29 September, 2010

Presence

standing there in the blowing wind,

watching the colours on the horizon,

and the rippling, metallic silver waters,


i felt so alone


a i watched the palm trees sway with the wind,

and the radiant sun dip into the golden land,


i felt alone


as i watched the angel-white seagulls,

soar majestically over the darkening horizon

and the rhythmic rollsof the waves


i felt so alone


as i lifted my face

to the rosy sky

a tear made its way down my cheek

i closed my eyes

trying to hold bak the pain

"oh, My Lord" i whispered


i had no one to wipe my tears

no one to whisper softly into my ear

no one to take the pain away

no one to heal my wound


"its going to be ok"


i opened my eyes suddently

because i felt someone's presence

but i cuold see no one around me


someone was there

somewhere..

because i could feel

a bright and bold presence


i closed my eyes again

but this time, it was to savor this feeling

a smile played upon my lips

i would never feel alone again


as long as i remained righteous

for the Presence i felt

was the presence of Him

My Lord, My Merciful

The Almighty Allah..


"and be steadfast in patience, for verily Allah will not suffer the reward of the righteous to perish" (11:115)

24 September, 2010

uhibbu usrati jiddan


bismillahirrahmanirrohim..

ya Allah, bersyukurnya padaMu yang mengurniakan hamba kasih sayang berkeluarga..moga hamba menggunakan nikmatMu ini dengan sebaiknya. dan tiadalah hamba mampu melainkan dengan kekuatan dariMu jua.

alhamdulillah, masa balik raya lebih kurang tiga minggu yang lepas, selamat tiba di rumah untuk berjumpa dengan keluarga yang disayangi masa betul-betul nak dekat waktu berbuka. segala-galanya Allah permudahkan tambahan pula handphone kehabisan bateri. (jazakillah ukhti hasanah yang meminjamkan handphonenya di saat-saat kritikal).

uhibbu usrati jiddan..

melihat adik-adik yang sudah besar, terasa betapa lamanya tak pulang ke rumah. cepat sungguh masa itu berlalu. dan alangkah ruginya andai tak dimanfaatkan dengan sebaiknya. maka, benarlah firman Allah:

"sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.."

keesokan hari apabila buat kuih raya bersama-sama, tolong menyiapkan juadah berbuka dan bicara tentang baju raya, ya Allah rindunya pada saat sebegini yang lama sudah tak merasainya.

ada hikmahnya mengapa Allah meletakkan saya jauh daripada keluarga-agar bercambahnya kecintaan kepada keluarga..sayangnya saya pada mereka

sejenak terfikir, dugaan mendidik diri dan keluarga ini bukannya mudah. apatah lagi mempunyai adik yang superb active. kadang-kadang hati memberontak dan geram. hati dan kesabaran tercabar..memang payah dan sukar.


Tadi masa subuh (wireless laju masa ni), hati tergerak untuk menjeguk blog kakak. dan saya terkejut.

abah saya tak sihat..

masa call umi hari tu, abah masih sihat lagi. daripada abah, banyak perkara yang saya pelajari.

can't continue~

entry mengenai abah di sini dan sini


19 September, 2010

cerpen: terakhir


bismillahirrahmanirraohim..
sedikit ketidakemasan untuk cerpen. harap bersabar dalam membacanya~

Dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri. Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.

Dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.

Terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.

Dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu. Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.

Dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun, disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.

Syira, syira..tidakkah kau nampak semua itu?

Mata terasa panas.

Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas kehendak Allah swt. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib redha dan ikhlas.

Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi diserahkan kepada mereka yang tidak halal.

Apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.

Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.

Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya menghadapi pertarungan ini. Juga mebimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Bibir diketap. Hatinya sayu mengenangkan dosa-dosa. Akhirnya, titisan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah dia membelakangi Allah.

Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.

Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan. Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan istighfarlah syifa’nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan istighfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah.

******

Dua tahun sudah berlalu. Masa berjalan begitu pantas. Udara sejuk bumi Scotland mengelus lembut pipi Insyirah. Terasa baru semalam kaki memijak bumi orang putih ini. Rasa baru semalam berpisah dengan umi, abah, opah, kak long, adik-adik dan semestinya Aishah.

Terbangnya dia ke bumi Scotland ini untuk menyambung masternya di University of Edinburgh, Scotland dalam bidang microbiologi.

Dia membuka tingkap apartment. Sekarang ini musim sejuk dan salji turun dengan lebat. Tergelak dia tatkala mengingatkan dirinya yang sangat teruja melihat salji pertama kali di depan mata.

Terasa sejuk, dia mengenggam tangan. Asap nipis keluar daripada mulutnya. Pandangan mata tumpah pada sesuatu di jemari kanan. Bibir mengukir senyuman manis. Cincin belah rotan tersarung kemas di jemari halus wanita itu.

