Alhamdulillah, Allah swt masih lagi memberi ruang dan peluang untuk membuat post ini. Semalam baru selesai final test untuk sem ini-nutrition dan malamnya pula sempat hadir ke program fakuliti. Minggu depan last lecture and a week after that, study week and then terus final exam. Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan kepada Pencipta alam sebab minggu ini banyak hari yang tak ada lecture.
InsyaAllah masa terluang ini akan digunakan sebaiknya untuk meyiapkan 4 report, 2 presentation dan sebagainya. Dan pagi ini lagi sekali diberikan kesempatan untuk ziarah seorang sahabat blogger- zulaikha dan sangat tertarik dengan post beliau. Antaranya post yang menceritakan tentang kisah cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah pada malam perkahwinan mereka. Sungguh bila belajar siroh ini, banyak benda yang boleh dijadikan iktibar.
"Tahukah kau, wahai Ali, aku suka kepada seorang lelaki ini sudah sekian lama. Tetapi, aku tidak berani menyatakan perasaan aku kepadanya. Maka, aku hanya mampu simpan perasaan ini diam-diam,"
"Jadi apakah sekarang kau menyesal berkahwin denganku?" (waktu itu wajah Ali merah padam)
"Tidak. Kerana lelaki itu adalah engkau." Fatimah tersenyum gembira.
Wallahu'alam.
jangan sampai kita menjadi pencuri iman 'dia' tanpa kita sedari
Kita lihat, Saidatina Fatimah hanya menyukai Saidina Ali dalam diam. Alhamdulillah, berkat kesabaran Fatimah, akhirnya dia mendapat jejaka hebat seperti Ali. Malah, dia tak pernah merungut atau mengungkit kesusahan yang mereka alami walaupun Fatimah boleh saja meminta pertolongan daripada ayahandanya, Rasulullah s.a.w. Kekurangan mereka diredhai, kelebihan Ali disyukuri. Subhanallah..
Maka, cintailah dalam hening,
Agar jika memang bukan dia yang ditakdirk untukmu,
Maka cukuplah Allah dan kau yang tahu segala rasamu,
Agar kesucianmu tetap terjaga,
Agar keanggunanmu tetap terbias
Mahukah kita juga menjadi seperti Ali dan Fatimah? Cinta mereka berdua diredhai Yang Maha Esa dan diikat kuat dengan ikatan perkahwinan yang halal. Mahukah kita bersabar seperti Fatimah? Yang mencintai dalam diam? Yang tidak mezahirkan cinta pada yang tidak sepatutnya. insyaAllah, peringatan untuk diri juga.
Sungguh, kekuatan untuk menjaga diri semuanya datang dari Allah swt. Kepada Dia jugalah kita memohon. Kita berdoa. Kerana Dialah yang mengawal hati-hati kita.
Zulaikha said in her post:
Wanna share something I got from a book I've read (again!). Maybe you'd've guessed already the title.
"I took a step back because I felt that I wasn't good enough for you."
"Minn, I love you the way you're today, nonetheless before."
"I wanted fate to fare you better."
"Fate is faring me best with you by my side."
"I'm not perfect."
"So do I."
"I'm still adjusting with the new me."
"We'll get through it together."
"We've never had anything to do with each other before."
"We'll start from step one."
"We need time to work things out."
"We have forever."
Enough said. Each of them both sacrifices pretty much to gain Allah's blessings. And now Allah's bless is with them once they are tied together in the name of MARRIAGE. Hlovate's indeed done her scripts well.
She manages to send a message to her readers (especially me) that, in order to get love which is (insyaALLAH) blessed by Him, then we must strive hard to be a person whom is liked by Him, do whatever we are told to do by Him and leave out anything which He dislikes. No wonder, Khadijah got a person as great as Muhammad saw. And Fatimah-Ali. And Yusuf-Zulaikha.
Suka itu fitrah. Jangan biar fitrah menjadi fitnah. Biar fitrah menjadi barakah. InsyaALLAH, we'll get our reward one day. A special one. Trust HIM.
Baca Al-quran
Dirikan tahajud
Istigfar
Selawat
Puasa
Sedekah
Al-ma’thurat.
"Wazakkir faiinna zikraa tanfau'u mukmin" "Dan berilah peringatan,kerana sesungguh peringatan itu bermanfaat buat orang mukmin"[51:55]
6 comments:
thankss.... post ni sangat bermakna ukhti. gud luck for the final exam. Allah bless u. =D
salam zirah, ukhti :)
Alhamdulillah, jazakillah jiddan sudi share apa yg ditulis dlm blog saya.
saya juga tertarik dengan kata-kata ukhti yang diselitkan dlm post ini.
syukur, moga saling menjaga hati dan iman. insyaALLAH,moga kita mendapat cintanya setelah beroleh cinta-Nya.
^___^
bismillah,
kak hanyss> syukran atas doanya. poga ianya bermanfaat buat kita.
zulaikha> amin, juga buat peringatan diri saya. moga Allah kurniakan cintaNya pada kita yang hina ini.
dipanjatkan doa semoga mampu menjaga hati..Ujian dengan hati adalah sesuatu yang sukar dikawal tapi bukan sesuatu yang harus dibiar.."Bila datang ujian,berdoalah semoga Allah kuatkan semgt utk menhadapinya dan bukan berdoa supya Allah ringan kan ujian"...
dipanjatkan doa semoga mampu menjaga hati..Ujian dengan hati adalah sesuatu yang sukar dikawal tapi bukan sesuatu yang harus dibiar.."Bila datang ujian,berdoalah semoga Allah kuatkan semgt utk menhadapinya dan bukan berdoa supya Allah ringan kan ujian"...
Bersaksi cinta diatas cinta Dalam alunan tasbih ku ini Menerka hati yang tersembunyi Berteman dimalam sunyi penuh do'a Sebut nama Mu terukir merdu Tertulis dalam sajadah cinta Tetapkan pilihan sebagai teman Kekal abadi hingga akhir zaman Istikharah cinta memanggilku Memohon petunjukmu satu nama teman setia Naluriku berkata Dipenantian luahan rasa Teguh satu pilihan Pemenuh separuh nafasku Dalam mahabbah rindu diistikharah cinta..
http://www.youtube.com/watch?v=02Un1qeadsY
Post a Comment