03 March, 2012

Greetings to all~

Moga sentiasa dalam redha Allah swt.

Alhamdulillah, sehingga saat ini, sudah lebih kurang 2minggu berpraktikal di Tasneem Chocolate. Mahu kongsi sedikit pengalaman walaupun tidaklah semahal mana. Sekadar perkongsian rasa. (juga untuk update ini blog, berhabuk sudah).

Benarlah kata orang, cakap saja tak memadai untuk merasa sesuatu pengalaman. Kita kena rasa sendirik. Oh, bila sudah 2 hari praktikal ini, baru rasa PENATnya bekerja mencari rezeki.

Alhamdulillah, rumah sewa semua sudah ada kelengkapan except mesin basuh. Kira boleh polish skill memasak sebab dapur gas, kuali, periuk belanga dan semua yang berkaitan sudah siapa tersedia. (termasuk peti ais). Giant pun dekat.

Syukrillah, housemate baik-baik belaka walaupun semua dalam kalangan mereka ialah orang pantai timur. Mereka juga dari kursus Teknologi Makanan tapi dari UMT. First day tengok tempat kilang, Allah, kecil sangat tapi boleh buat production untuk satu Malaysia! Memang kagum sama mereka.

Pekerja pula hanya 3 orang! (Bertambah kagum)

Tapi masa raya, biasanya bos akan ambil part time workers sebab masa raya dan Ramadan adalah masa paling banyak tempahan. Nasib baik praktikal habis sebelum Ramadan.

Second day, kami start buat production. Saya diamanahkan buat almond chocolate bar dan kawan-kawan praktikal lain buat perisa peppermint, orange dan cappucion. Senang saja sebenarnya nak buat tapi penat, lenguh dan lengaih. (loghat perak sudah datang). Tapi ianya pengalaman yang sangat berharga.

Third day, saya just buat decoration pada kotak coklat. Memang nampak senang tapi lengaih+lenguh.

Fourth day sampai 3hb March, kami semua pergi bangi iaitu pejabat Tasneem Chocolate. Yang di Ulu Kinta hanya kilang saja. Sepanjang tempoh ini, kami ada wedding ekspo di SACC Mall, Shah Alam dan jualan coklat di UIAM, Gombak.

Menjadi promoter memang mencabar tapi banyak pengalaman yang dapat dikutip. Tinggal, sejauh mana pengalaman itu dihayati.

Hargailah nikmatNya

Saya SANGAT bersyukur ditempat di sini. Hari itu call kawan yang praktikal di JB. Memang kesian kat dia sebab dalam department di sana, dia seorang saja perempuan. Di tempat saya pula, tak ada lelaki langsung except bos tapi bos pun duduk di bangi. Allah..syukur syurkur.

Lagi, housemate ada kereta jadi tak perlu risau mengenai transport ke tempat kerja atau nak beli barang keperluan.

Lagi, setakat ini kakak-kakak di kilang baik belaka dan tak ada istilah bermasam-masam muka. Mereka suka berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar, Alhamdulillah.

Kesimpulan

Buat mereka yang nak berpraktikal, carilah sedaya mungkin tempat yang terbaik dan serahlah natijahnya pada Allah swt. Bila kita RASA keseorangan (macam kes kawan saya di JB), yakinlah, Allah sudah tempatkan kita di tempat yang terbaik. Dan paling penting, JANGAN putus hubungan dengan kawan-kawan. Rerajin call mereka agar ukhuwah sentiasa terjaga, insyaAllah.

Dan anda, doankan saya juga.

Allah jualah sumber kekuatan kita.

5 comments:

Ar-Rumaisa' 1411 said...

ukhti..terharu..hehe, sapela kawan di jb tu kan?

umat Muhammad said...

entahlah tapi dia selalu dalam doa ana, insyaAllah.

tanpanama said...

:-)

asma amanina said...

moge baik2 aja ukhti :)

umat Muhammad said...

insyaAllah, jzkk.