Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

24 November, 2010

final exam

"ukhti.."
"hmm?"
"nak tahu sesuatu?"
angguk.
"apa dia?"
"orang yang berjaya ialah orang yang berjuang hingga ke akhirnya"
senyum.
***
dalam dewan peperiksaan:
di barisan paling hadapan.
letak pen biru jenama faster.
alhamdulillah siap.
aik? ada masa banyak lagi.
tak mengapa, stay sampai habis waktu.
biar berjuang hingga ke akhirnya. ..
***
"ya Allah..tepunya otak.."
baca buku Prophetic Learning etc sebentar.
energized kembali semangat.
sambung belajar kembali.
biarlah berjuang hingga ke akhirnya.
***
di surau farabi:
"alhamdulillah, kita masih dapat berkumpul walaupun U kita dilanda kemarau. jangan mengeluh..moga Allah tingkatkan darjat kita dengan kesabaran atas ujian ini."
conclusion:
if you're doing your best, you won't have any time to worry about failure.
moga semuanya kerana Allah swt.

28 October, 2010

menghargai masa saat kelapangan

Hari ini hari jumaat, kalau di pantai timur, hari ini cuti. Subuh-subuh lagi sudah hujan. Mungkin sebagai petanda musim tengkujuh kan tiba. Sunyi saja pagi ini. My roomate absent today. Kami sudah start study week selama 3 minggu. Kebanyakkan sahabat-sahabat saya di universiti yang lain sudah mula menjalani peperiksaan. Moga najah mengiringi mereka.

Setelah berlalunya era kesibukan sepanjang minggu kuliah, kini rasa diri punya banyak masa lapang. Minggu ini kami sekelas di'torture' untuk menyiapkan beratus soalan biochemistry yang perlu disiapkan dalam masa 72 jam. Allahuakhbar..tapi yang bagusnya, kebanyakkan kami buat discussion untuk menyiapkan assignment tersebut. Natijahnya, ukhwah kami bertambah erat. alhamdulillah.

Sepanjang study week ini, saya akan pulang ke desa tercinta. Berjihad untuk final exam di sana, juga tempat saya struggle masa SPM dulu. Jujurnya, saya lebih suka belajar di rumah walaupun peratus untuk diganggu adik-adik yang masih kecil sangatlah tinggi. Melihat raut wajah umi dan abah, saya lebih bersemangat untuk belajar. Lagipun dengan kehadiran kakak yang kini menyambung pengajian dalam master, insyaAllah dapat mencipta suasana belajar di rumah.

Kami boleh belajar sama-sama sebab subjek yang saya ambil sekarang, pernah dan masih dipelajari oleh kakak. Buku-buku rujukan kepunyaan kakak semasa degreenya dulu,masih boleh saya gunakan untuk dijadikan refrence book. alhamdulillah tk perlu bawak buka yang tebal ke rumah..lagi meriah dengan kehadiran adik saya nanti yang sekarang menyambung degree nya di UPM. Moga jadi librarylah kot rumah kami itu.

Setelah berlalunya era kesibukan sepanjang minggu kuliah, kini saya punya banyak masa lapang. Malam tadi, selamat sudah khatam satu buku, alhamdulillah. Penat menelaah buku pelajaran, buku-buku ilmiah di buka dan online sebentar. Baca dan baca, surf dan surf, then barulah kembali menelaah pelajaran.

Hargai masa

'andainya kita tidak mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah, maka masa kita akan terisi dengan kelalaian.'

Kadangkala, saya suka diri sya sibuk. Sekurang-kurangnya masa itu TERISI. Tapi, kadangkala masa itu berlalu macam itu saja. Sangatlah sedih. Dalam kitab suci Al-Quran, Allah swt banyak kali menceritakan perihal masa..

"Demi masa.."
"Demi Dhuha.."
"Demi fajar.."

Amatlah rugi andainya masa itu tak digunakan semaksimum mungkin. Tapi mahu maintain kan kegunaan masa dengan sebaiknya, sangatlah perlukan mujahadah. Moga kita ini tergolong dalam golongan yang sokmo mujahadah, insyaAllah.

~hujan kembali di sini~



04 October, 2010

imanku ter'energized' bila bersama akhwat

dengan nama Allah yang maha pengasih, maha Penyayang..

ziarah akhwat di alam nyata dan maya membuatkan saya teringat dulu kenangan ditarbiyah di mtrikulasi. Pertama kali bertemu akhwat di surau zahratul raihan..bersama murobbiah yang lembut dalam mendidik kami. Rindu sungguh.

boleh saya katakan, akhwat matriklah akhwat yang paling dekat di hati..

hatiku di matriku(adaptasi daripada tajuk novel)

bila diri disapa tarbiyah, memang sangat semangat..tak terungkap rasanya (namun, bagaimanakah kini?)

Dan raya 1431H, mengumpulkan antara kami..walaupun tak semuanya hadir. Kembali semula ke negeri matrikku-negeri sembilan. Naik semula ktm di Kl central untuk menuju ke seremban..solat semula di surau ktm Seremban..sama-sama tersesat saat pulang berhari raya.

Semuanya menggamit memori silam..saat bersama akhwat tercinta di medan kolej matrikulasi negeri sembilan..kafe D yang dekat sungguh dengan bangunan tutorial, padang, surau muttaqin sangat memainkan peranan yang besar daam proses pentarbiyahan kami.

Beberapa hari ini, saya sering dikelilingi akhwat tercinta. Suara peniup semangat mereka, gerak kerja yang gencar samada dari segi ekonomi, kesungguhan dakwah, travel dan study..juga kesungguhan mereka menjaga ukhwah..masyaAllah..semuanya Allah tunjukkan melalui akhlak dan peribadi mereka..

Sedangkan siapalah saya ini sehinggakan Allah memilih saya menjadi antara golongan yang mengecapi nikmat berukhwah fillah ini..

Esok, akhwat kami akan fly ke mesir. Bersama beliau, sangat mengajar saya banyak benda. Ikhtilat, kesungguhan menjaga pandangan dan iman, gencar dalam dakwah. Sungguhlah ya Allah, bantu ana mensyukuri nikmatMu!

Dan jujurnya, saya rindukan diri saya ketika di matrik dulu dari pelbagai segi..namun, usia berjalan seiring dengan kematangan diri. Ada hikmahnya kami berpisah dan ditempat oleh Allah di medan yang berlainan.

seringkali juga air mata mengalir bila mengenangkan saat-saat itu.
surau zahratul raihan..
blok c3(ramai akhwat di blok ini..)
rehlah..
mabit bersama..

tak terungkap..sungguh!

insyaAllah, akan saya kenang dan simpan memori kita bersama.

buat kalian:
srikandi pAmproduksi~

uhibbukifillah.jiddan2.
Allah menjadi saksinya~

ps: try to upload some pictures, but i couldn't.

11 October, 2009

cerpen exam





sending messange
Messange sent
Messange delivered Noora


Lega. Rumaisa kembali mentelaah buku. Walaupun matanya cuba memahami apa yang dibacanya, tp dia tak dapat nak focus.


Tit tit..
1 new messange


Rumaisa tersenyum. Noora membalas mesejnya tadi.


“Salam ya ukhti fillah, sahabat seperjuangan di bumi Ilahi moga dikurniakan jiwa yg tenang tika ini. Bismillah..cary mark rendah? X pe, ant tetap mencuba jgn fkr hasil nya. Ye mungkin kte akan dpt markah rendah tp mgkn x serendah markh bla kita x mahu studi lgsung bukan? Ant jgn risau, bukan 1 subjek je yg menentukan pointer.ant ad subjek lain lg yg bg ana bonus mark jika ant excel. Jg x apa, utk subjek itu ant cuba usaha untuk lulus. Kalau ant tinggal kn dpt gagal lg sukar bukan. Kemudian utk subjek lain ant push sket. Lgpun ana x brapa nk risau kn ant. Sbab ana thu shbt ana nhe rajin orgnya, Cuma terkadang hanya mgikut mood. Ant berusahalah slagi trdaya. Mohon pd Allah kekuatan itu, moga Allah luputkn dr hati ant perasaan gusar d hati. ;)
_salam imthan dari akhwat ukm bangi_”


Mata Rumaisa berair. Ditekap telefon bimbitnya ke dada sambil matanya terpejam sayu. Ya Allah..tangannya pantas membalas mesej sahabatnya tadi.

