Terkejar-kejar.
Tak sangka, tahun ini berbisness. Pada diri, tak salah mengambil kesempatan Ramadan untuk berniaga. Mungkin setengah orang fikir:
“ehh, tak puasa lagi dah jual baju raya?”
“ehh, baru bulan syaaban dah buat kuih raya?”
That’s what we call marketing strategy. Ramadan tu kan bulan
keberkatan. Maka tak heran bila abang ipar kata ada orang boleh buat duit
sebulan dalam bulan Ramadan ini untuk cover perbelanjaan untuk setahun. Tak ke
hebat tu?
Tapi dalam sibuk mencari rezeki, mutabaah wajib jaga! Jangan sibuk cari duit sampai keberkatan bulan Ramadan dilupakan. Apa salahnya time mem’baking’ cookies mengulang hafazan. Time jemur kain berzikir. Time basuh pinggan lepas sahur n berbuka selawat ke..
Memoir Ramadan de UniSZA
Teringat kenangan berpuasa di UniSZA yang sangat meriah. Balik dari masjid terasa seperti mengerjakan haji sebab semua putih saja. Dapat berbuka dengan akhawat, jual kurma n buka bazaar Ramadan. Teringat classmate baca Al-Quran tepi jalan depan Hospital Nur Zahirah time nak tunggu bas balik KUSZA. Naik bas, sambung baca lagi sampai la ke KUSZA.
Kat musolla pula sementara nak tunggu masuk waktu isyak, ada tazkirah. masyaAllah tazkirah yang diberikan sangat menyentuh hati. Kadang boleh nangis dan tersangat kagum dengan kerana penyampainya bukanlah Ustaz/Pensyarah melainkan pelajar-pelajar UniSZA sendiri. Dari segi ini, saya sangat respect cara mereka mengaplikasi ilmu yang ditadah dalam kuliah.
Maka, mana mungkin suasana bumi tarbiyah UniSZA dapat dilupakan.
Tapi satu yang tak best, tak terkejar nak marathon mutabaah sebab terikat dengan reports, tests etc..
Memoir Ramadan de 1432H
Tahun lepas first time puasa penuh di rumah semenjak lepas habis SPM. Masa tu tiada terikat dengan mana-mana tanggungjawab berbakeri. Marathon dengan lancar saja. Tapi insyaAllah, walau sesibuk mana kita, letakkan lah Allah yang pertama.
Hidup ini indah andai Allah itu yang tertinggi. Hilal Asyraf mengingatkan, orang mukmin itu bahagia kerana mereka punya Allah yang Maha Mencukupi.
Siapa tak jeles bila tengok orang lain marathon Ramadan? Kita pun nak jugak.
Dah tu, apa tunggu lagi tu? Jom le!
No comments:
Post a Comment