19 July, 2012

Cerpen: Guilt Free Ramadan




Alia menyusun nota-nota kuliah di atas meja biliknya. Punggung dilabuhkan  dan sehelai nota entitled food quality and safety dicapai daripada rak almari di sebelah meja. Sebatang highlighter berwarna kuning dikeluarkan dari pensel box. Seketika dia memandang list-to-do yang ditampal di dinding depan meja belajarnya. Esok ada test food quality and safety.

Report food engine tak siap lagi. Kejap lagi ada meeting persatuan pula. Allahuakhbar, tilawah Al-Quran tak sampai semaqro’ pun tak dapat aku baca hari ini. Sempat ke tak lah nak khatam Al-Quran Ramadan ni.”

Alia menggeleng. Dia bercadang mahu mengkhatamkan bacaan Al-Quran sepanjang  bulan Ramadan ini. Semester ini merupakan semester yang paling sibuk. Alia benar-benar risau andai Ramadan kali ini Ramadan yang penuh dengan dunia dek kerana sibuk dengan report, kuliah, persediaan untuk test dan meeting persatuan.

‘Berkatilah aku dalam bulan Ramadan ya Allah’






Kausar memetik suis lampu pejabat. Beg sandang berisi fail dan laptop diletakkan di atas meja. Usai melabuhkan diri, Al-Quran dari dalam beg tangan dikeluarkan. Dia bercadang untuk menyambung bacaan tilawahnya yang terbantut selepas solat subuh tadi.

Namun, baru mahu memulakan tilawah, pintu biliknya diketuk.
“ Kausar, bos panggil untuk meeting. Urgent katanya.”  Amirah, rakan sepejabatnya memberitahu.
Kausar tersandar ke belakang kerusi. Tangan memicit kepala.

“Ya Allah, baru nak kejar tilawah Al-Quran.”

Kausar menggeleng namun digagahi juga langkah untuk bersiap ke meeting. Walaupun bercadang mahu mencover bacaan Al-Quran sebelum waktu berbuka, namun cita-citanya itu terbantut akibat tertidur kepenatan di sofa rumahnya. Alih-alih, dia dan teman serumah berbuka puasa di kedai saja sebelum mereka menunaikan solat terawih di masijd berhampiran rumah mereka.


Aisyah bangun dari sujud. Usai memberi salam, dia membaca doa ringkas. Seketika, dia mengerling memandang jam di meja bacaan.

“Hm, baru pukul 6.30 pagi. Baca Al-Quran sekejaplah sebelum sambung buat report practical.” Putus Aisyah. Al-Quran yang diletakkan di atas katil sebelum tidur semalam dicapai dan akhirnya suara merdu Aisyah mengaji kedengaran.

Aisyah membuka laptop. Folder ‘report practical’ dibuka dan menyambung report practical yang tinggal sedikit saja lagi untuk disiapkan. Moga dengan berkat Ramadan ini, Allah memudahkan urusan kebaikannya. Ramadan kali ini disambut di rumah kerana dia sedang cuti semester. Bermakna, dia punya banyak kelapangan untuk meraikan bulan pesta ibadah ini.

Tiba-tiba dia tersedar yang dua orang sahabat baiknya, Alia dan Kausar sedang online di skype. 

Diinvitenya mereka ke conversation skype.

Aisyah: Assalamualaikum kawan2, jom berbuka sama-sama petang ni.J
Alia: Waalaikumussalam, jom. Nak lari dari kesibukan sebentar!
Kausar: Nak ikot! Nak release tension dengan sahabat~





“Macam mana Ramadan setakat ini? Hm, hari ni dah hari ketujuh Ramadan. Sepatutnya dah masuk juzuk ke tujuhlah kan.”. Aisyah memulakan bicara. Sedang mereka bertiga sedang duduk-duduk di tepi perkarangan Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya sementara menanti waktu berbuka puasa. Sekarang baru pukul 6.30 petang.

Alia mengeluh.

“Saya rasa dalam banyak-banyak Ramadan sepanjang 21 tahun saya hidup ni, saya rasa Ramadan kali inilah Ramadan yang penuh dengan dunia. Terkejar-kejar nak buat lab report, nak kejar baca nota untuk test lagi. Plus dengan meeting persatuan lagi. Semua tak terkejar. Kadang-kadang dalam sehari tu, setengah juzuk pun tak sampai. Kesian iman saya L. Nak nasihat daripada Aisyah, please.”

Alia meluah rasa. Kaki yang elok bersila tadi, dilunjurkan ke depan. Penat berdiri dalam LRT sepanjang perjalanan ke masjid tadi masih terasa.  ‘Harapnya kuat la nak berterawih malam ni’ sempat Alia bermonolog.

“Eh, apa pula saya. Kita tanya orang yang paling tua dan banyak pengalaman ni.” Aisyah menepuk bahu Kausar.

Kausar yang sedang mengelamun memikirkan tentang presentation yang perlu dia bentangkan keesokan hari tersentak.

“Eh, tak mahu. Nak Aisyah yang bagi taujih.” Kausar tersengih.

Terkoyak senyum Aisyah.

‘Asyik mengelak saja dema ni’

“Tahu tak, beberapa hari sebelum Ramadan, saya dapat berita mengenai kematian pensyarah saya, Datuk Dr Prof Yaacob Che Man. Tak tergambar perasaan terkejut dan sangat-sangat tak sangka. Tahu tak kenapa saya rasa tak sangka?” Aisyah menyoal.

Alia dan Kausar serentak mengangkat bahu. Kausar sudah duduk bersila sambil menongkat bahu menghadap Aisyah. Tanda berminat mahu tahu pengakhiran kisah Aisyah.

“Tak sangka kerana ada juga orang yang tak sempat menyambut Ramadan tahun ini walaupun masa itu tinggal beberapa hari saja lagi kita nak sambut Ramadan.”

“Ketahuilah sahabat-sahabatku, sebelum ini tak rasa sayu pun nak sambut Ramadan tahun ini. Tapi bila dapat berita tentang Prof Yaacob, terasa sangat sayu. Takut Allah tak sudi jemput kita menjadi tetamu RamadanNya tahun ini.” Tubir mata Aisyah sudah mula digenangi air.

Alia sudah tertunduk.

‘Inilah yang aku suka kat Aisyah. Sekali bagi taujih, memang menusuk ke kalbu’

“Tapi Alhamdulillah, dengan rahmat Allah, dapat juga jejak Ramadan 1433H ni. Apalah sangat pengorbanan kita untuk storm kan Ramadan yang sebulan ini saja. Andai kita kata kita letih dan tak larat nak buat amal dalam Ramadan, cuba kita fikir. Rasulullah saw yang lagi sibuk daripada kita tidak pula mengeluh keletihan bahkan amal Baginda saw di bulan yang mulia ini lagi deras berbanding bulan-bulan lain.” Aisyah tersenyum.

“Tak pe, bak kata Bro Hamzah, walau selambat mana pun kita membuat persiapan menyambut Ramadan, kita tak akan terlambat kalau kita mulakan dari sekarang.”

“Apa lagi, jom le!” Alia bersuara tiba-tiba.

“Jom!” serentak Aisyah dan Kausar menyahut.

Ketawa berderai.

“Tapi tapi..” Alia bersuara sambil mengangkat tangan. Gaya budak sekolah tanya soalan kepada cikgu.

“Ya budak kecik?” Aisyah menyakat.

Alia mencebik. Cepat saja tangannya memukul lembut peha Aisyah.“ Macam mana nak kekal segar time Ramadan ek”

“Ouh saya ada baca e-book Productive Ramadan. Best sangat e-book tu. Nanti saya emelkan kat Alia dan Kausar. Dalam itu dia tulis, antara cara nak kekalkan kesegaran time Ramadan is jangan tidur lepas subuh”.

Means, tak boleh tidur after sahur till lepas terawih? Pengsan saya kalau macam ni, Aisyah. Silap-silap mata saya dah jadi macam mata Panda”

Semua ketawa.

“Tingginya metaphora dia. Lawak habis!” Kausar masih tak dapat hentikan gelaknya.

Of couse not. Itu membunuh namanya.”

Serentak semua gelak lagi.

“Maksud saya, maybe kita boleh tahan mata sebentar dalam 3 jam lepas sahur untuk solat subuh, baca Al-Quran dan buatlah sikit beberapa kerja penting yang mesti disiapkan. Lepas itu, kita ‘dibenarkan’ untuk tidur sebentar . Tapi kalau macam Kausar yang kerja, mungkin boleh tidur sekejap sebelum atau selepas waktu zohor.”

Tiba-tiba, azan berkumandang.

“Eh, dah azan!”

“Lah, tak perasan kita borak-borak ni dah masuk waktu berbuka”

“Jom berbuka!”



1 comment:

mawarberduri said...

masyaAllah subhanallah alhmdlh!

enti! ana ske enti! n ana ske cerpen enti nh! :)