01 September, 2010

ramadan dan sahabat fillah


bismillahirrahmanirrohim

menghadiri majlis khatam Al-Quran fakulti, membuatkan hatiku sayu. melihat sahabat-sahabat yang tidak kira latar belakang fikrahnya hadir memenuhkan bilik Ali 03. hadirku lambat ke majlis tersebut kerana jadual harian yang tidak tersusun. (astagfirullah, moga aku mengambil ibrahnya).

dimulai dengan ceramah ringkas dari senior, meng'induce' aku untuk mengejar lailatul qadar. ya, hari ini sudah masuk ramadan yang ke-22. aku akui, ramadan kali ini aku lebih memenuhkannya dengan hal-hal duniawi. lantaran sibuk dengan assignments, lab report, tests dan quizes yang takkan pernah habis. (persis kata m ku)

namun, andainya aku niatkan semua itu kerana Allah, sang pencipta, pastinya aku beruntung. kerana menuntut ilmu itu dikira ibadah di sisiNya. walaupun nampak simple, tapi niat yang ramai orang memandang enteng akan kepentingannya itulah yang membedakan setiap amalan. adakah ianya ibadah atau sekadar rutin harian.

kata senior yang memberi ceramah itu, di sepuluh malam terakhir ini, kejarlah fadilat-fadilat Ramadan dengan selaju yang mungkin. ibarat seorang pelumba lari, awalnya perlahan tapi apabila akhirnya memecut untuk meraih kemenangan.

berdoalah dengan sebanyak mungkin terutamanya di pengakhiran Ramadan ini. utamakan doa-doa yang diajarkan oleh uswatun hasanah, Rasulullah saw kerana kita akan mendapat dua pahala (walaupun redha Allah jualah yang dicari)
-pahala menegakkan sunnah baginda
-pahala berdoa itu sendiri

azamku, mula saja cuti hari raya dan habis saja terikatan aku dan kerja-kerja di universiti, mahu ku pulun dan kejar fadilat di bulan berkah ini. (tiadalah upayaku melainkan dengan kekuatan daripadaNya)

aku menyambut kedatangan Ramadan yang ke-22 dengan berbuka puasa dengan sahabat fillahku. masyaAllah, mahal sungguh detik itu bagiku. sepanjang Ramadan kali ini, baru pertama kali kami berkesempatan berbuka puasa cukup-cukup enam orang. bersyukur sungguh hatiku kerna Allah memilih kami selaku hambaNya yang hina ini untuk merasai ukhwah fillah itu sendiri.

kami berenam, hamba dhaif, umatMuhammad, razza, masihadacahaya, mujahidcita dan uhibbu menjalinkan ukhwah semenjak tahun pertama di universiti lagi. inginku kongsi kata-kata di bawah yang diambil dari
sini.


ukhwwafillah itu menyebabkan sesiapa yang melaksanakannya, tidak mengharap balasan kasih sayang sahabatnya. Kerana dia faham, ukhuwwahfillah adalah ukhuwwah kerana Allah. Allahlah yang akan membalas segala pengorbanannya dalam mencintai sahabatnya. Maka dia tenang, tak kecewa dan trus istiqomah dengan persahabatannya. Semua ini, menjadikan ukhuwwahfillah itu unik.

ada antara kami yang dari matrik yang sama. namun keberadaan kami sekali lagi di sini, menambahkan lagi kemanisan berukhwah itu. belakangan ini, aku sangat merasai betapa berlapang dada dalam berukhwah sangat penting. menerima keburukan dan kelebihan sahabat itu dengan seadanya kerana manusia hakikatnya tidak sempurna.

pelbagai ragam antara kami ini. ada yang suka baca buku, suka berpuisi, suka menulis, suka online, suka berpidato, suka bernasyid..dan akhirnya melahirkan kombinasi ukhwah yang sangat unik. Subhanallah..

golongan yang bertemu dan berpisah kerana Allah, akan mendapat naunganNya di akhirat kelak. aku doakan semoga aku, kamu, dia dan mereka-mereka di luar sana bisa merasai kemanisan berukhwahfillah ini.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa" (43:67).

3 comments:

hANySS JonG said...

moga ukhuwah yg terjalin menyatukan hati kita..agar sehaluan dijalanNya mengejar dan menuju kasih Illahi...=)

umat said...

amin ukhti..akak n the geng pun apa kurangnya.happy go lucky sokmo~
banyak yang saya belajar daripada senoir2 semua..moga hati2 kita semua tertaut pada cintaNYa.

mawarberduri said...

ya Allah ak m'jd saksi bahawa sungguh, mereka sememangY berkasih syg krn Mu wahai Kekasih Hati~

alhmdlh~

ana sgt mengetahui betapa Aira, Nabila dan Raz sangat mengasihi enti , husna dan nas syg~ dan pastiY Allah Al-Hakim Al- 'Alim itu Maha Mgetahui~

bahagia rs hati ni melihat smuaY berkumpul krn cintakan Allah:)

sgt luarbiasa bilamana duduk bsama2 dgn golongan manusia y menjadikan sistem kehidupan di Akhirat sbg 1 mtlmt.

bila kita mgejar Akhirat, dunia akan trut sama mgejar kita :)