Showing posts with label hati kita. Show all posts
Showing posts with label hati kita. Show all posts

25 August, 2010

tajamkan kurniaan Allah itu.



4 Points menajamkan AINUN

#Memandang warna hijau

#Duduk menghadap kiblat

#Bercelak sblum tidur

#Berpakaian bersih

4 Points menajamkan fikiran

# tidak banyak berbual kosong

#Rajin bersugi

#Bercakap dengan org soLeh

#Bergaul dengan para Ulama


source: kelip of UniSZA

10 October, 2009

syukur Illahi

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah setinggi pujaan dan pujian bagi Allah swt yang masih memberi ana dan kita semua peluang untuk hidup dan still lagi boleh bernafas,surf internet, makan, minum, borak2, g kuliah dan sbagainya..tak terucap rasanya kesyukuran di hati atas segala nikmat yg dilimpahi olehNya yg sering kali kita tak bersyukur..

"katakanlah, "dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. "Tetapi sedikit sekali kamu bersyukur". (al-mulk,ayat 23)

ana sangat terasa betapa ana ini sangat la jarang untuk bersyukur..tapi insyaAllah bila kenang kembali nikmat2 yg dikurinakan, ana try bermujahadah 2k bersyukur..kita semua manusia yang lemah dan atas ssb itulah kita semua cepat lupa..kn?

semalam ana tengok video pasl Palestin di surau. sebelum masuk surau tu, hati ana rasa nak nangis bila dapat tahu satu berita ni..berita ni la yg sering kali membuatkan ana termenung dan berfikir sampai saat ana menulis post ni. kekadang telintas dlm hati ana, lebih baik ana x tahu.. tapi Allah swt dah tetapkan berita tu untuk sampai kpd ana untuk menguji keimanan ana..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan. "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (al-ankabut, ayat2)

ble direnung2kan kembali, rakyat palestin beriya-iya berjuang di tanah suci palestin,tp adakah ana nk balas perjuangan mereka dengan maksiat yg berterusan? adakah ana sanggup biarkan hati ana ni jdi lagho dgn perkara2 yang sia2 dan hanya melembabkan langkah ana?
na'uzhubillah...ana tak sanggup..

seorang akhwat suruh ana dengar lagu muhasabah cinta-edCoustic..ana pun cari kat youtube..
http://http://www.youtube.com/watch?v=Gf-TO0nNayk

syahdu sunguh..Allah swt je yang dapat balas jasa baik ahwat tu..cinta Allah yang paling manis sekali. tak terucap betapa sangat sayang nye Allah swt kat kite eventhough kita sering lupakan Dia.

yaAllah..cinta Agungku..ampunkan ana!.

ana belek2 buku hadits dan ana baca hadits yang ke 42. lagi sayu hati ana..betapa kalau dosa kita setinggi gunung pun, Allah swt akan ampuni selagi mana kita tak mempersekutukaNya. ana akui semua ni jadi sebab ana lemah dalam menutup pintu2 maksiat terutamanya dalam bab menjaga pandangan.

dalam meniti hari, kita still memijak bumi Allah swt. ble tengok langit, betapa kagumnya ciptaan Allah swt..semuanya teukir dan sangat hebat!

insyaAllah, diperbatasan waktu ni, ana nak ajk kita semua untuk sama2 bersyukur kpd Allah swt. antara yg kita boleh buat:

  • sentiasa berzikir kepada Allah swt. tak kira masa duduk, berdiri atau baring..(3:191)
  • tundukkan pandangan drpd melihat perkara2 maksiat
  • tingkatkan kesungguhan dalam dakwah+study
  • jaga mutabbah terutamany qiamulail dan tadarus
  • bykkn baca buku2 siroh dan buku yang boleh meperbaiki diri dan iman (contohnya:Tazkiyah An-nafs karya syaikh Ahmad Farid)
  • saling ingat-mengingati.

insyaAllah..

" dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhoan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik" (al-ankabut, ayat 69)

wallahu'alam..

-mendambacintaagung-

27 September, 2009

kembali..

dalam sunyi aku bersujud
Kau tempat ku meminta
Ampuniku Ya Allah yang sering melupakanMu
jadikan aku hambaMu yang selalu bertaqwa dan bertaubat..

Assalamualaikum wbt..
salam rindu kepada murobbi agung, muhammad saw,
para sahabat an ahlul bait baginda,
dan jika kpada semua yg memperjuangkan Islam hingga ke hari ini.


paling ingin untuk bertemu, akawat matrik tercinta.. terutamanya mira yg baru beberapa minggu flight ke mesir.. belajar
medic di sana.. sebak rasa kali terakhir bertemu dengannya- tak terucap bicara di hati- entahlah, biar hanya ketika d matrk ikatan ukhwah bermula, tapi ikatan di hati ini, sangat bermakna..

kenangan bersamanya tak mugkin ana lupakan. sungguh, byk ana belajar drpd dirinya.sikapnya yang rendah diri, byk memberi masukan dan kesungguhan beliau yang sgt2 menjaga ukhuwah

sedikit kenangan bersama cukup bererti, memberikan perbaikan buat diri ana..


ila ukhti fillah- mira,
insyaAllah doa2 akan terus mengiringi agar ukhti menjadi mujahidah dan da'ieyah yang teguh dengan keimanan..

buat diri sendiri,
pastikan belajar betul2!. grap seeratnya masa yang tinggal lagi beberapa kerat ni 2k final exam. ingat ukhti, harapan semua yang menanti kejayaan enti.!

buat sahabat2 di Universiti Dakwah Murobbiyah (UDM),
doaku insyaAllah mengiringi kejayaan kita bersama.
jom sama2 turun surau toriq mohon kesenangan, kemudahan dan kelancaran dalam segala urusan yang bakal mendatang espicially our becoming final exam!..

ila family yang dirindui,
mohon doa dan restu terutamanya drpd umi dan abah..
kesungguhan dalam study dan mutabbah, insyaAllah akn ditingkatkan..

ila akhwat wa ikhwah di seantero dunia,
berjuanglah kita bersama. setiap masa dan ketika. bukan hanya ketika kita ada kelapangan masa..
-dakWah no 1 tpi study BukaN no 2-
moga2 ukhwah serta nikmat tarbiyah yang diberikan oleh Allah swt ini, bisa kita sampaikan kpd orang lain agar mereka pun dapat merasa kemanisan in.

"sesungguhnya kita merancang dan Allah swt juga merancang, tetapi ketahuilah, perancangan Allah swt lah yang sebaik-baiknya"
-mendambacintaagung_

05 June, 2009

DenGki?

Assalamualaikum..

Penyakit rohani kerap kali melanda masyarakat dan tidak ketinggalan kepada para pendakwah. Di kesempatan ini, ana ingin kongsikan satu penyakit hati atau penyakt rohani yang sangat bahaya iaitu DENGKI.

Hasad dengki adalah satu daripada peyakit rohani yang ada dalam diri seseorang manusia. tidak ada seorang manusia pun di akhir zaman ini yang terlepas daripada rasa dengki ni even para da'ie itu sendiri.

bercakap soal dengki-mendengki ni, antum tahu apa maknanya dengki itu? Hasad dengki itu boleh ditakrifkan sebagai satu sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yg diperoleh orang lain dan atas sebab itu, seseorang yg berhasad dengki ni berusaha untk menghilangkan kenikmatan itu agar berpindah ke tangannya sendiri.

Dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan, busuk hati dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain. Sperti yang kita tahu, agama kita sendiri iaitu Islam mencela sifat ini kerana ianya boleh membinasakan diri.

Firman Allah swt:

maksudnya: "Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah berikan kepada mereka daripada kurniaNya?"
(4:54)

Sabda Rasulullah saw pula,

mafhumnya: "Yang paling aku takuti daripada apa yang aku takuti pada umatku adalah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka berdengki-dengkian dan berbunuh-bunuhan."
( HR Ibnu Abid Dunya daripada Abi Amir al-Asy'ari)


Orang yang suka berhasad dengki itu sebenarnya berasa tertekan dan terseksa batinnya, seakan-akan dia tidak mendapat rahmat sama sekali sehingga dalam batinnya terasa berperang melawan musuh yang tidak kelihatan. Oleh itu, orang yang bersifat dengki jiwanya selalu berasa serba kekurangan dengan segala yang dimilikinya. Orang yang menaruh perasaan perasaan degki terhadap oarang lain tidak menyedari bahawa Allah amat tidak menyukainya.

Firman Allah swt:

maksudya:"Adakah orang yang di dalam hatinya penyakit (kekafiran) mengira bahawa Allah tidak akan melahirkan kedengkian hati mereka?"
(7:29)

Sabda Rasulullah saw,

mafhumnya: " Janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah marah-memarahi, janganlah tambah-menambah pada jual beli dan janganlah belakang-membelakangi serta janganlah mengumpul satu sama lain. Kamu semua ialah hamba Allah yang bersaudar"
(HR Bukhari dan Muslim)

Untuk pengetahuan antum, dalam Islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap org lain hanya dlm 2 perkara shj iaitu:

-terhdp ilmu
-trhdp harta kekayaan yg dimiliknya.

Sabda Rasulullah saw:

mafhumnya:"Tidak ada dengki selain drpd 2 hal iaitu orang yang diberkan harta oleh Allah lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkannya kepada manusia"
(HR Bukhari dan Muslim drpd Ibnu Umar)

PunCa tiMbulnYa peRasaAn DengKi

1) disebabkan adanya rasa kebencian terhadap orang lain.
- pndpt ana, ini yg main factor kenapa adanya rasa dengki kat seseorang. cuba check diri kita. tiba2 shj kita benci kat seseorang padahal orang tu tak ada buat salah apa2 pun kat kita. Bila check balik, daripda sini rupanya perasaan dengki itu dtg..

