19 June, 2009

wanita vs lelaki..

Assalamualaikum wbt.

sedkit perkonsian drpd artikel yg diberikan kpd ana..

wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. ( lelaki x ph pakai tudung..)

wanita saksinya kurang berbanding lelaki

wanita menerima pusaka kurang drpd lelaki

wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

wanita perlu meminta izin drpd suaminya bila mahu keluar rumah, ttp suami tdk perlu
wanita wajib taat kpd suaminya ttp suami tak perlu taat pd isterinya.

talak terletk dlm tangan suami dan bkn isteri

wanita kurang dlm beribadat krn maslah haid n nifas yg tdk ada pd lelaki.

tapi....

pernah x kita tengok di sebalik semuanye nih?

ni ana nk bg tau antum..

check dis out!..

bak kata penulis novel Tautan HAti-Fatimah Syarha, benda yg mahal akan dijaga + disimpan + dijaga di tempat yg elok dan tersorok..

sudah pasti intan + permata + emas dll tdk akn dibiar brsepah2 bkn?

itulah bandingannya dgn seorg wanita.

wanita perlu taat kpd suami ttp suami wajib taat kpd ibunya 3 kali lbih utma drpd bapanya..-bkankah ibu adalah seorg wanita?

wanita menerima pusaka kurang drpd lelaki sbbnya, lelki perlu menguruskan nafkah isterinya + anak2nya. sedangkan wanita, hanya menggunakan wang pusaka itu untk diriya shj dan tdk perlu diserahkn kpd suaminya. (unless kalau isteri secara suka rela nk bg)..

wanita perlu bersusah payah mengandung + bersalin + menyusukan ank, ttp setiap saat wanita ini didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah swt di muka bumi ini dan matinya jika krn melahirkan ank, adalh syahid kecil dan dosanya kecilnya juga diampunkan Allah swt.

seorang wanita tggungjwb terhdpnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu:

-ayahnya
-suaminya
-Ank lelakinya
-saudara lelkinya

seorg wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana2 pintu syurga yg disukainya dgn 3 syrt:

> puasa di bulan ramadan
>taat pd suaminya
>solat 5 waktu

sedangkan seorg lelaki, perlu pergi berjihad fisabilillah ttp wanita jika taat pd suaminya seta menunaikan taggungjwb kpd Allah swt, wanita itu akan dipandang mulia dan turut menerima pahala seperti org yg pergi berjihad fisbilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

MASYALLAH!!

sayangnya Allah pd wanita kan?

tp kebykkan wanita skrg ini ( mgkin termasuk ana..) byk complain itu dan ini sedangkan pangkat wanita itu sgtlah tinggi di sisi Allah azzaja wa jalla..
jd muslimat di luar sana, (including me..) jagalah dirimu seelok mungkin.

engkau boleh menjadi sayap kiri pada suami yg sejati

atau..

peruntuh iman seorang lelaki..(apatah lg seorang mujahid..)

kerap kali ana dengar cerita drpd senior2 ana.

serg lelaki yg bersekolah agama and even drpd maahad, boleh berubah hanya kerana seorang wanita..iyalah, kat sekolah dulu ikhtlat dijaga, ttp bla didedahkan dgn dunia luar, bercampur dgn org yg tak fhm soal ikhtilat + pergaulan bebas + tak ada yg menegur, maka terjadi la perkara2 yg kita bleh tengok dgn mata kita sendiri..

yg dulunya anti-couple, skrg dah berani membonceng wanita..

yg dulunya sekolah maahad, skrg couple. dgn non-muslim pulak tuh..

lihat..

betapa besarnya pengaruh wanita dalam diri seorang lelaki.

jadinya di sini wahai ukhtiku,

sama2 kita menjaga diri kita agar tdk menjadi fitnah bg kaum adam


bingkisan di bwh ini ana copy dr iLuvislam..
hayati....
kalu boleh, jgn tinggal walaupn sebaris..



MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.

MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.

MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi.

MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerna dirimu telah rosak dibinasakan.


MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan


akhirul kalam,
segala kebaikan itu datang drpd Allah swt
dan segala kelemahan juga dtg drpd Allah swt ttp disandarkan pd diri ana yg lemah ini
wallahu'alam

syukran krn sudi membca..


-mendambacintaAgung-

12 June, 2009

nasiHat bUat MuslimaT

Assalmualaikum wbt to all visitors..


Secebebis nasihat untuk wanita.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Untuk membentuk bibir yang menawan,
Ucapkan kata2 kebaikan
Untuk mendapatkan mata yg indah,
Carilah kebaikan pada setiap orang yg anda jumpai

Untuk medapatkan bentuk badan yg langsing,
Berkongsilah makanan dengan orang yg kelaparan
Untuk mendapatkan rambut indah,
Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirkannya dgn jemarinya setiap hari

Untuk mendapatkan susuk tunuh yg indah,
Berjalanlah dgn segala ilmu pengetahuan,
Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian

Manusia jauh melebih segala ciptaan yang lain,
Perlu sentiasa berubah, diperbaharui , dibentuk kembali dan diampuni.
Jadi, jgn pernah ketepikan seseorang di hati anda.

Apabila anda sudah melakukan semuanya itu,
Ingatlah sentiasa
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,
Akan sentiasa ada tangan terhulur.


Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri
Telah diberi dua tangan,
Satu untuk menolong diri anda sendiri,
Dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yg dikenakannya,
Bukan pada bentuk tubuhny,
Atau cara di menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya,
Cara dia memandang dunia
Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di persada cinta dapat berkembang.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kecantikan wanita,
Bukan pada kehalusan wajahnya,
Tetapi kecantikan yg murni terpancar pd jiwanya,
Yg dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yg dia berikan
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

tiGa PertanYaAn

Tuhan itu ada.

Ada seorang pemuda yg lama bersekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kpd orang tuanya utk mncari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya org tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorg kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa enjawab pertanyaan2 saya?
Kiyai: Saya hamba Allah swt dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Professor dan ramai orang yg pintar tidak mampu menjawab pertanyaan sy.
Kiyai: Sy akan mencuba sejauh kemampuan sy.
Pemuda: Sya ada 3 pertanyaan. Pertamanya, kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kpd sy. Kedua, apakah yg dinamakan takdir. Ketiga, kalau syaitan diciptakn daripada api, tentu tidak meyakitkan buat syaitan. Sebab mrk memiliki unsur yg sama. Apakah Tuhan tdk prnh berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda: (sambil menahan sakit) Kenpa anda mrh kpd sy?
Kiyai: Saya tdk mrh..Tamparan itu adlah jwpn sy atas 3 prtanyaan yg anda ajukan kpd sy.
Pemuda: Sy sungguh2 tdk mengerti.
Kiyai: Bagaimana rasanya tmparan sy?
Pemuda: Tentu saja menyakitkan!
Kiyai: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai: Tunjukkan pd sy wujud sakit itu!
Pemuda: Sy tidak boleh.
Kiyai: Itulah jwpn pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya. Skrg sy mahu tanya, adakh td malam anda bermimpi akan ditampar oleh sy?
Pemuda: Tidak.
Kiyai: Itulah dinamakan takdir. Terbuat daripada apa yg sy gunakan untk menampar sy?
Pemuda: Kulit.
Kiyai Terbuat daripd apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan sy.
Pemuda:Sakit
Kiyai: Walaupun syaitan dijadikan daripd api dan neraka juga terbuat drpd api., jika Tuhan menkehendaki maka neraka akan menjd tmpt yg menyakitkan untk syaitan.


assalamualaikum wbt..

maybe ada antara antum yg pernah dgr cerita ni, juz untuk ingatkan balik.

-mendambacintaAgung_

05 June, 2009

DenGki?

Assalamualaikum..

Penyakit rohani kerap kali melanda masyarakat dan tidak ketinggalan kepada para pendakwah. Di kesempatan ini, ana ingin kongsikan satu penyakit hati atau penyakt rohani yang sangat bahaya iaitu DENGKI.

Hasad dengki adalah satu daripada peyakit rohani yang ada dalam diri seseorang manusia. tidak ada seorang manusia pun di akhir zaman ini yang terlepas daripada rasa dengki ni even para da'ie itu sendiri.

bercakap soal dengki-mendengki ni, antum tahu apa maknanya dengki itu? Hasad dengki itu boleh ditakrifkan sebagai satu sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yg diperoleh orang lain dan atas sebab itu, seseorang yg berhasad dengki ni berusaha untk menghilangkan kenikmatan itu agar berpindah ke tangannya sendiri.

Dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan, busuk hati dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain. Sperti yang kita tahu, agama kita sendiri iaitu Islam mencela sifat ini kerana ianya boleh membinasakan diri.

Firman Allah swt:

maksudnya: "Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah berikan kepada mereka daripada kurniaNya?"
(4:54)

Sabda Rasulullah saw pula,

mafhumnya: "Yang paling aku takuti daripada apa yang aku takuti pada umatku adalah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka berdengki-dengkian dan berbunuh-bunuhan."
( HR Ibnu Abid Dunya daripada Abi Amir al-Asy'ari)


Orang yang suka berhasad dengki itu sebenarnya berasa tertekan dan terseksa batinnya, seakan-akan dia tidak mendapat rahmat sama sekali sehingga dalam batinnya terasa berperang melawan musuh yang tidak kelihatan. Oleh itu, orang yang bersifat dengki jiwanya selalu berasa serba kekurangan dengan segala yang dimilikinya. Orang yang menaruh perasaan perasaan degki terhadap oarang lain tidak menyedari bahawa Allah amat tidak menyukainya.

Firman Allah swt:

maksudya:"Adakah orang yang di dalam hatinya penyakit (kekafiran) mengira bahawa Allah tidak akan melahirkan kedengkian hati mereka?"
(7:29)

Sabda Rasulullah saw,

mafhumnya: " Janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah marah-memarahi, janganlah tambah-menambah pada jual beli dan janganlah belakang-membelakangi serta janganlah mengumpul satu sama lain. Kamu semua ialah hamba Allah yang bersaudar"
(HR Bukhari dan Muslim)

Untuk pengetahuan antum, dalam Islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap org lain hanya dlm 2 perkara shj iaitu:

-terhdp ilmu
-trhdp harta kekayaan yg dimiliknya.

Sabda Rasulullah saw:

mafhumnya:"Tidak ada dengki selain drpd 2 hal iaitu orang yang diberkan harta oleh Allah lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkannya kepada manusia"
(HR Bukhari dan Muslim drpd Ibnu Umar)

PunCa tiMbulnYa peRasaAn DengKi

1) disebabkan adanya rasa kebencian terhadap orang lain.
- pndpt ana, ini yg main factor kenapa adanya rasa dengki kat seseorang. cuba check diri kita. tiba2 shj kita benci kat seseorang padahal orang tu tak ada buat salah apa2 pun kat kita. Bila check balik, daripda sini rupanya perasaan dengki itu dtg..

2) berasakan orang lain yg melebihi dirinya dlm apa2 shj keadaan seperti kekayaan, kecantikkan, study..
- yg ini macam tak redho kpd ketentuan Allah swt telah menentukan rezeki masing2. bila kita tak dapat something yg ada pada orang lain, mulalah nk dengki. kita patut sedar dan ingat balik firman Allah swt:

maksudnya:".....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu...
(2:216)

3) hatinya keras dan enggan melakukan kebaikan kpd manusia.

aKibaT haSaD DenGki

a) menurut ulama:

# merosak ketaatan
# mendorong membuat derhaka
# menghalangi daripada mendapat syafaat
# masuk neraka
# melaksanakan sesuatu yg membahayakan orang lain.
# sentiasa dalam keadaan berdosa
# hatinya tertutup daripada memahami hukum Allah
# tidak tercapai cita-citanya.

