19 September, 2010

cerpen: terakhir


bismillahirrahmanirraohim..
sedikit ketidakemasan untuk cerpen. harap bersabar dalam membacanya~

Dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri. Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.

Dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.

Terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.

Dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu. Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.

Dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun, disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.

Syira, syira..tidakkah kau nampak semua itu?

Mata terasa panas.

Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas kehendak Allah swt. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib redha dan ikhlas.

Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi diserahkan kepada mereka yang tidak halal.

Apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.

Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.

Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya menghadapi pertarungan ini. Juga mebimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Bibir diketap. Hatinya sayu mengenangkan dosa-dosa. Akhirnya, titisan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah dia membelakangi Allah.

Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.

Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan. Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan istighfarlah syifa’nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan istighfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah.

******

Dua tahun sudah berlalu. Masa berjalan begitu pantas. Udara sejuk bumi Scotland mengelus lembut pipi Insyirah. Terasa baru semalam kaki memijak bumi orang putih ini. Rasa baru semalam berpisah dengan umi, abah, opah, kak long, adik-adik dan semestinya Aishah.

Terbangnya dia ke bumi Scotland ini untuk menyambung masternya di University of Edinburgh, Scotland dalam bidang microbiologi.

Dia membuka tingkap apartment. Sekarang ini musim sejuk dan salji turun dengan lebat. Tergelak dia tatkala mengingatkan dirinya yang sangat teruja melihat salji pertama kali di depan mata.

Terasa sejuk, dia mengenggam tangan. Asap nipis keluar daripada mulutnya. Pandangan mata tumpah pada sesuatu di jemari kanan. Bibir mengukir senyuman manis. Cincin belah rotan tersarung kemas di jemari halus wanita itu.

Ya, dia tidak keseorangan di bumi Scotland ini. Ada suami yang menemani. Seorang lelaki yang halal untuk dicintai. Benarlah, sekiranya cinta sebelum nikah itu betul-betul dipelihara, kemanisannnya akan sangat dirasai setelah bernikah. Ada hikmahnya mengapa dia diuji dengan ujian hati dahulu. Dia selepas itu lebih berhati-hati agar cintanya tidak dilempiaskan pada yang sia-sia.

Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah…

Biarkan Allah yang mengatur segala...
Semuanya akan baik-baik saja…
Semua Akan Indah Pada Waktunya…


alhamdulillah..siap sudah cerpen ni walaupun banyak dugaan yang berlaku sepanjang pembikinannya. (?)
banyak mahu diceritakan di blog. mengenai raya, keluarga..tapi perlu hold on dahulu.
apa2 pun, kepadaNya puja dan puji ditujukan.

7 comments:

rumate (cam besa..hehe) said...

ameeeeeeen ya rabb..

moga hati kita benar-benar dipegang olehNya..

moga cintaNya itu benar2 digapai oleh kita..amin.amin.amin

~~the right time.the right way. the right person.the right intention~~

jika dizinNya, masanya pasti tiba..jadi usahlah dikau bersusah berisauan memikirkannya sekarang ini kerna Allah sudah aturkan semua itu wahai muslimah sekalian

yang penting jaga ikatan kita dengan yg Maha Perancang, supaya kita mendapat yg manis dr DIA

err,panjang pula :)

p/s: macam willing ada lagi isues sblm pengakhiran ini.. satu part ag mgkin~~ ngee :D

yang selau mengomel,
rumate yg x seberapa :p

nur,1990. said...

eh kejap..apa jadi cita kena bagi tazkirah..kesudahan disitu??

cam willing nk tau lak..

yg selalu mengomel,
rumate

akhwat kerdil said...

salam ukhti.cerpen yg sgt menarik.ana suke.sedikit sebanyak dpt membooster iman dan fikrah kembali.
~mana mungkin tak terdetik dalam hati kita untuk 'jadi' seperti mereka??~

mudah2an Allah terus memelihara hati2 kita agar terus thabat dan tulus di atas jalan ini.amin...
doakan ana disini

umairzulkefli said...

cerpen yang menarik
sedikit masukan, untuk menambah menariknya cerpen, jadikan cerita dalam sudut pandang orang kedua dan pertama, bukan orang ketiga. Banyakkan dialog dan monolong. Itu akan lebih membuatkan cerita itu hidup,iA

selamat menulis!

sherasan said...

to rumate a.k.a uhibbu, akhwat kerdil:

sebenarnya cerpen ini ditujukan khas buat diri. siapa tidak mahu membina baitul muslim yang soleh..tapi betullah, yang penting jaga ikatan kita dengan Allah swt supaya kita mendapat yang manis daripada Dia.

umairzulkefli:

perlu buat revision kembali apa itu orang kedua dan pertama. sudah lupa..apapun,komen yang membina!.

mawarberduri said...

slm syg bt mu ukhti :)

ana suke :) alhmdlh~ hrp 1 hr nt berpeluang utk lihat ukhti jd novelis Islami, ameen ya Rabb, insya Allah~

hmm, izinkan ana + ske t ap y nas ckp tuh :

~~the right time.the right way. the right person.the right intention~~

betul, tp ingatlah syg~ bilamana Allah da pilihkan utk kita seseorg mujahid, wpun kita rs belum tiba msY, tp harus muhasabah kembali, DIA Maha Tahu kita mampu utk menerima, DIA Maha Tahu kita bersedia. jd, redha lah~ SENTIASA lah sgka baik pd Kekasih Hati y Maha Agung itu.

dan, bila DIA sudah memilihkan jodoh utk kita, syaitan akan menjalankan peranan. akan mula m'ggu. membisikkan kata2 spt :

'mampu ke ak cintakan dy nt lepas pernikahan'

wlaupun kit ayakin, tsgt yakin dgn janjiNYA, yakin mmpu utk mencintai sang zaujun lepas pernikahan kelak, tp bisikan jht syaitan akan sentiasa mendesak, akan sentiasa menekan. manakan mungkin syaitan mampu utk bersenang lenang tatkala melihat bani Adam, umat Rasulullah S.A.W membina baitul Muslim ( y hakikatY pembinaan BM sgt ditakuti puak2 Illuminati )

ana sdg diuji...... ana ingin bertindak spt y Allah mahukan.... tetapi bisikan itu dtg.....

xpe dyana! yakin dgn ALlah. pilihan Allah utk kita adlh LEBIH TEPAT dr plhn kita utk diri kita s'dr......

mohon doaY ukhti.. agar kita sama2 berjaya jd hamba SETIAP saat...

ameen ya Rabb~

umat said...

mawarberduri:

penulis islamik? insyaAllah ukhti. doakan ana

jazakillah doanya. enti selalu mendoakan sahabat2. moga enti juga dapat apa yang enti doakan buat kami.

doa seorang sahabat buat sahabatnya itu mustajab~