13 July, 2010

cerpen 2: hati itu.

bismillahirrahmanirrahim.


remember, always believes in yourself that challenges are meant to be met you and end of all that is a rainbow.

Usai solat zuhur berjemaah di surau asrama yang dipimpin oleh seorang muslimin, Insyirah masih berteleku di atas sejadah. Memikirkan masalah ‘hatinya’.

“Ya Allah, kenapa masalah ini juga yang terbayang-banyang? Berdosanya aku mengabaikanMU”

Insyirah memejam mata sambil tangan kiri memicit pelipisnya. Tanpa disedari, bibirnya mengeluh. Cukup kuat untuk didengari Aishah yang sedang melipat sejadah. Aishah memandang Insyirah sekilas.

“Syirah..”Aishah memanggil lembut.

Dalam mata yang masih terpejam, Insyirah masih bermonolog. Tu la syirah, kenapa tak jaga pandangan tu..

“Syirah..”

Kan susah sekarang. Bukan kau sendiri tak tau, daripada pandangan yang tak terkawallah, hati boleh rosak.

“Syirah..”kening Aishah sudah berkerut.

‘Parah ni. Tiga kali panggil tak berjawab.’

Lantas, kaki melangkah ke arah Insyirah. Bahu roomatenya itu disentuh lembut. Mata Insyirah terbuka. Memandang Aishah yang merenungnya dengan senyuman.

“Masih fikirkan masalah yang enti cerita kat ana semalam?” Aishah akhirnya duduk di sebelah Insyirah. Tangan yang dibahu, dibawa ke jari-jemari Insyirah pula. Digenggam erat.

Insyirah tersenyum tawar tanpa gula.

“Susahlah ukhti nak jaga hati ni. Tak terdaya rasanya”Insyirah meluahkan.

“Ukhti, Ukhti.
“Memanglah susah ukhti nak jaga hati ni. Siapa kata senang? Sebab itu kita kena ada banteng kita sendiri. Ingat tak ceramah Ilaajul Qulub kelmarin? Ingat tak apa ustaz tu cakap.Err, apa nama ustaz tu ye. Allah, ana lupa pulak.” Aishah mengaru dagunya sambil matanya memandang dinding surau,cuba mengingati nama ustaz tersebut.

Terimbas seketika ceramah bertajuk ‘ Al-Qalbu kunci dalam mencorakkan peribadi unggul’ yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Usuluddin di universitinya. Memang bagus ceramahnya. Terasa biah solehahnya di dewan itu yang rata-ratanya dihadiri kakak-kakak Fakulti Kotemporari Islam (FKI) yang majoritinya bertudung labuh. Ada juga yang berpurdah.

“Ukhti ni..ustaz Syed Hadzrullathfi lah nama ustaz tu..”Syirah menjawab. Mahu tergelak juga rasanya bila melihatkan Aishah yang bersungguh sangat memikir nama ustaz tersebut.

“Owh ye ke, ana lupa la ukhti. Haa, ingat tak apa ustaz tu cakap untuk menjaga hati ni?”

Insyirah menghela nafas panjang. Ala Aishah ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik.

"Jangan pernah redho dengan maksiat?”Insyirah menjawab kembali dalam nada bertanya.
“Lagi?”
“Tak bersungguh nak berubah?”
“Lagi?”Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.
“Lah enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik.”Insyirah menampar bahu Aishah.

Ketawa Aishah pecah.

“Sakitlah ukhti.”Aishah memegang bahunya. Terasa sengal seketika.
“Tu la, buli orang lagi.”

Aishah menarik nafas dalam. Memandang Insyirah sekilas sebelum memulakan bicara.

“Apa yang ana dapat tangkap pasal ceramah semalam, hati ini ukhti, kalau tak dididik, tak ditarbiyah, tak dipupuk, lama-lama hati kita ini akan kotor. Dan ruang untuk menjadi orang yang ingkar terbuka luas. Cuba enti semak kembali macam mana mutabaah enti sampai enti ada masalah hati dengan muslimin ni. Ana kira, andai kita betul-betul menghayati dan menjaga mutabaah kita, insyaAllah, hati kita terpelihara. Betul tak ukhti?”

Insyirah mengangguk. Mengiakan. Seketika cuba bermuhasabah kembali mutabaahnya yang tak terjaga akhir-akhir ini disebabkan terlalu banyak meeting untuk pogram islamik yang dikendalikannya. Mungkin inilah sebabnya aku jadi begini.