b) merosak amal kebajikan. seperti sabda Rasulullah saw:

mafhumnya:"Jauhilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu memakan amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu"
(HR Abi Daud drpd Abi Hurairah)

c) mendatangkan tujuh perbuatan tercela.
menurut Imam Al-Ghazali, perasaan hasad dengki seseorang itu akan mendatangkan tujuh perbuatan yang amat tercela dan merosakkan diri sendiri iaitu:

* suka kepada permusuhan
* perasaan kemuliaan diri.
* takbur.
* mengangumi diri sendiri.
* takut hilang cita2 yg diingini hilang.
* suka menjd ketua
* jiwanya jahat an kikir.

cuba kite check diri kita sendiri. ada tak walau 1 drpd perkara2 di atas???....

d) mendapat 5 jenis bencana

menurut al-Faqih Abu Laith Samarqandi, org yang berhasad dengki akan ditimpa bencana semasa hidup di dunia, iaitu:

> hatinya selalu resah dan tidak tenteram
> ditimpa bala atau cubaan yg tiada pahala baginya. ( tak ke rugi 2?)
> perbuatannya seburuk-buruk celaan
> dimurkai Allah swt.
> tidak mendapat taufik daripada Allah swt.

khalifah Muawiyah pernah brpesan kpd anknya:

"Hai anakku, awasi diri, lenyapkan rasa dengki sebab akibatnya akan membahayakan diri kamu secara nyata sebelum dinyatakan pada musuh-musuhmu"

RaWataN peRbuaTan HasaD DengKi.


a. menguatkan imann dan takwa serta mensyukuri segala nikmat Allah.

b. membersihkan diri dengan mengerjakan amal salih dan bertaubat kepada Allah swt.

c. Awasi diri (muraqabah) dengan merasakan bahawa rasa hasad dengki itu boleh merosakkan diri dan amal kebajikan

d. sentiasa tekun berusaha mencari rezeki yg halal yg tekah disediakan oleh Allah.

e. bersikap baik sangka terhadap orang lain dlm setiap tindakan atau urusan.

f. sentiasa mengeratkan tali silaturahim & saling tolong-menolong antara 1 sama lain dlm perkara kebajikan. (yg ni pun penting. even kita benci seseorang tu, bila kita tolong dgn hati terbuka n ikhlas, insyaAllah akan membantu..)

g. sentiasa menjaga perbuatan dan percakapan daripada menyinggung hati dan perasaan orang lain.

h. mengamalkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati sesama manusia.


Cukup menjadi peringatan kpd umat ISlam bahawa memiliki sifat hasad dengki akan mendatangkn kerugian besar dan merosakkan iman dan peribadi.


KesiMpuLaN..

kalau kita sejarah silam pun, kerajaan Islam jatuh juga krn salah 1 faktornya adanya peasaan hasad dengki dalam kalangan pembesar2 istana sehingga berlakunya pemberontakan yg seterusnya menjatuhkan umat Islam itu sendiri.

nak tengOk contoh tak payah pergi jauh2. tgok diri kita sendiri. pernah tak kita benci orang tanpa sebab? padahal org tu tak buat salah pun kat kita..mkin kita benci yg seterusnya boleh menjerumuskan diri dlm sifat dengki sbb orang 2 dapat something yg kita tak dapat..tp kita kena ingat, Allah itu Maha Adil. Allah tak bagi nikmat tu mgkin sbb tak nak kita lalai.

kepada mereka2 yg berada dlm saf dakwah, marilah sama2 kita bermujahadah untuk menghilangkan penyakit rohani ni drpd diri kita. krn jika kita bermujahadah, kita dikira berjihad. cuba antum hayati ayat AlQuran ini:

maksudnya:"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."

(29:69)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



semoga posting kali ni dpt membantu diri kita semua untuk terus berjuang dgn hati yg bersih. Sungguh, tujuan ana 2lis artikel ni untuk kita sama2 muhasabah diri kita balik. as a dai'e, nk mengajak orang kena ikhlas dan bukannya untuk dapat pujian.
sesungguhnya pujian 2 hanya merosakkan amalan kita semata-mata. Selamat bermujahadah dalam saf dakwah!

ma'assalamah wa ilalliqa'

-mendambacintaAgung-

03 June, 2009

KunJunGan tEtamU..

