05 June, 2009

DenGki?

Assalamualaikum..

Penyakit rohani kerap kali melanda masyarakat dan tidak ketinggalan kepada para pendakwah. Di kesempatan ini, ana ingin kongsikan satu penyakit hati atau penyakt rohani yang sangat bahaya iaitu DENGKI.

Hasad dengki adalah satu daripada peyakit rohani yang ada dalam diri seseorang manusia. tidak ada seorang manusia pun di akhir zaman ini yang terlepas daripada rasa dengki ni even para da'ie itu sendiri.

bercakap soal dengki-mendengki ni, antum tahu apa maknanya dengki itu? Hasad dengki itu boleh ditakrifkan sebagai satu sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yg diperoleh orang lain dan atas sebab itu, seseorang yg berhasad dengki ni berusaha untk menghilangkan kenikmatan itu agar berpindah ke tangannya sendiri.

Dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan, busuk hati dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain. Sperti yang kita tahu, agama kita sendiri iaitu Islam mencela sifat ini kerana ianya boleh membinasakan diri.

Firman Allah swt:

maksudnya: "Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah berikan kepada mereka daripada kurniaNya?"
(4:54)

Sabda Rasulullah saw pula,

mafhumnya: "Yang paling aku takuti daripada apa yang aku takuti pada umatku adalah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka berdengki-dengkian dan berbunuh-bunuhan."
( HR Ibnu Abid Dunya daripada Abi Amir al-Asy'ari)


Orang yang suka berhasad dengki itu sebenarnya berasa tertekan dan terseksa batinnya, seakan-akan dia tidak mendapat rahmat sama sekali sehingga dalam batinnya terasa berperang melawan musuh yang tidak kelihatan. Oleh itu, orang yang bersifat dengki jiwanya selalu berasa serba kekurangan dengan segala yang dimilikinya. Orang yang menaruh perasaan perasaan degki terhadap oarang lain tidak menyedari bahawa Allah amat tidak menyukainya.

Firman Allah swt:

maksudya:"Adakah orang yang di dalam hatinya penyakit (kekafiran) mengira bahawa Allah tidak akan melahirkan kedengkian hati mereka?"
(7:29)

Sabda Rasulullah saw,

mafhumnya: " Janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah marah-memarahi, janganlah tambah-menambah pada jual beli dan janganlah belakang-membelakangi serta janganlah mengumpul satu sama lain. Kamu semua ialah hamba Allah yang bersaudar"
(HR Bukhari dan Muslim)

Untuk pengetahuan antum, dalam Islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap org lain hanya dlm 2 perkara shj iaitu:

-terhdp ilmu
-trhdp harta kekayaan yg dimiliknya.

Sabda Rasulullah saw:

mafhumnya:"Tidak ada dengki selain drpd 2 hal iaitu orang yang diberkan harta oleh Allah lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkannya kepada manusia"
(HR Bukhari dan Muslim drpd Ibnu Umar)

PunCa tiMbulnYa peRasaAn DengKi

1) disebabkan adanya rasa kebencian terhadap orang lain.
- pndpt ana, ini yg main factor kenapa adanya rasa dengki kat seseorang. cuba check diri kita. tiba2 shj kita benci kat seseorang padahal orang tu tak ada buat salah apa2 pun kat kita. Bila check balik, daripda sini rupanya perasaan dengki itu dtg..

2) berasakan orang lain yg melebihi dirinya dlm apa2 shj keadaan seperti kekayaan, kecantikkan, study..
- yg ini macam tak redho kpd ketentuan Allah swt telah menentukan rezeki masing2. bila kita tak dapat something yg ada pada orang lain, mulalah nk dengki. kita patut sedar dan ingat balik firman Allah swt:

maksudnya:".....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu...
(2:216)

3) hatinya keras dan enggan melakukan kebaikan kpd manusia.

aKibaT haSaD DenGki

a) menurut ulama:

# merosak ketaatan
# mendorong membuat derhaka
# menghalangi daripada mendapat syafaat
# masuk neraka
# melaksanakan sesuatu yg membahayakan orang lain.
# sentiasa dalam keadaan berdosa
# hatinya tertutup daripada memahami hukum Allah
# tidak tercapai cita-citanya.

b) merosak amal kebajikan. seperti sabda Rasulullah saw:

mafhumnya:"Jauhilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu memakan amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu"
(HR Abi Daud drpd Abi Hurairah)

c) mendatangkan tujuh perbuatan tercela.
menurut Imam Al-Ghazali, perasaan hasad dengki seseorang itu akan mendatangkan tujuh perbuatan yang amat tercela dan merosakkan diri sendiri iaitu:

* suka kepada permusuhan
* perasaan kemuliaan diri.
* takbur.
* mengangumi diri sendiri.
* takut hilang cita2 yg diingini hilang.
* suka menjd ketua
* jiwanya jahat an kikir.

cuba kite check diri kita sendiri. ada tak walau 1 drpd perkara2 di atas???....

d) mendapat 5 jenis bencana

menurut al-Faqih Abu Laith Samarqandi, org yang berhasad dengki akan ditimpa bencana semasa hidup di dunia, iaitu:

> hatinya selalu resah dan tidak tenteram
> ditimpa bala atau cubaan yg tiada pahala baginya. ( tak ke rugi 2?)
> perbuatannya seburuk-buruk celaan
> dimurkai Allah swt.
> tidak mendapat taufik daripada Allah swt.

khalifah Muawiyah pernah brpesan kpd anknya:

"Hai anakku, awasi diri, lenyapkan rasa dengki sebab akibatnya akan membahayakan diri kamu secara nyata sebelum dinyatakan pada musuh-musuhmu"

RaWataN peRbuaTan HasaD DengKi.


a. menguatkan imann dan takwa serta mensyukuri segala nikmat Allah.

b. membersihkan diri dengan mengerjakan amal salih dan bertaubat kepada Allah swt.

c. Awasi diri (muraqabah) dengan merasakan bahawa rasa hasad dengki itu boleh merosakkan diri dan amal kebajikan

d. sentiasa tekun berusaha mencari rezeki yg halal yg tekah disediakan oleh Allah.

e. bersikap baik sangka terhadap orang lain dlm setiap tindakan atau urusan.

f. sentiasa mengeratkan tali silaturahim & saling tolong-menolong antara 1 sama lain dlm perkara kebajikan. (yg ni pun penting. even kita benci seseorang tu, bila kita tolong dgn hati terbuka n ikhlas, insyaAllah akan membantu..)

g. sentiasa menjaga perbuatan dan percakapan daripada menyinggung hati dan perasaan orang lain.

h. mengamalkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati sesama manusia.


Cukup menjadi peringatan kpd umat ISlam bahawa memiliki sifat hasad dengki akan mendatangkn kerugian besar dan merosakkan iman dan peribadi.


KesiMpuLaN..

kalau kita sejarah silam pun, kerajaan Islam jatuh juga krn salah 1 faktornya adanya peasaan hasad dengki dalam kalangan pembesar2 istana sehingga berlakunya pemberontakan yg seterusnya menjatuhkan umat Islam itu sendiri.

nak tengOk contoh tak payah pergi jauh2. tgok diri kita sendiri. pernah tak kita benci orang tanpa sebab? padahal org tu tak buat salah pun kat kita..mkin kita benci yg seterusnya boleh menjerumuskan diri dlm sifat dengki sbb orang 2 dapat something yg kita tak dapat..tp kita kena ingat, Allah itu Maha Adil. Allah tak bagi nikmat tu mgkin sbb tak nak kita lalai.

kepada mereka2 yg berada dlm saf dakwah, marilah sama2 kita bermujahadah untuk menghilangkan penyakit rohani ni drpd diri kita. krn jika kita bermujahadah, kita dikira berjihad. cuba antum hayati ayat AlQuran ini:

maksudnya:"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."

(29:69)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



semoga posting kali ni dpt membantu diri kita semua untuk terus berjuang dgn hati yg bersih. Sungguh, tujuan ana 2lis artikel ni untuk kita sama2 muhasabah diri kita balik. as a dai'e, nk mengajak orang kena ikhlas dan bukannya untuk dapat pujian.
sesungguhnya pujian 2 hanya merosakkan amalan kita semata-mata. Selamat bermujahadah dalam saf dakwah!

ma'assalamah wa ilalliqa'

-mendambacintaAgung-

No comments: