29 October, 2011

I Believe


My sister introduced me this songs. And that was the first time..

My ukhti introduced me this song at the last mukhayyam. And that was the second time..

That second time make me fallen in love with its melody and not yet the lyrics..

From that moment, I keep listening this song..

And this morning, with God's will, I managed to search for the lyrics and..

Subhanallah, it's touched my heart.

Really.

So, let's together enjoy this song as our wasilah to be close to Allah and His messenger, insyaAllah.


IRFAN MAKKI

When you’re searching for the light

And you see no hope in sight

Be sure and have no doubt

He’s always close to you

He’s the one who knows you best

He knows what’s in your heart

You’ll find your peace at last

If you just have faith in Him


You’re always in our hearts and minds

Your name is mentioned every day

I’ll follow you no matter what

My biggest wish is to see you one day


Chorus:

I Believe

Do you believe, oh do you believe?


Maher Zain

Coz I believe

In a man who used to be

So full of love and harmony

He fought for peace and liberty

And never would he hurt anything

He was a mercy to mankind

A teacher till the end of time

No creature could be compared to him

So full of light and blessings


You're always in our heart and minds

Your name is mentioned every day

I'll follow you no matter what

If God will we'll meet one day

Chorus

If you lose your way

Believe in an better day

Trials will come

But surely they will fade away

If you just believe

What is plain to see

Just open your heart

And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe

And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe


Zulhijjah: Amalan dan pengorbanan kita

Alhamdulillahi robbil 'alamin..selawat dan salam sejahtera buat murobbi teragung, Muhammad saw serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke akhirnya.

Bulan Zulhijjah

Maghrib khamis yang lalu, mula sudah bulan yang mulia, bulan Zulhijjah. Mulanya tak perasan Zulhijjah kian menghampiri. Tetapi sedar bila membaca status seorang akhawat.

Bulan Zulhijjah sangat mulia dan sangat sinonim dengan ibadah korban. Semester ini belajar sikit-sikit mengenai sembelihan. Rupanya semua orang boleh menyembelih asalkan dia Islam dan dapat membezakan perkara yang baik dan buruk (mumayiz). Still, sampai sekarang masih tak berkesempatan lihat dengan mata sendiri proses penyembelihan tu. Bukan saja Ramadan, Hopefully, Zulhijjah kali ini juga akan lebih bermakna buat kita. Berikut antara perkara-perkara yang sunat dilakukan di bulan Zulhijjah.(sumber)


a) Berpuasa di hari Arafah/9 Zulhijjah:

عَن بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ "

Beberapa isteri nabi s.a.w berkata: Nabi s.a.w sering berpuasa pada sembilan Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan, Isnin awal setiap bulan dan hari Khamis [Sunan Abi Daud: 2085, Shaikh al-Albani mensahihkannya]


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ….، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ…..

Rasulullah s.a.w bersabda: Puasa Arafah, aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya [Sahih Muslim:1983]

b) Menyembelih korban

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا "

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempunyai keluasan (harta) tetapi tidak menyembelih korban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami. [Sunan ibn Majah:3122, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan]

c) Membanyakkan amal ibadah pada sepuluh hari pertama Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ " فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ "

Ibn ‘Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada hari yang mana amal soleh pada hari itu lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari (awal Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah? Baginda s.a.w menjawab: Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan jika seorang lelaki itu keluar dengan nyawa dan hartanya, dan dia tidak pulah (terbunuh). [Sunan at-Tirmizi: 687, Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih Gharib]

d) Melakukan solat hari raya di Musolla/tanah lapang

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : " خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ إِلَى الْمُصَلَّى

Daripada Abu Sa;id al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w keluar ke musolla/tanah lapang pada hari raya Aidiladha dan Aidilfitri [Sahih al-Bukhari: 296]

e) Membanyakkan takbir bermula pada satu Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، وَالأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا . وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ .

Ibnu ‘Abbas berkata, “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah shalat sunnah. [Dikeluarkan oleh Bukhari tanpa sanad (mu’allaq), pada Bab “Keutamaan beramal di hari tasyriq”]

Takbir terbahagi kepada dua. Takbir Mutlaq-bermula pada awal Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Dalilnya di atas

Takbir Muqayyad- takbir yang dilaungkan selepas solat fardhu. Ia dilakukan bermula pada Subuh 9 Zulhijjah, dan berakhir pada selepas Asar 13 Zulhijjah. Dalilnya ialah: Daripada Ali bin Abi Thalib radiallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat Subuh pada 9 Zulhijjah sampai Asar 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah Asar. [Musannaf Ibn Abi Syaibah & Al-Baihaqi. Shaikh al-Albani mensahihkannya]

f) Tidak Makan Sebelum Solat Raya

عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كَانَ لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ ، وَكَانَ لَا يَأْكُلُ يَوْمَ النَّحْرِ حَتَّى يَرْجِعَ "

Daripada Ibn Buraidah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w kebiasaannya tidak akan keluar daripada rumah (untuk pergi mendirikan solat raya) kecuali sehingga telah makan, dan baginda s.a.w tidak makan pada hari raya haji melainkan selepas pulang (daripada solat raya). [Sunan Ibn Majah: 1746, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis sahih]

Pengorbanan kita.

