“Huh?” lagi sejam masa berbaki sebelum kertas peperiksaan kalkulus akan dikutip.
Kalkulus-kertas terakhirnya untuk peperiksaan akhir semester tiga. Diselak-selak kertas jawapan untuk memastikan tiada soalan yang tertinggal untuk dijawab.
Mahu keluar atau tidak.
Ukasyah berkira-kira di dalam hati. Kaki digoyang-goyang dan pen ditangan dipusing-pusing.
Oh tidak..kerana orang yang berjaya ialah orang yang berjuang hingga ke akhirnya.
Begitu kata Muazzin, sensei tahun akhir.
Ukasyah menjeling sepupunya yang duduk di meja sebelah kanannya. Khusyuk tak ingat. Dalam dewan peperiksaan ini, ada dua kos yang sedang mengambil kertas peperiksaan iaitu ijazah sarjana muda dietetic dan ijazah sarjana muda teknologi makanan.
Dua barisan kanan adalah untuk pelajar diet dan dua barisan kiri untuk pelajar foodtech. Dia duduk barisan paling depan dan dua dari kiri. Manakala sepupunya- Syihabuddin, juga duduk barisan paling hadapan dan dua dari kanan. Jadinya, meja mereka betul-betul bersebelahan.
Azan asar sudah berkumandang lima belas minit yang lepas.
Baik baca mathurat sekejap. Putus Ukasyah.
“Okey class, time’s up. Stop writing”
Ukasyah dan Syihabuddin serentak mengangkat muka ke hadapan. Memandang Puan Elissa yang memberi arahan sebentar tadi. Seketika kemudian, petugas-petugas mengutip kertas jawapan para pelajar.
Baru beberapa minit pegawai peperiksaan mengutip kertas, sudah kedengaran suara kelegaan rakan sekuliahnya. Itu petanda mereka sudah merdeka!
Tidak ketinggalan Ukasyah, dia melepaskan nafas lega.
Alhamdulillah..
“Okey class, you may dismiss now. Don’t forget your matric card and your slip. Thank you and happy holiday.”Puan Elissa bersuara dengan senyuman. Kedua belah tangannya memegang beberapa helaian kertas jawapan.
Ukasyah melangkah keluar. Mahu mengambil beg.
“Syah!”
Ukasyah menoleh. Mengangkat kening.
Syihabuddin datang dengan senyuman. Songkok yang senget dibetulkan.Ukasyah juga senyum.
“Macam mana paper tadi? Ok?”Syihabuddin mulakan bicara. Mereka memang rapat. Bila dapat tahu mereka dapat universiti yang sama, melompat Syihabuddin dibuatnya.
“Alhamdulillah. Usaha sudah, sekarang ni tawakal sajalah, bro”
“Ya betul. Biar natijahnya Allah yang bagi.”
“Balik kedah bila?” Ukasyah kembali menyambung jalan yang terbantut tadi. Syihabuddin mengikut. Dia juga mahu mengambil beg.
“Malam ini. Kau?”
“Esok pagi, insyaAllah. Umi tak bagi balik malam. Sekarang kan musim hujan. Lagipun esok sebelum naik bas ingatkan nak singgah pasar payang kejap. Nak beli keropok lekor.” Mereka sudah di hadapan tempat beg, Ukasyah mengambil beg silang dan menyimpan barang-barangnya. Manakala Syihabuddin masih setia berdiri.
“Oh..aku ni dah tak larat nak mengunyah keropok lekor tu. Family aku bukannya layan sangat keropok lekor ni.” Syihabuddin menggeleng. Dia memang ceria orangnya. Tapi bila angin tak elok datang, alamatnya memang serius habis.
Ukasyah tergelak. Beg disilangkan. Ukasyah agak passive jika dibandingkan dengan Syihabuddin tapi bila bab berpakaian, dia seorang yang sempoi dan bersahaja berbanding dengan sepupunya itu.
“A’ah kan. Kesian kau masa sem satu dulu. Beria bawa balik keropok lekor. Beli sampai dua puluh ringgit pula tu. Alih-alih tak ada siapa nak makan. Aih, sadis-sadis”Ukasyah menggeleng.
Senyuman masih menghiasi wajah.
“Tau tak apa.”
“ Eh, oklah. Aku nak balik Maidam dah ni. Nanti kirim pada Mak Long. Doakan perjalanan aku ok-ok saja malam ni.”Syihabuddin menyarung beg pack..
“InsyaAllah.”Ukasyah menhulur tangan. Tanda perpisahan sementara cuti sem selama tiga minggu nanti.
Syihabuddin menyambut sebelum bergerak mahu menuruni tangga. Namun baru beberapa anak tangga ditinggalkan, dia berpaling kembali pada Ukasyah.
“Syah!” Syihabuddin melaung sambil dia berlari-lari anak menaiki tangga semula.
“Haih, ni mesti..”Ukasyah sudah menaikkan jari telunjuknya.
“Apa cerita abang kau?”Syihabuddin memotong ayat Ukasyah. Senyum penuh makna menghiasi wajahnya.
Dah anggak dah. Budak ni la kan.
“That thing I’ll never say. Aku dah janji lah dengan abang aku.”
“Lah benda baik buat apa nak sorok-sorok.”Syihabuddin masih mendesak.
Ukasyah bercekak pinggang.
“Haih, pergi baliklah Syihab. Terlepas bas ke Maidam karang.” Gaya guru besar.
“Ye lah ye lah. Kau ni susah sangat nak beritahu aku.” Syihabuddin kembali menuruni tangga. Tangan kanan memegang beg pack manakala tangan kiri memegang fail.
“Confirm walimah tu nanti, jangan lupa jemput aku!” Syihabuddin menjerit dari tangga.
Ukasyah membulatkan mata. Boleh pula tengah-tengah orang ramai ini dia tanya soalan cepu mas tu.
********************************************************************************
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara , kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.". (49:10).
ibrah 1: seperti Ukasyah, sambil-sambil menunggu tidak berbuat apa-apa, lapangkan hati dan lidah kita untuk mengingatiNya.
ibrah 2: orang yang berjaya ialah orang yang berjuang hingga ke akhirnya. betul..seperti mana perjuangan Rasulullah saw.
ibrah 3: sungguh, ini adalah tanbih untuk diri saya.
~pen off.~
10 comments:
salam ukhti :)
teruskan. menarik.
gaya bahasa santai
salam...panjang, memerlukan ana masa tuk baca.hehe.well done.
hmdllh
best...
tp x best sbb dah tahu jalan cite sblm habis baca..hehe
yg pntg isi..
p/s : saranghae=sarang burung :p
adeq:
waduh gawat kamu ni...ni kira pendek la ni..huhu
salam ukhti..subhanallah,teruskn mnulis cerita yg mmbawa kte kpd Allah,ya?insyaAllah..^^
nurul> salam kembali. jazakillah ziarahnya ukhti.
adeq> tak mengapa, sudah biasa ukhti.take your time.
uhibburnur>eh, macam mana enti tahu..ni baru bahagian satu deh. tak mengapa, jazakillah komennya ukhti.
nur amirah> insyaAllah ukhti. mohon doa selalu agar niat tidak terpesong. bukan mudah memelihara niat kan.
kisah benar ke ukhti?hehe...tak sabar ..i'm waiting for the next part.....
salam..ek?enti menulis cerita ke?wuu..ana tataw pon..jalan cerita dan gaya bahasa yang menarik la..sem depan leyh la tambah satu lagi ilmu dengan enti..ilmu menulis pulak yea? =D ..
p/s : enti betul2 berbakat la! =)
cuti2 ni alhamdulillah Allah beri kelapangan yang sangat2 banyak. jadi otak pun akan cuba dikerah. tu yang keluar cerita pasal ukasyah tu..alhamdulillah.
doakan ana agar buat semua keranaNya bukan harapkan pujian.
insyaAllah ana ambil kata2 antunna sebagai pemangkin semangat, insyaAllah.
ziqr ar-rumaisa> enti memang suka membaca! tahniah.
azimah> biasa2 saja ukhti. insyaAllah. moga Allah temukan sem baru nanti.
o.k tq.hehe.
umat:
ukhti, ana x kata ana tahu smpai pengakhiran kisah.. cuma tahu jalan cerita yg ukhti tulis di bhgian ini...tak mengapa.. teruskan menulis, moga allah meredhai kamu
Post a Comment