30 March, 2010

Denyut Kasih Medik, Kembara Hamba Mencari Cinta.


Bismillahirrohmanirrohim..

Segala puji dan puja dipanjatkan kepada Allah swt yang hingga kini masih lagi memberi kita semua peluang untuk teruskan hidup. Tak terhitung nikmatnya kepada kita. Dia tak putus-putus memberi kita nikmat dan rezeki meskipun kita jarang-jarang mensyukuri.

Firman allah swt dalam surah Al-mulk, ayat 23,

“Katakanlah, “Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, pelihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur”

Dan pada 8 rabiul akhir 1431H atau bersamaan 24/3/2010 atau bersamaan juga hari rabu yang lepas, ana sekali lagi diberi nikmat yang tak terhingga iaitu dapat membeli dua buah buku. Sedikit sebanyak kehadiran buku ini mengubat hati ana disebabkan tak dapat pergi pesta buku PWTC...




DENYUT KASIH MEDIK- DR FARHAN HADI

Mula-mula nampak buku ini excited sangat sebab dah lama tak baca buku Fatimah Syarha yang juga editor untuk novel denyut Kasih medik ni. Al-maklumlah, suaminya sendiri (Dr. Farhan Hadi) yang jadi penulis novel ni. Istimewanya buku ini hinggakan Ust. Zahazan sendiri promote buku ini semasa kuliah subuhnya di IKIM.fm. Intisari buku ini lebih kepada bagaimana Dr.Muslih merawat pesakitnya disamping menerapkan nilai-nilai Islam.

Synopsis:
DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doctor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doctor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.



LANGIT ILAHI 2: KEMBARA HAMBA MENCARI CAHAYA- HILAL ASYRAF

Buku ini mengumpulkan 60 buah artikel daripada blog penulis: www.langitilahi.com. Ayat yang simple, ringan dan mudah difahami. Insyaallah, banyak input yang ana dapat untuk pengislahan diri.



Ana mula mengenali buku-buku Hilal asyraf sejak ana beli buku VT semasa pesta buku PWTC tahun lalu lepas habis matrik. Mulanya, ana beli sebagai hadiah untuk sedara tapi bila dapati isinya mantap untuk pentarbiyahan diri, makanya ana simpan untuk diri sendiri.
Buku itu kini ana passkan kepada kawan-kawan agar mereka juga rasai pentarbiyahan yang ana rasai. Rata-rata semua kata best sampaikan ada yang sanggup ulang sampai dua tiga kali. Dahsyat2..then, ana terus follow-up website beliau. Kalau antum perasan, beliau sangat menitikneratkan ukhwah dengan sahabat beliau.

Melalui itu juga, ana kini, insyaAllah sedang cuba untuk menghargai ukhwah dengan sahabat-sahabat ana. Ana sangat tak sabar untuk beli novel beliau: SINERGI yang juga dijual di pesta buku PWTC tahun ini. Novel ini bertemakan ukhwah Hilal Asyraf bersama sahabat-sahabatnya di Jordan. (konklusi setelah baca cerpen mingguan Sinergi di website langitilahi.com)
Bila tahu yang muslimin pun sangat menhargai ukhwah, sangat mencintai sahabat seperjuangan, apatah lagi bagi muslimat yang semulajadinya, sangat penyayang. Jadinya, jom praktikkan rasa ithar kepada sahabat kita.

Mungkin antum dah selalu dengar firman Allah swt dalam surah Al-hujurat, ayat 10:

“ sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”



KMNS..

Bumi yang mengajar diriku erti ukhwah fillah..

Saat diri sama-sama ditarbiyah..

Sama-sama memikul beban dakwah..

Sama-sama juga merangka aktiviti surau..

Terutamanya di surau Zahratul Raihan..

Surau yang menjadi tempat untuk berkumpul masa study week..

Juga tempat berkongsi cerita setelah seharian ke kuliah..

