09 July, 2011

Strieve for Ramadan

Alhamdulillah, tetamu mulia bakal menjengah lebih kurang 3 minggu lagi.

Entah sempat atau tidak menemuinya.

Semoga sempat ya Allah.

Rejab yang lepas dibiarkan berlalu sepi.

Sedang diri tak berbuat apa-apa sangat sebagai warming up menyambut Ramadan.

Maka, syaaban kini tiba, mahu dilepaskan juga syaaban ini dengan angan-angan kosong?.

Syukur, Allah kurniakan diri kesempatan untuk membaca entri di blog brohamzah.

Tersedar bila membaca entri beliau.

Alhamdulillah, itu teguran dari Allah sebenarnya.

Buat diri yang hina, tak kuat..

Sungguh, persediaan menyambut Ramadan sangat hambar buat diri.

Terasa cuti yang penuh dengan masa terluang tak dimanfaatkan sebaik mungkin.

Tapi bak kata brohamzah, MASIH ADA HARAPAN.

Saya kongsikan kata-kata beliau di bawah:

(1) Marilah dengan waktu yang berbaki – satu bulan ini – kita melakukan persiapan dan persediaan yang benar, bersungguh-sungguh dan berfokus untuk menghadapi Ramadhan.

(2) Persiapan adalah kata kunci bagi meraih kejayaan yang sebenarnya di bulan Ramadhan. Jiwa, nurani dan hati yang dibersihkan dengan tarbiyah ruhiyah yang sebenarnya akan membawa suatu pengembaraan rohani yang luar biasa di dalam pengembaraan nurani di sepanjang bulan Ramadhan.

(3) Sedarlah wahai diri, bulan Syaaban ini Allah SWT berikan dirimu peluang dan harapan yang tinggi untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Peliharalah dirimu daripada segala bentuk maksiat dan dosa. Semoga Allah SWT memandangmu dengan pandangan cinta, kasih dan rahmah.

“ Masih ada harapan buatmu, Syaaban ini persiapkanlah segalanya. Mudahan-mudahan Allah SWT membuka pintu harapan buatmu”

Sekadar berkongsi kata-kata daripada mereka yang berkisar tentang bulan rejab. Tapi still boleh ambil ibrahnya:

"Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?
Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya." – abcdefg of iluvislam.com.

"kita seharusnya memeriksa diri kita terlebih dahulu, sejauh mana kita memberi respons terhadap tawaran ukhrawiah? dan sejauh mana pula kita memberi respons terhadap tawaran keduniaan? Bandingkan kecenderungan atau kemahuan diri kita apabila berhadapan dengan kedua-dua tawaran ini. Yang mana lebih menggiur atau menyelerakan? Dari sini barulah kita tahu pendirian dan sikap kita. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Hanya diri sendiri yang mengetahui rahsia peribadi. Bertolak dari sini, barulah kita dapat memperbetulkan halatuju yang perlu diambil untuk keselamatan diri kita di dunia dan akhirat.

Harapan kita biarlah kita untung dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-samalah kita berusaha ke arah memperbaiki hidup sepanjang Rejab ini supaya Allah menambahkan ketakwaan dan kekuatan kita untuk melakukan amal iibadat dalam bulan Sya'aban dan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita berpeluang berada dalam bulan yang paling mulia - Ramadhan dan akhirnya semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. AMIN!"- afdhal87 of iluvislam.com.

InsyaAllah.
Moga Allah perkuatkan langkah dan meredhai amal ibadah.
semoga kita disampaikan ke bulan ramadhan
p/s: terimbas seketika backpacking Fend dan Chad for Ramadan di Masjid Punchbowl. Mahu jadi seperti mereka.

1 comment:

nur,1990. said...

betullllll ukhtii...
brape kerat sgtlh pose sunat yg dibuat..
mak ana bilang, sptutnye time cuti ni lah boleh khatam quran dah before ramadhan..

jazakillah atas sharing. doakan ana skali ukhti !