In the name of Allah, the most Graceful and the most almighty
Saya dulu lahir di klang dan zaman kanak-kanak saya memang dihabiskan di situ. Tambahan, ayah saya seorang guru dan mengajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang. Tapi sekarang kami sudah berpindah. Dulu masa zaman kanak-kanak, selalu main dengan adik beradik yang lain. Dengan abang, kakak dan adik yang di bawah saya. Rindu zaman kecik2 dulu..
Main masak2... kejar2..panjat katil sampai patah tangan..main basikal, badminton sampai bola selalu terpelanting atas bumbung rumah..kalau cuti sekolah, tengok tv sama2..dan banyak lagi. Ada yang manis, ada yang pahit.
Mungkin ada yang cakap saya ni nostalgic tapi bagi saya, bila mengimbas kembali kenangan dulu-dulu, ia mengajar saya banyak perkara sebenarnya. Mengajar saya untuk lebih menghargai mereka sementara mereka masih bernafas. Siapa lagi yang lebih memahami kita melainkan keluarga kita (instead of Allah). Kalau kita mati nanti, sahabat-sahabat kita punyai ramai lagi sahabat lain. Lab partner kita boleh cari lab partner yang lain. Usrahmate kita boleh cari orang lain. Tapi keluarga kita tak begitu. Kita tak sama dengan orang lain dan mereka tak akan dapat cari ganti saudara kandung seperti kita.
Gaduh itu perkara biasa sebab masa zaman kanak-kanak dulu semuanya tak matang lagi. Tolong, jangan sampai bila adik-beradik kita dah tak bernafas lagi, baru kita ikhlas nak memaafkan kesalahannya. Cuba cari titik-titik persamaan kita dengan mereka dan lapangkan hati untuk menerima kekurangan mereka. Adik saya pernah cakap:
"Manusia ni berbeza-beza sebab tu dunia ni banyak bunyi"
Masa zaman kanak-kanak dulu, akak, abang, saya dan adik saya satu sekolah. Kadang-kadang saya dan kakak rehat sama-sama. Rehat, beli ayam seketul, lepas itu makan sama-sama. Masa itu adik saya sekolah kebangsaan sebelah petang.
Masa zaman kanak-kanak, saya dan adik saya sangat rapat sebab kami berbeza umur cuma setahun. Sejak dari tadika sampai sekolah menengah, kami satu sekolah. Kami terpisah tempat belajar bila saya masuk matrik dan akhirnya sambung di universiti. Bagi saya, memang kami rapat sejak kecil.(tak tahu pula adik saya)..Dia berani mencuba, pandai bawa diri dan dialah adik beradik kami yang pertama pakai cermin mata.
Dulu, saya suka warna merah, adik saya suka warna biru. Bila apply nak masuk matrik, saya pilih yang dekat-dekat saja tapi adik saya pilih matrik di utara, selatan dan ada yang di sabah dan Sarawak. Adik saya lebih cenderung membaca buku-buku English sedang saya suka baca buku agama. Buku Harry Potter yang tebal sekejap saja dia boleh habiskan. Sebab itu, English beliau agak fluent.
Kami berdua punyai banyak gambar berdua dan kebanyakkan gambar-gambar itu saya bawa ke universiti. Bila masing-masing masuk universiti, kami boleh berjumpa waktu cuti saja. Alhamdulillah, saya pernah ziarah adik saya di universitinya, pernah makan bersama, solat jemaah sama, tengok cerita sama-sama, saling tukar-tukar buku dan gelak sama-sama. Ya Allah, saya rindu saat itu.
Jujurnya, saya sayang adik saya. Walau jauh mana, walau diam mana, walau lama mana tak bercakap dengan dia, doa saya untuk dia tak pernah saya lupa. Masakan tidak, masa kecik saya lebih saya habiskan dengan beliau. Akhir sekali, suka untuk saya promote blog adik saya: heartdomancy-the hardest battle is when you're against yourself.
p/s: dekat sini sudah beberapa hari hujan. sungguh, hujan itu satu nikmat yang sangat best.
No comments:
Post a Comment