Surau yang melatih diriku menjadi pemimpin..

Paling tak lupa, aktiviti last di surau Zahratul Raihan- Khatam Al-Quran

Dapat pekena pulut kuning dan kari ayam..aiseh..

Semua itu tak mungkin ku lupa..

AJK-AJK surau yang sporting masa malam Khatam Al-Quran itu..

Yang banyak memberi support dan komitmen selama ini..

Dan kepada dia- Ketua Sukan Blok..

Walaupun bukan AJK surau..

Tapi ringan tulang membantu kami..

Yang tak cukup tangan mencedok makanan ..

Mungkinkah persediaan menjadi isteri solehah?

Hehe..

InsyaAllah..

Sahabat-sahabatku,

Atunna sangat besar ertinya dalam hidup diriku..

Selepas Allah, Rasul-Nya dan keluargaku..

Murah rezeki dan panjang umur..

InsyaAllah dipertemukan jua suatu hari nanti..

Walaupun kita kini bertebaran di bumi Allah..

UPM, UMP, UKM, UDM, UITM, UUM, UMT..

Juga di bumi anbia, Mesir..

Biarpun begitu jauh jaraknya..

Tapi persaudaraan kerana Allah..

insyaAllah akan berkekalan..

uhibbukum fillah..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


~mendambacintaagung~


9 comments:

KN said...

salam ukhti..wah post yg menarik.'tersentuh' di hati ana..nikmatnya ukhuwah...uhibbukum fillah daiman abadan abada..moge terus thabat dijln yg diredhainya...
~dari ku,KN~

adeq said...

KN tu apa ea??hehe....
nantikan post pertama ana..eh x kedua..tapi yang pertama serius..huhu.(leh lak)...

-cemburu jugak..asek kalian je yang posting tentang cerita kita- mahu juga ~

KN said...

ukhti adeq..mau tau ya..nnt bila2 ana cerita sama kamu..heheh..Wah...ya udah mau berblog nih..bg link ya mau difollow..huhu syabas2!

adeq said...

hehe.....kerana ana nhe x bijak menulis / kata manis nya malas nak menulis..saya s/u yang gagal..kelebihan saya mendengar mungkin..huhu...

ana pinjam blog sahabat kita..try la cari nanti ye ukht KN..

-KN kat tempat ana Ketua Naqibah-

umatMuhammad said...

bismillahirrahmanirrohim..

to KN: salam aidhon..ukhti, insyaAllah, ana doakan bukan ana saja, tapi kita seluruh umat Islam termasuklah pemimpin-pemimpin islam kini yang di bawah mereka kita dipimpin. part 'tersentuh' yang manakah enti perkatakan? jikalau part yang bawah sekali tu, just ingatan ana buat sahabat2..

ukhti, jazakillah sudi ziarah blog ana yang tak seberapa ini. doakan agar kita dapat manfaatnya bersama..moga tak sia-sia di sini. ana macam enti jugak, sedang menunggu adeq punye blog. tak ketemu sampai sekarang sih..seperti kata adeq, ana pun tertanya2 juga maksud KN itu..

to adeq: ya, silakan berkongsi cerita enti..ana seperti KN juga, sedang menunggu2 link enti. mungkin enti tak suka menulis, tapi once bila enti tulis, entah2 lagi umphh..!

akhwat kerdil di celahan umat said...

salam ukhti fillah..ana tersentuh ngan semua yg ant tulis..hebat ye menulis.mau blaja nih sama ukhti.KN tu sje je tu,xde pape pun..
ukhti adeq:Ketua Naqibah..hoho..xlyk ana..huhuu...

inniakhofullah said...

salam~

waaaah!
cm best je buku Dr farhan tu

Ummu Nuha said...

salam.saudara belajr di kolej matrik n9 ke?saya belaar di situ juga dulu :)

umat Muhammad said...

ummu nuha>
ye, saya belajar di kmns dulu. salam kenalan, sensei~