Ya, dia tidak keseorangan di bumi Scotland ini. Ada suami yang menemani. Seorang lelaki yang halal untuk dicintai. Benarlah, sekiranya cinta sebelum nikah itu betul-betul dipelihara, kemanisannnya akan sangat dirasai setelah bernikah. Ada hikmahnya mengapa dia diuji dengan ujian hati dahulu. Dia selepas itu lebih berhati-hati agar cintanya tidak dilempiaskan pada yang sia-sia.

Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah…

Biarkan Allah yang mengatur segala...
Semuanya akan baik-baik saja…
Semua Akan Indah Pada Waktunya…


alhamdulillah..siap sudah cerpen ni walaupun banyak dugaan yang berlaku sepanjang pembikinannya. (?)
banyak mahu diceritakan di blog. mengenai raya, keluarga..tapi perlu hold on dahulu.
apa2 pun, kepadaNya puja dan puji ditujukan.

01 September, 2010

ramadan dan sahabat fillah


bismillahirrahmanirrohim

menghadiri majlis khatam Al-Quran fakulti, membuatkan hatiku sayu. melihat sahabat-sahabat yang tidak kira latar belakang fikrahnya hadir memenuhkan bilik Ali 03. hadirku lambat ke majlis tersebut kerana jadual harian yang tidak tersusun. (astagfirullah, moga aku mengambil ibrahnya).

dimulai dengan ceramah ringkas dari senior, meng'induce' aku untuk mengejar lailatul qadar. ya, hari ini sudah masuk ramadan yang ke-22. aku akui, ramadan kali ini aku lebih memenuhkannya dengan hal-hal duniawi. lantaran sibuk dengan assignments, lab report, tests dan quizes yang takkan pernah habis. (persis kata m ku)

namun, andainya aku niatkan semua itu kerana Allah, sang pencipta, pastinya aku beruntung. kerana menuntut ilmu itu dikira ibadah di sisiNya. walaupun nampak simple, tapi niat yang ramai orang memandang enteng akan kepentingannya itulah yang membedakan setiap amalan. adakah ianya ibadah atau sekadar rutin harian.

kata senior yang memberi ceramah itu, di sepuluh malam terakhir ini, kejarlah fadilat-fadilat Ramadan dengan selaju yang mungkin. ibarat seorang pelumba lari, awalnya perlahan tapi apabila akhirnya memecut untuk meraih kemenangan.

berdoalah dengan sebanyak mungkin terutamanya di pengakhiran Ramadan ini. utamakan doa-doa yang diajarkan oleh uswatun hasanah, Rasulullah saw kerana kita akan mendapat dua pahala (walaupun redha Allah jualah yang dicari)
-pahala menegakkan sunnah baginda
-pahala berdoa itu sendiri

azamku, mula saja cuti hari raya dan habis saja terikatan aku dan kerja-kerja di universiti, mahu ku pulun dan kejar fadilat di bulan berkah ini. (tiadalah upayaku melainkan dengan kekuatan daripadaNya)

aku menyambut kedatangan Ramadan yang ke-22 dengan berbuka puasa dengan sahabat fillahku. masyaAllah, mahal sungguh detik itu bagiku. sepanjang Ramadan kali ini, baru pertama kali kami berkesempatan berbuka puasa cukup-cukup enam orang. bersyukur sungguh hatiku kerna Allah memilih kami selaku hambaNya yang hina ini untuk merasai ukhwah fillah itu sendiri.

kami berenam, hamba dhaif, umatMuhammad, razza, masihadacahaya, mujahidcita dan uhibbu menjalinkan ukhwah semenjak tahun pertama di universiti lagi. inginku kongsi kata-kata di bawah yang diambil dari
sini.


ukhwwafillah itu menyebabkan sesiapa yang melaksanakannya, tidak mengharap balasan kasih sayang sahabatnya. Kerana dia faham, ukhuwwahfillah adalah ukhuwwah kerana Allah. Allahlah yang akan membalas segala pengorbanannya dalam mencintai sahabatnya. Maka dia tenang, tak kecewa dan trus istiqomah dengan persahabatannya. Semua ini, menjadikan ukhuwwahfillah itu unik.

ada antara kami yang dari matrik yang sama. namun keberadaan kami sekali lagi di sini, menambahkan lagi kemanisan berukhwah itu. belakangan ini, aku sangat merasai betapa berlapang dada dalam berukhwah sangat penting. menerima keburukan dan kelebihan sahabat itu dengan seadanya kerana manusia hakikatnya tidak sempurna.

pelbagai ragam antara kami ini. ada yang suka baca buku, suka berpuisi, suka menulis, suka online, suka berpidato, suka bernasyid..dan akhirnya melahirkan kombinasi ukhwah yang sangat unik. Subhanallah..

golongan yang bertemu dan berpisah kerana Allah, akan mendapat naunganNya di akhirat kelak. aku doakan semoga aku, kamu, dia dan mereka-mereka di luar sana bisa merasai kemanisan berukhwahfillah ini.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa" (43:67).