07 June, 2010

sebagai Muslim, belajar itu penting

Bismillahirrohmanirrohim

Dengan namaNya yang maha Berkuasa memegang hati hamba-hambaNya, selawat dan salam dititipkan ke atas Rasulullah saw, murobbi teragung yang amat kita kasihi dan semoga rahmatNya dilimpahi ke atas sekalian hambaNYa.

Ya Allah, kurniakanlah hamba ilham..

Seperti yang kita ketahui, israel (tak layak untuk dibesarkan huruf i kat nama israel ini) laknatullah telah menyerang konvoi LifeLine4 gaza di perairan Gaza. Dan menyebabkan beberapa orang saudara kita syahid dan ada juga yang tercedera.

Begitulah mesej yang saya dapat daripada seorang sahabat saya. Terlihat di sini kesungguhan pihak antarabangsa termasuklah Malaysia, Turki dan beberapa negara antarabangsa yang lain menghantar bantuan kepada Palestin.

Sangat bangga bila bot-bot Hamas dengan semangatnya mengibarkan bendera Palestin bagi menyambut kedatangan konvoi-konvoi yang membawa bermacam bantuan untuk mereka. Dan sangat sedih apabila kapal-kapal konvoi tersebut diserang oleh israel laknatullah. (sekali lagi memang tak mahu besarkan huruf i kat nama israel ni)

Tatkala melihat berita di tv3, tiba-tiba ada seseorang bersuara.

“macam mana umat islam nak menang kalau teknologi tak dikuasai, duit tak ada, senjata tak ada..nak harapkan Arab Saudi? Mimpilah..nak harapkan Mesir yang sekepala je dengan israel tu? Jangan harap! Makan darah umat sendiri adalah..”

Saya bertanya..

“agaknyalah apa yang kita sebagai individu boleh buat untuk bantu Islam?”

Setelah agak lama orang itu berfikir, berikut jawapan beliau:

“belajar. Kuasai ilmu. Banyakkan membaca. “

Beliau menambah lagi.

“tapi kalau kita tengok strategi orang israel ni, diaorang awal-awal lagi dah target siapa yang pandai kat dunia ni. Diaorang siap simpan lagi data-data orang yang pandai ni. Siapa mak bapa diaorang..tinggal kat mana..”

“supaya nanti diaorang boleh gunakan orang-orang yang pandai ini untuk kepentingan diaorang.”

“tak dapat dengan cara lembut, diorang ugut orang-orang pandai ni. Disogok dengan duit, jawatan tinggi, gaji tinggi..kalau tak kuat iman, alamatnya memang jadi mangsa kafir laknatullah lah jawabnya..”

“tapi tengok Malaysia, orang pandai yang tak ada duit untuk bayar yuran, ditayangnya dalam paper. Ingat orang israel/yahudi/kafir diam diri je dengan berita-berita macam ni?

“tu sebab kat negara orang kafir ni, scientist diaorang bukan setakat satu bangsa je, tapi ramai! Pelajar Malaysia pula, ramai yang kerja kat overseas. Sebab apa? Sebab kos yang mereka belajar tu, tak ada tempatnya kat Malaysia sendiri.”

Bila-bila fikir kembali, ada betulnya apa yang beliau cakap itu. Umat Islam sekarang kena rajin membaca dan belajar untuk masa depan Islam itu sendiri. insyaAllah dengan result yang bagus nanti beserta dengan niat untuk mendapat keredhoan Allah, syiar Islam dapat kita sebarkan.

Ramai antara kita yang mengambil kos yang berbeda di universiti masing-masing. Jadi, gunakan potensi itu dengan sebaiknya. Yang jadi doktor, boleh tarbiyah pesakit-pesakitnya. Yang jadi food technologist mungkin boleh cipta makanan yang boleh tahan bertahun-tahun lamanya dan dihantar ke Palestin.

Begitu juga, yang ambil BioChemistry, Engineering, Electric dan sebagainya. Banyak sebenarnya potensi kita. Cumanya, kita perlukan masa untuk mengeluarkan dan explore potensi diri kita. Saya suggestkan kepada anda sebuah buku yang bertajuk Prophetic Learning-Menjadi Cerdas dengan Jalan Kenabian karya Dwi Budiyanto.

Buku ini bagus sangat sebab buku ini menceritakan bagaimana para salafussoleh terdahulu dan terkini macam Imam Malik (pengasas mazhab maliki) dan Syeikh Qutub (pengarang Tafsir fil Zilal, mujahid Ikhwanul Muslimin) belajar dan berjaya. Juga memberitahu kita bagaimana seseorang muslim itu harus belajar in Islamic way.

Melihatkan kebusukan hati israel (never capital letter for this cruel people), saya sendiri tertanya bila dan kurang yakin, bila Islam nak menang ni? Tapi, jawapan kakak saya membuatkan saya tersentap dan tersedar kembali.

“yakinlah bahawa Islam akan bangkit dan menang suatu hari nanti. Itu janjiNya! Tengok sekarang, sungai-sungai kat tanah haram Yahudi dah surut. Kat Jordan pun sama. Sebab Jordan pun sama diam kan.Itulah balasan Allah swt.”

Kat Malaysia apa agaknya yang kita dah buat?

As a Muslim and Malaysian , there are something that we can do which are..

BELAJAR!

Bagi mereka yang masih belajar atau baru melangkah ke alam universiti, matrik, sekolah dan sebagainya, diharapkan, dengan masuknya kita ke semesta akan datang, kita akan lebih ‘storm” lagi untuk belajar bersungguh-sungguh disamping membaca buku-buku ilmiah. Moga usaha murni kita ini mendapat bimbingan dariNya. Kerana tiadalah kita ini dapat berbuat sesuatu dengan baik melainkan dengan secebis kekuatan daripadaNya.

Saya akhiri post kali ini dengan lagu daripada Micheal Heart yang bertajuk, We Will Not Go Down.

Moga Allah rahmati.

~mendamba.cintaNya~


Micheal heart
We will not go down
Song for Gaza

A blinding flash white light
Let up the sky over the Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoking haze

*We will not go down
In the night without a fight
You can burn up our mosques and our home and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

Repeat * twice.

5 comments:

akhwat kerdil said...

salam.post ukhti kali ni menyedarkan ana dr leka.byk perkara2 yg dirasakan tak perlu terlebih2 pula difikirkannya.nafsu2...jzkillah perkongsian tu,mudah2an dpt membuka mata asyabab dan fatayat utk BELAJAR dan MENGAJAR.
~jgn biarkan kita ditindas berkali2!~

adeq said...

salam..

yeah itu dia UmatMuhammad telah bangkit !!

InshaAllah moga bersemangat ye..sedikit perkongsian dari kami pAmproduksi Ukm..(akhwat matrik)..
kami akan menubuhkan unit akademik yang akan memantau perjalanan akademik dari segi ulangkaji,latihan dan esemen..walaupun dah ada dalam halaqah tapi mungkin ia sati inisiatif dari akhwat matrik sendiri yang sebatch iaitu di tahun pertama..

unit akademik akan bertindak tegas terhadap Ahli pAm (Pakatan Akhwat Muda) jika mereka melanggar tatatertib akademik..dan mereka akan menjadik library sebagai port mereka mulai jam 8 pagi hingga 4 petang (InshaAllah)..

dalam kelelahan mengulangkaji unit sukan juga akan bertindak untuk memastikan ahli bergiat aktif dalam aktiviti riadhah..doakan kami ~

ingin menjadi sebahagian dari kami?ayuh dagtar sekarang..

haha adeq merepek sudah.. HP !!

akhwat kerdil said...

tu die adeq kite detail bukan men lg.ayuh gencar!!!

umatMuhammad said...

salam alaik..

akhwat kerdil:
alhamdulillah ukhti, itu semua kesedaran yang Allah ilhamkan. lagi2 masa itu, result U sudah keluar, memang bertimpa-timpa kesedaran itu datang.

ditambah lagi dengan sesi dialog dengan mereka-mereka yang concern tentang isu palestin ini.

dan kita yang kat malaysia ni, perlu gunakan zon selesa ni dengan sebaiknya.

thank Allah swt.

adeq:
baru ana tahu pAm itu apakah. anyway ukhti, banyak perkara ana tak tahu lagi. moga sudi untuk berkongsi lagi banyak dengan ana. ukm bagus, sampai murobiah ana pun puji..

Anonymous said...

bergerak serentak berentak.