Saya tersangat sedar akan erti pengorbanan bila membaca buku batu-bata kehidupan tulisan Hilal Asyraf di bawah tajuk, 'Kita dan mereka'.

Ya, siapa mereka itu?

Merekalah Rasulullah saw dan para sahabat. Pengorbanan kita tak seberapa andai dibandingkan dengan mereka. Kita claim pengorbanan kita sudah besar bila kita join usrah, pergi dengar pengisian, penat bermukhayam, memberi usrah dan pening kepala nak set up program. Bagi mereka yang awam, andai diajak pergi ke majlis-majlis ilmu, ibaratnya macam nak pergi berperang.

Hakikatnya, kita masih sangat jauh dengan mereka.

Bagaimana mereka? Allahuakhbar. Malu rasanya. Itupun, kadang-kadang kita selalu beralasan.

beruntung sangat bagi mereka yang sanggup berkorban melakukan kebaikan.

'Sorry, I'm busy'
"Too many assignment to be submitted'
"Er, I need time for myself. Really. Sorry dear."

Sedangkan, Allah menjanjikan kebaikan buat mereka yang menolong agamaNya dan menginfakkan harta dan jiwa mereka di jalanNya.

"Wahai orang-orang beriman, Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan kamu" (47:7)


In my humble opinion, kalau banyak assignment, boleh saja siapkan sikit-sikit di tempat program. Rancang time table betul-betul. Program pasti sudah dimaklumkan terlebih awal. begitu juga dengan report dan assignment. Bukankah salah kita yang tak pandai menguruskan masa? Allahu rabbi.

Pengalaman sendiri. Minggu depan, ada satu test, two reports to be submitted, hafaz surah ad-dukhan plus al-mutoffifin, tazkirah mus'ab bin umair dan presentation packaging. Dan pada masa yang sama, minggu ini ada program.

Memang pack sangat tu. Tapi kuatkan juga untuk pergi sana agar iman dan ilmu di'refresh' kembali. Balik saja program, dapat tahu kelas food packaging dibatalkan. (gara-gara perlawanan bola sepak). Alhamdulillah, soalan biostatistic pula Allah sangat-sangat mudahkan untuk siapkan. Tasmi' surah ad-dukhan dan al-mutoffifin juga lancar. Forever we thank you, Allah.

Apa-apa pun, berbalik kepada keyakinan (iman) kita. Kalau beribu kali baca ayat dalam surah Muhammad di atas tu tapi still tak yakin, nothing will happen. Kita kena yakin juga Allah akan mudahkan urusan hamba-hamba yang menolong urusanNya.

InsyaAllah, mungkin masa ini, kitalah yang paling semangat untuk berkorban. Tetapi bagaimana esok hari, dan seterusnya. Justeru, jangan lupa doa agar ditetapkan hati di jalan yang diredhaiNya.

Allahu'alam.

p/s: Moga sahabat sematrik saya sabar dan thabat di jalan juang dengan cara beliau yang tersendiri.
: Raya Haji 2009, kali terakhir kami sekeluarga raya bersama. Ingat lagi memori itu? Sure, I do.

20 October, 2011

Memandang alam, membina iman

alhamdulillahi robbil 'alamin,
semalam rasa kelegaan yang tersangat lepas submit report biostatistic. rasa satu tanggungjawab yang besar sudah terlepas.

sesi kuliah minggu ini sangat best sebab penuh dengan kesibukan. kenapa suka sibuk? sebab tak suka waktu lapang yang risau tak tahu nak buat apa. at least, bila sibuk, sudah tak fikir nak buat benda lagho. alhamdulillah.

sebagai seorang dai'e, masa kita tak sama dengan masa orang awam. orang awam masa rehatnya adalah tengok movie, qadho' tidur dan sebagainya. tapi insyaAllah kita sebagai orang yang ditarbiyah, masa rehat kita adalah baca Al-Quran, menambah thaqafah dengan membaca buku ilmiah, mengulang hafazan, attending program dan sebagainya.

Pengalaman: mencegah mungkar.

dua hari lepas, sempat keluar ke bandar untuk beli tiket bas sempena raya haji nanti sebelum submit report bakery. alhamdulillah, Allah bagi ilham untuk tadabbur alam sepanjang perjalanan. masa itu hujan pula. jadi payung warna kelabu-hijau jadi peneman. saya tak pergi seorang tetapi ditemani k.aisyah dan faizah selaku classmate yang baik.

sementara tunggu depa pergi mydin, saya sambung buat kerja di KFC. sedang duduk2, datang 2 orang lelaki. seorang cina dan seorang lagi omputih (orang putih)..sekilas memandang akak pekerja kat kaunter KFC yang memakai lengan pendek.

aduhai, mengapa sanggup membuka mahkotamu? free2 mat saleh tu memandang auratmu..

teringat tazkirah selepas magrib oleh ukhti Zulaikha, mengenai hadits amar ma'ruf nahi mungkar. memang menidakkan maksiat dalam hati adalah selemah-lemah iman. tetapi sampai bila kita ini nak lemah saja iman even after ditarbiyah. masih mahu terus kekal sebagai freshie?

tersentap hati.

semalam masa mahu dengar kuliah di surau farabi, ada nampak a couples ni duduk dalam gelap. plus, lampu nak ke surau pula rosak, lagilah bertambah-tambah gelap kawasan itu. nak tegur, alhmdulillah lelaki itu bangun..Allah tahu kut iman saya lemah?

Pengalaman: tadabbur alam.

after k.aisyah dan faizzah balik dari mydin, kami ke kampus kota menaiki bas bandar. lama tak naik. last time naik masa tahun satu dengan ukhti Raz.

alhamdulillah, dalam bas tu, ramai warga veteran. paling suka tengok ialah seorang pak cik tua yang masih kuat qudratnya. saya perasan satu benda di Terengganu ramai warga tuanya yang masih kuat. siap yang kayuh basikal pun ada.

lepas itu ada seorang mak cik duduk di seat depan saya. setelah belek-belek barang yang dibeli, beliau tanya apa nama barang-barang itu sebab mak cik tu tak pandai baca. seronok apabila dapat tolong orang, alhamdulillah. itu juga satu sedekah.

kami sama-sama turun di depan Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ). sebelum turun, mak cik itu beritahu yang anaknya accident dan keadaany teruk. besar sungguh hajat mak cik ni untuk ziarah anaknya even dengan menaiki bas.

mak cik yang baik. moga Allah sembuhkan anaknya.

tiket naik bas bandar/ cas ligas.

pak cik tua yang kuat. sempat senyum pada saya semasa saya turun di HSNZ

sungguh, tadabbur alam itu menunjukkan sejuta kebesaranNya.

"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13)

"Katakanlah Muhammad, 'Berjalanlah kamu di bumi, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa" (27:69).

ps: setelah cerita tentang pak cik tua itu, k.da berkata: "Saya bangga jadi rakyat Terengganu". semangat Chendering~

05 October, 2011

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)


Artikel ini dibuat selepas sidang media HIMPUN.

Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang.

HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian, menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam Thanksgiving melibatkan umat Islam dan pelbagai lagi bentuk percubaan mengkristiankan umat Islam.

Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuk dari kalangan sebahagian umat Islam disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen politik dan puak. Ini mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.
Menyedari hakikat ini, HIMPUN dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.

HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga di adakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita.

Ia juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Inilah di antara asas dan latar belakang di sebalik penganjuran HIMPUN.

Dari segi perlaksanaannya, sebagai suatu inisiatif umat, sebuah Sekretariat HIMPUN yang dianggotai oleh organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang telah dibentuk. Sekretariat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Manakala Sdr. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya.

HIMPUN adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak akan wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.

Di antara agenda utama HIMPUN adalah ucapan-ucapan wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad, ucapan tokoh-tokoh antarabangsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan serta deklamasi sajak, lagu, doa munajat serta di akhiri dengan pembacaan resolusi HIMPUN.

Resolusi ini kemudiannya dirancang untuk dipersembahkan kepada ke bawah Duli Raja-raja Melayu serta pihak berwajib yang lain. Perhimpunan tersebut mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.

Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, kami menyeru kepada seluruh warga umat Islam untuk bersama-sama menyahut panggilan mulia untuk menjayakan HIMPUN. Inilah peluang keemasan untuk setiap individu muslim yang sayangkan akidahnya dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan murni ini.
Kebersamaan dan kesatuan kita akan mengundang rahmat, tawfiq dan inayah Ilahi. Maka akan terhasillah dengan sebabnya suatu benteng yang kukuh dalam mempertahankan akidah umat.
Yang benar,

Tuan Haji Mohd. Azmi bin Abdul Hamid & Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad Pengerusi Bersama HIMPUN 2011

Sumber : Sekretariat HIMPUN