Showing posts with label foodtech. Show all posts
Showing posts with label foodtech. Show all posts

27 December, 2011

Akhawat means a lot to me.



Alhamdulillah, it's comes again!
What?
>Study week. Semangat2! Muslim kena semangat dalam segala hal! Tapi jangan sampai pecah kepala macam gambar kat atas.

Semester ini semester paling sibuk sejak masuk ke universiti ini sebab kena buat preparation untuk bakery, halal audit termasuk reportnya, assignment biostatistic yang sampai sekarang masih tak siap, seminar Halal bersama JAKIM dan sehingga minggu akhir kuliah pula 4 hari berprogram dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tak termasuk lagi kelas Talaqqi dan Iqro' yang memerlukan saya untuk menghafaz surah-surah Al-Quran. I enjoyed all these. Seriously said. Semua ini sibuk yang membahagiakan, alhamdulillah. Berkat kesibukan ini, pelbagai benda lagho yang dapat dielakkan. Dulu mengeluh tapi sekarang nampak hikmahnya.

Subhanallah..subhanallah..

Semester depan sudah start practical di Tasneem Chocolate, Ipoh. Allah swt sangat baik dengan memberikan saya tempat praktikal yang sudah tersedia rumah dan tak memerlukan transport untuk ke kilang. Besar sangat nikmat ini.

Permulaan study week ini sangat indah. Dikelilingi akhawat yang selalu membahagiakan diri. Rasa sayang mahu tinggalkan akhawat dan medan di sini. Bahagia melihat mereka sama-sama mahu islah diri ke arah yang lebih baik. Lebih-lebih lagi after program 'Bond of Love', jalan-jalan ke syahbandar, jumpa Kak Amie Sofea, dan merempit nak distribute bubur asyura (walaupun lesen motor dah mati).

Allah..sangat bahagia. Concernnya akhawat time kehilangan handphone minggu lepas. Murobbi kasi pinjam handphone, mutarobbi pula kasi pinjam sim card, akhawat lain pula teman pergi renew sim. Naik basikal, tiba-tiba pancit pula tayar. Terpaksalah tarik saja basikal sampai blok asrama. Masa ziarah akhawat yang tak sihat, tayar motor pula bocor. Teman pula akhawat pergi bengkel. Sehari sebelum itu, ziarah akhawat yang rumahnya dipecah masuk dan kehilangan 5 buah laptop! Pulaknya, rata-rata akhawat final year students, jadi habis hilang sekali FYP dan tesis. Tapi mereka cool akhirnya walau pada mulanya terkejut dan sedih. At the end, dapat juga satu conclusion: akhawat ini gila-gila juga otaknya.


Berkasih sayang dengan akhawat kadangkala rasa macam bercouple pula bahkan rasa rindu, cinta, sayang dan cemburu itu lebih hebat. Doa rabithoh menjadi pengikat hati walau tidak bersua. Membaca mesej kadang-kadang boleh sengih sorang-sorang, hati pun rasa tenang dan berbunga-bunga .

Moment yang terukir ini sangat membahagiakan. Macam agaknya ya perasaan bila nak berpisah masa sem akhir nanti? Mesti sedih. Syukur Allah beri nikmat tarbiyah ini kerana dari sini baru kenal apa itu ukhuwahfillah. Semoga hati-hati ini Allah pelihara dan istiqomahkan hingga ke akhir hayat. Akhir kata, mau share kata-kata seorang ukhti: akhawat means a lot to me! Dan saya mengangguk tanda mengiyakan.

p/s: credit to my sis for the pictures. Dia memang suka gambar-gambar deviantarts. Saya pun sudah terjangkit.

07 December, 2011

Pressure Makes Diamonds

Assalamualaikum wbt..
Semoga sentiasa dalam redha Allah swt semuanya.
Busy?
Malu sebenarnya nak mengaku saya busy even memang betul pun jadual kuliah sangat padat sem ini. Jadual mentarbiyah dan ditarbiyah juga padat.

Kenapa malu nak mengaku busy?
Sebab orang-orang yang berjaya macam Dr.Yusuf Qardhai, Ustaz Zahazan Mohamed dan Dr.Muhaya tak cakap pun mereka busy. Mereka bagi talk di merata-rata tempat, menghasilkan buku dalam kuantiti yang banyak.
Kalau saya kata saya busy, maka, berapa banyak talk yang sudah saya berikan? Berapa banyak buku yang telah saya tulis? Tulis report pun berapa helai saja, Allah..



Pernah dengar pressure makes diamonds?
Ya, kadang-kadang pressure akan push kita untuk buat kerja tanpa ingat dunia dek kerana nak kejar due date.
Ada yang tahap dewa punya khusyuk nak siapkan kerja.
Ada yang sembam mata macam kena tumbuk sebab bersengkang mata nak siapkan kerja.

Moga semuanya lillah (kerana Allah) agar keletihan menjadi saksi pengorbanan kita di akhirat kelak.

Pressure/busy ada kebaikannya.
Contoh:

Pressure: Will make us busy.
Makes diamonds: Will make us to use our time in a manner. That's the diamond!

"Jika kita tak isi masa dengan perkara baik, maka ianya akan terisi dengan perkara yang lagho"

Bukankah begitu?



24 September, 2011

Muslim Hero

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah swt kerana masih memberi kita semua ruang dan peluang untuk terus meneruskan hidup. Pertamanya, untuk second weeks sejak bermulanya semester baru ini, masa sudah mula dipenuhi dengan lectures tak seperti minggu lepas- banyak kelas yang cancel.

Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan kesibukan ini, masa dapat digunakan dengan baik dan bermanfaat. Teringat kata-kata dari sebuah buku yang bertajuk ‘beginilah dakwah mengajar kami’:

“Kalau kamu tidak mengisi mahu kamu dengan perkara yang berfaedah, maka ianya akan terisi dengan perkara yang lalai”

Minggu ketiga akan mula buat roti untuk subjek bakery. Senior beritahu masuk lab bakery memang akan penat. Mana taknya, hampir 4 jam berdiri. Tapi tak mengapa, sudah adat menuntut ilmu.

Alhamdulillah seklai lagi kerana sempat juga dengar pengisian daripada Dr.Nujaimin dalam program Zero to Hero anjuran PEMBINA KT hari jumaat yang lepas. Beliau adalah seorang pakar neurosurgeon (pakar bedah otak dan saraf) di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan satu-satunya pakar otak di Terengganu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Syeikh Malek, graduan degree MBBS dari Universiti Kaherah dan Master neurology dari USM. Umur beliau masih muda dalam lingkungan 37tahun. Dan pengarah urusan TBB Aurum Enterprise, sebuah syarikat emas dan perak milik isterinya. Memiliki 3 orang anak, Nusaibah, Naufal dan Nafisah.

Dr.Nujaimin, neurosurgeon.

Pada saya, Dr. Nujaimin sangat berjaya pada usinya yang masih belia. Katanya, kita perlu independent kerana ianya antara 10 ciri peribadi muslim yang berjaya. Sebab itu tertubuhnya syarikat emas dan perak yang kini didominasi oleh non-muslim. InsyaAllah, kita pun boleh.

Mendayakan kesabaran dalam menuntut ilmu.


sabar..sabar..

Bak kata Dr.Nujaimin, we have to give in order to get.

Hari itu, sempat beri sedikit pengisian kepada sahabat-sahabat di surau yang isinya saya rujuk dalam buku ‘prophetic learning’ mengenai kesabaran dalam menuntut ilmu. Sungguh, salafus saleh di zaman kegemilangan ilmu suatu ketika dahulu sangat menjadikan kesabaran sebagai bekal untuk mencari ilmu dan tetap istiqamah dalam belajar.

Justeru, tak hairan mengapa Imam Bukhari sanggup mengembara beratus-ratus batu hanya untuk belajar hadits. Berkata Ibnu Jauzi rahimahullah,

“ketika menuntut ilmu, segala penderitaan yang aku lalui lebih manis daripada madu”.

Berkata pula Imam Syafi’e rahimahullah:

“Seorang penuntut ilmu yang ingin banyak ilmunya, ia wajib mengerahkan segenap jerih payahnya, sabar menghadapi segala kesulitan yang mendatang, ikhlas kerana Allah dalam mencari ilmuNya dan sering memohon pertolongan Allah”

Kadangkala kita lupa, bahawa segalanya milik Allah swt. Mana milik kita?

Tiada.

Termasuklah ilmu dan kesabaran. Jadi, kepada Dia harusnya kita meminta diterangkan hati dan mudah untuk belajar, insyaAllah.

Kesabaran dalam memahami matapelajaran.

