15 April, 2012

Cerpen: Biskut Merry Cicah Air Sirap


Biskut merry cicah air sirap~
Adik buka tin biskut merry, diambil sekeping dan menutupnya kembali.
Di bawah pokok itu, kakinya disilangkan dan mata terus memandang langit petang di Bukit Ekspo, UPM.
Hm..tenang. Tapi tidak hatinya.
Biskut merry dibawa ke mulut. Mengunyah perlahan.
Asyiknya..kalau buat kek batik, sodap ni..
Mata adik dipejam, menghayati keenakan biskut merry..
”Huagh!”
Bahu adik ditepuk kuat dari belakang.
Adik tersedak.
Biskut merry yang tak sempat ditelan tersembur keluar.
“Allah..ampun adikku!”
Kakak cepat-cepat menghulurkan air sirap yang di bawa dari asramanya- Kolej Canselor, 180.
“Ya Allah akak! Nak kena ni..” Adik merajuk 5 minit.
Kakak tergelak.
“Eleh kalau macam itu adik nak kena juga ye sebab tinggalkan akak sorang-sorang kat student hall tadi.”
Kakak duduk bersila juga disebelah adik. Bahu mereka bersentuhan.
Rapat. Akrab. Dekat .
Adik diam.
“Mengapa ni adikku? Hm? Ada masalah ye sampai tak sempat nak tunggu akak tadi. Lepas tu nak layan perasan tak ajak pun” Kakak bertanya setelah adik diam saja.
Adik meletakkan tin biskut merry di depan kakak. Tanda menjamu.
Kakak menolak kembali tin biskut merry ke hadapan adik. Tanda tak mahu menjamah. Huih, tak larat nak makan biskut merry dah.
“Ce cite ye, kita selesai masalah adik perlahan-lahan. Ok?” kakak menolak bahu adik dengan bahunya.
Adik membetulkan spek mata yang melurut.
Sebuah keluhan dilepaskan.
“Panjang ceritanya kak..”
“Ringkaskan” ujar kakak.
“Susahlah nak cerita”
“Mudahkan jalan penceritaan” ujar kakak lagi.
“Tak tahu nak mula dari mana”
“Mulakan dengan bismillah”
Adik menjeling kakak. ‘Saja je ajuk cakap orang!’.
Kakak hanya tersengih.
“Pada pendapat akak la kan,  mengapa ukhuwahfillah perlu diuji ya? Bukankah ukhuwah itu sememangnya berukhuwah kerana Allah?”
Kakak tersenyum .
“Hm..”
Dia menarik nafas sebelum menutur kata, “Sebab berukhuwah kerana Allah lah kita diuji, sayang.  Apa benar niat kita berukhuwah kerana Allah. Kita sokmo cakap ukhuwahfillah, tapi betul ke kita berukhuwah kerana Allah?”
“Maka Allah uji apa yang kita cakap. Dan satu kemurkaan pada siapa yang cakap tapi tak buat, na’uzubillah. Adik mesti ingat kan surah as-saff ayat 3. Sebab itu dalam ukhuwah ada rukunnya. Itsar paling tinggi dan husnudhan (bersangka baik) dan salamatussodri (berlapang dada)  paling bawah. Kalau lepas tiga rukun ukhuwah ini, insyaAllah ukhuwah kita akan indah-indah saja. Ujian tanda Allah kasihkan kita, kafarah dosa kita dan nak tinggikan darjat kita di sisiNya. Sebab itu siapa yang berjaya dalam ukhuwah ini dapat naungan Allah di akhirat kelak.”
Kakak bernafas seketika. Matanya masih setia memerhati langit petang.
“Mengapa adik tanya? Ukhuwah adik sedang diuji ya?”
Adik tersengih. Pandai kakak ni. Sebab itu adik senang meluah rasa dengan kakak. Kerana kakak memahami adik.
“Kura-kura dalam perahu, mengapa tanya kalau dah tahu”
Kakak tergelak. “Ceh, mana dapat pantun tu.”
“Biasaqlah, adik kan anak pensyarah sastera”
Adik memang begitu, senang menangis dan senang juga bersedih.
Adik menganguk. “A’ah kak, sekarang ukhuwah adik dengan seorang sahabat sedang diuji. Sedih sangat. Apa perlu adik buat ya?”
Tubir mata sang adik mula digenangi air.
Menandakan dia benar-benar sayang sahabatnya kerana Allah. Tak mahu ukhuwah yang terbina terputus di tengah jalan. Biarlah berlanjutan hingga ke syurga.
Sang kakak memujuk.
 “Adikku sayang, asam garam dalam berukhuwah memang begitu”
 “Tapi kakak, saya sangat sedih L”..



“Adik, hidup kita tak pernah lari dari ujian kan. Tambah dalam bab ini. Ujian memang perit tapi insyaAllah, perkara inilah yang  mematangkan kita nanti. Ukhuwah bukan sekadar rasa sayang kita pada sahabat, tapi sejauh mana kita berlapang dada dengan ukhti kita. Tak cukup dengan kita je rasa dan faham keadaan ini, sampai dia juga faham sama macam kita, itulah ukhuwahfillah namanya.
“ Sabar ek..kat mana-mana pun sama..kita semua manusia yang fitrahnya memang pelupa. Ujian pasti datang untuk mengingatkan kita. Ingat adikku, untuk mendapat ikhlas bukan mudah kan..sebab itu ujian sentiasa ada. Untuk lihat sejauh mana kebenaran pada setiap ungkapan yang dilafazkan.”
“Tapi adik sangat sedih. Adik sayang dia bagai nak rak, boleh dia buat tak tahu saja bila buat salah. Memang nak kena gigit!”
“Woo,garangnya! Adik, sedih itu wajar saja. Even nak menangis pun boleh sebab ianya memang fitrah kita sebagai manusia. Malah tanpa kita sedar, bila kita sedihlah, hati kita akan mudah lunak dengan Allah. Kita akan taqarrub dengan Allah. Sebabnya hanya Allah yang boleh selesaikan masalah kita. Dia yang mendatangkan ujian, maka Dia juga yang berhak menariknya kembali”
“Beruntunglah mereka-mereka yang dekat kepada Allah ketika datangnya ujian. Akak ada di sisi kalau adik nak menangis. Menangislah di bahuku”
Adik melentokkan kepala ke bahu kakak.
“Adik sedih sangat..”
Akhirnya, adik menangis di bahu kakak.
Kakak diam saja. Membiarkan adik melayan perasaan. Gembira hatinya dapat memberi nasihat yang tak seberapa tadi. Benar kata Dr.Muhaya, kita akan gembira bila kita menggembirakan orang lainJ.
 “Adik..”setelah lama mereka melayan perasaan masing-masing, kakak bersuara.
“Hm?”
“Akak lapar.”
“Aduh,akak ni potong line ler. Adik baru nak layan perasaan..” kepala sudah ditegakkan semula.
“Kafe jauh la kak. Kita makan apa yang ada je la ya”
“Err, apa yang kita ada?”
“Ni..” Adik mengangkat tin biskut merry dan bekas air sirap
“Biskut merry cicah air sirap!”
“Pulak..”
Dan mereka tergelak.
Indahnya ukhuwah andai ianya berlandaskan iman kepada Allah.


Buat akhawat yang sentiasa diingati sekalian,
Semoga kita terus tsabatJ.
Sekali kita akhawat, selamanya kita akhawat
kmAk~


p/s: adakah merajuk itu satu kewajaran bagi seorang akhawat?

6 comments:

nur,1990. said...

wahai
ukhti :)

akhawat itu kan manusia . senyum

imannya tetap akan naik turun,
walau, walau dirinya kita yakin telah di basuh, cuba di bentuk , cuba dibersihkan hatinya oleh tarbiyyah

tp kita dan akhawat ttp manusia :)

punya sensitivity dan emosi yang pelabagai, ragam yang pelbagai kesukaan dan ketidak sukaan yag perlbagai.. tambah-tambah 'musuh nyata mmg slalu x senang lihat kebaikan -kebaikan ni'..byk tu tarikan-tarikan yang boleh mengposibilitykan seorang akhawat utk merajuk..ehee

so, akhawat merajuk- boleh jadi- tapi merajuknya mungkin tak perlu lama-lama. merajuk pun kene tamayyuz koot. hee.. wallau a'lam- sekadar lintasan hati :)

p/s: moga baik-baik sja kamu disana bersama coklat. mashmalow rtu sedap laa. :)

sherasan said...

jazakillah nasihatnya ukhti:)

Ummu Syaheed said...

ana pun baru merajuk....

nur,1990. said...

wahai. bru perasan. mengapakah banyak spelling error dlm komenan ku.abaikan ye. eksaited nk komen kuut td..heee.

sherasan said...

ar-rumaisa' merajuk? daku tak percaya..tapi ana belajar satu benda ukhti. merajuk kadangkala menyakitkan kerana sedikit sebanyak akan menjadikan kita seorang yang jiwang dan akhirnya menganggu gerak kerja. Allah, kami tak kuat tapi bila bekerjasama kami kerja kami jadi mudah.

maka, tautkanlah hati kami semua seerat-eratnya. golongkanlah kami dalam golongan yang mendapat naungan arasyMu di akhirat kelak.

uhibbubur sentiasa excited orangnya.fawathiqillahumma bitotaha (doa rabithah)

adeq said...

salam. soalan adik tu macam soalan ana dapat la dekat mesej ana. hehe. majuk ngan sapa nhe, meh citer meh ea. I.A ana balas.