07 February, 2010

Aku Rela

bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum wbt

Posting kali ni just nak kongsi satu lagu ni yang ana mula2 dengar memang tak dapat nak hayati. Tajuk lagunya ~ Aku Rela

Lagu Aku Rela sebenarnya ditulis sendiri oleh Dr.Maza- Dr Mohd Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis. Lagu yang tercipta hasil luahan hati dirinya yang juga seorang ulamak yang kadang kala kebenaran yang diluahkan, tak menyebelahi diri dan disalah tafsir oleh masyrakat.

Kalau kita tengok sendiri dah tahu bagaimana Dr Maza hadapi tohaman masyarakat. Beliau tetap rela dirinya menjadi sasaran celaan dan sindiran kerana cinta kepada agama. Memang sangat mendalam makna lagu ini pada siapa yang pernah merasai tohmahan atau ejekan bilamana diri kita cuba megutarakan fakta kebenaran. Contohnya…

‘eleh kau macam baik sangat nak tegur-tegur aku ni..’
‘daripada kau tegur aku, baik kau cermin diri kau dulu..”
‘wei..ustazah lalu..’
‘kau ni macam ustaz la pulak nak ceramah-ceramh kat orang..’
‘mak oi..labuh giler tudung dia..’

Kadang2 kita sampai menangis disebabkan ejekan2 itu. Tapi, ALLAH kan ada. Yakinlah bahawa, segores luka di jalan Allah inilah akan menjadi saksi pengorbanan kita di akhirat kelak. Kalaupun kita nampak syurga itu, nescaya kita akan berlumba-lumba untuk mengangkat agamaNya. Tapi kita sebagai seorang Muslim yang beriman kepada perkara2 ghaib, tak kan tak nak percaya bahawa syurga dan neraka itu ada.

Firman Allah swt:

“Sungguh, orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.”
(44:51)

Dan Allah swt lah tempat kita mengadu segala-galanya. Dia sangat Mendengar dan Melihat kondisi hamba-hambaNya.

“Dia (Yaakub) menjawab, ‘Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.”
(12:86)

Di bawah ini, ana sertakan lirik lagu Aku Rela-Algebra.


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

Dan didoakan agar kita semua terus istiqomah dalam meneruskan perjuangan kenabian ini kerana kita adalah generasi ghorib yang cintakan tarbiyah. Diingatkan pada diri ana, selaku yang menulis entry ini agar tidak hipokrit dalam menasihati orang tapi diri sendiri tidak buat apa yang disarankan kepada orang lain.

‘wahai Tuhan yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hati kami dalam agama kami, dan ketaatan kepadamu dan berjihad fisabilillah”

~mendambacintaagung~

4 comments:

adeq said...

salam..

lagu pro-M nasioanal nhe ukht..

meh join ana..

sertai kami PRO-M NASIONAL..

-dari mahasiswa untuk mahasiswa-

sherasan said...

salam..
mau join bgaimanakah?

adeq said...

hehe..pro-M utm kan ada..ehem..untuk pencerahan t kita bersemuka..tp gerak kije kita yang utama di lupa jangan..itu manhaj mereka..(faham x)..

sherasan said...

insyaAllah..
kot la paham..
xpe, nanti ana cntct anti.
jazakillah a'la kulli hal