16 February, 2011

Walau tak kenal

Bismillahirrahmanirrohim..

Usai solat maghrib sebentar tadi, imam di surau toriq membuat pengumuman:

“ InsyaAllah, selepas solat sunat ba’diyah maghrib, kita akan membaca yasin dan tahlil buat saudara kita, Ahmad Muin bin Abdul Malik yang baru meninggal dunia pada 6.23petang tadi. Arwah ialah seorang pelajar pentadbiran Islam semester 6. Dan insyaAllah, solat jenazah akan diadakan pada pukul 9.30 di masjid universiti”

Innanlillahi wa inna ilaihi roojiun.

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali. (2:155)

Jujur, saya terkejut sangat dan tak rasa langkahan saya ke surau terbut adalah suatu perkara yang sia-sia. Sebenarnya hajat mahu pergi ke surau farabi tetapi disebabkan proses pembaikan jalan sedang dilakukan, jadi jalan tersebut ditutup. Sungguh, aturan Allah untuk hamba-hambaNya itu sangat teliti. Dialah yang mengerakkan saya untuk melangkah ke surau toriq.

Bersyukur sangat kepada Allah kerana memberi saya teguran untuk membaiki keadaan hati yang berkarat ini melalui kematian arwah. Saya beruntung kerana saya dipilih oleh Allah untuk bermuhasabah kembali sedangkan, ada saja rakan-rakan di asrama yang tak tahu mereka sedang buat apa.

“Dia (Allah) berfirman, ‘Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui” (23:114)

Arwah Ahmad Muin meninggal dunia pada usia yang muda, sama seperti arwah abang saya. Jadi, benarlah firman Allah di atas, kita ini hanya sebentar di dunia. Cuba kita muhasabah kembali, pada pukul 6.23petang itu, apa yang sedang kita buat? Sedangkan pada masa yang sama, arwah Ahmad Muin berhadapan dengan maut.

Semasa yasin dan tahlil di baca, kelihatan beberapa muslimat yang menitiskan air mata kesedihan. Dan selepas solat isyak, ramai muslimin yang saya kira, satu fakulti dengan arwah beramai-ramai ke masjid. Termasuk juga kariah-kariah masjid dan juga pelajar-pelajar lain. Ramai..beruntungnya arwah kerana ramai yang mendoakannya. Menziarahi saudara kita yang sakit adalah salah satu hak saudara kita yang mesti kita penuhi. Bagaimana saya dan kamu kelak, adalah sahabat-sahabat yang sudi menziarahi?

Bila fikir-fikir kembali, ramai sebenarnya sahabat dan saudara saya yang accident, sakit dan meninggalkan dunia kebelakangan ini. Sungguh, itu sebenarnya satu teguran buat saya yang selalu lupa akan nikmatNya. Cuma sebagai manusia yang hina, sering saja mengendahkan teguran itu.

“Sunnguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya” (91:9-10)


Walau arwah bukan sefakulti dengan saya dan saya tak mengenali arwah, tapi rasa sedih itu tetap ada. Kerana arwah adalah saudara seakidah dengan saya.

Tiba-tiba baru saya teringat yang kawan saya yang juga sefakulti dengan arwah, ada bercerita perihal seorang pelajar yang accident beberapa hari yang lepas.

“ Keadaannya teruk, ukhti. Peratus untuk hidup adalah 50-50. Ana dengar dia accident motor dengan motor. Paru-parunya rosak dan ada darah beku di kepala. Ana kenal budak tu. Sedih ana ukhti.”

Dan tidak saya sangka, arwah Ahmad Muin lah orang yang kawan saya ceritakan tersebut.

Terkedu.sedih

Semoga apa-apa yang berlaku pada kita, kita akan mengambilkan sebagai ibrah(pengajaran) untuk lebih mendekatkan kita kepada Allah swt. Semoga kita ini Allah bimbing sentiasa. Didoakan, agar arwah Ahmad Muim ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh, diluas dan diterangkan kuburnya. Semoha Allah terima kepulangan arwah Ahmad Muim dengan keampunan, keredhaan dan rahmat kasih sayangNya”

Akhirul kalam, katalah amin, wahai pembaca.

No comments: