22 April, 2010

musibah kerana cintaNya


Bismillahirrohmanirrohim

Segala pujian hanyalah untuk Al-Khaliq, Tuhan yang menciptakan segala-galanya. Dia memberi tanpa kita meminta apatah lagi jika kita meminta. Selawat dan salam untuk uswataun hasanah kita, Rasulullah saw yang kerana perjuangan Baginda, dapatlah kita merasai nikmat iman dan Islam itu sendiri.

Kebelakangan ini, banyak berita kematian yang saya dengari. Bermula dengan kematian Din Beramboi, Yanie, Achik Spin dan yang terbaru, kematian ayah seorang akhwat yang ana sayangi keranaNya. Alhamdulillah, beiau sempat pulang ke rumah sebelum ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 22/04/2009 yang lepas. Betapa penyayang nya Allah kerana bagi akhwat itu kesempatan untuk bersua dengan ayahnya dulu.

Baru beberapa hari lepas murobiah saya inform yang ayah akhwat tersebut tak sedarkan diri. Dan spontan, saya teringatkan abah saya yang juga tak berapa sihat. Kali terakhir saya jumpa abah masa study week. Masa itu, abah nak ajar pensyarah buat blog memandang abah pensyarah di jabatan teknologi. Disebabkan saya sendiri ada blog, makanya khidmat saya diperlukan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seronok sangat masa itu. Rasa syukur sangat sebab masih lagi sempat untuk berbakti untuk abah walaupun saya sedar, takkan dapat balas jasa abah dan umi yang membesarkan saya. Boleh saja saya cakap macam kat abah:

“nak kena belajar ni. Minggu depan nak periksa. Nanti tak sempat pula nak cover. Abah suruh je la ika atau kak long. Diaorang pun ada blog juga”

Tapi insyaAllah, kerana sayang saya (tak dapat diungkap dengan kata-kata), saya ajar juga abah macam mana nak buat blog. Moga-moga dengan membantu abah, Allah juga akan bantu saya dalam peperiksaan dan urusan-urusan lain. My first paper starts with microbiology. Huhu..can you imagine, how many facts I should memorized. But it’s okay, I believe with Allah.

Firman Allah dalam kitab suci al-Quran;

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain daripada Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapak. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘uf’ dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.” (17:23)

Daripada pembacaan saya dalam buku Kembara Hamba Mencari Cahaya, Hilal Asyraf, perkataan uf menggunakan huruf fa yang merupakan huruf yang paling ringan daripada kesemua huruf jawi. Nampak tak, nak ditunjukkan di sini, cakap uf kat ibu bapa pun dah berdosa, apatah lagi jika kita bentak-bentak cakap ibu bapa kita.

Saya tak nafikan, kadang-kadang hilang juga kesabaran kita bila apa yang kita nak, ibu bapa kita tak izinkan. Terkeluar juga tindakan atau kata-kata yang tak sepatutnya . Tapi, ingatlah sesungguhnya, Allah itu sangat pengampun. Mohonlah keampunan daripadaNya disamping mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita:

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkalah: Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil”

Doakanlah untuk mereka dengan penuh pengharapan. Kerana hilang mereka tiada gantinya. Allah letakkan saya jauh di pantai timur ini mungkin untuk menimbulkan rasa sayang yang mendalam kepada keluarga saya. Bak kata orang:

Bila dekat bau busuk, bila dah jauh baru terasa wanginya

Inilah fitrah manusia, rasa kehilangan seseorang itu, bilamana dia tiada lagi di sisi menemani kita. Macam itu jugalah saya rasa saat kehilangan satu-satunya abang saya. Tapi, saya sangat yakin, itulah perancangan Allah yang terbaik buat kami sekeluarga. Allah itu sangat baik. Sebab itu saya sangat cintakan Allah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dia tak pernah hilang.
Selalu dekat dengan saya.
Dia selalu bagi benda yang saya suka walaupun saya tak pernah ungkapkan.
Dia sangat sempurna.
Selalu ingat saya walaupun saya selalu lupakan Dia.
Pendek kata, Dia punyai segala-gala yang saya inginkan.
Ilham menulis ini pun, Dia yang bagi.
Pemurahnya Dia.
Sesungguhnya, Dialah cinta agung saya.


~uhibbu Allah!

No comments: