05 August, 2010

tautkan hati di sana




Bismillahirrahmanirrahim

Lama benar blog ini bersawang. Seringkali banyak saja idea untuk menulis. Tapi kekangan masa tak mengizinkan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa bersyukur ditujukan kepada yang selayaknya, Allah swt kerna memberi kesempatan pada diri untuk menceriakan kembali blog ini.

Kebelakangan ini, rindu benar hati ini kepada masjid. Menziarahi Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM bersama rombongan universiti, sangat-sangat menyuburkan kembali tautan hati dengan masjid. Melihat masjid Sultan Ahmad Shah dari luar, teringat kembali kepada zaman kegemilangan Islam dahulu.

Suasana dari luar bangunan Masjid Sultan Ahmad Shah yang dibina berlandas corak Islam benar-benar membuatkan hati terasa ingin lama di situ. Benar-benar terasa suasana berada zaman kegemilangan Islam yang waktu itu, zaman kemuncak pengembangan imu

Walaupun hari cuti, masjidnya tetap hidup. Jemaahnya terdiri daripada pelbagai bangsa.

Ada yang belajar, membuat discussion, mengaji dan tak kurang juga ada yang tidur merehatkan badan. Nak mengolah rasa keseronokkan berada di sana memag tidak dapat digambarkan.

Sebelum maghrib pula, kanak-kanak sudah bersiap sedia dengan baju melayu malah, ada antara mereka yang berjubah. Sementara menunggu azan maghrib, mereka tidak main-main. Malahan, membuat halaqah Quran pula. MasyaAllah, indah sungguh tarbiyah yang diberikan oleh ibu bapa mereka.

Moga mereka berterusan begitu buat selamanya.

Melihat situasi di university sendiri, suraunya lebih hidup memandangkan masjid memang jauh dari asrama. Tapi tak mengapa, asalkan yang dekat hidup pun sudah mencukupi.

Memang lain benar belajar di masjid berbanding belajar di bilik, dewan kuliah dan perpustakaan. Belajar di sana lebih tenang.

.

pemandangan di luar masjid.

ruang solat yang besar

pemandangan dari tingkat paling atas.

kanak-kanak membuat halaqah Quran.

ada yang menjadikan masjid sebagai tempat belajar mereka.


Ahlan ya Ramadan.

Dan sebagai menyambut Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi, saya cuba untuk tautkan hati dengan masjid/surau. Dan moga istiqomah ke sana selama mana Allah mengizinkan.

Beruntunglah mereka yang hatinya bertaut kepada masjid. Kerana mereka kelak akan mendapat naungan di Hari Perhitungan yang mana tiada naungan selain naungan Allah swt.

No comments: