“Selamat menyelami dunia kesufian, ukhti^^”
Dia menghulurkan kitab tebal berwarna hijau di depan pintu
bilik.
“Eh, tak masuk dulu?”
“Tak mengapa, ana nak ke surau. Jaga baik-baik kitab
kecintaan ana ni na”.
“InsyaAllah, I will”
Syarah al-Hikam
Dia membelek kitab di tangannya. Kitab itu bertajuk Syarah
al-Hikam, jilid 2, dikeluarkan oleh syarikat Telaga Biru dan diterjemah dan
disyarah oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Penulis sebenar ialah Imam
Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin ‘Atha’illah as-Sakandari.
Membaca isi kandungannya sahaja sudah terasa jiwa kesufian
meresap ke jiwa. Antara tajuk isi kandungannya ialah:
11)
Sebagai ganjaran Allah swt kepadamu atas
ketaatanmu, cukuplah redha Allah.
22)
Apabila Allah swt memberi kurnia kepadamu, Dia
menjadikan kamu menyaksikan kebaikanNya.
33)
Janganlah kamu menuntut dan mendesak Tuhanmu
dengan sebab kelewatan.
44)
Allah swt menyuruhmu di dunia ini supaya
melihat, merenung dan berfikir.
55)
Allah swt telah mengetahui tentang dirimu bahawa
kamu tidak akan bersabar.
66)
Jadilah orang yang bergantung kepada sifat-sifat
ketuhanan Allh swt dan mentahkikkan.
77)
Kamu lebih memerlukan sifat lemah lembut Allah
swt semasa kamu taat kepadaNya.
88)
Kamu tidaklah ditemani kecuali oleh Tuhan yang
menemanimu, dalam keadaan Dia Maha Mengetahui tentang segala keaibanmu.
99)
Sekiranya cahaya keyakinan telah terpancar
untukmu, nescaya kamu nampak akhirat itu.
110)
Apabila orang yang beriman (dengan keimanan yang
sempurna) dipuji, dia rasa malu kepada Tuhanmu.
111)
Apabila golongan ahli zuhud dipuji, mereka
berdukacita dan susah hati.
112)
Keinginanmu agar makhluk mengetahui
keistimewaanmu adalah bukti ketiadaan sifat benar.
113)
Hilangkanlah (daripada hatimu) pandangan makhluk
kepadamu, dengan (cara kamu berpada dengan pandangan Tuhan.
114)
Sesiapa yang benar-benar mengenali Tuhan Yang
Maha Haq akan menyaksikanNya pada setiap sesuatu.
115)
Hanya kepada kehendak Allah swt jua setiap
sesuatu (daripada segala makhluk ini) bersandar dan bergantung.
Pada saya, para pendukung risalah lah yang lebih-lebih lagi
perlukan sifat sufi dan zuhud ini. Tapi pada masa yang sama, merekalah yang
berani dan berjiwa syabab. Tak ke osem namanya tu?
No comments:
Post a Comment