keropok lekor? Dari tadi asyik sengih saja ana tengok” tersengih Afiqah menegur Sherasan yang sedang membuka air 7UP. Afiqah juga mengeluarkan air 100PLUS yang dibeli di MBKT tadi.
“Alhmdulillah. Baik kan akhawat. Kak Baiti yang dah lambat pun sempat lagi teman pi round belakang UniSZA cari keropok lekor. Hanan walau banyak assignment still volunteer nak belikan keropok lekor. Syafiqah pula murah hati jual keropok lekor dia pada ana. Baiknya depa. Allah saja yang dapat membalas.” Sherasan menghirup air 7UP melalui straw. Disua botol minuman itu pada Afiqah. Afiqah pula menyua air 100PLUS pada Sherasan. Mereka berkongsi rasa air.
Afiqah senyap sebentar. Seperti sedang berfikir sesuatu.
“Kerana mereka mengimani tarbiyah itu, ukhti.”ujar Afiqah seraya menghadiahkan senyuman yang manis. Air 7UP dipulangkan kepada Sherasan.
“Bayangkan, mereka tak dapat duit pun kalau tolong kita. Tak dapat anugerah atau hadiah juga. Tapi mereka still menghulurkan bantuan kerana mereka mengimani tarbiyah itu. Mana lagi kita nak cari kawan seperti ini kan ukhti. Sahabat biasa dengan akhawat itu sangat berbeza.” Afiqah meneruskan katanya.

Sherasan mengangguk. Merenung jalan raya di depan. Senyum terukir. Besar anugerah akhawat ini dalam hidupnya.
Ya, mana lagi nak cari sahabat seperti akhawat yang mengimani tarbiyah ini.
Itsar ( mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)
Takaful (sama-sama menanggung beban masalah)
Independence (contohnya Sherasan beranikan diri belajar kereta dengan akhawat/naik motor malam2)
Ambil berat (saling ziarah bila dapat tahu ada akhawat sakit/sedang memerlukan bantuan)
Semua sifat ini hasil dari proses tarbiyah^^. Justeru, siapa kata usrah itu tak penting?
Penting sangat-sangat tau!
“Sebab itu ana sangat menghargai kehadiran akhawat dalam hidup ana. Lagi-lagi sem ini. Time last-last ni la Allah betul-betul bagi ana kemanisan ukhuwah. Nanti akan rindu pada antunna bila pergi practical!” Sherasan membalas bicara Afiqah tadi. Tangan dimasukkan ke dalam poket jaket. Malam-malam dalam bas memang sejuk!. Sedih pula memikirkan Kak Noor yang tertinggal jaket di MBKT tadi. Mesti Kak Noor kesejukkan.
“Dah dah..mulalah nak touching ni.” Afiqah gelak sambil menolak bahu Sherasan.
“Bukannya kita nak grad pun. Bulan 9 nanti enti jumpalah balik dengan akhawat. Tapi sedihlah nanti kita tak jumpa setahun kan. Lepas enti practical, ana pula pergi practical. Allah..lepas ni ana balik KL sorang-sorang la, huhu” Afiqah berkata. Sengaja dibuat nada sedih.
Sherasan menyentuh tangan Afiqah seraya berkata:
“Tak mengapa ukhti. Sunnah bila bertemu, pasti akan berpisah juga. Enti jaga akhawat UniSZA baik-baik ye. Alhmdulillah, bertambah ramai yang mahukan sentuhan tarbiyah. Tiba masanya kita bina mereka elok-elok dengan izin dan rahmat Allah. Tak sabar pula nak tengok perubahan antunna bulan 9 nanti”
“Insyaallah, ana akan cuba sedaya mungkin. Enti pun bila jadi akhawat Perak nanti, contact la kami di Terengganu ni.” Afiqah memandang Sherasan yang sedang menutup mulut menguap.
“Ei, orang cakap boleh pula dia menguap!” Afiqah menepuk bahu Sherasan.
“Ni penat jaga antunna masa naik bukit pagi tadi la ni, hehe. Jazakillah nasihat dan kata-kata enti tadi. Ana rasa kedatangan kita kembali ke Terengganu ni tak sia-sia. Malah penuh dengan kemanisan”
“Benar, Alhamdulillah. Jom tidoq!”
“Tido-tido. Banyakkan doa dan tadabbur alam tika musafir ni.”
“Sure, will do” Afiqah sudah memejamkan mata.
Sherasan memandang luar tingkap.
“Ya Allah, panjangkanlah umurku agar aku dapat berjumpa akhawat Terengganu kembali di lain waktu. Moga Allah kekalkan kegembiraan dan kebersamaan ini, ameen”
~kecintaan.itu anugerah.Ilahi~
UniSZA: Universiti Sultan Zainal Abidin
UMT: Universiti Malaysia Terengannu
IPGKDRI: Institut Perguruan Kampus Dato’ Razali Ismail
MBKT: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
23/1/2012, Selangor-Perak
17 August, 2011
Saranghae Ukasyah! - Bahagian 3
Melihat adik-adiknya yang masih tak faham, yang tak dengar nasihatnya, dia jadi geram.
Dulu, dia juga seperti adik-adiknya. Tapi kini, dia lain apabila sudah disapa tarbiyah. Dan dia mahu adik-adiknya juga seperti dirinya atau lebih baik lagi.
Ukasyah memejamkan mata. Hati sebak. Dia meraup lagi muka. Mata sudah berair.
Benar. Dia sangat menyayangi keluarganya. Dia tidak mahu keluarganya menjadi bahan bakar di akhirat kelak. Dia perlu sabar. Walau adik-adiknya selalu tak mendengar kata, dia mahu terus usaha.
Ukasyah bangun dari tempat solat dan melangkah ke arah Taqiuddin yang bersandar ke dinding masjid sambil mengaji.
Taqiuddin memandang sekilas Ukasyah sebelum dia menghabiskan bacaan Al-Quran.
Semacam saja ikhwahku ini? Taqiuddin bermonolog.
Mata ditalakan ke hadapan semula.
Taqiuddin tersenyum.
Ukasyah masih setia disisi.
Ukasyah mengetap bibir. Dia menarik nafas sebelum menjawab soalan Taqiuddin.
“ Kesannya ialah kita pada hari ini juga dapat memeluk agama mulia ini, betul kan Qi?”
Taqiuddin mengangguk dengan senyuman. Tanda mengiakan jawapan Ukasyah sebentar tadi.
28 June, 2011
Saranghae Ukasyah! - bahagian 2
Bawa baju sekali katanya.
Kadangkala, kalau nampak pelajar-pelajar daripada kos lain membaca nota-nota, soalan cepu mas akan ditanya.
Ada yang lagi dahsyat. Yang tidur pun ada. Kadang-kadang , sempat lagi pelajar-pelajar ini makan dalam bas. Bukan yang berat-berat, Cuma sekadar roti atau biskut.
“Ha, daripada tadi aku nak dengar ayat tu, kau lah kawan aku dunia akhirat, Syah.” Taqiuddin sengih.
“Ya, terima kasih atas peringatannya.” Ukasyah angguk kepala. Dia mengeluarkan terjemahan Al-Quran manakala Taqiuddin mengeluarkan buku ilmiah dan mp3 yang dipasang ayat-ayat suci Al-Quran..
Tuk tuk tuk..
Pintu bilik Izzat diketuk.
“Belum lagi, Bu. Memang izzat selalu lambat bangun solat ke umi?”
24 June, 2011
Saranghae, Ukasyah! - Bahagian 1
“Huh?” lagi sejam masa berbaki sebelum kertas peperiksaan kalkulus akan dikutip.
Kalkulus-kertas terakhirnya untuk peperiksaan akhir semester tiga. Diselak-selak kertas jawapan untuk memastikan tiada soalan yang tertinggal untuk dijawab.
Mahu keluar atau tidak.
Ukasyah berkira-kira di dalam hati. Kaki digoyang-goyang dan pen ditangan dipusing-pusing.
Oh tidak..kerana orang yang berjaya ialah orang yang berjuang hingga ke akhirnya.
Begitu kata Muazzin, sensei tahun akhir.
Ukasyah menjeling sepupunya yang duduk di meja sebelah kanannya. Khusyuk tak ingat. Dalam dewan peperiksaan ini, ada dua kos yang sedang mengambil kertas peperiksaan iaitu ijazah sarjana muda dietetic dan ijazah sarjana muda teknologi makanan.
Dua barisan kanan adalah untuk pelajar diet dan dua barisan kiri untuk pelajar foodtech. Dia duduk barisan paling depan dan dua dari kiri. Manakala sepupunya- Syihabuddin, juga duduk barisan paling hadapan dan dua dari kanan. Jadinya, meja mereka betul-betul bersebelahan.
Azan asar sudah berkumandang lima belas minit yang lepas.
Baik baca mathurat sekejap. Putus Ukasyah.
“Okey class, time’s up. Stop writing”
Ukasyah dan Syihabuddin serentak mengangkat muka ke hadapan. Memandang Puan Elissa yang memberi arahan sebentar tadi. Seketika kemudian, petugas-petugas mengutip kertas jawapan para pelajar.
Baru beberapa minit pegawai peperiksaan mengutip kertas, sudah kedengaran suara kelegaan rakan sekuliahnya. Itu petanda mereka sudah merdeka!
Tidak ketinggalan Ukasyah, dia melepaskan nafas lega.
Alhamdulillah..
“Okey class, you may dismiss now. Don’t forget your matric card and your slip. Thank you and happy holiday.”Puan Elissa bersuara dengan senyuman. Kedua belah tangannya memegang beberapa helaian kertas jawapan.
Ukasyah melangkah keluar. Mahu mengambil beg.
“Syah!”
Ukasyah menoleh. Mengangkat kening.
Syihabuddin datang dengan senyuman. Songkok yang senget dibetulkan.Ukasyah juga senyum.
“Macam mana paper tadi? Ok?”Syihabuddin mulakan bicara. Mereka memang rapat. Bila dapat tahu mereka dapat universiti yang sama, melompat Syihabuddin dibuatnya.
“Alhamdulillah. Usaha sudah, sekarang ni tawakal sajalah, bro”
“Ya betul. Biar natijahnya Allah yang bagi.”
“Balik kedah bila?” Ukasyah kembali menyambung jalan yang terbantut tadi. Syihabuddin mengikut. Dia juga mahu mengambil beg.
“Malam ini. Kau?”
“Esok pagi, insyaAllah. Umi tak bagi balik malam. Sekarang kan musim hujan. Lagipun esok sebelum naik bas ingatkan nak singgah pasar payang kejap. Nak beli keropok lekor.” Mereka sudah di hadapan tempat beg, Ukasyah mengambil beg silang dan menyimpan barang-barangnya. Manakala Syihabuddin masih setia berdiri.
“Oh..aku ni dah tak larat nak mengunyah keropok lekor tu. Family aku bukannya layan sangat keropok lekor ni.” Syihabuddin menggeleng. Dia memang ceria orangnya. Tapi bila angin tak elok datang, alamatnya memang serius habis.
Ukasyah tergelak. Beg disilangkan. Ukasyah agak passive jika dibandingkan dengan Syihabuddin tapi bila bab berpakaian, dia seorang yang sempoi dan bersahaja berbanding dengan sepupunya itu.
“A’ah kan. Kesian kau masa sem satu dulu. Beria bawa balik keropok lekor. Beli sampai dua puluh ringgit pula tu. Alih-alih tak ada siapa nak makan. Aih, sadis-sadis”Ukasyah menggeleng.
Senyuman masih menghiasi wajah.
“Tau tak apa.”
“ Eh, oklah. Aku nak balik Maidam dah ni. Nanti kirim pada Mak Long. Doakan perjalanan aku ok-ok saja malam ni.”Syihabuddin menyarung beg pack..
“InsyaAllah.”Ukasyah menhulur tangan. Tanda perpisahan sementara cuti sem selama tiga minggu nanti.
Syihabuddin menyambut sebelum bergerak mahu menuruni tangga. Namun baru beberapa anak tangga ditinggalkan, dia berpaling kembali pada Ukasyah.
“Syah!” Syihabuddin melaung sambil dia berlari-lari anak menaiki tangga semula.
“Haih, ni mesti..”Ukasyah sudah menaikkan jari telunjuknya.
“Apa cerita abang kau?”Syihabuddin memotong ayat Ukasyah. Senyum penuh makna menghiasi wajahnya.
Dah anggak dah. Budak ni la kan.
“That thing I’ll never say. Aku dah janji lah dengan abang aku.”
“Lah benda baik buat apa nak sorok-sorok.”Syihabuddin masih mendesak.
Ukasyah bercekak pinggang.
“Haih, pergi baliklah Syihab. Terlepas bas ke Maidam karang.” Gaya guru besar.
“Ye lah ye lah. Kau ni susah sangat nak beritahu aku.” Syihabuddin kembali menuruni tangga. Tangan kanan memegang beg pack manakala tangan kiri memegang fail.
“Confirm walimah tu nanti, jangan lupa jemput aku!” Syihabuddin menjerit dari tangga.
Ukasyah membulatkan mata. Boleh pula tengah-tengah orang ramai ini dia tanya soalan cepu mas tu.
********************************************************************************
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara , kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.". (49:10).
ibrah 1: seperti Ukasyah, sambil-sambil menunggu tidak berbuat apa-apa, lapangkan hati dan lidah kita untuk mengingatiNya.
ibrah 2: orang yang berjaya ialah orang yang berjuang hingga ke akhirnya. betul..seperti mana perjuangan Rasulullah saw.
ibrah 3: sungguh, ini adalah tanbih untuk diri saya.
27 April, 2011
Ibu yang lebih kuat daripada seribu lelaki
wanita, dirimu istimewa29 November, 2010
Cerpen: Hantaran Al-Quran Buat Pasangan Tercinta

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Nisa. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Aiman. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Aiman. Nisa ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Aiman menjawab. Nisa sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Nisa muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Nisa mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
Aiman bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini? Apa khbar?” tegur selamba Ustaz Sa'ad.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Aiman. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Sa'ad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, Ustaz Sa'ad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Aiman menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Aiman cuba mengagahkan diri. Nisa masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata Ustaz Sa'ad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
“ Apa benda nih ” detik hati Aiman. “ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Aiman.
Aiman berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Aiman, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AlQ-uran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Aiman, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri."
Hari semakin cepat berlalu..
Aiman sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang dijadikan hantaran semasa akad nikahnya yang lepas, dibaca dan dipelajari. Cukuplah pengalaman silam mengajar diri yang serba hina dan fakir.
Pit.. Pit!
"Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati."
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
14 November, 2010
Dia dibius..
Nur menapaki keluar dari bilik rawatan 1.
"Allah..sengalnya rasa.." kesan lignocaine yang di 'inject' ke gusinya mula terasa.
Dia mencari tempat duduk berdepan dengan kaunter pendaftaran pesakit. Usai duduk fikirannya menerawang teringatkan sahabatnya yang mengalami nasib yang sama sebelum Ramadan lalu. Lantas, mesej dihantar kepada sahabatnya itu.
"Salam Raz, awak kat mana? Kat universiti lagi ke? Saya kat klinik gigi ni..awak tau tak, doktor nak cabut gigi saya..tadi, da kena inject. Kejap lagi tibalah masanya gigi saya akan pergi. =(" gaya sedih saja bunyinya.
Butang send ditekan. Sambil menunggu balasan mesej sahabatnya, dia mengeluarkan terjemahan Al-Quran. Mengaji sebentar sementara menunggu masa untuk ubat bius tadi menjalankan tugasnya.
Ya allahu ya rabbi
Ya allahu ya rabbi
Lagu Ya Allah daripada kumpulan Indonesia, Wali Band sebagai message ringtone handphone Nur berbunyi.
"Ye ke Nur, takpelah, awak kuat ea..cabut gigi ni tak sakit pun sebab ada bius. Tapi cabut nyawa memang sakit sebab tak ada bius..syafakillah ye sahabatku.."
Erk..! kematian!
Tiba-tiba jururawat memanggil namanya. Nampaknya tak sempat Nur membalas mesej Raz. Dia menanda Al-Quran sebelum menutupnya dan bergegas masuk semula ke bilik rawatan 1.
Dengan bismillah yang diucapkan oleh doktor wanita itu, Nur berasa sedikit tenang. Sedaya upaya ditenangkan lagi hati dengan zikrullah dalam hati. Mata dipejam serapat mungkin apabila peralatan mencabut gigi mula dimasukkan ke dalam mulutnya..
20 minit kemudian..
Nur melangkah ke kereta kancil berwarna biru yang dipandu oleh Kak Wan. Seorang saudara seislamnya yang mengambil ijazah sarjana muda bioperubatan di Management and Science University, MSU.
"Macam mana Nur, okey tak semuanya?" Kak Wan bertanya sambil tangannya menukar gear dan memandu kereta keluar dari Klinik Pergigian Bangsar. Nota yang dibaca sementara menunggu Nur tadi disimpan.
"Alhamdulillah kak. Doktor terus cabut gigi tadi. So, tak payah buat appointment." Nur menjawab sambil membuka beg sandang untuk membalas mesej Raz tadi.
"Allahuakhbar, jazakillah sangat-sangat Raz atas peringatannya. Moga Allah melimpahi awak dengan sebanyak-banyak rahmat dan kasih sayangnya..da cabut da gigi saya beberapa minit yang lepas. Alhamdulillah..=)"
"Ameen ya rabb..wailaiki aidhan..ye ke, Alhamdulillah..xsakit kan...awak mesti tengah gigit kapas kan..Chumelnya ^_^"
Eh, macam tahu-tahu je Raz ni. Nur menggeleng kepala sambil tersenyum. Memang dia kini sedang mengigit kapas.
"A'ah..sengal je rasa gusi saya ni. Alhamdulillah segalanya lancar..ok la Raz, nanti kirim salam saya pada sahabat-sahabat yang lain ye. Uhibbukifillah. =)"
"Okey, uhibbukifillah Nur..take care~"
Alhamdulillah, banyak ibroh yang saya dapat daripada cerita ini. Betul juga kata-kata Raz kepada Nur. Cabut gigi ini memang tak berapa sakit sebabnya kita dibius dengan lignocaine terlebih dahulu. Tetapi, saat Malaikat Izrail mencabut nyawa nanti, pasti dijanjikan dengan kesakitan kerana tiada ubat satu bius pun untuk kita. Cuba bayangkan, Nur yang sudah dibius oleh Doktor gigi itu pun masih rasa sengal walaupun sudah di 'inject' dengan ubat bius, apatah lagi sakit sakaratul maut yang tiada langsung bius.
Dan untuk itu, saya teringat bagaimana saatnya Rasulullah saw yang sakit saat tibanya sakaratul maut. Memang sakit wahai diriku yang menulis dan kalian yang membaca..sampaikan malaikat pencabut nyawa memalingkan mukanya apabila melihat penderitaan Rasulullah saw. Dalam kesakitan itu, Baginda saw masih lagi mengingati kita, umatnya yang bertuah ini.
"Jika beginilah rasa sakaratul maut itu, timpakan saja semua kesakitan ini padaku, bukan pada umatku."
Allahuakhbar..
Mulianya engkau wahai pesuruh Allah!
Bila muhasabah kembali, bagaimana cinta kita kepada Baginda saw?
Apa yang kita sudah buat sebagai tanda penghargaan cinta Baginda saw kepada kita?
Berapa banyak selawat yang kita ucapkan dari bibir kita dalam sehari-hari?
Berapa darjah ketulusan kita dalam menegakkan sunnah Baginda dalam hidup kita?
Kita sebagai umatnya, bukan hanya ketika Maulidur Rasul saja baru mahu menangis mengingati Baginda saw dan memperbanyakkan selawat ke Rasulullah saw yang mulia itu. Sepatutnya setiap hari!
Saudaraku, melihat umat Rasulullah saw pada zaman sekarang ini, tidakkah terdetik pada diri kalian untuk berbuat sesuatu membaiki ummah ini? Pada saat baginda mula menyebarkan dakwah Islam, Nabi Muhammad saw diseksa dengan dahsyatnya. Tahukah kalian bagaimana teruknya Baginda saw dicemuh dan dibaling batu oleh kaum bani Taif?
Teruknya wahai saudaraku!
Sehingga darah suci Baginda saw mengalir memenuhi kasut Baginda. Dan saat Rasulullah saw menapaki meninggalkan kota Taif itu, kedengaran bunyi darah yang memenuhi kasut Baginda. Ibarat kita berjalan dengan selipar yang basah..
Padahal masa itu, Baginda saw yang mulia sedang berada dalam kesedihan kerana isteri kesayangan Baginda, Saidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda, Abu Thalib baru saja meninggal dunia. Dengan harapan mendapat ketenangan di Bandar Taif, Baginda berkelana ke sana. Tetapi cemuhan, hinaan dan keperitan yang 'dihadiahkan' oleh penduduk Taif.
Satu lagi bukti kesayangan Baginda saw kepada umatnya adalah ketika Baginda menolak pelawaan malaikat Jibril untuk menghukum penduduk Taif.
"Mereka tidak tahu.."
Begitulah jawapan Baginda.
Wahai diriku dan kalian yang membaca, moga sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu kita mencintai Nabi Muhammad saw setiap masa. Bukan bila Maulidur Rasul saja. Dengan kepenatan dan keperihan Baginda saw dan para sahabat r.a ketika awal penyebaran Islam, barulah kita mendapat nikmat iman dan Islam pada hari ini. Makan, gunakanlah dua nikmat teragung itu dengan sebaiknya. Telusuri siroh-siroh Baginda saw dan para sahabat ra..
~moga artikel ini sampai ke dalam hati setiap insan yang membaca. Barakallahufikum!
p/s: setinggi penghargaan buat Dr. Nur Najwa Hanim yang tolong carikan nama bius di atas.
19 September, 2010
cerpen: terakhir

bismillahirrahmanirraohim..
sedikit ketidakemasan untuk cerpen. harap bersabar dalam membacanya~
Dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri. Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.Dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.
Terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.
Dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu. Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.
Dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun, disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.
Syira, syira..tidakkah kau nampak semua itu?
Mata terasa panas.
Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas kehendak Allah swt. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib redha dan ikhlas.
Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi diserahkan kepada mereka yang tidak halal.
Apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.
Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.
Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya menghadapi pertarungan ini. Juga mebimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.
Bibir diketap. Hatinya sayu mengenangkan dosa-dosa. Akhirnya, titisan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah dia membelakangi Allah.
Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.
Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.
Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan. Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan istighfarlah syifa’nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan istighfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah.
******
Dua tahun sudah berlalu. Masa berjalan begitu pantas. Udara sejuk bumi Scotland mengelus lembut pipi Insyirah. Terasa baru semalam kaki memijak bumi orang putih ini. Rasa baru semalam berpisah dengan umi, abah, opah, kak long, adik-adik dan semestinya Aishah.
Terbangnya dia ke bumi Scotland ini untuk menyambung masternya di University of Edinburgh, Scotland dalam bidang microbiologi.
Dia membuka tingkap apartment. Sekarang ini musim sejuk dan salji turun dengan lebat. Tergelak dia tatkala mengingatkan dirinya yang sangat teruja melihat salji pertama kali di depan mata.
Terasa sejuk, dia mengenggam tangan. Asap nipis keluar daripada mulutnya. Pandangan mata tumpah pada sesuatu di jemari kanan. Bibir mengukir senyuman manis. Cincin belah rotan tersarung kemas di jemari halus wanita itu.
