01 January, 2011

Harus Diteruskan

Seiring waktu berlalu

Tangis tawa dinafasku

Hitam putih dihidupku

Jalan ditakdirku


Hidup, mana ada indah selalu. 3 minggu yang lepas banyak benda dilalui bersama. Apatah lagi sebelum 26 disember. Sibuk sampai kaki menjadi mangsa kesakitan. Tapi kini, sakit dan sibuk itu sudah menjadi kenangan yang dirindui. 10 disember, pulang ke kampung dan tidak dapat hadir ke reunion ke matrik.


Tiada satu tersembunyi

Tiada satu yang terlupa

Segala apa yang terjadi

Engkaulah saksi


Apa yang Allah beri, itu yang terbaik buat hamba-hambaNya. Yakinlah padaNya. Tetapi tanpa pemahaman tentang keyakinan itu, apakah kita mampu yakin dan redha atas segala ketetapanNya, sedangkan kita mengharapkan lebih dari apa yang diberi?


Kau Yang Maha Mendengar

Kau Yang Maha Melihat

Kau Yang Maha Pemaaf

PadaMu hati bertaubat


Kau Yang Maha Pengasih

Kau Yang Maha Penyayang

Kau Yang Maha Pelindung

PadaMu semua bergantung


Hakikatnya, begitulah sifat-sifatNya (seperti di atas). Dia sentiasa ada bersama setiap deru nafas hamba-hambaNya. Selalu memberi yang terbaik. Yakinlah. Bergantunglah padaNya.


Yang dicinta kan pergi

Yang didamba kan hilang

Hidup kan terus berjalan

Meski penuh dengan tangisan


'esok nak balik dah'. Tangan terus memotong bawang sebagai bahan untuk membuat jemput-jemput udang. Tatkala itu, lirik lagu diatas menyapa telinga.

'cinta pada keluarga takkan kekal' ukhti Aimi berbicara. Ku rinduinya. Harap segala urusannya dipermudahkan. Bukan mudah menjadi sepertinya. Namun, apa yang berlaku cukup mematangkan ukhti Aimi dalam menghadapi mehnah. Perjalanan ke pantai timur diteruskan walau hati berat meninggalkan mereka. Benar, cinta pada manusia kan hilang tapi akan bermakna andai mencintai mereka kerana Allah. Pasti dibalas dengan kebaikan. Yakinlah akan janjiNya.

'belajar elok-elok' dalam kereta menuju ke stesen putra, umi berpesan. Tika itu, Iman Muazzin, ukhti Aimi dan Ayu Maisarah menemani. Saat mahu menyalami tangan abah, abah sedang tidur dan tak sanggup rasanya mahu mengejutkan beliau. Tapi digagahi juga agar hati tidak terkilan kelak.


Andai bisaku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisaku kembali

Hapus semua pedih


Belajar dari pengalaman, will you? insyaAllah, moga ianya berguna untuk masa yang akan datang. Bila mana langkah perjuangan dimulai, saat itulah syaitan mula berbisik dan ujian kan datang. Ujian berkenaan ukhwah, dakwah, pelajaran, akhlak dan kadangkala homesick. Sabar itu susah, tetapi, itulah yang terbaik. Yakinlah dengan janjiNya. Kenangan itu, peliharalah dan ambil ibrah daripadanya.

Manusia selalu begini: bila sudah tiada, baru mahu menghargai. Allah swt menukar perasaan hamba-hambaNya hanya dalam sekelip mata. Tadi mungkin gembira, namun, sebentar lagi tak mustahil kita kan sedih. Tadi bersemangat, tapi tak mustahil sebentar lagi akan down. Hebatnya Yang Maha Segala itu.


Andai mungkin aku bisa

Kembali untuk segalanya

Tapi hidup tak kan bisa


Kenangan manis, kadangkala mahu ianya berulang kembali. Tak dinafikan, saya mula menyayangi keluarga dan sahabat kerana Allah apabila disapa tarbiayh. Besar kan impak tarbiyah itu? Duduk berjauhan dengan keluarga ini, menambahkan lagi kasih sayang saya pada mereka. Setakat ini, rasa excited untuk pulang ke universiti tak pernah menandingi rasa excited untuk pulang ke rumah. Padahal dua-dua destinati memberi saya rasa tanggungjawab untuk teruskan belajar meningkatkan thaqafah dan perjuangan dalam tarbiyah. Walau macam mana pun, keduanya memberi pengalaman yang baik dan berguna.

Moga hati lebih yakin dengan aturanNya.

Bila jumpa masalah, harus sengih. Mukmin itukan tenang selalu. Sebagai manusia biasa, mampukah kita?

3 comments:

bintu abudhar said...

ya,harus diteruskan..

Unknown said...

~`pelangi, pelangi~

wanitasyurgawi said...

Ssbar dan tabah adalah ubat segala ujian...
InsyaAllah...kita saling doa mendoakan agar Allag memberi kekuatan pada hati2 kita....
Ana jua sedang di uji tatkala ini...