29 June, 2010

dai'e yang membantutkan usaha dakwah

bismillahirrahmanirrohim

post kali ini titik tolak daripada conference ukhwah pada 29/06/2010

moga anda semua sabar membaca dan menghadam point-point di bawah dengan sebaiknya. Walaupun agak panjang. tapi, sangat memberi manfaat untuk kita muhasabah kembali jalan tarbiyah yang belum, telah atau masih kita rasai.

~mendambacintaagung~


Bagaimana kita kata kita ini daie???

Sedang lagha dan mungkar tetap kita lakukan..

Bagaimana kita kata kita ini daie???

Mencari silap dan salah orang lain

Sedang diri sendiri , maksiat menjadi teman

Wahai syabab wa fatayat. Wahai pemuda-pemudi yang berada di jalan yang sama dengan ku. Kadang-kadang kita terlebih over rate diri kita sendiri. Sebagai daie kita sering berusaha untuk perbaiki ummat ini supaya kefahaman ummat ini terhadap akidah itu menjadi benar dan salim. Supaya ibadah menjadi shahih.

Tetapi,dalam keghairahan kita untuk berkata-kata dalam membawa kebaikan, kita terlepas pada satu aspek paling penting yakni memperbaiki diri sendiri.kita ghairah kadangkala untuk menarik orang mengikut liqo,dan kadangkala tajam kata-kata dalam mencegah kemungkaran.

“Kata-kata seorang daie itu mencerminkan perilakunya.”

Bukankah begitu. Kita larang orang bercouple, bahkan kita menetapkan larangan itu seakan peraturan yang ditetapkan sedangkan kefahaman itu tidak dibina, tetapi dalam masa yang sama kita juga bilamana ada kesempatan, tak lepas daripada berbual, "belajar bersama", berborak secara berdua-duaan berjam-jam lamanya. Atas alasan belajar.

Mungkin benar belajar, tapi kan lagi elok kalau bukan berduaan sahaja. Kalau nak berkongsi ilmu, kan lagi cantik kalau beramai sekali. Ramai yang dapat manfaaat. Memang mungkin kita tak rasa apa-apa perasaan yang lahir dari segi syahwat tetapi, bilamana orang yang kita nasihati supaya menjaga pergaulan itu melihat kita dalam keadaan itu, apa akan jadi terhadap persepsi orang yang kita dakwahi itu.

Apa akan terlintas pada fikirannya bilamana orang yang pernah mendakwahinya dalam aspek pergaulan melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dia katakan.
Seorang sahabat pernah menasihati saya atas satu kesilapan yang pernah saya lakukan satu ketika dahulu. Katanya

"Kadang-kadang daie sendiri menjadi penyebab terbantutnya usaha da'wah".

Dan saya rasakan apa yang dia katakan memang benar.kita letakkan satu situasi.seorang daie ini amat ghairah mengajak orang untuk berliqo' ataupun amat galak mencegah kemungkaran. Sedangkan dirinya tidak terbina lagi. Ataupun tiba-tiba dia terbuat sesuatu yang tidak patut dia lakukan. Dan secara tak sengaja ada mata melihat. Dan mata yang melihat itu adalah orang yang didakwahi. Maka apa akan dia fikir. Tentu sekali negatif.

Kalau persepsi negatif nya terhadap daie itu seorang sahaja sebagai kesilapan individu, maka itu sudah cukup baik. Tetapi apa akan berlaku kiranya dia fikirkan yang walaupun daie ini memimpin liqo', mencegah mungkar,menyertai liqo', tetapi masih juga melakukan kemungkaran, maka dia mungkin akan fikir yang liqo', usrah dan lain-lain usaha da'wah itu tidak berguna dan tidak mampu memperbaiki manusia. Persepsi itu bukan sahaja menggugat da'ie itu sendiri tetapi seluruh usaha da'wah yang telah dilakukan oleh dai`e terdahulu. Lagi pula kalau orang yang melihat itu menyampai kepada temannya:

"Cakap aja lebih. Ni lah. Konon berda'wah. Tapi cakap tak serupa bikin. Macam ni sebenarnya orang da'wah ni"

Wahai daie. Disitulah bermulanya jatuh kreadibiliti daie itu dan da'wah yang dibawanya.memang benar, kita tidak perlu risau apa orang katakan, tapi ini bukan tentang kita. Ini tentang da'wah. TENTANG TARBIYAH. Tentang Islam yang kita bawakan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Peribadi dan perilaku sebenar tidak serupa dengan apa yang diucapkan oleh kata-kata yang ghairah menggegar bumi.akhlak yang ditonjolkan tidak setanding kata-kata manis terucap dan terpacul dari bibir mulut. Manusia bukan sahaja melihat apa yang kita ucapkan sahaja. Manusia juga melihat apa yang kita lakukan.

Kerna itu bilamana kita kata contohi dakwah Ar Rasul itu adalah dakwah secara hikmah dan sikap terpuji. Kita selalu mengatakan berdakwah bilhikmah wa mauizatulhasanah. Tapi adakah kita benar fahami dan praktikkan apa yang kita selalu ungkapkan??

Wahai daie,perbaiki dirimu dan seru orang lain. Bukan seru orang lain baru perbaiki dirimu.
Wahai daie, jangan mengatakan apa yang kamu tak lakukan. Maka besar murka Allah wahai daie. Apalah gunanya kita korbankan masa kita mengikut liqo dan mungkin sekali memimpin liqo' sekiranya tiada perubahan yang berlaku.

Orang yang sama setelah bertahun masa berlalu dalam liqo tetap tidak berubah. Seperti yang saya sebutkan dahulu, tarbiyah bukan mengubah seseorang itu jadi pendiam. jadi tunduk. Tapi tarbiyah itu mengubah seorang itu jika dia happy go lucky, dia akan jadi happy tetapi happy nya adalah dakwah. Happynya berlandaskan syarak.

Tak melakukan yang haram bahkan bawa kepada tarbiyah dan kebaikan. Jika dia garang dan pemarah, dia akan berubah dan jadi pemarah pada perkara mungkar dan berani menentang maksiat.

Lihat sahaja umar al khattab. Dia seorang yang pemarah pada jahiliahnya, dan dia juga seorang yang garang pada Islamnya tetapi garangnya itu pada maksiat tetapi dia amat santun pada kebenaran. Bukankah Ar Rasul pernah mengatakan bahawa :

"Kamu ini ibarat logam. Jika baik di zaman jahiliah.maka baik di zaman Islam"

Dan itu perkara yang benar. Jika kualitinya adalah pandai berkata kata pada zaman jahiliah dan dia mempesona khalayak dengan kata-katanya berkaitan perkara yang lagha,perkara yang maksiat, perkara yang menentang Islam, setelah dia ditarbiyah,dia tetap akan mempesona khalayak dengan kata-katanya tetapi atas dasar da'wah.

Membawa ummat ke arah kebenaran.dan kata-kata yang mempesona itu selaras dengan perilakunya. Bukan bermakna setelah ditarbiyah, seseorang itu akan menjadi kaku, keras dan tunduk.

Itu tak boleh. Ini tak boleh. Bukan bermakna menjaga pergaulan itu sampai jadi keras dan kaku, tetapi batasan yang perlu dijaga akan terus dijaga. Bukan bermakna bila menjadi daie, Bila ditarbiyah, Perlu selalu pakai baju labuh, kopiah. Pakaian apa sekalipun wahai daie perlu berlandas syarak yakni tidaklah auratnya didedahkan.

Tidaklah ketat menampakkan bentuk tubuh yang sewajarnya tak patut ditunjukkan.bukan bermakan kita tidak boleh bersukar ria, beraktiviti masa lapang, tapi kalau boleh biarlah ianya digunakan untuk tarbiyah dan da'wah. Kalau boleh biarlah dipastikan tak langgar ketetapan Allah.

Kadang-kadang kita bukan mentarbiyah. Kita hanya menetapkan peraturan. Contohnya kita tetapkan peraturan supaya jangan couple. Tapi kefahaman kenapa couple itu dilarang kita tak terapkan. Kenapa couple itu ada kaitan dengan akidah kita tak jelaskan.bilamana kefahaman itu tidak ada, adakah apa yang dilakukan itu menjadi shahih dan benar.

