24 May, 2010

ibroh riadah di UiTM

Bismillahirrohmanirrohim..

Segala pujian hanyalah untuk Al-Khaliq, Tuhan yang menciptakan segala-galanya. Dia memberi tanpa kita meminta apatah lagi jika kita meminta. Selawat dan salam untuk uswataun hasanah kita, Rasulullah saw yang kerana perjuangan Baginda, dapatlah kita merasai nikmat iman dan Islam itu sendiri.

Alhamdulillah, weekend lepas sempat pergi beriadah di UiTM, Shah Alam bersama kakak dan kawan-kawannya. Disebabkan UiTM itu sangat besar, jadi kami tersesat agak lama sebelum selamat sampai di court sukan yang berdekatan dengan Kolej Teratai dan Kolej Delima. Sudah setia menunggu, Kak Nisa, Kak Maria dan Kak Farina yang sedang bermain badminton.

Tapi, agak kehairanan sebab court itu netnya rendah. Hari itu memang ramai student yang bermain sama (tapi court kami kosong masa itu). Ada yang main tenis, skuasy dan macam-macam lagi. Tiba-tiba, ada sekumpulan lelaki yang berseluar pendek, datang bermain sepak takraw. Maka tahulah kami bahawasanya, court itu adalah court sepak takraw.

“Ei, abang tu pakai seluar pendek. Kesian2, tak cukup kain rupanya..”adik saya kata.

Kami pun mengambil keputusan untuk berpindah ke court bola keranjang. Sampai saja di sana, ternampak ramai students. Rupa-rupanya ada pertandingan skuasy dan bola. Makanya,kami nampak lagi ramai kelihatan budak lelaki yang pakai seluar pendek.

Tanpa menghiraukan pemandangan yang agak menyesakkan mata, kami teruskan riadah.

“Jom amik milo free..”Kak Aini, yang datang lewat sikit daripada kami mengajak sambil menunjuk ke arah sebuah lori milo yang sedang mengagih-agihkan milo free kepada orang ramai.

Free? Apa lagi, kami semua serbu lori milo tersebut. Nak sampai saja lori milo, adik saya tanya.

“Tak pe ke minum milo tu? Bukan boikot ke?”

“Tak pe, sebab benda tu free. Tak guna duit kita pun. “

“owh.”

Selesai riadah, kami pun membuat halaqah, untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh kakakku. Sedang asyik mendengar tazkirah, tiba-tiba seorang kakak yang saya terserempak masa ambil air milo free, duduk dalam halaqah untuk sama-sama mendengar tazkirah.

Rupanya, kakak itu memang sedari tadi melihat saja kami mendengar tazkirah dari jauh. Akhir sesi tazkirah, kami pun bertaaruf dengan kakak tersebut. Kak Syikin namanya, lahir di KL, membesar di Kelantan dan sekarang duduk Gombak. Sebelum balik, Kak Syikin meminta nombor phone kakakku yang member tazkirah tadi. InsyaAllah, Kak Syikin boleh join riadah yang akan datang.

Budak-budak lelaki yang lalu-lalang di situ hanya memandang kami membuat tazkirah di court bola keranjang tersebut. Moga-moga, tersentuhlah hati mereka.

Katakanlah amin..

Itulah ibrah terbesar daripada post kali ini yang saya mahu kita semua perhatikan. Kadang-kadang jika mahukan sesuatu kebaikan itu, kita sendiri yang kena gerak. Hidayah itu, kena cari juga. Dan bila dapat hidayah itu, janganlah lepaskan ia dan kalau boleh, gigit dengan gigi geraham pun tak apa. (analogi). Dan apa yang saya nampak, itulah yang Kak Syikin buat. Gerak sendiri ke arah kami.

Ibrah seterusnya, riadah itu penting. Kan badan yang sihat itu salah satu muwasafat tarbiyah. Lagi-lagi sebagai seorang student, belajar-belajar juga, tapi kesihatan badan jangan terabai. Riadah yang santai-santai antaranya dapat eratkan ukhwah sesame akhwat yang kadang-kadang jarang dapat berjumpa. Tapi, insyaAllah, dengan riadah yang hanya sejam saja, dapat menguatkan tautan hati kita.

Akhirul kalam, tiadalah saya dapat pergi riadah, dapat jumpa Kak Syikin dan dapat tulis post ini melainkan dengan belas serta ilham daripadaNya yang Maha Kaya dan Pemurah. Moga kita semua tergolong dalam kalangan hambaNya yang bersyukur. Amin..

~mendamba.cinta.agung~

No comments: