23 August, 2010

cerpen 3



Insyirah menapak perlahan menuju ke perpustakaan. Beg sandangnya diletakkan di dalam loker. Dikeluarkan pensel box, mp3, buku manual microbiology dan test pad.

‘ngantuk tak ngantuk, penat tak penat, mesti siapkan jugak lab report mikrob ni.’

Saat kaki melepasi scanner buku di hadapan kaunter pinjaman buku, dia membelok ke kiri. Ikutkan hati, mahu membuatkan kerjanya di bahagian kiri perpustakaan itu. Lebih dekat dengan computer. Maka, lebih senang untuk memcari maklumat tambahan untuk lab reportnya. Namun, baru beberapa langkah, dia berpatah ke belakang dan menuju ke sebelah kanan perpustakaan.

‘Allah..ada pulak dia kat situ’ insyirah bermonolog apabila matanya terlihat si dia yang sedang duduk di salah satu meja di sebelah kiri perpustakaan tersebut.

Mak cik yang menjaga kaunter memandangnya dengan kening terangkat. Tapi dia teruskan langkah dengan muka tak bersalah tapi tetap senyum sebagai tanda hormat diberikan kepada mak cik tersebut. Puan Laila namanya.

Insyirah memilih ruang paling tepi. Betul –betul bersebelahan tingkap. Usai meletakkan barang-barangnya di atas meja dia memandang jam di tangan kirinya.

‘pukul 2.30 dah ni. Cepatnya masa berlalu.’

Tanpa sempat duduk, dia pergi ke rak-rak buku. Mencari buku rujukan. Microbiology: An Introduction, Eighth Edition, by Tortora, Funke, and Case..introduction to micbiology, A.S. RAO

Kemudian dia kembali ke mejanya. Letak buku-buku yang dicari tadi. Lalu, dia melabuhnya diri. Earphone dilekatkan ditelinga dan mp3 dihidupkan. Folder nasyid dipilih dan seketika kemudian lagu Kembara Ilmu-Suhaimi kedengaran.





Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman
Akhirnya karam dalam kegagalan


Tangannya pula kini membuka manual lab microbiology mencari tajuk yang kelima- Detection of Stephylococcus aureus in food. Seketika, dia membaca sedikit introduction dalam buku itu dan mencari key point di buku-buku rujukan. Semua buku dibuka untuk membedakan point mana yang lebih baik untuk dipilih.

Biarpun carry mark untuk lab report sedikit cuma, tapi itu bukan masalah kerana apa yang dicarinya adalah ilmu. Bila meneroka lebih banyak buku, maka, lebih banyak ilmu yang dia akan dapat. Selepas mendengar tazkirah maghrib di surau semalam, dia sedar yang selama ini, dia belajar kerana exam bukan untuk mencari redha Ilahi.

Time exam, sanggup minum kafein semata-mata untuk stay-up. Sepatutnya sebagai muslim, biar tak ada kerja yang pensyarah bagi atau bukan masa peperiksaan, sesuatu ilmu harus dipelajari semata-mata kerana Allah swt.



Isyirah menghela nafas.Biasanya petang-petang begini jarang pelajar yang berada di perpustakaan.

Ramai yang memilih untuk pulang ke hostel. Insyirah lebih suka duduk di perpustakaan untuk mengelakkan dia tidur apabila berada di bilik. Adat belajar, bila kepala dah pusing, ditambah lagi dengan mata yang dah start memberat dan tiba-tiba ada katil depan mata. Alamatnya..

“Assalamualaikum Syira. Buat apa tu” Insyirah ditegur.

Kepala diangkat memandang tuan punya suara. Syifa’ duduk di hadapannya dengan senyuman.

“Waalaikumussalam warahmatullah. Tengah siapkan lab report mikrob. Syifa’ daripada mana ni?” lagu spring time-yiruma pula ditelinganya kini. Diperlahankan volume mp3nya supaya butir bicara Syifa’ dapat didengar dengan jelas.

“Dari bilik Miss Ila tadi. tanya pasal lab report ni la. Tadi masa penerangan eksperiment tak berapa dengar macam mana nak lukis mikrob.”senyuman Syifa’ masih tak lekang.

“oh..kenapa tak tanya Syira je.”

“nak tanya macam mana, lepas lab tadi, Syira terus hilang.”

“sori, tadi nak cepat.”

‘tak apa. Ni, Miss Ila minta tolong Syifa’ sampaikan hajat. Besar hajat ni Syira.”

“La Miss Ila ni, dengan orang pun nak berhajat-hajat juga. Apa dia?”
Syifa’ tersenyum sakan sebelum menyambung bicara.

“Bagi tazkirah sebelum kuliah start besok”

"Hah?!"

p/s: really busy nowadays. but Ramadan taught me many things. never be a last-minute-person on doing anything.
:cerpen 1 and 2 here.

7 comments:

a.m said...

syukran ukthi, bnyak sgt yg ana dpt dr cerpen ni ;) jalan cerita bes

a.m said...

p/s ; mohon copy cerpen ni sebagai simpanan buleh? tq ;)

umat said...

afwan, ilham dariNya juga.

sila2, spread the words of dakwah.

Nadhirah Nordin said...

salam ukhti. teruskan menulis. byk ibrah yg boleh dapat. n mampu buat orang lain berfikir. love it.

p/s:excited tunggu sambungan. heee.

sherasan said...

pengakhiran ceritanya dah ada tapi sambungan bahagian cerpen 3 tak buat lagi.

moga ada nilainya usaha kecil ini di sisi Allah. harapnya, ia boleh jadi saham untuk akhirat kelak.~

rumate :) said...

huhu
"pengkritik tetap" tak mengomen disini..
lately realy busy..
nway komenan membina (hope so) dah diberi pd penulis time g masjid ritu ngee~

'menulis dgn hati.menulis kerana Allah.moga niat tetap teguh,moga ianya tidak terpesong.moga Allah redha~'

p/s:cerpen mmg da siap tp xtau la klu penulis cerpen ni x mau beri rumate dia tgk lu ka..^^

umat said...

boleh2..tak jadi masalah.