11 November, 2010

Siroh: Abu Ubaidah bin Jarrah


"Sesungguhnya setiap ummat mempunyai orang kepercayaan dan sesungguhnya kepercayaan ummat ini adalah Abu 'Ubaidah ibnul Jarrah"

Abu Ubaidah bin Jarrah masuk Islam melalui Abu Bakar as-Siddiq di awal mula penyebaran dakwah Islam yakni sebelum Rasulullah saw menjadikan rumah Al-Arqam sebagai tempat dakwah. Ketika Abu Ubaidah berbai'at atau bersumpah setia kepada Rasulullah saw bahawa beliau akan berbakti kepada Islam, beliau sangat meyedari sepenuhnya apakah yang dimaksudkan dengan berjuang di jalan Allah. Semenjak itu, beliau tidak memperhatikan kepentingan diri dan masa depannya.

Melihat sikap serta cara hidupnya, maka Rasulullah saw mengelarkan Abu Ubaidah bin Jarrah sebagai orang kepercayaan umat dengan bersabda:

"orang kepercayaan ummat ini, Abu Ubaidah bin Jarrah"

Antara kisah Abu Ubaidah bin Jarrah yang kita boleh telusuri adalah seperti berikut:

Kisah 1:

Semasa tercetusnya perang Uhud, Abu Ubaidah bin Jarrah berjanji pada dirinya bahawa beliau mahu sentiasa bersama Rasulullah saw. Namun situasi pertempuran menyebabkan Abu Ubaidah bin Jarrah terpisah daripada Rasulullah saw akibat dikepung oleh kafir Quraisy. Kesempatan ini telah digunakan oleh pihak kafir Quraisy untuk mencederakan Baginda saw.

Maka, terlihatlah sebuah anak panah neluncur dari tangan seorang musyrik lalu mengenai Nabi saw. Melihat keadaan itu, pedang Abu Ubaidah bin Jarrah yang satu itu ibarat seratus pedang menghentam musuh-musuh Islam yang mengepungnya. Didapatinya darah suci Baginda saw mengalir dari mukanya dan dilihatnya Rasulullah saw menghapus darah dengan tangan kanannya, sambil bersabda:

"bagaimana mungkin berbahagia suatu kaum yang mencemari wajah nabi mereka, padahal ia menyerunya kepada Tuhan mereka"

Abu Ubaidah bin Jarrah melihat dua buah mata rantai baju besi penutup kepala Rasulullah saw menancap didua belah pipinya. Hati Abu ubaidah bin Jarrah tidak dapat menahan kesedihan lagi. Beliau segera mengigit salah satu mata rantai itu dengan gigi manisnya lalu menariknya dengan kuat dari pipi Rasulullah saw hingga tercabut keluar tetapi bersamaan itu jugalah tercabut gigi manis Abu Ubaidah. Lalu ditariknya pula mata rantai yang kedua dan tercabut jugalah bersamanya gigi manis Abu Ubaidah yang kedua.

Kisah 2:

Suatu hari, datang perutusan Najran dari Yaman menyatakan keislaman mereka dan meminta izin untuk dikirimkan seorang yang alim untuk mengajarkan mereka tentang Al-Quran, As-sunnah dan seluk-beluk agama Islam. Maka Rasulullah saw bersabda:

"baiklah, akan saya kirim bersama tuan-tuan seorang yang terpecaya, benar-benar terpecaya..benar-benar terpecaya..benar-benar terpecaya..!"

Mendengar kata-kata Nabi Muhammad saw itu, para sahabat mengharapkan agar diri mereka dipilih sebagai wakil untuk mengajarkan Islam ke Yaman. Umar bin Khattab menceritakan peristiwa itu sebagai berikut:

"aku tidak pernah berangan-angan menjadi amir, tetapi ketika itu aku tertarik oleh ucapan Baginda saw dan mengharapkan yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw itu adalah aku. Aku cepat-cepat berangkat untuk solat dhuhur. Dan tatkala Rasulullah saw selesai mengimami kami solat dhuhur baginda memberi salam lalu menoleh ke sebelah kanan dan ke kiri. Maka saya pun menghulurkan badan agar kelihatan oleh baginda Rasulullah. Tetapi Baginda masih juga melayangkan pandangannya mencari-cari hingga akhirnya tampaklah Abu Ubaidah. Maka dipanggilnya lalu bersabda: Pergilah berangkat bersama mereka dan selesaikanlah apabila terjadi perselisihan di anatara mereka dengan haq…!"

Maka Abu Ubaidah bin Jarrah pun berangakat sebagai wakil ke Yaman untuk mengajar perihal Islam seperti yang diminta oleh perutusan Najran.

Dengan peristiwa ini bukannya bererti hanya Abu Ubaidah saja yang menjadi sahabat yang dipercayai oleh Rasulullah saw. Tetapi mahu digambarkan betapa beruntungnya beliau memperoleh kepercayaan dan tugas yang mulia itu. Disamping itu Abu Ubaidah bin Jarrah adalah salah seorang atau mungkin juga satu-satunya orang pada masa itu yang berprofesi sebagai dai'e.

Kisah 3:

Semasa pemerintahan Amirul Mukminin Umar, beliau telah mengumunkan agar Abu Ubaidah bin Jarrah sebagai pemimpin tentera Islam menggantikan Khalid Al-Walid. Abu Ubaidah bin Jarrah menerima arahan dan meminta agar berita itu didiamkan daripada pengetahuan umum. Abu Ubaidah mendiamkannya dengan tujuan baik, zuhud dan bijaksana lagi percaya sementara menunggu selesainya panglima Khalid merebut kemenangan yang besar.

Setalah itu barulah dikhabarkan berita perlantikannya sebagai pemimpin tentera Islam yang baru kepada Khaldi al-Walid. Ketika Khaldi al-Walid bertanya kepadanya:

"Semoga Allah memberi anda rahmat, wahai Abu Ubaidah! Apa sebabnya anda tidak menyampaikan kepadaku di waktu datangnya berita ini?"

Maka ujar kepercayaan ummat itu: "Saya tidak ingin mematahkan ujung tombak anda, dan bukan kekuasaan dunia yang kita tuju, dan bukan pula untuk dunia kita beramal! Kita semua bersaudara kerana Allah..!"

Kewafatan Abu Ubaidah bin Jarrah

Ketika datang berita meninggalnya Abu Ubaidah bin Jarrah, maka terpejamlah kedua pelupuk mata Amirul Mukminun Umar yang telah digenangi air. Dipohonkan rahmat Allah swt untuk sahabatnya itu. Terbayang kenangan-kenangan lamanya bersama Almarhum ra dengan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.


No comments: