bismillahirrahmanirrohim
Saya ada seorang kawan yang kami dah berkawan sejak dari darjah tiga lagi. Kami sampai sekarang still contact walau dah lama tak bersua muka. Seriously: kangen sama beliau. Baru-baru ada berchat dengan beliau di fb. beliau kata:
"kau dah berubah, aku still macam dulu. nak jadi baik jugak"
saya terharu~
mungkin melalui status islamik di fb dan bahasa yang diguna dengan sahabat-sahabat berfikrah islam yang membuatkan beliau berfikir yang saya sudah berubah. sayangnya Allah pada hamba-hambaNya. sungguh hidayah itu milik Allah.
"Dan barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa yang Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain Dia..." (17:97)
Kali terakhir kami berjumpa masa raya aidilftri pada tahun 2005 jadi, sudah lebih kurang enam tahun kami tak jumpa. Alhamdulillah, Allah masih pelihara ukhwah kami. Kadang-kadang rasa syukur dan terharu dengan Allah sebab siapalah kita ini hinggakan dapat memimpin sahabat-sahabat yang lain.
InsyaAllah, bak dalam lirik lagu Mana Milik Kita nyayian Rabbani:
"gunakanlah nikmat Allah itu untuk khidmat kepadaNya"
Ya, nikmat kefahaman dalam Islam dan hidayah yang kita sudah dapat, patut kita sebarkan kepada yang lain. Biar lagi ramai yang dapat hidayah dan kefahaman tentang Islam. Dan bilamana seseorang meminta nasihat daripada kita, wajib untuk kita memenuhi haknya itu.
Biar jauh mana jarak saya dan sahabat saya ini, akan saya usahakan untuk memimpin beliau. Sungguh, dia sahabat yang baik. Medium dakwah yang pelbagai zaman sekarang ini akan saya cuba gunakan termasuklah melalui fb dan YM.
Hati kita semua, Allah yang pegang. Maka, doalah pada yang pemegang hati manusia ini kerana bukan kita yang mengubah seseorang, tapi Allah lah jua. Tanggungjawab itu Allah sudah beri, apakah kita mahu menolaknya?
Tiadalah kita ini mampu, melainkan dengan hadirnya pertolongan Allah.
2 comments:
salam dik.
mmg betul.
perjuangan menuju jalan Allah itu, andai disertai bersama oleh insan2 yang kita sayang, mmg terasa cukup manis dan indah.
=)
-anis e.j-
salam sensei,
agree. really~
Post a Comment