25 May, 2010

Kuey teow kungfu Syiifaiqramah

Kuey Teow Kungfu Syiifaiqramah.

Bahan-bahan A

Telur (ikut kuantiti kuey teow. Kalau guna banyak kuey teow, maka banyaklah guna telur)
Kuey teow (ikut banyak mana )
Garam.

Bahan-bahan B (kuah)

Bawang merah
Bawang putih
I sudu tepung jagung
Udang basah/ayam/sotong/daging
Kobis, carrot..(boleh letak apa-apa sayur yang disukai)

Cara-cara

Dimulakan dengan bismillah, selawat dan senyuman.
Pecahkan telur, letakkan sedikit garam dan pukul sampai kembang.
Campurkan kuey teow yang sudah dibasuh ke dalam telur dan goreng sampai masak.
Hidang di dalam pinggan/mangkuk.

Untuk kuah:

Setelah minyak dalam kuali panas, masukkan bawang merah dan bawang putih.
Selepas itu, masukkan sayur-sayur yang harus dimasak dalam kadar yang lama dulu, contohnya carrot. Seterusnya, masukkan air dan udang/ayam/sotong...
Setelah sayur-sayur dan sumber protein tersebut masak, masukkan sayur-sayur yang lain dan tepung jagung (untuk memekatkan kuah).
Letakkan air lagi (jika mahu untuk kuah banyak) dan garam secukup rasa.
Tuangkan kuah ini ke dalam pinggan/mangkuk yang berisi kuey teow goreng bersama telur tadi.
Hidangkan dengan penuh kasih sayang.
Akhir sekali, ucapkanlah Alhamdulillah dan membaca doa:

“Ya Allah, semoga hamba-hambaMu yang memakan makanan yang saya masak ini, akan memperoleh berkah dan hati yang mencintai kebaikan.”

Atau anda boleh membaca apa saja doa yang terlintas dalam benak anda. Untuk lagi sedap, makanlah secara berjemaah dan dimulai dengan doa makan. InsyaAllah, akan peroleh berkat daripadaNya. Selamat mencuba!





p/s: jazakillah kepada ukhti syiifaiqramah. Moga Allah swt melimpahkan sebanyak-banyak kebaikan ke atas diri enti yang telah memberi tunjuk ajar untuk resepi di atas.

7 comments:

akhwat kerdil di celahan umat said...

salam,wah ukhti.pandai msk lagi kali.kueh teow kungfu mmg feveret terbaru ana.bagus2..ana leh rase nnt ni,hehe..nama nya pun sedap.itu nama siapa?ke sje2 je..hehe...

(mengisi masa di rumah dgn 'memperhebatkan' skill memasak yg mmg sedia ada,acewahhh...hehe)

adeq said...

oh siaplah kome bila ana pandai masak........

eh ana dah pandai tanak nasik tau !! Alhamdulillah..semua jenis air dah pass..

InshaAllah tapi belum berani lagi masak lauk..segan nak masak nanti mama ingat ana nak nikah..sebab ana mana penah memasak..ades !!

nur,1990. said...

itu je ke bhnnye...

lorh, awat kat kedai mahai na...

nway, boleh cube nih..menarik

tp minyak nk goreng kuewteaw bersama telur tu kne byk macam goreng ayam or sket je??

Nurul said...

salam

wah kue tiaw! sini takde lah.bihun pun takde.

kuey teow kungfu mengingatkan ana pd ramadhan di kmns.

asik beli tu je kalu pg bazar.

oh, dari bazar tu ana usha sorg akhwat. huhu.

ok3. kpd yg bercuti sila 'memperhebatkan' skill memasak kalian. huhu.

uhibbunur:minyak jgn byk2.kolestrol.

ada sesiapa berminat nk buat mushroom soup??

adeq said...

ehem inni.usha ana yang tiut miut nhe ke?ecececece....

siap siaga untuk tampil hebat bersama gaya memasak seorang siswi..yeah !!

-dari haritu nak buat mushroom soup..nuovo kan ada..instant gtu-

sherasan said...

salam alaik akhwat yang dirindui semua,

akhwat kerdil..>syiifaiqramah tu nama adik ana. kuey teow kungfu ni resepi beliau sebenarnya. betul ukhti, gunakan cuti ni untuk 'storm' dalam teknik memasak..

adeq> ukhti2..bagus tu ukhti usaha entu membuahkan hasil nampaknya..

uhibbu> ukhti, memang macam tu bahan2nnya. biasalah kedai ukhti, siapa yg tak mahu untung kan. berkenaan minyak tu, enti guna kuantiti minyak macam enti nak goreng telur macam biasa..semoga selamat mencuba ye.

inni> siapakah akhwat yg bertuah tu ukhti sampai ada org udha beliau? bazar di kmns, kadang2 takut jgak nak pergi. kdang2 tu pikir sampai dua tiga kali nak pergi ke taknak..takut tertengok benda2 yg tak sepatutnya..

bihun n kuey teow mungkin bukan pilihan orang arab kot ukhti..tapi tak silap ana, mereka suka bangat sama roti kan..

mushroom sup? ha, boleh la letak resepinya kat blog anti pulak..ana menunggu ni ukhti. selalunya makan sup mushroom segera saja.

adeq> ana tunggu ni ukhti..


~boleh.jadi.mata.pena.itu.lebih.tajam.daripada.mata.pedang~

bintu abudhar said...

beberapa hari lepas mak ana ada tanya ana macam mana nak masak kueh teow kungfu.tapi ana tak tahu nak buat..afwan ana tak gemar sangat makanan nie..tapi kalo nti nak masakkn ana makan je..apa2 pun syukran atas resepi.