Bismillahirrahmanirrohim
Belakangan ini, hati
sedih dan sebak. Sedih dan sebak yang sesungguhnya. Baiknya Allah, sudi menegur
diri diri di saat hati makin lalai mengingatinya.
Kembali muhasabah apabila
menerima berita pemergian abang kepda seorang akhawat UniSZA hari khamis yang
lepas.
Sedih dan sebak yang
teramat kerana diri juga pernah rasa erti kehilangan itu.
Report praktikal
terbengkalai..
Sebak di hati hanya Allah
yang mengetahui..
Rasa di hati hanya pada
Allah diserahkan
Terasa ingin terbang ke
sisi akhawat itu saat itu juga tapi apakan daya diri kerana terikat dengan
tanggungjawab yang lebih memerlukan focus. Tiada yang mampu diberi melainkan
kata-kata semangat dan doa buat beliau sekeluarga walaupun panggilan telefon
terputus di tengah jalan.
Mendengar suaranya yang
lemah, cukup membuat hati ini sayu. Hati mana yang tak sedih bila kehilangan
orang yang disayangi. Terlebih lagilah sedih apabila kenduri kahwin bertukar
menjadi kenduri tahli. Pasti ada HIKMAH!
Dulu dan hingga saat ini,
sering dipohon kepada Allah swt, agar dipelihara kenangan bersama arwah abang
sebagai satu tanda yang diri pernah punyai seorang abang yang baik hati. Tiada
yang diharapkan agar semuanya dirahmati Allah kerana apalah erti semuanya andai
tanpa redha Allah Taala.
Focus di medan rumah kini
harus diraih dan dikuatkan. Yang lepas biar lepas..kerana masakan sesuatu itu
terjadi dengan sia-sia. Allah itu sentiasa ada, yakinlah! Letakkanlah
setinggi-tinggi harapan pada Yang Esa kerana Dialah yang Menguasai
segala-galanya.
Bila kita taqarrub pada
Allah, ketahuilah Allah itu sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita.
Moga masih dipanjang umur
dan dikurnikan rezeki untuk berjumpa. Kalau tak di dunia, insyaAllah, di syurga
kelak.
Cukuplah siroh, ahlul
bait dan kisah pada sahabt menguatkan diri ini kembali.
Rasulullah saw kehilangan
Saidatina Khadijah dan Abu Talib pada tahun yang sama. Pergi ke Taif dengan
harapan dapat berdakwah sekaligus mententeram hati yang gundah. Tapi tidak pula
bersedih berlebihan sehingga menjadi tidak focus dan futur apabila dakwahnya
tak bersambut dan diri Baginda sendiri luka dengan teruk.
Saidina Abu Bakar dan
Saidina Umar sendiri tidak pula meninggalkan perjuangan Rasulullah saw apabila
Baginda wafat dijemput Allah yang Esa.
Tidak pula Saidatina
Zainab, cucu Rasulullah saw putus asa bahkan lagi bertambah semangat apabila
melihat abangnya, Saidina Hussin dibunuh di Karbala depan mata kepalanya
sendiri. Bahkan dengan semangat jiddiyah (bersungguh-sungguh), Saidatina Zainab
bangkit meneruskan datuknya, Rasulullah saw.
Mereka- generasi awal
Islam sangat meredhai ujian yang diberi oleh Allah swt. Kerana mereka tahu:
" Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar dijihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu" (47:31)
Hati mereka tahu, semakin
Allah sayang, semakin Allah akan uji. Kerana tidaklah berada di sisi Allah itu
melainkan mereka-mereka yang hebat saja.
Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti! Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu.Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..
SIBUKKANLAH DIRI MU. BERIBADAHLAH SEHINGGA KAU LETIH UNTUK MERASA SEDIH. GEMBIRAKANLAH HATI MU DENGAN MENGGEMBIRAKAN ORANG LAIN. CARILAH PELUANG KEBAJIKAN DAN KEBAIKAN YANG BERTABURAN. BILA SESEKALI KESEDIHAN DATANG TANPA DIUNDANG, BERWUDUK DAN BACALAH AL QURAN. DIRIKANLAH SOLAT, SESUNGGUHNYA SOLAT ITU SATU KEREHATAN. BEGITULAH SETIAP KALI RASULULLAH SAW BILA TERASA GUNDAH… DIADUKAN KESEDIHAN KEPADA ALLAH.
Buat
ukhti nurul hanan binti jasmin, moga diteguhkan hati, dikuatkan semangat dan
dikurniakan kesihatan yang terbaik. Dimurahkan rezeki dan dipanjang umur,
berjumpalah kita bulan 9 nanti. Moga pengalaman yang sama ini, mengeratkan lagi
ukhuwah kita dan menjadi asbab untuk kita mendapat naungan Allah di akhirat
kelak. Fi hifzillah..
No comments:
Post a Comment