Memang menjadi tradisi salafus soleh tentang sikap mereka yang tidak berasa puas hati selagi tidak memahami sesuatu ilmu itu dengan baik. Rasanya terlalu jauh cara belajar kita dan mereka. Antara kata-kata dalam buku tersebut:

‘Lihatlah bahawa setiap ada waktu bertanya yang diberikan guru, sebahagian pelajar kita lebih memilih untuk diam seribu bahasa; kadang sambil pura-pura membuat aktiviti- entah menulis, membaca buku catatan atau mengerut dahi sebagai tanda sedang berfikir.

Rasa malu pada diri sendiri.

Tidur itu bukan tanda kemalasan jika betul caranya.


Ustaz Zahazan pernah berkata dalam ceramahnya di MHI semasa bulan Ramadan yang lepas bahawa para alim ulama khatam Al-Quran sampai berkali-kali dalm sehari di bulan Ramadan. Bagaimana agaknya mereka atur masa mereka? Tak rehatkah?

Jawapannya sebab masa mereka diberkati Allah swt. Even tidur sekejap pun dah rasa macam tidur lama.

Tidur sebenarnya salah satu cara untuk menstruktur kembali otak kita, memberi ketenangan dan memulihkan fungsi otak. Tapi perlu diingat, kualiti tidur bukan terletak pada panjangnya waktu tidur itu.

Antara tips untuk mendapat tidur yang nyaman/berkualiti:
Berwudhuk sebelum tidur, rebahkan badan ke sebelah kanan dan jangan lupa baca doa.
Bila dah rasa cukup, segeralah bangun, baca doa bangun tidur dan mulakan aktiviti kita. Jangan terlalu banyak tidur lebih-lebih lagi selepas subuh kerana kita akan jadi lebih mengantuk.

Ibnu Abbas pernah menegur anaknya yang tidur selepas subuh dengan berkata;

“bangun! apakah kamu akan tidur sedangkan rezeki sedang dibahagi-bahagi?”

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi kebaikan kepada kita semua terutamanya diri saya sendiri, insyaAllah. Diharap, semester ini akan lebih baik daripada semester yang sebelum2nya.

Wallahu’alam.

22 April, 2011

Final exam



ye, insyaAllah..

esok start first paper..




"Maka (sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah yang membunuh mereka, dan bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui." (8:17)



Ayat yang dihighlight tu antara tips dari ustaz untuk peperiksaan dan apa jua usaha kita dalam berbuat kebaikan. Sungguh, tiada upaya kita melainkan dengan kekuatan dan pertolongan Allah swt.



Kepada semua yang bakal atau sedang menjalani peperiksaan, saya doakan kita semua beroleh najah fi dunia wal akhirah. Moga kita menjadi antara professionalist Islam yang bersinar di celahan umat, insyaAllah. Put your trust in Allah, The Most Greatest.

31 March, 2011

h.u.j.a.n

Hujan itu nikmat.

Sekarang di sini, wheather is unpredictable (like Dr.John said)..selalu hujan. Hujan itu best. Seriously said. Belajar dalam keadaan yang tenang dan sejuk. Even buat quiz nutrition pun dalam dewan yang sangat sejuk sampai rasa dah tak boleh nak menulis. Sekarang sepatutnya musim panas.


Mungkin disebabkan bahana tsunami yang melanda Jepun beberapa minggu yang lepas makanya kawasan-kawasan di pantai timur selalu hujan. Subhanallah, tidakkah ini menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah swt bagi mereka yang mahu berfikir? Tidak kira sekarang musim panas ke, andai Allah swt mahu turunkan hujan, pastinya terjadi.


Allah swt telah mengatakan yang demikian dalam firman-Nya:


"Dan di antara tanda-tanda-Nya (ialah) bahwa kau lihat bumi kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, Pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Fushshilat: 39).


Begitu juga firman Allah swt:


"Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah." (An-Naba': 14).


Subhanaalah, Allah itu Maha Kuasa atas segala-galanya.


Masa inilah kekuatan untuk qiamulail sangat diuji. Masa inilah harus lawan perasaan malas pergi ke kuliah, ziarah, program dan sebagainya. Bukan sekadar itu, juga menguji ukhuwah untuk melihat adakah kita sanggup berkongsi payung dengan kawan yang tak ada payung: sama-sama basah. Menguji juga adakah kita membentak dengan cuaca yang tak menentu ini: baju yang dijemur lambat kering, program yang mahu dijalankan tergendala disebabkan hujan dan sebagainya.


Untuk lebih menghargai bahawa hujan itu adalah rahmat dan salah satu dari jutaan kebesaran Allah, alangkah elok andainya kita telusuri bagaimana Rasulullah saw menghadapi hujan.


1) Membaca doa


"Allahumma shoyyiban naafi'aa [Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]." Itulah yang Nabi Muhammad saw ucapkan ketika melihat turunnya hujan. Hal ini berdasarkan hadits dari Ummul Mukminin, 'Aisyah ra:


"Nabi Muhammad saw ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, "Allahumma shoyyiban nafi'an" [Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]".


2) Mengambil berkah hujan.


Anas bin Malik ra berkata:


"Kami pernah kehujanan bersama Rasulullah saw. Lalu Rasulullah saw menyingkap bajunya hingga terguyur hujan. Kemudian kami mengatakan, "Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?" Kemudian Rasulullah saw bersabda, "Karena hujan ini baru saja Allah ciptakan." Iman An Nawawi menjelaskan, "Makna hadits ini adalah hujan itu rahmat yaitu rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah swt. Oleh karena itu, Muhammad saw bertabaruk (mengambil berkah) dari hujan tersebut."


InsyaAllah, sekadar perkongsian yang tidak seberapa dari saya, dengan izin Allah swt. Sama-sama kita mengingati Allah swt dengan melihat kebesaranNya di sisi kita.


Mode: Alhamdulillah, selesai sudah mini project food analysis. Several presentations and reports is waiting. Pen off.


09 February, 2011

Lega Rasanya

gambar ini, adik saya yang download.
Alhamdulillah..lega rasanya masa sedikit terluang setelah berhari-hari menyiapkan reports dan tests. ya Allah, memang terasa kepenatannya. semua terkejar-kejar.

24 November, 2010

final exam

"ukhti.."
"hmm?"
"nak tahu sesuatu?"
angguk.
"apa dia?"
"orang yang berjaya ialah orang yang berjuang hingga ke akhirnya"
senyum.
***
dalam dewan peperiksaan:
di barisan paling hadapan.
letak pen biru jenama faster.
alhamdulillah siap.
aik? ada masa banyak lagi.
tak mengapa, stay sampai habis waktu.
biar berjuang hingga ke akhirnya. ..
***
"ya Allah..tepunya otak.."
baca buku Prophetic Learning etc sebentar.
energized kembali semangat.
sambung belajar kembali.
biarlah berjuang hingga ke akhirnya.
***
di surau farabi:
"alhamdulillah, kita masih dapat berkumpul walaupun U kita dilanda kemarau. jangan mengeluh..moga Allah tingkatkan darjat kita dengan kesabaran atas ujian ini."
conclusion:
if you're doing your best, you won't have any time to worry about failure.
moga semuanya kerana Allah swt.

28 October, 2010

menghargai masa saat kelapangan

Hari ini hari jumaat, kalau di pantai timur, hari ini cuti. Subuh-subuh lagi sudah hujan. Mungkin sebagai petanda musim tengkujuh kan tiba. Sunyi saja pagi ini. My roomate absent today. Kami sudah start study week selama 3 minggu. Kebanyakkan sahabat-sahabat saya di universiti yang lain sudah mula menjalani peperiksaan. Moga najah mengiringi mereka.

Setelah berlalunya era kesibukan sepanjang minggu kuliah, kini rasa diri punya banyak masa lapang. Minggu ini kami sekelas di'torture' untuk menyiapkan beratus soalan biochemistry yang perlu disiapkan dalam masa 72 jam. Allahuakhbar..tapi yang bagusnya, kebanyakkan kami buat discussion untuk menyiapkan assignment tersebut. Natijahnya, ukhwah kami bertambah erat. alhamdulillah.

Sepanjang study week ini, saya akan pulang ke desa tercinta. Berjihad untuk final exam di sana, juga tempat saya struggle masa SPM dulu. Jujurnya, saya lebih suka belajar di rumah walaupun peratus untuk diganggu adik-adik yang masih kecil sangatlah tinggi. Melihat raut wajah umi dan abah, saya lebih bersemangat untuk belajar. Lagipun dengan kehadiran kakak yang kini menyambung pengajian dalam master, insyaAllah dapat mencipta suasana belajar di rumah.

Kami boleh belajar sama-sama sebab subjek yang saya ambil sekarang, pernah dan masih dipelajari oleh kakak. Buku-buku rujukan kepunyaan kakak semasa degreenya dulu,masih boleh saya gunakan untuk dijadikan refrence book. alhamdulillah tk perlu bawak buka yang tebal ke rumah..lagi meriah dengan kehadiran adik saya nanti yang sekarang menyambung degree nya di UPM. Moga jadi librarylah kot rumah kami itu.

Setelah berlalunya era kesibukan sepanjang minggu kuliah, kini saya punya banyak masa lapang. Malam tadi, selamat sudah khatam satu buku, alhamdulillah. Penat menelaah buku pelajaran, buku-buku ilmiah di buka dan online sebentar. Baca dan baca, surf dan surf, then barulah kembali menelaah pelajaran.

Hargai masa

'andainya kita tidak mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah, maka masa kita akan terisi dengan kelalaian.'

Kadangkala, saya suka diri sya sibuk. Sekurang-kurangnya masa itu TERISI. Tapi, kadangkala masa itu berlalu macam itu saja. Sangatlah sedih. Dalam kitab suci Al-Quran, Allah swt banyak kali menceritakan perihal masa..

"Demi masa.."
"Demi Dhuha.."
"Demi fajar.."

Amatlah rugi andainya masa itu tak digunakan semaksimum mungkin. Tapi mahu maintain kan kegunaan masa dengan sebaiknya, sangatlah perlukan mujahadah. Moga kita ini tergolong dalam golongan yang sokmo mujahadah, insyaAllah.

~hujan kembali di sini~



22 October, 2010

Bakery Day and Fermentation of Tapai.

Recently, banyak benda dan aktiviti yang dijalankan. Minggu lepas saja, ada tiga tests, food microbiology, food engineering dan biochemistry. Ditambahi internet connection pula ada problem, dan disebabkan itu, saya tidak punya berkesempatan untuk update blog. sebagai gantinya, saya sudah upload gambar-gambar sepanjang kesibukan yang lepas. Check this out..

Aktiviti 1: Bakery Day oleh senior2 foodtech, sem 5.

ada jual tart buah. senior2 foodtech sibuk mem'promote'


pastry yang sedap!. tapi croissant cepat habis. sempat order tapi tak dapat sebab demands keep increasing but the products keep decreasing. so, siapa cepat dia dapatlah rasa.


the preparation of croissant


kebab ayam yang tak sempat juga dirasa. lain daripada yang lain sebab roti yang digunakan bulat dan leper.


senior-senior yang jaga kaunter


senior lelaki ditugaskan masak ayam. kena tutup kepala sebab mereka tak pakai tudung. hygiene first!

Aktiviti 2: Fermentation Project for Food Microbilogy. Group saya kena buat tapai pulut.


ada kumpulan lain yang mengkaji 'ikan pekasam'. harum semerbak lab microbe dibuatnya.



masukkan tapai dalam bekas sebelum proses penapaian berlaku.


preparation of YDA agar

store the YDA agar

di sinilah kami memasak tapai dan juga tempat masak produk2 untuk bakery day.

kami beli bahan untuk membuat tapai daripada pak cik yang baik ini


Frankly speaking, banyak benda yang saya belajar sepanjang kesibukan ini. Bila buat fementation itu, oh baru saya tahu bagaimana untuk mengaplikasikan semua benda yang kami dah belajar dalam subjek food microbiology dan basic food microbiology.

Untuk bakery day pula, kami akan menyusul untuk involve dalam bakery day tahun depan. Disebabkan ini baru pertama kali pogram sebegini dibuat, senior2 kami hanya mula dengan kecil-kecilan kerana bimbang tak mendapat sambutan.

Tapi alhamdulillah, sambutan sangat mengalakkan terutamanya daripada student medic yang berulang kali membeli produk senior2 kami. Kasihan student biotech yang tak berkesempatan untuk membeli even satu produk pun.

Dan pesan mereka buat kami:
"tahun depan bila turn korang pula yang buat bakery day ini, sila buat besar-besaran!"

Ada juga aktiviti lain macam Minggu Palestin dan Hari Penyelidikan yang dibuat di universiti saya. Tapi untuk upload gambar mengambil masa yang lama. Jadi, saya hold on dulu. insyaAllah..

sekian saja buat kali ini.
-mendambacintaagung-


p/s: junior bagitau ada pameran novel di Terengganu Trade Center 28hb ni. Menurut belau, Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi pun akan datang.