Baru baca suratkhabar, tersentuh.
Tidak semua umat Islam kat muka bumi ini bertuah seperti
bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang tercinta. Baru tersedar sebenarnya,
tak semua Muslim dapat manyambut Ramadan dengan meriah seperti mana meriahnya
solat terawih di Malaysia, Mekah dan Madinah. Rupanya, ada di antara saudara
seiman kita di bulan Ramadan yang mulia
ini berhadapan dengan peperangan, kebuluran, pembunuhan dan penganiayaan.
Siapakah mereka?
Merekalah saudara-saudara seakidah kita di Rohigya, Syria
dan Palestin. Di Syria rakyatnya diancam peperangan, di Myanmar pula penduduk
Rohingya tertindas dan di Yemen dan Sudan penduduknya diancam kebuluran.
Sedikit info mengenai Rohingya ialah, krisis mereka bermula
sejak tahun 1938 lagi yang berpunca daripada diskriminasi agama dan matlamat
utama serangan mereka ialah penghapusan Islam dan etnik Rohingya. Sasaran
serangan kejam tentera-tentera Myanmar (dahulunya dikenali sebagai Burma) ialah ke atas belia Islam.
Seperti mana kita yang mahu mengimarahkan masjid dengan solat terawih berjemaah begitu juga dengan mereka, tapi apakan daya, masjid-masjid dikunci dan imam-imam pula ditangkap. Masyarakat Islam Rohignya di Myanmar sebahagiannya menjadi pelarian ke pelosok dunia dan salah satu destinasi mereka ialah negara kita, Malaysia.
Allah, terasa syukur tinggi melangit duduk di Malaysia ini.
Mereka benar-benar berpuasa dalam keadaan perut yang benar-benar kosong. Berbuka dengan apa yang ada sahaja.
Di Syria, sangka saya sudah beransur aman sebab beberapa minggu sebelum Ramadan keadaan di Syria tiada khabat berita. Rupanya kehadiran Ramadan tidak menunjukkan sebarang tanda gencatan senjata. Dalam suratkhabar itu ada menceritakan tentang seorang rakyat Syria yang telah datang ke Malaysia iaitu Ibrahim Jammal yang merupakan Imam dan juga khatib di Masjid Anas bin Malik, Bandar Aleppo, Syria.
Beliau sangat-sangat syukur datang Malaysia kerana ia merupakan negara yang harum namanya kerana banyak membantu kebanyakkan rakyat negara Arab dan Asia Barat yang bergolak.
Seperti beliau, saya sangat berharap agar kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara kita baik di Rohignya, Syria mahupun Palestin. Doa sajalah senjata yang kita ada apatah lagi bilamana berdoa di bulan yang mulia ini.
Kita di Malaysia.
Ada yang tak puasa, bahkan ada yang bangga makan depan orang puasa. Kepenatan dan letih macam mana pun kita bekerja mencari rezeki di bulan Ramadan, rasanya penat dan letih lagi saudara-saudara kita yang tak bernasib baik di sana.
Jujurnya, tak dapat bayangkan bagaimana keadaan mereka.
Apakah dengan keadaan kita yang selesa ini membuatkan kita lagi bersemangat untuk menjaga mutabaah amal Ramadan atau TIDO?
Moga kisah mereka, lebih membuatkan kita muhasabah diri tentang amal dan iman kita. Juga, lebih membuatkan kita benar-benar mahu memaknai Ramadan ini.
Ketahuilah, kita tak akan terlambat andai bermula dari sekarang.
Yang tolong bagi maklumat: surat khabar hari jumaat yang
dibaca pada hari isnin..
No comments:
Post a Comment