Bismillahirrohmanirrohim..
"Eh, cuti nanti nak buat apa? Takut rugi dan terbuang saja cuti itu tanpa diisi dengan perkara yang bermanfaat " Sahabat menjawab dengan penuh yakin "banyak benda boleh buat sebenarnya. Benda yang paling penting aku nak buat is khatamkan buku yang banyak kali tertangguh untuk dihabiskan. Maklum saja la, kita student ni banyak sangat report, assignment, quiz dan test. Tu tak campur lagi dengan kerja-kerja haraki yang sangat menuntut pengorbanan masa dan tenaga. Jadi, cuti yang ada ni kita kena gunakan sebaiknya"
"oh, bagus-bagus!" Aku senyum sebelum bertanya kembali. "Lagi?"
Sahabat tadi duduk di hadapanku. "Mengulang dan menambah hafazan Al-Quran" Senyum lagi.
Hakikatnya, masa lapang ini andai tak diisi dengan perkara-perkara yang baik, jadi ianya akan diisi dengan perkara yang melalaikan. Sungguh, manusia itu dalam kerugian melainkan mereka-mereka yang beriman dan berama soleh. Itu janjiNya.
Bagi saya bukan mudah untuk berbuat andai kita ini bukan dalam keadaan terdesak. Contohnya bila lepas lecture susah sangat nak review kembali nota-nota. Tapi bila time ada tekanan seperti test dan quiz, kita akan cepat-cepat mengulang baca nota. Begitulah kita. Harus menghidupkan tekanan agar kita lebih bermotivasi untuk bergerak.
1-Cuti bukan alasan untuk melekakan mutabaah
Dulu selalu fikir bila masa cuti ini susah nak jaga mutabaah. Sebab kalau di universiti, surau dekat (senang untuk dengar tazkirah dan solat berjemaah), tak ada tv, tak ada adik-adik yang perlu diberi perhatian, tak perlu memasak dan sebagainya. Bila di rumah, kita ini banyak sangat tanggungjawab. Kena memasak, jaga adik-adik, ada rancangan menarik di tv, perlu kemas rumah dan berjauhan dengan biah yang soleh.
Jadi saya fikir disebabkan keadaan di atas, mutabaah saya akan sukar dijaga sepanjang waktu. Tapi fikiran saya ini berubah bila membaca status fb akhawat yang saya sayangi:
"berjauhan dari halaqah adalah sebab yang kuat untuk memperkasakan mutaba'ah amal, dalam masa yang sama memberi peluang kepada pemantapan diri secara fardhiah. Seterusnya menjadi tarbiyyah untuk diri dan orang sekeliling. Moga lebih banyak 'hati' lebih dekat kepada Allah. Di sinilah letaknya fungsi mutaba'ah amal dalam menjamin kualiti 'hati' yang baik, insyaAllah. Lalu, tiada lagi alasan untuk 'hanyut'!"
Betul, saya ini sepatutnya lagi kena mujahadah untuk menjaga mutabaah bila bersendiri ini. Salah satunya dengan membaca buku-buku ruhiyah (rohani) dan harakiah (dakwah).
2-Cuti bukan alasan untuk meninggalkan buku
Setiap kita ini adalah murobbi terhadap diri sendiri. Jadi sebagai murobbi, perlu untuk kita siapkan diri dengan ilmu yang pelbagai agar senang untuk menyampai kepada diri sendiri dan orang lain. Jika semasa sesi kuliah kita selalu tak sempat nak habiskan buku-buku yang sudah kita beli. Jadi waktu cuti inilah kita gunakan untuk membaca buku-buku yang tertangguh bacaannya. Sekurang-kurangnya masa kita terisi dengan perkara yang baik.
3-Cuti bukan alasan untuk meninggalkan seruan dakwah
Biasanya waktu cuti semester akan ada penerusan usrah/halaqah agar setiap minggu akan ada peringatan dan pengisian untuk membasahkan kembali hati dengan ilmu-ilmu Allah swt. Jangan pula kita gunakan waktu cuti ini sebagai stesen untuk merehatkan diri daripada usaha-usaha dakwah dan tarbiyah.
"Kat u dulu dah jenuh aku ikut usrah. Apa kata cuti semester ini aku rehat pula. Nanti buka sem aku sambung balik usrah.."
Lalu, terjadilah kejadian tidak jawab panggilan untuk ke usrah, program dan sebagainya. Teringat kata-kata seorang rakan blogger yang saya kenali hanya di alam maya dan akhirnya ukhuwah berterusan ke alam fb:
"masa cuti inilah tabiyah dzatiyah itu penting. Usrah dan program jangan ditinggalkan sebab ianyalah yang akan menjaga diri kita agar tidak futur, jadi lemah semangat dan terjebak dengan perkara yang sia-sia. "
Andai terhalang untuk pergi ke usrah atau program atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, gantikan dengan mendengar kembali pengisian yang lepas-lepas atau lihat kembali nota-nota usrah dan pengisian.
Masa ini jika kita tak isinya dengan perkara baik, maka masa itu akan diisi dengan perkara-perkara lagho. Semoga Allah sentiasa memimpin kita, selaku hambaNya yang sangat lemah dan hina ini . tiada daya upaya kita melainkan dengan kekuatan Allah jua. Sungguh, kita merancang dan Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik.
No comments:
Post a Comment