24 September, 2011

Muslim Hero

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah swt kerana masih memberi kita semua ruang dan peluang untuk terus meneruskan hidup. Pertamanya, untuk second weeks sejak bermulanya semester baru ini, masa sudah mula dipenuhi dengan lectures tak seperti minggu lepas- banyak kelas yang cancel.

Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan kesibukan ini, masa dapat digunakan dengan baik dan bermanfaat. Teringat kata-kata dari sebuah buku yang bertajuk ‘beginilah dakwah mengajar kami’:

“Kalau kamu tidak mengisi mahu kamu dengan perkara yang berfaedah, maka ianya akan terisi dengan perkara yang lalai”

Minggu ketiga akan mula buat roti untuk subjek bakery. Senior beritahu masuk lab bakery memang akan penat. Mana taknya, hampir 4 jam berdiri. Tapi tak mengapa, sudah adat menuntut ilmu.

Alhamdulillah seklai lagi kerana sempat juga dengar pengisian daripada Dr.Nujaimin dalam program Zero to Hero anjuran PEMBINA KT hari jumaat yang lepas. Beliau adalah seorang pakar neurosurgeon (pakar bedah otak dan saraf) di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan satu-satunya pakar otak di Terengganu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Syeikh Malek, graduan degree MBBS dari Universiti Kaherah dan Master neurology dari USM. Umur beliau masih muda dalam lingkungan 37tahun. Dan pengarah urusan TBB Aurum Enterprise, sebuah syarikat emas dan perak milik isterinya. Memiliki 3 orang anak, Nusaibah, Naufal dan Nafisah.

Dr.Nujaimin, neurosurgeon.

Pada saya, Dr. Nujaimin sangat berjaya pada usinya yang masih belia. Katanya, kita perlu independent kerana ianya antara 10 ciri peribadi muslim yang berjaya. Sebab itu tertubuhnya syarikat emas dan perak yang kini didominasi oleh non-muslim. InsyaAllah, kita pun boleh.

Mendayakan kesabaran dalam menuntut ilmu.


sabar..sabar..

Bak kata Dr.Nujaimin, we have to give in order to get.

Hari itu, sempat beri sedikit pengisian kepada sahabat-sahabat di surau yang isinya saya rujuk dalam buku ‘prophetic learning’ mengenai kesabaran dalam menuntut ilmu. Sungguh, salafus saleh di zaman kegemilangan ilmu suatu ketika dahulu sangat menjadikan kesabaran sebagai bekal untuk mencari ilmu dan tetap istiqamah dalam belajar.

Justeru, tak hairan mengapa Imam Bukhari sanggup mengembara beratus-ratus batu hanya untuk belajar hadits. Berkata Ibnu Jauzi rahimahullah,

“ketika menuntut ilmu, segala penderitaan yang aku lalui lebih manis daripada madu”.

Berkata pula Imam Syafi’e rahimahullah:

“Seorang penuntut ilmu yang ingin banyak ilmunya, ia wajib mengerahkan segenap jerih payahnya, sabar menghadapi segala kesulitan yang mendatang, ikhlas kerana Allah dalam mencari ilmuNya dan sering memohon pertolongan Allah”

Kadangkala kita lupa, bahawa segalanya milik Allah swt. Mana milik kita?

Tiada.

Termasuklah ilmu dan kesabaran. Jadi, kepada Dia harusnya kita meminta diterangkan hati dan mudah untuk belajar, insyaAllah.

Kesabaran dalam memahami matapelajaran.

Memang menjadi tradisi salafus soleh tentang sikap mereka yang tidak berasa puas hati selagi tidak memahami sesuatu ilmu itu dengan baik. Rasanya terlalu jauh cara belajar kita dan mereka. Antara kata-kata dalam buku tersebut:

‘Lihatlah bahawa setiap ada waktu bertanya yang diberikan guru, sebahagian pelajar kita lebih memilih untuk diam seribu bahasa; kadang sambil pura-pura membuat aktiviti- entah menulis, membaca buku catatan atau mengerut dahi sebagai tanda sedang berfikir.

Rasa malu pada diri sendiri.

Tidur itu bukan tanda kemalasan jika betul caranya.


Ustaz Zahazan pernah berkata dalam ceramahnya di MHI semasa bulan Ramadan yang lepas bahawa para alim ulama khatam Al-Quran sampai berkali-kali dalm sehari di bulan Ramadan. Bagaimana agaknya mereka atur masa mereka? Tak rehatkah?

Jawapannya sebab masa mereka diberkati Allah swt. Even tidur sekejap pun dah rasa macam tidur lama.

Tidur sebenarnya salah satu cara untuk menstruktur kembali otak kita, memberi ketenangan dan memulihkan fungsi otak. Tapi perlu diingat, kualiti tidur bukan terletak pada panjangnya waktu tidur itu.

Antara tips untuk mendapat tidur yang nyaman/berkualiti:
Berwudhuk sebelum tidur, rebahkan badan ke sebelah kanan dan jangan lupa baca doa.
Bila dah rasa cukup, segeralah bangun, baca doa bangun tidur dan mulakan aktiviti kita. Jangan terlalu banyak tidur lebih-lebih lagi selepas subuh kerana kita akan jadi lebih mengantuk.

Ibnu Abbas pernah menegur anaknya yang tidur selepas subuh dengan berkata;

“bangun! apakah kamu akan tidur sedangkan rezeki sedang dibahagi-bahagi?”

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi kebaikan kepada kita semua terutamanya diri saya sendiri, insyaAllah. Diharap, semester ini akan lebih baik daripada semester yang sebelum2nya.

Wallahu’alam.

No comments: