Bismillahirrahmanirrohim,
~ini bukan open diary melainkan mahu dikongsikan ibrah yang dapat digali daripada peristiwa di bawah~
“salam ukhti, pergi masjid negara tak esok?”
Mesej dihantar. Tak sabar rasanya mahu bersua muka dengan sahabat-sahabat. Planning sudah sikit punya baik. Kalau tiada apa-apa aral melintang, insyaAllah, perancangan itu dapat ditunaikan. Jalan ke masjid negara sudah disurvey usai membeli buku di Fajar Ilmu Baru di masjid Jamek.
Terserempak juga dengan beberapa muslimat yang ingin ke rapat umum di depan bangunan Kedutaan Turki. Rasa bangga tiba-tiba melihat ada yang memakai batch ‘Save Gaza’ dan berkumpul bersama bagi menyatakan kerisauan akan keadaan saudara seiman di Palestin. Sungguhlah ayat al-hujurat, ayat ke-10 bertandang di fikiran.
“innamal mukminunal ikhwah”
Back to the point, ramai sebenarnya sahabat-sahabat yang berkumpul di masjid negara. Ditambah lagi dengan persetujuan adikku untuk pergi bersama ke masjid negara esok. Diharap ini dapat megeratkan lagi tautan hati kami.
Malam itu tiba-tiba ayakku mengadu jantungnya berdegup dengan lagu. Sekilas memandang dinding, pukul 3.05pagi (lebih kurang). Umi dan adik kelam kabut bersiap untuk menghantar ayah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dan saya yang dipertanggungjawabkan menjaga adik-adik yang masih nyeyak tidur hanya mampu bertawakal kepada Allah kerana ditinggalkan pada waktu sebegitu, sedikit (sebanyak sebenarnya) membuatkan saya risau andai apa-apa berlaku sepanjang ketiadaan umi dan ayahku.
Tasbih dan zikir berperanan penting tika ini. Tika lupa diinformkan kepada kakak di shah alam perihal ujian Allah ini.
Tengahari keesokannya (hari yang sepatutnya pergi masjid negara), saya menemani abah di wad kecemasan. Tidak ditempatkan di wad betul lagi dek kerana wad masih tiada kosong. Sampai di tempat abah, syukur sangat. Masih diberi peluang olehNya untuk bersua muka dengan abah yang semakin beranjak tua.
Then, kami makan tengahri sama. Abah sekadar makan roti Wholemeal Gardenia sedang aku makan bekal yang dibwa dari rumah. Beberapa ketika selepas itu, seorang doktor yang raut wajahnya macam Africa sikit datang untuk check abah. Ask in English tu..alhamdulillah Doktor tu tanya abah bukannya saya.
Gelabah sebab tak fluent in English sangat dah satu hal. Lagi satu, faham sajalah slang Afrika.
“Where do you work”
Work disebut macam bunyi walk.
Tapi tak mengapa, saya tabik spring (penangan Hlovate) dengan doktor itu. Dah inspired saya untuk fluent in English. Betullah, nak jadi dai’e ni, bahasa lain kena kuat juga. Thanks doktor..? (erk, dah lupa nama doktor tu)
Tu satu ibrah untuk dihighlightkan dalam post kali ini. FLUENT IN ENGLISH!
Then, kami borak-borak sangat lama. Rasa macam tak nak berhenti saja. Perihal falsafah imam Al-Ghazali yang hampir-hampir membuatkan mujahid Islam ini gila, pasal Zionis gara-gara kes pengepungan kapal bantuan ke Gaza, Edward de Bono punye teori vertical, soalan ‘ayam dulu ke telur dulu’ yang ditanya oleh komunis kepada beberapa orang tapi akhirnya dijawab oleh ulama Indonesia. (then, komunis itu masuk islam). Pemikiran Mutazilah dan Ahli Sunnah wal Jamaah. Juga perihal bagaimana sesuatu masalah itu berebda jalan penyelesaiannya dari sudut pemikiran, logik, dan mantik. Bagaimana gagak, cicak bird dapat nama mereka. Teori evalusi. Soalan yang tak valid.
Dan setiap point yang dibincangkan, abah ada juga bertanyakan soalan untuk menguji saya. Banyak juga soalan yang terkadang tak terjawab. Dan konklusinya..
“kamu mesti banyak membaca,”
Ok, ini ibrah kedua.- BANYAKKAN MEMBACA! (teringat rumah yang sudah boleh jadi mini library dengan buku-buku abah yang tersangat banyak.
Tiba-tiba abah diarahkan untuk naik ke wad kardiologi, tingkat 4, bilik 7.
Sepanjang perjalanan dan di wad kecemasan, sangat best je nampak kerja kat hospital ni(cita-cita yang tak kesampaian). Jadinya..
Ibrah ketiga-BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH!
Sementara menunggu kedatangan mak dan adik-adik, saya kembali menyambung pembacaan buku yang sempat dibawa. insyaAllah, masa tak dibuang begitu saja.
Ibrah ke -4-JANGAN BAZIR MASA!
Dan kini, tibalah waktu malam. First time bermalam di hospital sorang-sorang (except ditemani abah). Sedang enak baca buku, lampu dipadamkan pula. Maka, saya gunakan lampu daripada handset untuk meneruskan pembacaan. Tapi rasa tak best pula. Terus membuka laptop. Dapat internet access via broadband abah.
Terus tulis kat status YM-di hospital. Ada juga akhwat yang bertanyakan perihal abah. Alhamdulillah, terasa ada yang concern akan diri saya. Chat dengan bintu noh, beliau kata:
“boleh enti cerita kat blog”
Dan lahirlah post kali ini. Beberapa kali pejam celik mata menahan sakit mata dek menaip dalam gelap. Tetapi penaipan diteruskan juga untuk menyampaikan ibrah yang bagi saya, amat penting dan berguna untuk disampaikan kepada yang lain.
Dan asif khatira jika dan akhir-akhir penulisan ini, ayat tak berapa molek sebab mata dah tak tahan dengan cahaya dari laptop ni. Sakit mata. Tapi sedkit terubat tatkala mebdengar lagu-lagu daripada playlist adikku dalam laptop ini.
Nota cinta-saujana
Menjemput bidadari-epicentrum
Open your eyes-maher zain
Delusi umi-nice
Nafas yang tersimpan-UNIC
Pemergianmu-UNIC
Wajah suci-Mestica
Muhasabah cinta-Ed’Coustic
Permata yang dicari-Dehearty
Akhirul kalam, saya mohon kepada sahabat-sahabat yang tak sempat saya informkan ketidakhadiran saya ke masjid negara. Sesungguhnya, saya merancang dan Allah swt juga merancang, tetapi perancangan Allah jualah juga yang terbaik. Asif, tak dapat upload gambar di PPUM, mungkin post akan datang, insyaAllah.
~Moga.jadi.hamba.yang.berguna~
No comments:
Post a Comment