Ya, dia tidak keseorangan di bumi Scotland ini. Ada suami yang menemani. Seorang lelaki yang halal untuk dicintai. Benarlah, sekiranya cinta sebelum nikah itu betul-betul dipelihara, kemanisannnya akan sangat dirasai setelah bernikah. Ada hikmahnya mengapa dia diuji dengan ujian hati dahulu. Dia selepas itu lebih berhati-hati agar cintanya tidak dilempiaskan pada yang sia-sia.
Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah…
Semuanya akan baik-baik saja…
Semua Akan Indah Pada Waktunya…
alhamdulillah..siap sudah cerpen ni walaupun banyak dugaan yang berlaku sepanjang pembikinannya. (?)
banyak mahu diceritakan di blog. mengenai raya, keluarga..tapi perlu hold on dahulu.
apa2 pun, kepadaNya puja dan puji ditujukan.
27 August, 2010
Kutiplah Buah Durian itu
Namun, agak mengejutkan bila mana Dol mampu hidup mewah. Satu perbualan dengan Dol merungkai segala persoalan..
1) Soalan: Cukup ke dengan jualan durian hari-hari nak hidup mewah macam ni? Berapa banyak je jual durian 1 hari?
Dol: Memang tak cukup, dusun saya ada 10 pokok je, mana nak kaya..biasa paling banyak 1 hari dapat kutip 3 biji..itu pun kadang-kadang ada yang dah ditebuk tupai, busuk dan rosak
2) Soalan: Habis, macam mana boleh hidup mewah macam ni? Cakap kerja full time jual durian...
Dol: Tiap-tiap buah ada musim, durian pun ada musim. Ada satu bulan buah-buah durian ni banyak gugur. Kena la kerja keras sebab time tu la untung banyak.
Bulan ni special dik, tupai pun tak nampak time ni, so, takde la kes durian kene tebuk kat dusun tu.. That's why la pakcik time bulan ni banyak keje malam, buat OT sikit..
3) Soalan: Eh, kutip durian pun ada over time? Kalau bukan musim, pakcik memang tidak bekerja malam kah?
Dol: Kadang-kadang kerja lah, tapi musim ni lagi gigih pakcik kerja. malam pulak dik, kalau buah tu gugur, terus kutip, dapat la buah-buah fresh. Lagi sedap, lagi tinggi market price. Dah la banyak buah jatuh, kualiti pulak tinggi sebab takde tupai..just kene doa buah tu tak busuk je.
4) Soalan: Biasa nya musim ni, pakcik dapat kutip berapa banyak durian?
Dol: Berganda-ganda dik kalau work hard. Tapi ada 1 malam yang paling banyak durian jatuh dalam musim ni. Sekali gugur, macam seribu bulan punye buah gugur. Malam tu la yang pakcik tunggu-tunggu dalam musim ni. Sape taknak beb =)
5) Soalan: Wau! Pakcik boleh buat smiley dalam perbualan kita ek? Bila hari tu pakcik? Macam ni saya pun nak kutip durian jugak la hari tu.
Dol: Biase nye 10 malam last, tapi secara specific, honestly, I don't know when. Bukan senang macam tu je nak kutip buah malam tu dik. Kalau senang, ramai dah yang kaye, takde buat rancangan Bersamamu tu.
Kalau takde stamina, sangkut dik nak kutip durian malam tu..cousin pakcik, ade je niat nak kutip, tapi sebab malam-malam lain die tido je, mase malam banyak buah gugur tu, die mamai. Dengan teknik kutip durian pun tunggang langgang, so tak banyak la dia dapat kutip..stay la dia dalam kemiskinan..
6) Soalan: Maka nya, saya kenalah bekerja keras selama setahun sehingga habis musim itu, kemudian saya bolehlah berfoya-foya.
Dol: Mana boleh macam tu dik! Kau takkan tahu berapa banyak duit yang kau akan bazirkan. So, lepas musim buah pakcik da pasang gear nak tunggu musim akan datang..baru jadi lagi energetic untuk malam tu. Sampai tertunggu-tunggu the arrival of the musim..sampai sebulan dua before musim buah itu pakcik doa:" Ya Allah, berkati lah aku di bulan ini dan sampai kan aku kepada bulan musim itu"
Penyoal: Terkesima..
ulasan cerita:
cerita ini adalah analogi kepada 10 malam al-qadr yang semua orang beriman merindui dan menunggu-menunggunya. sangat beruntung andai kita ini seperti pak cik Dol yang menjual durian itu.
kalau kita perhatikan, pak cik Dol awal-awal lagi sudah buat persiapan untuk menyambut musim buah durian bukannya dah tiba musim buah durian, baru nak buat persiapan.
cerita ni lebih fokus pada seluruh Ramadhan sebenarnya, not only for the last 10 days. apa yg cuba dismpaikan dalam cerita ni adalah:
1) cukup ke dengan umur yang pendek ini nak dapat syurga Allah? Kan setiap amal kita ada pengaruh syaitan dan ada yang "busuk"
2) perlunya kita berusaha keras dalam Ramadhan agar kita dapat 'untung' yang banyak.
3) tak bermaksud usaha semasa Ramadhan sahaja
4) cerita mengenai lailatul Qadr
5) bersedialah untnk malam al Qadr
6) fikir2kan lah
artikel ini dicopy dari sini
23 August, 2010
cerpen 3

Insyirah menapak perlahan menuju ke perpustakaan. Beg sandangnya diletakkan di dalam loker. Dikeluarkan pensel box, mp3, buku manual microbiology dan test pad.
‘ngantuk tak ngantuk, penat tak penat, mesti siapkan jugak lab report mikrob ni.’
Saat kaki melepasi scanner buku di hadapan kaunter pinjaman buku, dia membelok ke kiri. Ikutkan hati, mahu membuatkan kerjanya di bahagian kiri perpustakaan itu. Lebih dekat dengan computer. Maka, lebih senang untuk memcari maklumat tambahan untuk lab reportnya. Namun, baru beberapa langkah, dia berpatah ke belakang dan menuju ke sebelah kanan perpustakaan.
‘Allah..ada pulak dia kat situ’ insyirah bermonolog apabila matanya terlihat si dia yang sedang duduk di salah satu meja di sebelah kiri perpustakaan tersebut.
Mak cik yang menjaga kaunter memandangnya dengan kening terangkat. Tapi dia teruskan langkah dengan muka tak bersalah tapi tetap senyum sebagai tanda hormat diberikan kepada mak cik tersebut. Puan Laila namanya.
Insyirah memilih ruang paling tepi. Betul –betul bersebelahan tingkap. Usai meletakkan barang-barangnya di atas meja dia memandang jam di tangan kirinya.
‘pukul 2.30 dah ni. Cepatnya masa berlalu.’
Tanpa sempat duduk, dia pergi ke rak-rak buku. Mencari buku rujukan. Microbiology: An Introduction, Eighth Edition, by Tortora, Funke, and Case..introduction to micbiology, A.S. RAO
Kemudian dia kembali ke mejanya. Letak buku-buku yang dicari tadi. Lalu, dia melabuhnya diri. Earphone dilekatkan ditelinga dan mp3 dihidupkan. Folder nasyid dipilih dan seketika kemudian lagu Kembara Ilmu-Suhaimi kedengaran.

Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis
Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi
Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun
Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman
Akhirnya karam dalam kegagalan
Tangannya pula kini membuka manual lab microbiology mencari tajuk yang kelima- Detection of Stephylococcus aureus in food. Seketika, dia membaca sedikit introduction dalam buku itu dan mencari key point di buku-buku rujukan. Semua buku dibuka untuk membedakan point mana yang lebih baik untuk dipilih.
Biarpun carry mark untuk lab report sedikit cuma, tapi itu bukan masalah kerana apa yang dicarinya adalah ilmu. Bila meneroka lebih banyak buku, maka, lebih banyak ilmu yang dia akan dapat. Selepas mendengar tazkirah maghrib di surau semalam, dia sedar yang selama ini, dia belajar kerana exam bukan untuk mencari redha Ilahi.
Time exam, sanggup minum kafein semata-mata untuk stay-up. Sepatutnya sebagai muslim, biar tak ada kerja yang pensyarah bagi atau bukan masa peperiksaan, sesuatu ilmu harus dipelajari semata-mata kerana Allah swt.

Isyirah menghela nafas.Biasanya petang-petang begini jarang pelajar yang berada di perpustakaan.
Ramai yang memilih untuk pulang ke hostel. Insyirah lebih suka duduk di perpustakaan untuk mengelakkan dia tidur apabila berada di bilik. Adat belajar, bila kepala dah pusing, ditambah lagi dengan mata yang dah start memberat dan tiba-tiba ada katil depan mata. Alamatnya..
“Assalamualaikum Syira. Buat apa tu” Insyirah ditegur.
Kepala diangkat memandang tuan punya suara. Syifa’ duduk di hadapannya dengan senyuman.
“Waalaikumussalam warahmatullah. Tengah siapkan lab report mikrob. Syifa’ daripada mana ni?” lagu spring time-yiruma pula ditelinganya kini. Diperlahankan volume mp3nya supaya butir bicara Syifa’ dapat didengar dengan jelas.
“Dari bilik Miss Ila tadi. tanya pasal lab report ni la. Tadi masa penerangan eksperiment tak berapa dengar macam mana nak lukis mikrob.”senyuman Syifa’ masih tak lekang.
“oh..kenapa tak tanya Syira je.”
“nak tanya macam mana, lepas lab tadi, Syira terus hilang.”
“sori, tadi nak cepat.”
‘tak apa. Ni, Miss Ila minta tolong Syifa’ sampaikan hajat. Besar hajat ni Syira.”
“La Miss Ila ni, dengan orang pun nak berhajat-hajat juga. Apa dia?”
Syifa’ tersenyum sakan sebelum menyambung bicara.
“Bagi tazkirah sebelum kuliah start besok”
"Hah?!"
p/s: really busy nowadays. but Ramadan taught me many things. never be a last-minute-person on doing anything.
:cerpen 1 and 2 here.
13 July, 2010
cerpen 2: hati itu.
remember, always believes in yourself that challenges are meant to be met you and end of all that is a rainbow.Usai solat zuhur berjemaah di surau asrama yang dipimpin oleh seorang muslimin, Insyirah masih berteleku di atas sejadah. Memikirkan masalah ‘hatinya’.
“Ya Allah, kenapa masalah ini juga yang terbayang-banyang? Berdosanya aku mengabaikanMU”
Insyirah memejam mata sambil tangan kiri memicit pelipisnya. Tanpa disedari, bibirnya mengeluh. Cukup kuat untuk didengari Aishah yang sedang melipat sejadah. Aishah memandang Insyirah sekilas.
“Syirah..”Aishah memanggil lembut.
Dalam mata yang masih terpejam, Insyirah masih bermonolog. Tu la syirah, kenapa tak jaga pandangan tu..
“Syirah..”
Kan susah sekarang. Bukan kau sendiri tak tau, daripada pandangan yang tak terkawallah, hati boleh rosak.
“Syirah..”kening Aishah sudah berkerut.
‘Parah ni. Tiga kali panggil tak berjawab.’
Lantas, kaki melangkah ke arah Insyirah. Bahu roomatenya itu disentuh lembut. Mata Insyirah terbuka. Memandang Aishah yang merenungnya dengan senyuman.
“Masih fikirkan masalah yang enti cerita kat ana semalam?” Aishah akhirnya duduk di sebelah Insyirah. Tangan yang dibahu, dibawa ke jari-jemari Insyirah pula. Digenggam erat.
Insyirah tersenyum tawar tanpa gula.
“Susahlah ukhti nak jaga hati ni. Tak terdaya rasanya”Insyirah meluahkan.
“Ukhti, Ukhti.
