23 June, 2010

waspadailah penulisanmu


bismillahirrohmanirrohim

Penulis muslim itu bertanggungjawab terhadap apa yang dia tulis. Maka, atas sebab itu, perlu bagi saya, anda, dia, mereka atau sesiapa saja untuk evaluasi diri bersama apa yang kita sudah gunakan dalam penulisan kita.

Sebagai seseorang yang ingin menjadikan mata pena sebagai salah satu medan dakwah, bahasa penulisan dan ikhtilat antara pengunjung dalam alam maya perlu dijaga kerana sesiapa saja tanpa mengira jantina boleh melawat blog/website kita.

Kita jua mahu agar sesiapa yang menziarahi blog/website kita dapat manfaatnya dan meninggalkan blog kita dengan ‘something’ yang berguna, insyaAllah.

Saya punya beberapa isi yang boleh kita sebagai penulis muslim untuk ‘take note’. (jazakillah khair ukhti razza)

1. Haruslah bijak di dalam memilih tajuk yang sesuai, menghuraikan tajuk itu dengan gaya bahasa yang baik dan jelas yang maknanya sampai ke hati dan akal manusia dan boleh memberi kesan yang dikehendaki.

2. Yang dikehendaki dengan penulis muslim ialah berpegang dengan kefahaman islam yang betul dan jauh dari penyelewengan dan salah faham. Ia hendaklah mengira berapa banyak dosa yang akan ditanggungnya jika pembaca-pembaca terpengaruh dengan fahaman yang salah itu.

3. Penulis muslim yang mempunyai bakat dalam penulisan dan sebaran am hendaklah disuburkan bakat itu dan dimanfaatkan. Dengan kehadiran mereka yang terdidik dengan didikan islam ini diharapkan tidak ada ruang di dalam bidang sebaran am ini yang tidak dimanfaatkan dan diambil faedah darinya.

4. Cerpanis muslim hendaklah mengemukakan pendapatnya dan menyelesaikan setengah masalah bagi semua peringkat dari kanak-kanak, pemuda dan pemudi, orang dewasa lelaki dan perempuan dengan cara cerita yang mempunyai tarikan dan ada kesannya.


5. Penyair muslim yang memberikan sumbangan melalui sya’irnya di dalam setengah masalah hendaklah mencipta nasyid-nasyid yang menimbulkan semangat berjuang dikalangan pemuda dan kanak-kanak yang sedang meningkat kerana dengan sya’ir mempunyai peranan untuk mempengaruhi jiwa manusia.


Dan tiadalah diri kita semua ini melainkan hambaNya yang cepat lupa. Jadi, tegurlah saya, anda, dia mereka atau sesiapa saja yang melakukan kesilapan samada di alam maya ataupun tidak. Dan sudah semestinya mereka yang menegur itu tidak sempurna.
Mungkin dia sendiri yang akan melakukan apa yang dia tegur pada orang lain. Dan kita ini bukan siapa-siapa untuk menghukum dia.

“cakap tak serupa bikin. Tegur orang tapi dia sendiri yang buat”

“eh, kenal tak budak tu? Bukan kah dia pernah tegur kita supaya jangan buat benda yang dia tengah buat tu? “

“punyalah aku respect dia. Alih-alih dia sendiri yang buat..”

Sekali lagi, manusia itu pelupa dan lumrahnya, perlukan bimbingan dan teguran. Kita bukanlah penghukum tetapi Allah jualah yang selayaknya. Dan Allah tak akan menghukum hamba-hambaNya sebelum disampaikan kebenaran kepada hambaNya itu. Dan tidakkah kita menyedari hakikat itu?

~keampunan Allah mendahului kemurkaanNya~

Tapi dalam kemurahanNya itu, jangan pula kita mengambil kesempatan.

“Alah, takpe, lepas ni aku tobatlah. Allah tu maha Pengampun”

Evaluasi diri kita sendiri. Hakikatnya, kita sendiri tahu apa yang kita buat atas diri sendiri walaupun kita sering sorokkan maksiat yang kita buat itu. Tapi apakah kita dapat lari dari pandangan Allah?

Kita selalu kata, nak bertaubat, tak nak buat lagi dah maksiat ni. Namun, apakah bukti kesungguhan kita itu? Adakah kita masih redho dengan maksiat? Tak bersungguh menjauhi maksiat tersebut?. Masih lagi seronok dengan maksiat?

Kita lupa Allah melihat kesungguhan kita untuk bertaubat. Bagaimana Allah mahu menghulurkan bantuanNya andai kita sendiri tak bersungguh.? Lagi sekali, sungguh, manusia itu cepat lupa dan lumrahnya, perlukan bimbingan dan nasihat.

Hamba Allah, tanyalah dirimu sendiri.

Hlovate said: Live well or live hell? You choose

Dan teringat saya hadith yang ke-42 dalam buku Hadits Arba’in An-Nawawiyah dan Terjemahannya.

Allah Pengampun Segala Dosa
Dari Anas bin Malik ra berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda. “Allah swt berfirman, ‘Wahai anak adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli. Wahai anak adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepadaKu akan Aku ampuni. Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR Tirmidzi ia berkata, “hadits ini hasan sahih”)

Moga kita ini sentiasa tergolong dalam golongan yang menyintai keampunanNya, sentiasa mencari jalan untuk meraih cintaNya. Moga jua kita sentiasa dikurniakan hati yang menyintai kebaikan juga. Dan tiadalah kita dapat melakukan itu andai tiada kekuatan daripadaNya. Maka, pohonlah padaNya kekuatan itu.

Mari hayati bersama lagu di bawah ini,

JALAN KU PULANG
UNIC

Tundukku malu di depan Mu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau temukan laluan bermula
dan cintaMu bagai air
di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

Ku bersyukur hanya padaMu tuhan
Kau temukan laluan bermula
dan cintaMu bagai air
di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepas dahaga

Tak temu manakah hentinya rayuan taubatku padaMu

~waspada.bagi.dirimu.yang.memberi~
~ilhamNya.moga Allah.redho~

4 comments:

hANySS JonG said...

thanks atas ingatan ini ya ukhti...=)

dr. mujahidah said...

peringatan y baik.. jzkk

mawarberduri said...

jazakillah syg..

truskan menegur ana jika Allah beri peluang kpd nti utk lihat keaiban ana. dan ana akan sntiasa bersyukur dan berlapang dada atas rezeki melihat keaiban diri sendiri, insya Allah.

ingat, ana mad'u nti. jd, jgn diabaikan amanah Allah ini :)

umatMuhammad said...

Assalamualaikum

kak hanyss: jazakillah aidhan akak. moga bermanfaat.

dr.mujahidah: afwan dr.penulisan dr pun apa kurangnya. keep writing ukhti.

mawarberduri:insyaAllah, sahabat. kita saling menegur. bagus enti..berlapang dada.

~moga semuanya kerana Allah