2) berasakan orang lain yg melebihi dirinya dlm apa2 shj keadaan seperti kekayaan, kecantikkan, study..
- yg ini macam tak redho kpd ketentuan Allah swt telah menentukan rezeki masing2. bila kita tak dapat something yg ada pada orang lain, mulalah nk dengki. kita patut sedar dan ingat balik firman Allah swt:

maksudnya:".....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu...
(2:216)

3) hatinya keras dan enggan melakukan kebaikan kpd manusia.

aKibaT haSaD DenGki

a) menurut ulama:

# merosak ketaatan
# mendorong membuat derhaka
# menghalangi daripada mendapat syafaat
# masuk neraka
# melaksanakan sesuatu yg membahayakan orang lain.
# sentiasa dalam keadaan berdosa
# hatinya tertutup daripada memahami hukum Allah
# tidak tercapai cita-citanya.

b) merosak amal kebajikan. seperti sabda Rasulullah saw:

mafhumnya:"Jauhilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu memakan amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu"
(HR Abi Daud drpd Abi Hurairah)

c) mendatangkan tujuh perbuatan tercela.
menurut Imam Al-Ghazali, perasaan hasad dengki seseorang itu akan mendatangkan tujuh perbuatan yang amat tercela dan merosakkan diri sendiri iaitu:

* suka kepada permusuhan
* perasaan kemuliaan diri.
* takbur.
* mengangumi diri sendiri.
* takut hilang cita2 yg diingini hilang.
* suka menjd ketua
* jiwanya jahat an kikir.

cuba kite check diri kita sendiri. ada tak walau 1 drpd perkara2 di atas???....

d) mendapat 5 jenis bencana

menurut al-Faqih Abu Laith Samarqandi, org yang berhasad dengki akan ditimpa bencana semasa hidup di dunia, iaitu:

> hatinya selalu resah dan tidak tenteram
> ditimpa bala atau cubaan yg tiada pahala baginya. ( tak ke rugi 2?)
> perbuatannya seburuk-buruk celaan
> dimurkai Allah swt.
> tidak mendapat taufik daripada Allah swt.

khalifah Muawiyah pernah brpesan kpd anknya:

"Hai anakku, awasi diri, lenyapkan rasa dengki sebab akibatnya akan membahayakan diri kamu secara nyata sebelum dinyatakan pada musuh-musuhmu"

RaWataN peRbuaTan HasaD DengKi.


a. menguatkan imann dan takwa serta mensyukuri segala nikmat Allah.

b. membersihkan diri dengan mengerjakan amal salih dan bertaubat kepada Allah swt.

c. Awasi diri (muraqabah) dengan merasakan bahawa rasa hasad dengki itu boleh merosakkan diri dan amal kebajikan

d. sentiasa tekun berusaha mencari rezeki yg halal yg tekah disediakan oleh Allah.

e. bersikap baik sangka terhadap orang lain dlm setiap tindakan atau urusan.

f. sentiasa mengeratkan tali silaturahim & saling tolong-menolong antara 1 sama lain dlm perkara kebajikan. (yg ni pun penting. even kita benci seseorang tu, bila kita tolong dgn hati terbuka n ikhlas, insyaAllah akan membantu..)

g. sentiasa menjaga perbuatan dan percakapan daripada menyinggung hati dan perasaan orang lain.

h. mengamalkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati sesama manusia.


Cukup menjadi peringatan kpd umat ISlam bahawa memiliki sifat hasad dengki akan mendatangkn kerugian besar dan merosakkan iman dan peribadi.


KesiMpuLaN..

kalau kita sejarah silam pun, kerajaan Islam jatuh juga krn salah 1 faktornya adanya peasaan hasad dengki dalam kalangan pembesar2 istana sehingga berlakunya pemberontakan yg seterusnya menjatuhkan umat Islam itu sendiri.

nak tengOk contoh tak payah pergi jauh2. tgok diri kita sendiri. pernah tak kita benci orang tanpa sebab? padahal org tu tak buat salah pun kat kita..mkin kita benci yg seterusnya boleh menjerumuskan diri dlm sifat dengki sbb orang 2 dapat something yg kita tak dapat..tp kita kena ingat, Allah itu Maha Adil. Allah tak bagi nikmat tu mgkin sbb tak nak kita lalai.

kepada mereka2 yg berada dlm saf dakwah, marilah sama2 kita bermujahadah untuk menghilangkan penyakit rohani ni drpd diri kita. krn jika kita bermujahadah, kita dikira berjihad. cuba antum hayati ayat AlQuran ini:

maksudnya:"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."

(29:69)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



semoga posting kali ni dpt membantu diri kita semua untuk terus berjuang dgn hati yg bersih. Sungguh, tujuan ana 2lis artikel ni untuk kita sama2 muhasabah diri kita balik. as a dai'e, nk mengajak orang kena ikhlas dan bukannya untuk dapat pujian.
sesungguhnya pujian 2 hanya merosakkan amalan kita semata-mata. Selamat bermujahadah dalam saf dakwah!

ma'assalamah wa ilalliqa'

-mendambacintaAgung-