“Memanglah susah ukhti nak jaga hati ni. Siapa kata senang? Sebab itu kita kena ada banteng kita sendiri. Ingat tak ceramah Ilaajul Qulub kelmarin? Ingat tak apa ustaz tu cakap.Err, apa nama ustaz tu ye. Allah, ana lupa pulak.” Aishah mengaru dagunya sambil matanya memandang dinding surau,cuba mengingati nama ustaz tersebut.
Terimbas seketika ceramah bertajuk ‘ Al-Qalbu kunci dalam mencorakkan peribadi unggul’ yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Usuluddin di universitinya. Memang bagus ceramahnya. Terasa biah solehahnya di dewan itu yang rata-ratanya dihadiri kakak-kakak Fakulti Kotemporari Islam (FKI) yang majoritinya bertudung labuh. Ada juga yang berpurdah.
“Ukhti ni..ustaz Syed Hadzrullathfi lah nama ustaz tu..”Syirah menjawab. Mahu tergelak juga rasanya bila melihatkan Aishah yang bersungguh sangat memikir nama ustaz tersebut.
“Owh ye ke, ana lupa la ukhti. Haa, ingat tak apa ustaz tu cakap untuk menjaga hati ni?”
Insyirah menghela nafas panjang. Ala Aishah ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik.
"Jangan pernah redho dengan maksiat?”Insyirah menjawab kembali dalam nada bertanya.
“Lagi?”
“Tak bersungguh nak berubah?”
“Lagi?”Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.
“Lah enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik.”Insyirah menampar bahu Aishah.
Ketawa Aishah pecah.
“Sakitlah ukhti.”Aishah memegang bahunya. Terasa sengal seketika.
“Tu la, buli orang lagi.”
Aishah menarik nafas dalam. Memandang Insyirah sekilas sebelum memulakan bicara.
“Apa yang ana dapat tangkap pasal ceramah semalam, hati ini ukhti, kalau tak dididik, tak ditarbiyah, tak dipupuk, lama-lama hati kita ini akan kotor. Dan ruang untuk menjadi orang yang ingkar terbuka luas. Cuba enti semak kembali macam mana mutabaah enti sampai enti ada masalah hati dengan muslimin ni. Ana kira, andai kita betul-betul menghayati dan menjaga mutabaah kita, insyaAllah, hati kita terpelihara. Betul tak ukhti?”
Insyirah mengangguk. Mengiakan. Seketika cuba bermuhasabah kembali mutabaahnya yang tak terjaga akhir-akhir ini disebabkan terlalu banyak meeting untuk pogram islamik yang dikendalikannya. Mungkin inilah sebabnya aku jadi begini.
“Enti cakap kat ana semalam, enti mula ada masalah hati dengan muslimin ni bila enti dilantik untuk uruskan pogram Islamik tu kan?”
Sekali lagi Insyirah mengangguk. Ye, dari situlah aku mula kenal dengan muslimin-muslimin ni.
“Ukhti, enti kena ingat. Yang enti nak buat ni pogram islamik tau. Nak menyampaikan dakwah kat masyarakat di luar sana. Andai enti sendiri sebagai pemimpin dah tersilap langkah, berdakwah dengan hati yang lagho, bagaimana dakwah enti nak berkesan?”
Senyuman masih tak lekang dari wajah bersih Aishah.
“Ukhti, ingat tak apa kak mardiyah pernah cakap masa usrah kita? ‘jangan ingat enti buat maksiat ni, enti tak effect sape-sape’. Dan ana sangat terkesan dengan ayat tu. Ana ingat sampai sekarang ni.”
Insyirah diam tak terkata. Tertunduk dia seketika sambil memintal hujung telekung yang masih tak dibuka. Kini, tinggal dia dan Aishah saja di dalam surau tersebut. Jemaah yang lain sudah lama beransur pergi.
“Asas segala kelalaian dan nafsu syahwat adalah kerana kita redho dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. Ana tak nafikan ukhti, dalam kita bermujahadah tak nak melakukan maksiat, ramai antara kita tersungkur kembali. Itu memang fitrah ukhti sebab bila kita nak berubah, kita takkan boleh secara mendadak. Kena perlahan-lahan..”
Insyirah merenung kembali Aishah, cuba menghadam point-point yang dilontarkan.
“Dan itulah yang enti perlu lakukan sekarang ni. Bangkit semula ukhti. Ingat, enti adalh dai’e! Jangan mengalah pada syaitan yang takkan nak kita bangkit kembali pabila kita dah tersungkur! Cuba ye ukhti. Jangan risau. Ana akan sentiasa bagi support kat enti. Bila hadiri meeting nanti, cuba tajdid niat dan kawal pandangan.”
“Tapi kan Ukhti, ana perasan, bila ada meeting je ana akan rasa excited. Entah la mungkin sebab dapat jumpa dengan dia tu? Tapi dalam masa yang sama, ana cuba jaga pandangan. Ana tak tahulah ukhti. Kadang-kadang terserempak dengan dia pun ana dah jadi tak betul.”Insyirah akhirnya bersuara.
“Astaghfirullahal’azim Syirah..jangan macam tu. Rosak hati enti nanti bila enti berterusan begini. Ingatlah ukhti, sifat soleh muslimin tu, Allah yang ciptakan. Maka cintailah Dia yang menciptakan sifat soleh itu sendiri. Ana faham ukhti masalah enti ni. Bukan menimpa enti sorang saja. Bahkan, menimpa juga para dai’e di luar sana yang gagal menjaga hati dalam melakukan dakwah.”
“Jangan putus asa, Insyirah. Allah maha Bijaksana. Mengetahui isi hati enti. Ukhti, kita sama-sama muhasabah kembali, cinta Allah itu sendiri kita masih merangkak-rangkak untuk mencari apatah lagi mahu mencari cinta manusia pula. Kita ni sebagai hambaNya, akan sentiasa diuji. Dan ujian setiap orang itu berlainan.”
Ya..jatuh cinta pada si dia hanyalah ujian semata-mata. Dan Allah sedang menguji aku.
