26 July, 2012

Taujihat Haraki: Basic Things



Alhamdulillah, sudah 6 hari Allah jadikan kita tetamu RamadanNya. Moga ada perubahan pada iman, amal dan akhalak kita. Tahun ini adalah Ramadan yang terakhir as a degree student and akhawat Terengganu. Moga Allah sudi panjangkan umur dan berikan kita medan DnT yang terbaik hingga akhir hayat. Biarlah kita ini sentiasa hidup dengan nafas tarbiyah selamanya, insyaAllah.

Taujihat Haraki: Basic Things.

Kelmarin solat terawih dengan Kak Long. Berhenti sekejap dan tiba-tiba Kak Long bagi taujihat. Basic things saja sebenarnya tapi mungkin Allah mahu menegur, taujihat Kak Long sangat membuat diri muhasabah kembali. Kita mungkin kata kita sudah lama ditarbiyah and supposed to be basic things seperti tajdid niat, penuhkan mutabaah, cinta kepada Alah etc sudah settled.

Tapi sedarkah kita, walau core macam mana pun seseorang dai’e itu, andai basic things pun dia tak lepas, bagaimana ya dakwahnya, mutarobbi yang dibinanya? Pasti terjejas hanya kerana basic things yang terabaikan.

Mahabatullah (Cinta kepada Allah).

Kak Long bagi perumpaan, hati dan Allah. Kita selalu kata kita cinta Allah. Kena letak cinta Allah yang tertinggi. Tapi cuba jujur pada diri, adakah kesedihan yang kita rasa apabila benda yang kita sayang contohnya laptop, iPhone, akhawat yang kita sayang etc hilang atau tinggalkan kita, adakah kita sedih sebegitu andai kita lupakan Allah? Andai kita lupa nak baca ayat-ayat Allah. Andai kita lupa nak zikrullah?
Betapa tak sensitifnya kita (lebih tepat lagi saya) akan cinta kepada Allah swt.



Sosok seorang murobbi.

Kak Long kata, kita as a dai’e tazkiyah an-nafs kita kena mantop. Kerana seorang mutarobbi itu akan terbina dengan baik hasil didikan murobbi yang punyai hati yang kuat. Tapi daripada manakah kekuatan itu kalau bukan dari Allah swt? Ketahuilah, murobbi yang hebat ialah bila mana dia dapat ‘menghasilkan’ mutarobbi yang lebih hebat daripada dirinya sendiri. Kak Long ada juga ceritakan peribadi-peribadi murobbi hebat yang pernah beliau dengar. Saya ikut kagum. Maka itu, kenalilah para pemimpin kita. Bagaimana mereka berkerja dan tegar dalam DnT ini.

Jangan pula cemburu. Mengapa harus cemburu andai mutarobbi lebih hebat daripada murobbi?

 
Mutarobbi juga berperanan dalam menjaga murobbinya sendiri. Kadang-kadang harus paksa-rela murobbi untuk memberi taujihat bersifat tazkiyah an-nafs bila melihat murobbi terlalu ‘haraki’ sampai sudah kekeringan iman.

Saya harap dengan sesungguhnya, agar Allah swt melimpahkan sebanyak-banyak dan sebaik-baik kebaikan kepada Kak Long dan Abang Long sekeluarga. Semoga dengan berkat Ramadan al-Mubarak ini, kita cuba membina sosok peribadi seorang murobbi yang hebat dan teruskan pembinaan sosok itu sampai bila-bila.


Believer worships Allah by being good-mannered and dealing pleasantly with all is not to attain attention from human being but only so that Allah swt may love him and make him beloved to His creation. Tajdid niat dalam amal! Basic things tu..

1 comment:

Nurul said...

ana hilang jubah 3 helai pun sedeh. apa daaa. :)