“Enti cakap kat ana semalam, enti mula ada masalah hati dengan muslimin ni bila enti dilantik untuk uruskan pogram Islamik tu kan?”

Sekali lagi Insyirah mengangguk. Ye, dari situlah aku mula kenal dengan muslimin-muslimin ni.

“Ukhti, enti kena ingat. Yang enti nak buat ni pogram islamik tau. Nak menyampaikan dakwah kat masyarakat di luar sana. Andai enti sendiri sebagai pemimpin dah tersilap langkah, berdakwah dengan hati yang lagho, bagaimana dakwah enti nak berkesan?”

Senyuman masih tak lekang dari wajah bersih Aishah.

“Ukhti, ingat tak apa kak mardiyah pernah cakap masa usrah kita? ‘jangan ingat enti buat maksiat ni, enti tak effect sape-sape’. Dan ana sangat terkesan dengan ayat tu. Ana ingat sampai sekarang ni.”

Insyirah diam tak terkata. Tertunduk dia seketika sambil memintal hujung telekung yang masih tak dibuka. Kini, tinggal dia dan Aishah saja di dalam surau tersebut. Jemaah yang lain sudah lama beransur pergi.

Asas segala kelalaian dan nafsu syahwat adalah kerana kita redho dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. Ana tak nafikan ukhti, dalam kita bermujahadah tak nak melakukan maksiat, ramai antara kita tersungkur kembali. Itu memang fitrah ukhti sebab bila kita nak berubah, kita takkan boleh secara mendadak. Kena perlahan-lahan..”

Insyirah merenung kembali Aishah, cuba menghadam point-point yang dilontarkan.

“Dan itulah yang enti perlu lakukan sekarang ni. Bangkit semula ukhti. Ingat, enti adalh dai’e! Jangan mengalah pada syaitan yang takkan nak kita bangkit kembali pabila kita dah tersungkur! Cuba ye ukhti. Jangan risau. Ana akan sentiasa bagi support kat enti. Bila hadiri meeting nanti, cuba tajdid niat dan kawal pandangan.”

“Tapi kan Ukhti, ana perasan, bila ada meeting je ana akan rasa excited. Entah la mungkin sebab dapat jumpa dengan dia tu? Tapi dalam masa yang sama, ana cuba jaga pandangan. Ana tak tahulah ukhti. Kadang-kadang terserempak dengan dia pun ana dah jadi tak betul.”Insyirah akhirnya bersuara.

“Astaghfirullahal’azim Syirah..jangan macam tu. Rosak hati enti nanti bila enti berterusan begini. Ingatlah ukhti, sifat soleh muslimin tu, Allah yang ciptakan. Maka cintailah Dia yang menciptakan sifat soleh itu sendiri. Ana faham ukhti masalah enti ni. Bukan menimpa enti sorang saja. Bahkan, menimpa juga para dai’e di luar sana yang gagal menjaga hati dalam melakukan dakwah.”

“Jangan putus asa, Insyirah. Allah maha Bijaksana. Mengetahui isi hati enti. Ukhti, kita sama-sama muhasabah kembali, cinta Allah itu sendiri kita masih merangkak-rangkak untuk mencari apatah lagi mahu mencari cinta manusia pula. Kita ni sebagai hambaNya, akan sentiasa diuji. Dan ujian setiap orang itu berlainan.”

Ya..jatuh cinta pada si dia hanyalah ujian semata-mata. Dan Allah sedang menguji aku.

“Ada yang diuji studynya, ada yang diuji kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang diuji kemiskinan, penyakit yang tak dapat diubati..tapi bagi enti, Allah sediakan ujian sebegini. Untuk uji di manakah cinta enti sebenarnya. Adakah betul landasannya.” Aishah mengulas panjang.

Alhamdulillah,kata-katanya itu semua ilham daripada Allah untuk disampaikan kepada sahabat di depannya ini. Sayangnya dia pada Insyirah hanya Allah yang Mengetahui. Mungkinkah itu yang dinamakan ukhuwah fillah?

“Tapi ana tengok kawan-kawan yang lain tu ok je. Tak rasa apa-apa pun bila berdepan dengan muslimin?. Biasa je diaorang”Insyirah mencelah.

Aishah menarik nafas sedalam mungkin. Namun, senyum masih menghiasi raut wajah.
“Mungkin ada antara mereka yang sudah ada benteng mereka sendiri. Come on ukhti. Evaluasi diri. Jaga mutabaah, sibukkan dengan benda-benda baik, insyaAllah akan buat enti tak fikir-fikirkan masalah ni k.”tangan Aishah merangkul bahu Insyirah.

Insyirah tersenyum kelat. Tanpa berkata apa-apa. Bersyukur sangat pada Allah swt kerana walaupun dia sering lalai, tak kuat mengharungi jalan perjuangan ini, tapi rahmatNya tak pernah jemu menariknya kembali. Apalah yang ada pada dirinya hinggakan Allah swt begitu menjaganya. Masih memautnya agar tidak kembali berpaling.

Sungguh, Allah itu ada di sisi hambaNya.

Sifat pengampunNya, mendahului kemurkaanNya.

Ya, Allah itu tersangat baik.

“Dah la tu. Jom pi makan tengahari. Nanti sakit perut pulak. Pagi tadi makan biskut je kan.” Kata-kata Aishah mematikan lamunan Insyirah.

bersambung..

~moga.kerana.Allah~
jika tidak, maka, sia-sia.

12 comments:

rumate baru yg besh :D said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

terasa..maknanya pernah berdosa..
tapi insyaallah akan terus jaga mutabaah..

rumate baru yg besh :D said...

eh,eh, baru perasan.."jom pi"???

aish. terjangkit jangkit nmpaknya...hehehe

hANySS JonG said...

smg sama2 dpt kita mjaga hati ini...
cinta yg abadi dan sejati hanya utk Allah....
teruskan penulisan yg mantap seperti ini adikku...=D

Anonymous said...

salam mahu bertanya,bagaimana pula kalau mereka yang berfikrah islam dan mengaku diri daie,tetapi tidak mementingkan penjagaan hati.bagaimana harus buat pd org begini selepas nasehat pun 'xjln'.mohon pendapat kakak

adeq said...

waa..cepat dah terbit..nanti ana bukukan ek..unit dokumentasi leh wat komik ke..hehe..

- budget x cukup daa -

sherasan said...

assalamualaikum

rumate:
itu semua ilham Allah.
thanks for your supports dan ideas.
really appreciate that.

penulis sekadar berkongsi. yang penting ambil ibroh dan kebaikannya.

anonymous 1:
moga kita semua mampu.
kekuatan daripadaNya juga dipohon.

kak hanyss:
insyaAllah, doakan saya kak. sharing is caring. ya, jika kita menyintai Allah, cinta kita pasti berbalas. tapi cinta manusia ada dua kemungkinan. mungkin ditolak, mungkin diterima.
moga kita ini kuat untuk menyintaiNya yang menciptakan.

anynomous 2:
apa yang saya faham daripada soalan, maksud tak menjaga hati tu adalah tak menjaga ikhtilat dan mutabaah.

andai nasihat daripada kamu tak jalan, mungkin boleh gunakan orang yang dai'e itu thiqah untuk menegur.

saya suda berbincang dengan rumate baru yang besh( yang memberi komen di atas), kadang2 manusia ini merasakan dia sudah perfect lantaran dia rasa dia lebih baik daripada yang menegur.

jadi seperti yang saya tuliskan di atas, gunakan orang yang daie itu thiqah.

mungkin juga boleh menegur dai'e itu secara tarbawi iaitu menggunakan orang atasan seperti naqib/naqibah dai'e itu.

harap membantu. kalau ada masukan lain, silakan. kita sama-sama bincang di sini.

adeq:
bab komik, bagi kat ukhti freshie boleh ka? tapi rasanya tak sesuai buat komik pun.

rumate baru yg rse b'salah:( said...

ukhti, ana rasa b.e.r.s.a.l.a.h

delete shj komen pertama ana tu..huhu~

asifah jiddan.afwan.sory :(

asifah skali lagi cz memenuhkan ruangan komen nie~

Nadhirah Nordin said...

salam ukhti.banyak ibrah yang dah dapat walaupon baru episod dua. syukran banyak2 atas peringatan demi peringatan. semoga kita sama2 berubah kearah kebaikan.

rabbuna yusahil. insyaallah.

amanina baharuddin said...

salam
cerpen yang best, dan seakan realiti hidup seorang manusia yang sangat lemah dan perlukan pertolongan dari ALLAH

sama2 menjaga hati~~
insyaALLAH

along said...

speechless. very talented.

keep it up.

umat said...

along:

orang yang ditunggu sudah datang. jazakillah komennya.