“Ada yang diuji studynya, ada yang diuji kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang diuji kemiskinan, penyakit yang tak dapat diubati..tapi bagi enti, Allah sediakan ujian sebegini. Untuk uji di manakah cinta enti sebenarnya. Adakah betul landasannya.” Aishah mengulas panjang.
Alhamdulillah,kata-katanya itu semua ilham daripada Allah untuk disampaikan kepada sahabat di depannya ini. Sayangnya dia pada Insyirah hanya Allah yang Mengetahui. Mungkinkah itu yang dinamakan ukhuwah fillah?
“Tapi ana tengok kawan-kawan yang lain tu ok je. Tak rasa apa-apa pun bila berdepan dengan muslimin?. Biasa je diaorang”Insyirah mencelah.
Aishah menarik nafas sedalam mungkin. Namun, senyum masih menghiasi raut wajah.
“Mungkin ada antara mereka yang sudah ada benteng mereka sendiri. Come on ukhti. Evaluasi diri. Jaga mutabaah, sibukkan dengan benda-benda baik, insyaAllah akan buat enti tak fikir-fikirkan masalah ni k.”tangan Aishah merangkul bahu Insyirah.
Insyirah tersenyum kelat. Tanpa berkata apa-apa. Bersyukur sangat pada Allah swt kerana walaupun dia sering lalai, tak kuat mengharungi jalan perjuangan ini, tapi rahmatNya tak pernah jemu menariknya kembali. Apalah yang ada pada dirinya hinggakan Allah swt begitu menjaganya. Masih memautnya agar tidak kembali berpaling.
Sungguh, Allah itu ada di sisi hambaNya.
Sifat pengampunNya, mendahului kemurkaanNya.
Ya, Allah itu tersangat baik.
“Dah la tu. Jom pi makan tengahari. Nanti sakit perut pulak. Pagi tadi makan biskut je kan.” Kata-kata Aishah mematikan lamunan Insyirah.
bersambung..
~moga.kerana.Allah~
jika tidak, maka, sia-sia.
11 July, 2010
cerpen 1
dengan rahmat dan belasNya, dapat juga penulis menghantar lagi post yang berbentuk cerpen bersiri. moga ada manfaatnya dan ikhlas. bak kata DR Majdi Al-Hilali dalam bukunya Rakaizud Dakwah,
'Setiap kebaikan bagi seorang hamba adalah semata-mata merupakan karunia dari Allah, anugerah dari Allah, kebaikan Allah dan nimat Allah.'
kisahnya bermula..
Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitnya yang dibasahi hujan yang turun sejak subuh tadi. Sudah tiga hari hujan turun tiada hentinya. Keadaan ini biasa berlaku di negeri-negeri pantai timur.
Hujung tahun bermakna mulanya musim tengkujuh. Tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak ke negeri Terengganu ini. Masakan tidak, dari kecil hingga tika ini, tak pernah dia berenggang dengan keluarganya sejauh ini.
Dari biliknya, dia dapat melihat Universiti Medan Tarbiyah (UMT) yang hanya bersebelahan dengan universitinya, Universiti Dakwah Murobbiah (UDM). Dahulunya, UDM merupakan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, (KUSZA), sebuah kolej agama yang sangat pekat tarbiyahnya.
Bahkan lebih pekat berbanding universiti-universiti di Mesir. Biah solehnya sukar dicari ganti hingga kini. Kalau dulu,susah untuk melihat muslimah yang memakai seluar, semuanya berjubah atau berbaju kurung dan berjilbab labuh. Kalau nak keluar kolej, muslimah yang tidak memakai stoking, disuruhnya pulang ke asrama.
Ikhtilat antara lelaki dan perempuan sangat dijaga kerana keseganan antara banin dan banat amat tinggi. Maka tidak hairanlah dia kerap kali dengar rasa perasaan sedih , terkilan dan tidak puas hati daripada kakak-kakak senior yang dulunya sempat menjadi sebahagian daripada KUSZA.
Tetapi kini, situasinya amat berbeda apabila KUSZA kononnya dinaik tarafkan statusnya daripada sebuah kolej ke sebuah universiti.
Perlahan-lahan, Insyirah menutup semula jendela. Hari ini hari minggu. Dia sengaja terpuruk di dalam biliknya.
Seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang masih memberati fikirannya. Saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya kini gundah gelana. Alangkah merananya dia dalam keadaan ini. Hatta ibarat terkena minyak pengasih.
“Ya Allah, suburkanlah cintaku padaMu..”rintih Insyirah.
Insyirah terpunduk dan beristighfar.
“Susahnya bila ada masalah hati ni”keluh Insyirah.
Dia mengeluh sambil tangan menarik kerusi belajar. Usai duduk, dia mencapai buku microbiologynya. Otak sudah diset untuk menyiapkan lab report yang tertunggak sedari pagi tadi dek kerana melayan lamunan yang entah apa-apa. Seketika, dia membaca doa belajar yang ditampal di dinding meja studynya.
Sedang tangan ligat menulis introduction of morphology and characteristic of bacteria pada kertas kajang, azan zohor berkumandang dari masjid UDM. Sayup-sayup saja kedengaran laungan kemegahan itu dek kerana kedudukan masjid UDM yang jauh.
Memang masjid itu dibina jauh dari blok-blok asrama. Sebab itu ramai studentsnya lebih prefer solat di surau-surau asrama saja. Mulanya dia agak terkejut kerana surau di blok asramanya diimarahkan bukan saja oleh muslimat, bahkan muslimin juga. Menyerupai surau besar di matrik dulu yang mana solat jemaah diketuai muslimin.
Sedangkan dia fikir, surau-surau asrama hanya untuk muslimat saja, seperti surau di blok asramanya ketika di matrik dulu.
Habis saja dia membaca doa selepas azan, dia mengejutkan Aishah, roomatenya yang sedang tidur. Qailullah katanya.
“Sha, Sha bangun. Dah azan dah..”sambil memanggil, dia mengoyang-goyang bahu Aishah.
..bersambung..