Dia duduk di atas pasir. Menemani sahabat.
“Saya penat”, ujar sahabat yang galau hatinya. Masing-masing
masih tidak mahu mengalihkan mata daripada melihat laut yang terbentang luas.
Mendamaikan.
Sebelum memberi nasihat, tangan kanannya memegang kejap bahu
sahabat. Ditariknya sahabat dalam pelukan.
Erat.
Agar sahabatnya tak rasa keseorangan. Agar sahabatnya rasa,
ada yang menyayanginya.
“Kita memang akan penat bila kita kejar manusia.”
Sahabat melentokkan kepala ke bahunya.
Terasa kebersamaan.
“Tahu tak, Allah itu cemburu melihat hamba-hambaNya yang
mengetepikannya. Kenapa mencari manusia di kala susah? Mengapa manusia yang
pertama sekali dicari dan bukannya Allah? Sedangkan Dia yang menciptakan kita,
maka selayaknya Dia yang pertama kita rujuk.”
Nafas berat terkeluh jua.
Masing-masing merenung pantai. Seakan memikirkan ayat tadi.
Sahabat yang diam dari tadi bersuara.
“Kamu, saya teringin nak beruzlah. Saya teringin nak rasa:
cukuplah Allah bagiku. Saya nak kuat macam dulu..saya dah penat.”
Dia tersenyum. Hakikatnya, itu jualah yang dirasa. Teringin
mahu beruzlah agar rindu dan cinta kepada Pencipta segar kembali.
“Jom sahabatku. Moga kepenatan kita terubat. Bila Dia teguh
di hati, dunia ini hanya remeh dan sangat sia-sia”
Sahabatnya menambah,
“Tapi selain kasih sayang Allah, kita juga perlukan manusia
atau lebih tepat lagi… kita perlukan akhawat. Kalau tak, tak wujudlah
ukhuwah..tak wujudlah habluminannas..kan kamu?”
Dia tersenyum.
“Ya benar..tapi jangan biarkan kebergantungan dan kebersamaan
kepada manusia itu lebih tinggi daripada kebergantungan kepada Allah. Nanti Dia
cemburu…”
Sahabatnya menengakkan kepala kembali menghadap laut. Ombak
kuat lantaran baru saja hujan reda.
“Dan untuk beruzlah, kita perlukan keazaman dan tekad yang
kuat. Beruzlah lah sampai Allah itu kau temui.”
Dia menambah:
“Ya, aku menyahutnya. Pantai, langit, pasir dan batu-batu
ini menjadi saksi keazaman dan tekad kita.”
“Ya, insyaAllah. Aku mahu bertemu dengan jiwamu yang baru
usai kita beruzlah nanti”
“Biiznillah.”
Sengih.
5 comments:
rite on time..
jzk..
waiyyaki, may Allah ease ur way, nurul. kadang2, kita perlukan masa dan ibadah yang special justt for Allah. untuk segarkan kembali 'zuq' padaNya. :)
asifah ukhti..bukankah tarbiah itu membawa kita tahu dan faham hakikat seorang hamba Allah dan juga belajar utk berukhwah? mengapa sepertinya post ini membuatkan kita lari dari ukhwah dan kembali mencari Allah dalam hati, seakan tidak boleh bersatukah antara ukhwah dan kebergantungan kita pada Allah itu?
ana tak nafikan tarbiah itu membawa kita tahu dan faham hakikat seorang hamba Allah dan juga belajar utk berukhwah.
dan post ini tidak bermaksud untuk urge mana2 pihak lari dari ukhuwah. bahkan terkadang dengan ukhuwahlah, kita lebih mengenali Allah swt.
cuma tujuan utama post ini ialah untuk highlightkan perlunya kita mefresh kembali 'zuq' hubungan kita dengan Allah dengan uzlah sebagai salah satu caranya.
uzlah tidak bermaksud kita putuskan hubungan terus dengan manusia sampai tinggalkan urusan2 yang sepatutnya dibuat.
mengenai kebergantungan dengan Allah itu, terkadang kita terlalu depends pada manusia dalam hidup kita. andai semuanya untuk manusia, justeru, apa lagi yang tinggal untuk Allah?
just my two cents.
jaharkan dirimu, ukhti. nak kenal juge. salam perkenalan miss anonynous :)

Post a Comment