Assalamualaikum..
khaifa halukum?
Alhamdulillah, ana masih dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk kita semua jumpa lagi. actually post kali ni ana tragak-agak untuk 2lis. sbbnya ana sendiri kadang2 lupa akan apa yg ana bakal 2lis ni. ana cuba untuk tak jadi manusia yg Allah swt telah sebut dalam surah As-saff, ayt 2,

"wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"

suruh orang buat kebaikan ttapi ana sendiri tak buat..weekend leps, something happened yang meyebabkn ana nk sangat kongsi pengisian ni.

moga post kali ni, kita jadikan satu muhasabah 2k diri kita yang hina ni..


bismillahirrahmannirrahim..


betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali..Andainya manusia sedar hakikat trsebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Sebuah hadis Nabi saw ang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:"Alangkah hairanya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutuskan oleh Allah swt untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang2 yang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tdak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mareka sentisa meneliti hadis-hadis nabi saw yang menjelaskan mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malakat maut.

Meskipun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tiak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan kenyakinan iman dan ilmu.

Allah swt menjdikan sebab2 kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi saw yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh mahluk-makhluk bernyawa kerana di antara mereka termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah swt iaitu para Rasul, nabi2, wali2 dan orang2 soleh.

Selain itu juga, malaikat maut megadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam as, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita kerana kehilangan sanaksaudara dan orang2 yang tersayang dalam kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah swt berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oeh keturunan Adam as. sehingga keturunan Adam as itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab2 yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian,mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana penyakit ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan Malaikat Maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu, Izrail tak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutuskan oleh Allah swt pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun hakikatnya, ajal itu telah ditetapkan Allah swt. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah swt bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah swt yang menjalanan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya. Firman Allah swt:

"Tiap2 umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapt mengundurnya arang sesaatpun dan tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula dapat mempercepatkannya" (surah al-a'raf:34)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



last weekend, mak saudara ana baru dijempu Allah swt disebabkan sakit yang tenat. Fisrt time ana dengar sendiri bagaimana talkin dibacakan...bagaimana jenazah disolatkan..

moga Allah swt meletakkan arwah dikalangan hambayNya yang soleh dan solehah, dicucuri rahmat setingi-tingginya..

amin Ya Rabb..
amin Ya Allah..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

01 June, 2009

nOvEl VT



Assalamualaikum,

alhamdulillah, we meet again.
juz want 2 share da novel dat I bought at pesta bku last month..

erm baru nak share walaupun dah lama habis..
memang best dan menepati citerasa ana...
V.T...




tu tajuk buku tu...
cite memang best..pasal bola tampar..
tapi ape yang paling ana ske..cara Saiful untuk berdakwah dan membina semangat serta ukhuwah dalam diri pemain2 bola tampar tu sendiri...
secara tak langsung, bg idea kat kita semua mcm mana nak mengajak orang lain ke arah kebaikan..
memang watak utama novel ni- coach Husam, betul2 sabar terhadap ank2 buah dia.
at last, MATRI jadi juara bola tampar untuk tahun 2008.


novel ni pun ada diselitkan ayat2 ALQURAN, kata2 semangat untuk para dai'e
dan sangat2 la suspen novel ni. lg2 masa tengah lawan dgn SSNP.
ana tak pandai nak ulas buku ni..tapi kalu nak bagi bintang..tak de lansung..ana bagi matahari terus. =)
ni antara phrase yg ana suka dalam novel ni

tapi ni yang paling ana suka...

"Kita berusaha sahaja,Allah swt yang akan memberi natijah. Selepas kita berusaha, apa sahaja natijah yang Allah berikan itu adalah yang terbaik untuk kita"
-Saiful-

Ni nasyid Avant Grade..

Berjuang menempuh susah
Menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid
Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia diuzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasul-Nya
Berjuang tidak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenag tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagai singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid
atau menang....




harap novel dapat meningkatkn cinta serta semangat kita untuk berjuang.

-mendambacintaAgung-