08 August, 2010

kali ini pasti berbeza

Kali ini pasti berbeza.

Ya, keluarga saya kekurangan seseorang.

Abang saya.

Ramadan tahun lepas adalah kali terakhir menyambut Ramadan dengan beliau. Memandangkan saya berada di pantai timur tika itu, maka, sempat berbuka puasa bersama keluarga termasuklah beliau hanya beberapa hari sebelum syawal.

Ramadan kali ini pasti berbeza.

Kerana ketiadaan beliau di sisi. Teringat waktu kecil-kecil dulu. Beliaulah yang paling rajin dan suka mendengar lagu-lagu raya.

Dalam keghairahan menyambut Ramadan yang penuh barokah, jangan lupa mereka yang sudah dahulu dijemput Ilahi..

Al-akh Ahmad Munzeer bin Mohd Yusoff

Ustaz Asri juga..

Mereka itu tidak tahu pun bahawa mereka takkan sempat menyambut Ramadan 1431H. Kita pun tak tahu lagi sempat atau tidak. Jika ya, maka pergunakanlah dengan sebaiknya.. Rebutlah fadilat-fadilatnya. Jangan dipersiakan begitu saja. Kerna mungkin inilah yang terakhir buat kita.

t.e.r.a.k.h.i.r

bagaimanakah nanti kami di pagi raya? saat takbir raya berkumandang? Saat menjejakkan kaki ke tanah perkuburan?.

Pastinya sayu.

Pastinya diiringi esak tangis.

Kini, tiada lagi dapat bersama-sama membuat kuih raya.

Tiada lagi melihat beliau berbaju melayu di pagi raya.

Tiada lagi dapat bersama-sama memakan juadah hari raya.

Takkan.

Kita manusia ini, selalu rindu pada yang tiada tapi tak menghargai mereka yang dekat di sisi. Itulah manusia. Lemah sifatnya. Justeru, hanya pada Allah saja kekuatan dan peringatan itu dipinta. Kerana hakikatnya kita ini hamba yang tak punya apa-apa. Semuanya akan kembali kepada Allah.

Mana milik kita?

2 comments:

aimi said...

pasti tidak akan pernah sama..

robbuna yuqowwi ya ukhti..

la tahzan..

umat said...

suatu masa nanti, kita akan bertemu dengan arwah juga, nantilah dengan sabar~