Assalamualaikum..
khaifa halukum?
Alhamdulillah, ana masih dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk kita semua jumpa lagi. actually post kali ni ana tragak-agak untuk 2lis. sbbnya ana sendiri kadang2 lupa akan apa yg ana bakal 2lis ni. ana cuba untuk tak jadi manusia yg Allah swt telah sebut dalam surah As-saff, ayt 2,
"wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
suruh orang buat kebaikan ttapi ana sendiri tak buat..weekend leps, something happened yang meyebabkn ana nk sangat kongsi pengisian ni.
moga post kali ni, kita jadikan satu muhasabah 2k diri kita yang hina ni..
bismillahirrahmannirrahim..
betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali..Andainya manusia sedar hakikat trsebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Sebuah hadis Nabi saw ang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:"Alangkah hairanya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutuskan oleh Allah swt untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa."
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang2 yang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tdak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mareka sentisa meneliti hadis-hadis nabi saw yang menjelaskan mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malakat maut.
Meskipun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tiak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan kenyakinan iman dan ilmu.
Allah swt menjdikan sebab2 kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi saw yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh mahluk-makhluk bernyawa kerana di antara mereka termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah swt iaitu para Rasul, nabi2, wali2 dan orang2 soleh.
Selain itu juga, malaikat maut megadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam as, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita kerana kehilangan sanaksaudara dan orang2 yang tersayang dalam kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah swt berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oeh keturunan Adam as. sehingga keturunan Adam as itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab2 yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian,mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana penyakit ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan Malaikat Maut dengan kematian yang berlaku itu.
Ketika itu, Izrail tak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutuskan oleh Allah swt pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.
Namun hakikatnya, ajal itu telah ditetapkan Allah swt. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah swt bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah swt yang menjalanan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya. Firman Allah swt:
"Tiap2 umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapt mengundurnya arang sesaatpun dan tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula dapat mempercepatkannya" (surah al-a'raf:34)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
last weekend, mak saudara ana baru dijempu Allah swt disebabkan sakit yang tenat. Fisrt time ana dengar sendiri bagaimana talkin dibacakan...bagaimana jenazah disolatkan..
moga Allah swt meletakkan arwah dikalangan hambayNya yang soleh dan solehah, dicucuri rahmat setingi-tingginya..
amin Ya Rabb..
amin Ya Allah..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
No comments:
Post a Comment