“Ya Allah Nor, jazakillah atas msjnya td. Ana sangat terharu..rasa cam nk nangis ni. Ble pikir2 balik, btul jgk ckp ant. Ana ni cpat sgt ikut mood. Syukran tau. Allah je dpt balas kebaikan ant. Uhibbuki fillah ya ukhti”


Sending messange


Tak terkata rasa syukur Rumaisa kepada Allah yang mengurniakannya sahabat seperjuangan yang solehah walaupun hakikatnya mereka berlainan medan. Tak disangka ukhwah yang terjalin sejak di matrik dulu boleh kekal hingga ke hari ini. Betul kata murobbiyahnya, apa-apa benda yang didasari keranaNya, insyaAllah akan berkekalan.


Memang sudah terbukti pun. Ukhwah fillah kekal selamanya. Bukan saja antara Rumaisa dengan Noora, tapi ramai lagi sahabat-sahabatnya di matrik dulu. Antaranya Sehah, Mirazam, Milah, K.Anis, Mira Haha, Hajar , Mira Mohd, Syatirah, Mashee dan ramai lagi. Memang tak terkata rindu dan sayangnya Rumaisa kepada mereka semua.


Tit tit


Noora membalas.

“kte kn Akhwat!!huhu..hubbuk fillah aydhan ukht..haa, nanti after exam jgn lupa ye tentang perancangan ke medan matrik.”


Rumaisa tersenyum. Noora memang macam tu. Sangat menjaga sahabat-sahabatnya. Rumaisa ingat lagi ketika mereka pulang dari LCC, Noora sanggup gantikan handphonenya dengan handphone Mashee yang dah kehabisan bateri ketika menghantar Mashee ke stesen LRT.

“Nor, tak payah la cam ni. Tu kan handphone enti. Ana dah nak sampai rumah dah ni. Enti lepas ni nak drive lagi. Apa-apa jadi nanti, enti yang susah.” Mashee menolak ikhlas tawaran Noora. Terasa nada sebak dalam percakapannya tadi. Tak sangka Noora sanggup berkorban sampai begitu sekali.

Noora membalas, “ana ok je ukhti. Lagipun ada sahabat-sahabat lain dalam kereta ni. Ana boleh pinjam handphone diaorang nanti. Enti tu je. Dah la sorang-sorang dalm tren nanti. Ana lagi risau tau. Ambil je hanphone ana ni ye ukhti.”. Noora memengang tangan Mashee.

“Nor..”

“Enti buat ana terharu je..” air mata Mashee mengalir akhirnya.

Rumaisa tersenyum mengenangkan kenangan indah itu. Dia membalas kembali mesej Noora.

“Nor..ana musytaq ilaiki jiddan. Jazakillah utk segala2 ukhti. Syukur sgt Allah kurniakan enti pada ana. K ukhti dah mlm ni. Nak qiam nt, kejut ana sekali ye. Lailatus sa’diah ukhti”

Tit tit..

“insyaAllah, panjg umur, kte jmpe lg nt ye. uhibbuki fillah abadan abada.”Noora membalas.

~dalam perjalanan menuntut ilmu, tiada erti kecewa selagi pengharapan disandarkan hanya kepadaNya. mencintaiNya dengan sepenuh hati memberi kemanisan yang pasti, mentaatiNya tanpa berbelah bagi beerti kejayaan gemilang yang menanti. Jatuh bangun adat perjuangan kerana di situlah terbitnya kematangan. jADILAH PENGURUS TERBAIK PADA DIRI SENDIRI. Yang pasti Allah ta’ala penentu takdir. ~
-mendambacintaIlahi-

27 September, 2009

kembali..

dalam sunyi aku bersujud
Kau tempat ku meminta
Ampuniku Ya Allah yang sering melupakanMu
jadikan aku hambaMu yang selalu bertaqwa dan bertaubat..

Assalamualaikum wbt..
salam rindu kepada murobbi agung, muhammad saw,
para sahabat an ahlul bait baginda,
dan jika kpada semua yg memperjuangkan Islam hingga ke hari ini.


paling ingin untuk bertemu, akawat matrik tercinta.. terutamanya mira yg baru beberapa minggu flight ke mesir.. belajar
medic di sana.. sebak rasa kali terakhir bertemu dengannya- tak terucap bicara di hati- entahlah, biar hanya ketika d matrk ikatan ukhwah bermula, tapi ikatan di hati ini, sangat bermakna..

kenangan bersamanya tak mugkin ana lupakan. sungguh, byk ana belajar drpd dirinya.sikapnya yang rendah diri, byk memberi masukan dan kesungguhan beliau yang sgt2 menjaga ukhuwah

sedikit kenangan bersama cukup bererti, memberikan perbaikan buat diri ana..


ila ukhti fillah- mira,
insyaAllah doa2 akan terus mengiringi agar ukhti menjadi mujahidah dan da'ieyah yang teguh dengan keimanan..

buat diri sendiri,
pastikan belajar betul2!. grap seeratnya masa yang tinggal lagi beberapa kerat ni 2k final exam. ingat ukhti, harapan semua yang menanti kejayaan enti.!

buat sahabat2 di Universiti Dakwah Murobbiyah (UDM),
doaku insyaAllah mengiringi kejayaan kita bersama.
jom sama2 turun surau toriq mohon kesenangan, kemudahan dan kelancaran dalam segala urusan yang bakal mendatang espicially our becoming final exam!..

ila family yang dirindui,
mohon doa dan restu terutamanya drpd umi dan abah..
kesungguhan dalam study dan mutabbah, insyaAllah akn ditingkatkan..

ila akhwat wa ikhwah di seantero dunia,
berjuanglah kita bersama. setiap masa dan ketika. bukan hanya ketika kita ada kelapangan masa..
-dakWah no 1 tpi study BukaN no 2-
moga2 ukhwah serta nikmat tarbiyah yang diberikan oleh Allah swt ini, bisa kita sampaikan kpd orang lain agar mereka pun dapat merasa kemanisan in.

"sesungguhnya kita merancang dan Allah swt juga merancang, tetapi ketahuilah, perancangan Allah swt lah yang sebaik-baiknya"
-mendambacintaagung_

06 September, 2009


PEJUANG ISLAM,

Berjanji pada diri yang engkau akan terus berjuang dalam dean ini..
Biar dirimu mati dalam perjuangan..
Biar rebah jasadmu kerana kau syahid insani..
Biar puas sanubari kerana cintamu telah terbukti
walaupun langkah dan nafasmu kadang kala lemah,

lupakah kau bagaimana mulianya hati Nabi kita?
Senyum bila dibenci, tenang bila dimusuhi
Membantu walau disakiti , menyeru walau diusir pergi
Kenapa kau mudah benci bila dikasari?
Mudah putus asa apabila yang dirancang tidak menjadi?
Mudah kecewa apabila orang lain tidak memahami?
Mudah terguris bila kau dinasihati?

Pejuang Kebenaran,

jangan kau siakan apa yang telah dikurniakan Rabbul ‘Izzati
ingat, jangan kau lupa azam yang pernah engkau sematkan
sebelum kau mula berjuang di medan baru
bersama sahabat mu yang juga turut berjuang di sisimu

hargailah sedikti waktu yang masih berbaki bagimu
kerana kelak kau sudah tidak lagi berpeluang melaluinya
bahkan, kau akan mengingati dan meminta-minta agar ianya dikembalikan


BIAR ORANG LAIN BERSUKA RIA SEDANG
Kau masih berdiri dengan memandang setiap ummah
Meniti setiap seru pejuang Allah mengikat ukhwah..
Lantas membawa pulang fisabilillah yang tabah..
ukhti,
berjuang habis-habisan demi kejayaan di penghujung!
ingat pesan umi dan abah yang inginkan kejayaan untukmu
penat lelah mereka
harapan saudara2mu..
jangan kau sia2kan..
peluang kali kedua ini..
AYUH SYABAB!!