Bilamana orang yang kita dakwahi itu di luar lingkungan kita, adakah mereka akan ikut “peraturan” yang kita tetapkan???
Bukankah sewajarnya kita bina kefahaman dahulu.orang yang merokok 20 tahun lamanya, adakah kita boleh mengharapkannya berhenti merokok dalam tempoh satu minggu???

Adakah orang yang telah biasa bercouple sejak remajanya boleh kita harapkan untuk berubah dalam masa satu hari? Dalam satu pengisian, murabbi saya mengatakan manusia tidak boleh berubah overnight kecuali dengan izin Allah.

Kalau dia dari baik kepada jahat ada juga proses yang dia alami untuk perubahan itu.kalau dari jahat kepada baik pun ada proses yang dilalui untuk itu.perubahan itu bukan dibina satu hari.

Bilamana kita membawa agenda Islam, agenda tarbiyah, kita menjadi duta terhadap tarbiyah itu sendiri. Apa akan jadi sekiranya duta sebuah negara melakukan perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan di negara asing dia bertugas. Peperangan boleh tercetus!

Maka apa akan jadi sekiranya duta tarbiyah melakukan perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan????

Fikirkanlah..

this article was copied from:

www.cetusanminda.wordpress.com





10 comments:

~hamba dhaif~ said...

salam ukhti..ana dah bace...terima ksih sangt..ana pun baru nak post entry yg ala-ala enti juga..syukraan ukhti....

umatMuhammad said...

salam ukhti,
insyaAllah, ana ziarah blog anti nanti. moga semuanya kerana Allah.

sumayyah said...

jika difikir2
bgaimana bisa aku gelar aku ini da'i
kerna aku hanya manusia biasa
tidak bisa lari dari dosa
sedang amalku sekelumit cuma

lagi aku fikir2
hidupku ini untuk apa
kalau sekadar mahu menghitung dosa pahala
sampai akhirnya pun aku takkan ketemu syurga
kerna syurga itu datang dari redhaNya.

aku fikir2 lagi
kalau begitu aturanNya
apa ertinya aku dolak dalik dalam bicara
sedang aku sendiri sudah terang mengerti
kalau hidup ini
yang paling aku butuh adalah redhaNya
dan kalau redhaNya itu
hanya bisa aku raih
jika aku bersungguh-sungguh menerima seruan agamaNya
dan jika aku juga
bersungguh-sungguh menyeru manusia kepada agamaNya.

~mikir-mikir itu biar pakai hati, jangan pakai akal cuma, kerna iman itu letaknya di hati~

nur amanina said...

Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda, “setiap yang meninggal dunia pasti menyesal. Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya. Jika dia orang jahat, dia menyesal karena tidak berhenti daripada kejahatannya.”

semoge rahmat ALLAH sentiasa bersama kita amiin

umatMuhammad said...

sumayyah:

andai hidup ini hanya untuk cari dosa dan pahala, memang tak kemana. kerna redha Allah jualah yang sepatutnya kita kejar.

andai dakwah ini juga kita bukan berbuat kerna redhaNya, maka, amatlah sia-sia.hanya lelah yang kita dapat.

ana mahu share doa untuk memohon cinta Allah swt yang dibaca oleh Nabi Daud as. diterangkan dalam sebuah hadits.




Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)


sungguh, nak menggelar diri ini dai'e, sungguh tak layak sebenarnya. lantaran tak banyak beza 'meter' iman dan amal sebelum dan selepas disapa tarbiyah.

jazakillah sumayyah. enti memang sahabat yang baik. banyak ana belajar daripada enti.

nur amanina:

jazakillahu khairan kathiro atas perkongsiannya ukhti.
bersama ambil manfaatnya. enti juga qudwah yang bagus.

~tiadalah semua ini melainkan ilham daripada Allah swt yang sangat Pemurah.

~artikel ni bukan ana punya. dicopy daripada:

cetusanminda.wordpress.
moga sebaik2 kebaikan dilimpahkan kepada pemilik artikel yang sebenar.

cahaya syurga said...

Salam alaik, artikel yg bagus untuk dikongsi..

Firman Allah dalam surah as-saff ayat 2 dan 3: "Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan, sungguh besar kemurakaan Allah terhadap orang yang mengatakan sesuatu tetapi dia sendiri tidak menegrjakannya.."

Na'uzubillah..moga2 kita tidak tergolong dikalangn org yg dimurkai Allah, perlu diingatkan selalu, walaupun kita ini dai'e, namun kita juga adalh mad'u, kita bukan sempurna segala2nya,kita juga perlukan ingatan,kerana secara fitrahnya, manusia ini adalah pelupa.

Akhir kalam, moga2 kita tidak tergolong dikalangan orang yang MUNAFIQ tetapi ALIM lisannya, ertinya,,lidahnya manis menuturkan kata2 hikmah, tetapi amalnya pahit bak hempedu. Golongan ini berilmu tetapi dlamannya rosak,mereka memperdayakan manusia dgn ilmu yg ada, padahal kosong keyakinan iman dan Islam.

Bahaya munafik yang alim lisannya ini telah diperingatkan oleh Rasulullah sepertimana yang diriwayatkan oleh Umran bin Hushain. Sabda baginda, “Sesungguhnya sesuatu yang paling aku risaukan sepeninggalanku terhadapmu ialah setiap orang munafik yang alim lidahnya.” (Hadith direkodkan Imam Tabrani)

Jika diri ini byk tersalah dan ada melakukan kesalahan,ku pohon dirimu ingatkanlah dgn penuh hikmah, diri ini sentiasa memerlukan nasihat dan bimbingan dari insan sepertimu..

“Ilmu itu adalah Imam dan Amal itu adalah makmum”

cahaya syurga said...

Zaid bin Arqam telah meriwayatkannya dengan berkata, “Saya mendengar Rasulullah bersabda: Pada hari Kiamat seseorang didatangkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian usus-ususnya terburai dan dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat penggiling. Para penghuni neraka berkumpul dan bertanya kepada orang tersebut, “Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf dan melarang perkara yang munkar? Dia pun menjawab, “Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang munkar, tetapi aku sendiri melakukannya.” (Hadith direkodkan Imam Bukhari)

hANySS JonG said...

sgt setuju...akak selalu berhadapan ngan golongan2 yg mcm ni...mereka menegur org, tp dlm masa yg sama mereka juga melakukan...mcmne org nk respect kita kalau kita sibuk memperbaiki org tp lupa akan sikap sendiri..kdg2 sedih melihat fenomena mcmni berlaku...smg saja kita dpt saling ingat mengingati sesama kita k...supaya x terleka...=))

uhibbunurilahi said...

syukran ya ukht

terkesan dan tertarik dgn hadis besi..

dan terkesan dgn bait2 ayat di article ini..

namun perlu diingat- dai'e juga manusia, tidak akan sempurna..
iman kita 'yazid au yanqus'

namun bukanlah itu sebagai alasannya,yg mahu dikatakan, disebabkan daie itu manusia yg x kn sempurna, oleh itu kne selalu muhasabah,perbaiki dan perbaiki...

dan sebagai mad'u juga, kta rasanya x molek nak pandang serong thdp seseorg (sapa-sapa la,daie or mad'u yg len). lagi baik, tegur kesilapan yg da'ie tu lakukan..

semestinya BIL HIKMAH~

nway, ana ini pun hnya manusia biasa yg x terlepas dr dosa dan sedang berusaha ke arah yg lebih baik~ asif ala kulli hal berceloteh panjang serta jika kata2 ini menguris mana2 pihak.asifah jiddan~

p/s: setelah baca post ini, ana mula memikirkan sesuatu- mahu delete blog mungkin~ hurmm...

umatMuhammad said...

Assalamualaikum,

to cahaya syurga:

jazakillah khair ya ukhti.
peringatan yang sangat bermanfaat.
mohon dicopy untuk disebarkan.

to kak Hanyss and uhibbu:

ya, kita juga manusia biasa tak terlepas daripada melakukan kesilapan.
dai'e itu bukan malaikat yang sentiasa saja beribadah kepada Allah swt. dia juga manusia biasa yang semestinya mudah lupa juga.

jadi tanggungjawab kita juga untuk menengurnya agar kita saling memperbaiki antara satu sama lain.

~boleh refer post saya yang sebelum ini.

tapi apapun, bersyukur sangat sebabnya kita sudah punyai ilmu dengan membaca artikel itu. dan ambillah yang baik untuk dimanfaatkan.

~semoga hati kita ini masih segar untuk mencari redha dan cintaNya!

have faith,
may Allah bless us